Kerjaya

download Kerjaya

If you can't read please download the document

description

kerjaya

Transcript of Kerjaya

Bagi individu dewasa, untuk meneruskan hidup beliau perlu bekerja bagi mendapatkan wang atau upah bagi menyara kehidupan dirinya mahupun keluarga yang ditanggung. Tidak kira apa jua kerja yang dilakukan, ianya amat penting dalam meneruskan hidup seharian. Setiap manusia inginkan kehidupan yang selesa, memiliki apa yang dikehendaki olehnya dalam memuaskan kehendak diri masing-masing. Kerjaya merupakan pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang yang dilakukan olehnya seharian. Terdapat pelabagai bentuk kerjaya dari segibidang tugas, tempat dan masa dan indentiti. Pemilihan kerjaya adalah amat penting dalam meningkatkan kepuasan diri, serta mendapat apa yang dihajati dalam melakukan sesuatu bidang perkerjaan yang diminati. Kerjaya tidak semata-mata bergantung kepada melakukan kerja seharian, tetapi ia melibatkansatu pelan jangkamasa panjang dalam terhadap masa depan, ilmu dan pendidikan yangdimiliki, pembangunan mahupun motivasi diri sendiri, latihan dan sebagainya. Menurut Hall (1976) kerjaya adalah kerja yang berterusan atau kesinambungan berkaitan dengan pengalaman dan sikap yang berlaku dalam kehidupan individu. Juhairy Haji Ali (2000) menyatakan bahawa kerjaya juga boleh didefinisikan sebagai persepsi seseorang individu, satu sikap dan tingkahlaku individu yang berkaitan dengan aktiviti kerja serta pengalaman dalam kehidupan individu. Mohd Fadzil Che Din (2001) menegaskan bahawa kerjaya adalah kerja atau aktiviti-aktiviti untuk memenuhi keperluan-keperluan psikologikal, ekonomikal dan sosioligikal individu dan ini direalisasikan dengan bekerja hingga berjaya.Dalam Islam, Allah swt suka dengan manusia yang suka berusaha, ia merupakan tangga kejayaan dalam apa-apa saja kerjaya yang manusia lakukan. Islam mencintai seorang muslim yang giat bekerja, mandiri, apalagi rajin memberi. Sebaliknya, Islam membenci manusia yang pemalas, suka berpangku tangan dan menjadi beban orang lain. Allah subhanahu wa taala berfirman (yang bermaksud); Maka carilah rezeki disisi Allah. (Al-Quran, Surah. Al Ankabut [29]: 17). Bekerja dalam pandangan Islam begitu tinggi darjatnya. Hingga Allah dalam Al Qur`an menggandingkannya dengan jihad memerangi orang-orang kafir; dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebahagian kurnia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah. (Al-Quran, Surah. Al Muzzammil [73]: 20).Kita kini hidup dalam dunia baru, ekonomi global yang penuh dengan hiper-persaingan menginginkan kita supaya senantiasa di hadapan semata-mata 'survival'. Ini bermaksud walaupun berbekalkan ijazah belum pasti menjamin kesejahteraan hidup. Dengan berkeluarga pula, mengubah paradigma ini sehinggakan mereka yang mengalaminya menganggap bahawa ianya adalah terlalu sukar; untuk bekerja serta berkeluarga. Banyak orang merasakan bahawa mereka dapat mengejar impian mereka ketika bujang dan akhirnya berputus asa dengan sasaran mereka hanya kerana telah berkeluarga. Malahan ada yang memilih untuk menunggu sehingga anak-anak telah dewasa barulah mereka akan mencapai sasaran kerjaya mereka; tapi ramai yang menunggu dengan lama sehingga hilang 'driving force' yang diperlukan mereka untuk memajukan diri mereka.Mungkin tempat yang terbaik untuk melihat akan cabaran kerjaya di abad ke 21 terdapatnya dalam muka akhbar. Bukan di muka surat utama; tetapi di bahagian iklan pekerjaan. Beberapa dekad terdahulu, pekerja dicari oleh majikan seperti penaip, operator pengeluaran, teknisyen pembaikan elektrikal, penekan punat dan juga operator lif. Malahan dalam akhbar terdapat senaraian pekerjaan bagi berasingan jantina. Kini iklan akhbar mencari 'Webmasters', operator LAN, pencetak freelancer dan kini orang ramai mencarinya bukan di akhbar tetapi di ruang maya. Dunia telah berubah tidak terjangkau ramalannya ketika 50 tahun dahulu; dan itulah cabaran kerjaya masa kini. This is the most fundamental step in balancing your academic life with your family life. Of course, its best that you have a completely supportive spouse or partner who will agree to upping the ante on their child rearing efforts. At the same time, having support from as many people in your life as possible will also help. You can have a saint for a husband, but the whole weight of your family cannot rest on his shoulders. Once other friends and family members are on board with your plans, youll have entire support network to tap into for help with babysitting, carpooling, and venting your frustrations.Once youve decided that you do want to pursue a degree while raising a family, you have to prepare yourself to manage your time extremely carefully. No matter how flexible your program is, it will still be very work-intensive. Schedule specific times to study and specific times to spend exclusively with your children and partner. If you try your best to prioritize both, youll see that time management soon becomes a habit. Of course, unlike many articles out there that say you can have it all, Im here to say that even if you can, it will be very difficult. You may have to sacrifice something in order to pursue your dreams while still maintaining a fulfilling family life. But its not impossible.