kerjaya cermerlang

8

Click here to load reader

Transcript of kerjaya cermerlang

Page 1: kerjaya cermerlang

1.0 Pendahuluan.

Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga

penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik

mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar, kepentingan peranan guru itu

memang tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada

zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru.

Islam meletakkan tugas sebagai guru yang melaksanakan tugas tarbiyah adalah

ditempat yang sungguh mulia, seluruh masa yang digunakan dikira sebagai ibadah,

setiap langkah dari rumah ke sekolah dan pulang kerumah dari sekolah akan mendapat

satu pahala dan dihapuskan satu dosa, menyampaikan ilmu secara hikmah dan ikhlas

semata-mata kerana Allah merupakan jihad yang paling tinggi pada pandangan Islam

seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam.

Firman Allah s.w.t. maksudnya : “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad)

dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah

dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik”.( Surah al-Nahl

ayat 125)

Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:

1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran

mereka sahaja.

2- Mu’allim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka

tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.

3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan

yang benar.

Page 2: kerjaya cermerlang

4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh,

mentarbiyyah anak didiknya menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal

soleh.

Sebagai seorang guru yang beriman dan bertaqwa keempat-empat ciri di atas

hendaklah fahami dan dihayati di dalam kehidupannya sebagai pendidik terutama ciri

keempat iaitu mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didiknya menjadi

manusia berilmu, bertaqwa dan beramal soleh. Jika tugas ini dapat direalisasikan dalam

pendidikannya maka kedudukannya sungguh mulia dan akan duduk berdekatan

dengan Nabi s.a.w di hari akhirat nanti

Semua guru-guru samaada guru agama atau guru akademik perlu memainkan

peranan yang berat ini dan jangan jemu-jemu menasihati, mendidik, membentuk dan

mengasuh jiwa para pelajar dengan nasihat yang baik. Guru pula perlulah membawa

syaksiah Islam dan akan menjadi contoh dan ikutan para pelajarnya.Kasihanilah anak-

anak didik kita ini dengan tutur kata yang lemah lembut kerana fitrah manusia suka

kepada kelembutan. Anggaplah mereka semua seperti anak kita sendiri dekatilah

mereka yang bermasaalah dengan penuh kasih sayang seperti seorang ibu yang

mengasihi anak-anaknya.

Selain daripada guru-guru yang mengajar di sekolah ibu bapa juga perlulah

mengambil tanggungjawab bersama guru untuk memikul tugas yang besar dan berat ini

dan meneruskan pendidikan dirumah pula. Pihak sekolah pula perlu memperbanyakkan

aktiviti-aktiviti ko korikulum yang menjurus kepada insan beriman dan bertaqwa iaitu

dengan menganjurkan kem motivasi, smart solat, khemah Ibadah, qiyamulail, kelas

hafazan, tazkirah ,kuliah agama dan group usrah di waktu-waktu cuti atau hujung

minggu.

Page 3: kerjaya cermerlang

Lebihkan aktiviti berbentuk agama daripada aktiviti-aktiviti lain kerana waktu

mata pelajaran agama Islam yang diajarkan terlalu sedikit untuk menampung keperluan

ilmu dan tarbiyah kepada para pelajar.

2.0 Peranan seorang guru.

2.1 Guru orang yang penting dalam pembentukan diri

pelajar.

Guru juga merupakan orang yang penting dalam pembentukan diri seseorang pelajar

kerana mereka menghabiskan sebahagian besar masa di sekolah. Seorang kanak-

kanak berhadapan dengan guru bermula sejak umur mereka 6 tahun iaitu di peringkat

prasekolah sehingga peringkat remaja. Guru akan memuji, menegur, menguji dan

menengking mereka semasa menjalankan tugas. Segala gerak laku dan perbuatan

guru yang disenangi atau sebaliknya akan diperhatikan dan ditiru oleh pelajar.

Oleh itu, segala tingkah laku dan perbuatan guru akan mempengaruhi sikap dan

sahsiah pelajar. Contohnya cara guru berpakaian, gaya berjalan, cara pertuturan dan

lain-lain penampilan diri guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar terutama guru

yang menjadi idola kepada pelajarnya. Oleh itu, guru seharusnya mempunyai

personaliti baik serta perwatakan bersih supaya dapat melahirkan generasi yang

berakhlak.

2.2 Guru haruslah mempunyai tingkah laku yang beradab.

Guru yang mengamalkan tingkah laku yang beradab akan lebih disukai oleh pelajar .

Cara hidup yang beragama, bermoral dan berdisiplin dapat membimbing pelajar

menjadi seorang insan yang baik . Reformasi pendidikan mementingkan agama,

pendidikan moral dan penerapan nilai-nilai murni dalam kurikulum . Oleh itu, guru harus

menunjukkan ciri-ciri teladan kepada para pelajar. Guru yang mempunyai ciri-ciri

Page 4: kerjaya cermerlang

peribadi yang baik dan terpuji setiap waktu dapat mengatasi masalah tingkah laku

pelajar dengan mudah. Guru akan suka bergaul mesra dengan pelajar, cuba

memahami perasaan dan kehendak mereka serta membimbing mereka menjadi orang

yang baik.

Seseorang guru perlu memiliki sifat-sifat yang mulia dalam diri mereka seperti

peramah, mesra, penyayang, bertimbang rasa, kemas dan suka buat lawak akan lebih

suka didampingi oleh pelajar. Guru yang menepati masa menghadiri kelas, ikhlas dan

sabar semasa menyampaikan pengajaran, tertib dan bertanggungjawab dalam

menjalankan tugas, yakin pada diri akan diminati dan disukai oleh pelajar. Ini akan

membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan berkesan

kerana pelajar akan berminat dan menumpukan perhatian dalam bilik darjah.

Matlamat untuk mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan

Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini merupakan tanggungjawab

semua warga Kementerian Pelajaran Malaysia. Jesteru itu satu, Etika Profesion

Perguruan Malaysia dan Etika Kerja yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan

warga Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai sifat-sifat luhur,

bertanggungjawab, dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas

dan tanggungjawab masing-masing.

2.3 Guru haruslah bertanggungjawab dalam mementuk anank

didik.

Sebagai seorang guru, tanggungjawab utama kita ialah membentuk anak didik agar

mereka berjaya menjadi manusia yang mampu meneruskan kehidupan pada masa

hadapan tanpa memerlukan bantuan. Guru bertanggungjawab membina keyakinan

para pelajarnya untuk menimba ilmu kehidupan secukup-cukupnya agar mereka tidak

longlai di masa hadapan yang penuh dengan cabaran.

Seorang guru matematik harus memastikan anak didiknya mampu menguasai subjek

yang diajar bukan sahaja untuk lulus peperiksaaan, bahkan membimbing mereka agar

Page 5: kerjaya cermerlang

memahami mengapa mereka wajar menguasai setiap yang diajar. Begitu juga dengan

guru subjek Bahasa, Agama, Sejarah, Lukisan, Sastera dan sebagainya.

Di waktu yang sama, guru menunjukkan contoh teladan yang diminati para

pelajar seperti megamalkan nilai murni yang konsisten. Seorang guru yang mudah

melepaskan perasaan marah tidak menunjukkan contoh teladan yang murni kepada

para pelajar dan tidak salah sekiranya para pelajar juga sering bergaduh sesama

mereka. Guru adalah agen terpenting untuk mempengaruhi sikap para pelajar mereka.

Besar tanggungjawab guru sehingga perlu menidakkan dirinya sebagai manusia

yang sering melakukan kesilapan. Guru perlu melatih diri mulai saat ini untuk

mengenepikan sikap marah yang sememangnya menjadi suatu penyakit bagi

sesetengah individu. Jika seorang tentera tidak dapat memikul tanggungjawabnya

dengan baik, akibat yang bakal terjadi ialah kematian. Walau semarah mana sekalipun,

mereka perlu bertindak wajar dengan menyusun strategi untuk menumpaskan musuh

kerana sebarang tindakan yang bersandarkan kepada nafsu bakal mendatangkan

mudarat bukan sahaja kepada dirinya tetapi kepada seluruh anggota pasukannya.

2.4 Guru haruslah menjadi orang yang pertama yang

menyalurkan ilmu pengetahuan kepada anak-anak murid.

Tugas utama guru ialah mereka menjadi orang pertama yang menyalurkan ilmu

pengetahuan kepada pelajar di sekolah. Pihak guru telah diberi latihan untuk

memastikan mereka berupaya untuk mendidik anak bangsa dengan ilmu yang

diperlukan mengikut tahap umur dan peperiksaan yang dihadapi itu. Setiap guru

hendaklah meneroka teknik pembelajaran yang bersesuaian dengan pelajar mereka

untuk memastikan semuanya memahami ilmu yang diberikan itu. Sesungguhnya,

Page 6: kerjaya cermerlang

peranan guru adalah untuk mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti penat dan pilih

kasih.

Gurulah yang akan memberikan nasihat berguna kepada pelajar. Sebagai

lapisan masyarakat yang sudah lama mengharungi kehidupan, guru boleh memberikan

maklumat tentang erti kehidupan yang penuh cabaran ini. Semua nasihat yang

diberikan itu pasti berguna buat pelajar yang sedang bergelora menongkah arus

kehidupan yang penuh cabaran terutama tekanan peperiksaan yang meruncing itu.

Lantaran itu, tugas memberi nasihat ini menjadikan guru golongan terpenting dalam

kehidupan masyarakat pelajar kita. Guru adalah orang yang paling dekat oleh anak

didik guru sebagai pengganti dari orang tua ketika di sekolah. Maka jadilah guru yang

boleh menjadi teladan bagi anak didiknya. Disebabkan itu, gurulah yang orang terdekat

yang selalu memberikan ilmu kepada anak-anak murid .

Guru Mesti ada sikap mengajar (mu’allim) dan mendidik (murabbi).Satu contoh

yang cukup baik telah Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص tunjukkan berkenaan dengan seorang Arab

Badawi yang kencing di dalam masjid. Ramai dari para sahabat baginda naik marah

pada ketika itu. Tapi Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص dengan tenangnya membiarkan Arab Badawi itu

kencing sampai selesai.Ulama telah membahaskan tentang hadis ini dengan menyebut

tiga hikmah Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص telah tunjukkan pada kejadian itu:-

1. Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص membiarkan arab badawi itu kencing sampai habis kerana kalau

ditegur arab badawi itu, tentu dia terkejut dan akan terus lari, tentu saja air kencingnya

akan terkena diseluruh masjid itu. Jadi baginda biarkan dia kencing setempat dan najis

itu tidak kena pada seluruh masjid.

2. Kalau ditegur akan menyebabkan arab badawi itu terkejut dan akan terhenti dari

terus kencing, Jadi akan menyebabkan kerosakan pada pundi kencing.

3. Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص mahu menunjukan pada semua sahabat ketika itu cara membasuh

air kencing (najis) itu tadi.

Jadi di sini jelas sikap Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص antaranya :-

1. Sabar dengan kerenah manusia dan baginda berjaya mententeramkan keadaan

ketika itu.

Page 7: kerjaya cermerlang

2. Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص mendidik sahabat supaya sabar dan jangan terlalu gopoh didalam

apa-apa tindakan.

3. Kemudian Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص mengajar ilmu fekah pada semua sahabat pada ketika itu.

3.0 Kesan peranan guru.

3.1

Page 8: kerjaya cermerlang