Kerjaya Doktor Perubatan

29
Doktor Perubatan Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo-pathologikal untuk menentukan jenis penyakit dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan ubat berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu. Mereka menja lankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentang cara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit. Keterangan Tugas Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit; Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis; Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis; Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-jenis penyakit, gangguan atau kecederaan yang tertentu; Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan; Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum; Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan yang lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan yang lain; Menyediakan dokumen dan laporan saintifik;

description

1212

Transcript of Kerjaya Doktor Perubatan

Doktor Perubatan

Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo-pathologikal untuk menentukan jenis penyakit dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan ubat berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu. Mereka menja lankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentang cara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit.

Keterangan Tugas

Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit;

Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis;

Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis;

Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-jenis penyakit, gangguan atau kecederaan yang tertentu;

Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan;

Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum;

Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan yang lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan yang lain;

Menyediakan dokumen dan laporan saintifik;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

Doktor Perubatan

Pakar Bedah

Pakar Questetik

Pakar Psikiatri

Pakar Oftamologi

Pakar Kardiologi

Obstetrision Dan Pakar Ginakologi

Pakar Neurologi

Ahli Farmasi

Doktor Haiwan

Doktor Pergigian

Ciri-Ciri Peribadi

Perihatin terhadap manusia tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka;

Mempunyai sifat balas kasihan, berakal, bertenaga, sabar dan tabah;

Mempunyai pegangan kukuh akan prinsip-prinsip sains dan penggunaan mereka dalam masalah perubatan;

Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis;

Mempunyai emosi yang stabil dan berkebolehan untuk membuat keputusan dalam waktu kecemasan;

Sihat tubuh badan, kebolehan mental dan stamina fizikal

Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan sebaliknya;

Berkemahiran berkomunikasi;

Sentiasa ingin tahu tentang bagaimana ubat-ubatan boleh memperbaiki hidup; dan

Kemahiran dalam kebolehan pengurusan

Kelulusan

Ijazah dalam ilmu perubatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta telah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Gaji Dan Faedah-Faedah LainSektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,884.30ETP RM 165.00EKA RM 170.00Elaun Kritikal RM 500.00

Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,500.00

Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik di seluruh negara.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital swasta dan klinik-klinik dan bagi mereka yang telah disahkan oleh panel perubatan bolehlah membuka kliniknya sendiri.

Seorang Doktor Perubatan juga boleh melanjutkan pelajarannya dengan pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu seperti pakar bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung, kerongkong dan lain-lain.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :-

Selepas lulus MBBS mereka perlu menamatkan setahun Kursus Klinikal sebelum berdaftar sepenuhnya dengan Majlis Perubatan.

Latihan dalam bidang perubatan boleh didapati dari Institut Pengajian Tinggi Sektor Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Sektor Swasta (IPTS).

Universiti Malaya

Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Sains Malaysia

Universiti Putra Malaysia

Universiti Islam Antarabangsa

Universiti Malaysia Sarawak

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-

Sedaya College,

International Medical University (IMU)

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf termasuk sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Biology, Physics, Chemistry, Matematik sekurang-kurangnya 2 Prinsipal B dalam Biology, Chemistry dan Physics dalam STPM atau setaraf.Doktor Pergigian

Doktor Pergigian menggunakan pengetahuan sains perubatan untuk mengesan, mencegah dan merawat penyakit-penyakit pergigian, kecederaan dan kecacatan bentuk pada gigi, gusi dan struktur mulut yang berkaitan serta memprekripsikan ubat dan melakukan tindakan pencegahan.

Keterangan Tugas

Memeriksa gigi, gusi, rahang dan tisu mulut yang lain dengan menggunakan peralatan pergigian dan x-ray;

Membuat diagnosis, memberi nasihat mengenai pergigian dan memberi rawatan pergigian yang diperlukan;

Membersih, menampal lubang dan mencabut gigi yang rosak atau cacat;

Membuat inai dan korona buatan untuk menggantikan gigi;

Merekabentuk, membuat dan memasang gigi palsu penuh dan sebahagian, ortodontik

dan alat pergigian lain serta menjalankan kerja pemasangan titian gigi;

Memberi rawatan pembedahan, perubatan dan rawatan lain bagi penyakit dan gangguan pergigian atau mulut tertentu;

Menganjurkan program umum bagi mengekalkan atau mempertingkatkan piawaian kesihatan mulut dan penjagaan kesihatan pergigian;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:

Doktor Pergigian

Pakar Pedodontik

Pakar Prostodontik

Pakar Periodontik

Pakar Ortodontik

Doktor Pergigian, Pembedahan Mulut

Ciri-Ciri Peribadi

Doktor pergigian memerlukan gabungan pengetahuan perubatan, kemahiran klinikal, kekuatan manual dan minat untuk bekerja dengan orang pelbagai usia dan latar belakang. Sebagai tambahan, mereka juga perlu :

Sihat tubuh badan;

Mempunyai ketangkasan manual dan visual;

Pintar;

Berkemahiran dalam menjalinkan hubungan perseorangan;

Sikap yang menyenangkan dan mententeramkan;

Minat dalam bidang fizik, kimia dan biologi;

Suka bergaul dengan orang.

Kelulusan

Ijazah dalam ilmu pergigian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta diterima berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia.

Gaji Dan Faedah-Faedah LainSektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,739.10ETP RM 165.00EKA RM 170.00

Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,000.00

Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan pusat-pusat kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan dan kor perubatan dan pergigian Angkatan Tentera dan universiti-universiti.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik-klinik swasta. Doktor Pergigian juga boleh membuka klinik pergigian persendirian.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :

1. Universiti Malaya2. Universiti Kebangsaan Malaysia3. Universiti Sains Malaysia

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf dengan 5 kepujian termasuk Bahasa Malaysia, Biologi, Fizik, Kimia, Bahasa Inggeris. STPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya Gred E dalam kertas am dan lulus penuh dalam Biologi, Kimia dan Fizik dan lulus penuh dalam salah satu daripada Ekonomi, Pengajian Perniaggan, Perakaunan, Matematik dan Komputer.Doktor Haiwan

Doktor Haiwan terlatih dan berkelayakan secara perubatan. Mereka akan membuat diagnosis dan mempreskripsikan rawatan perubatan atau pembedahan bagi penyakit dan kecederaan haiwan. Mereka memberi nasihat kepada tuan punya haiwan, menghapuskan haiwan yang sakit atau tidak diperlukan, memberi imunisasi melawan virus am dan penyakit bakteria serta menjalankan pemeriksaan bedah siasat.

Keterangan Tugas

Menjalankan pemeriksaan dan membuat diagnosis terhadap penyakit atau kecederaan haiwan;

Melakukan rawatan pembedahan atau perubatan veterinar;

Memberikan perkhidmatan obstetrik kepada haiwan;

Memeriksa ternakan tenusu dan ternakan lain serta menginokulasi haiwan untuk mencegah penyakit;

Memberi nasihat berkaitan kebersihan, makanan, pembiakan dan penjagaan haiwan;

Memeriksa kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan yang dibuat seluruhnya atau sebahagiannya daripada bahan mentah berpunca daripada haiwan untuk dijadikan makanan manusia;

Membantu dalam epidemiologi, radiology dan pengawasan lain berkaitan kesihatan haiwan;

Menjalankan bedah siasat untuk menentukan punca kematian;

Menyediakan dokumen dan laporan saintifik;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:

Pakar Veterinar

Pakar Bedah, Veterinar

Pakar Veterinar, Kesihatan Awam

Ciri-Ciri Peribadi

Minat pada binatang tanpa perasaan sentimental, geli atau takut;

Perwatakan yang menenangkan dan bertanggungjawab;

Kemahiran dalam perniagaan dan asas akaun;

Kesihatan fizikal, kekuatan dan stamina;

Bergantung pada diri sendiri dan bersedia bekerja pada waktu yang kurang menarik;

Tidak alah pada binatang atau burung;

Kecenderungan dalam bidang sains;

Kemahiran berkomunikasi dan berhubung dengan orang awam;

Daya pemerhatian dan pertimbangan yang kuat;

Mengambil-tahu tentang perkembangan dalam perubatan kedoktoran haiwan masa kini;

Mengambil tahu tentang perkembangan dalam perubatan veterinar masa kini.

Kelulusan

Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah dalam ilmu Perubatan Veterinar atau dalam bidang Sains Veterinar yang diiktiraf setaraf dengannya dan berdaftar di bawah Akta Doktor Veterinar 1974.

Gaji Dan Faedah-Faedah LainSektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,709.40ETP RM 165.00EKA RM 170.00

Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,000.00

Prospek Kerjaya

Di sektor awam pemegang ijazah Doktor Perubatan Veterinar boleh memasuki perkhidmatan veterinary yang terlibat dalam kesihatan umum veterinary dan pengeluaran ternakan. Peluang pekerjaan sebagai pegawai penyelidik terdapat di pertubuhan-pertubuhan penyelidikan perubatan, universiti, MARDI dan beberapa projek usahasama di bidang ternakan antara perbadanan kemajuan negeri dengan pertubuhan-pertubuhan swasta seperti Johor Tenggara, DARA Beef, Pahang Beef.

Di sektor swasta pula terdapat peluang pekerjaan sebagai pegawai haiwan, pegawai analisa projek, pengurus, pegawai penyelidik dan yang berkelayakan boleh menjalankan perusahaan atau perniagaan veterinar sendiri.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :

Universiti Putra Malaysia

Di luar negara contohnya United Kingdom pemegang ijazah veterinar boleh menjadi ahli Royal College of Veterinary Surgeons dan seterusnya menjadi Doktor Haiwan.

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf dan kepujian dalam Kimia, lulus STPM dengan sekurang-kurangnnya Gred E dalam Biologi.Ahli Farmasi

Ahli Farmasi terlibat dalam pembancuhan dan pembekalan ubat-ubatan mengikut priskripsi doktor atau formula yang tertentu. Mereka menggunakan konsep dan teori farmaseutikal dalam penyediaan serta pendispensan ubat-ubatan dan dadah serta menjalankan penyelidikan mengenai pengeluaran, penyimpanan, kawalan kualiti dan pengedaran dadah dan bekalan yang berkaitan

Keterangan Tugas

Menyediakan atau mencegah penyediaan ubat-ubatan mengikut preskripsi pengamal perubatan, pergigian dan veterinar atau formula yang ditentukan;

Menyemak preskripsi untuk menentukan dos yang dicadangkan tidak melebihi hadnya dan arahan difahami oleh pesakit serta memberi nasihat mengenai kemungkinan ketidaksesuaian dan kontraindikasi dadah;

Mendispens ubat-ubatan dan dadah di hospital atau menjualnya di farmasi;

Menyimpan fail preskripsi dan merekod keluaran narkotik, racun dan dadah yang membentuk tabiat;

Menasihati pesakit mengenai padanan generik dan kos terendah bagi dadah;

Mengadakan piawaian bagi dadah yang digunakan dalam farmaseutikal;

Menguji dadah untuk menentukan identity, ketulenan, kekuatan dan keselamatannya;

Menjalankan penyelidikan untuk membangunkan atau mempertingkatkan produk farmaseutikal, kosmetik dan kimia yang berkaitan;

Menentukan pembungkusan yang paling sesuai bagi bahan perubatan untuk mengelak daripada kerosakan serta memudahkan penyimpanan dan pengedaran;

Menjual dadah yang tidak dipreskripsi, bekalan bilik pesakit, kelengkapan dandanan diri, kosmetik dan barangan komersial yang lain;

Menyediakan dokumen dan laporan saintitik;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

Ahli Farmasi

Ahli Farmasi, Perindustrian

Ahli Farmasi, Runcit

Ahli Farmasi, Hospital

Ciri-Ciri Peribadi

Minat berkhidmat kepada orang ramai;

Keupayaan bekerja dalam satu pasukan;

Daya mengenalpasti maklumat;

Darjah integriti yang tinggi;

Peka dalam menjalankan tugas;

Berdikari;

Kemahiran dalam membuat keputusan; dan

Standard etika yang tinggi

Kelulusan

Ijazah dalam bidang farmasi atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan telah berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia.

Gaji Dan Faedah-Faedah LainSektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,521.30ETP RM 165.00EKA RM 170.00

Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,000.00

Prospek Kerjaya

Di sektor awam ahli farmasi terdapat di jabatan-jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan seperti di hospital-hospital dan dispensari. Pekerjaan ini juga terdapat di institut pengajian tinggi seperti universiti-universiti dan hospital pengajian. Mereka yang tekun dan mempunyai pengalaman berpeluang dinaikkan ke pangkat yang lebih tinggi.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di industri-industri farmasi yang terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran atau penjualan ubat-ubatan di hospital swasta

Latihan

Intitusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :-

1. Universiti Malaya

2. Universiti Kebangsaan Malaysia

3. Universiti Sains Malaysia

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan STPM atau setaraf sekurang-kurangnya Gred E dalam kertas am dan 2 subjek lain, atau Gred E dan Gred R dalam 2 subject lain (lulus dalam Biologi dan Kimia pada peringkat STPM).Doktor Sakit Puan

Keterangan Tugas

Menentukan jenis penyakita dan merawat kesakitan pada bahagian anggota kelamin permpuan.

Memeriksa badan dan menentukan jenis penyakit yang dihidapi.

Melakukan ujian rawatan kecil dengan pemeriksaan histopathologikal.

Memberi rawatan penyakit atau melakukan pembedahan.

Ciri-Ciri Peribadi Sebagai Seorang Doktor Sakit Puan

Prihatin terhadap manusia, tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka.

Mempunyai sifat belas kasihan, berakal, bertenaga, sabah dan tabah.

Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis.

Mempunyai emosi yang stabil, dan berkebolehan untuk membuat keputusan dalam waktu kecemasan.

Berkemahiran berkomunikasi.

Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan sebaliknya.

Kelulusan Yang Diperlukan

Ijazah doktor perubatan (MBBS) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta telah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Gaji Dan Faedah-Faedah LainSektor Awam : Gaji Permulaan RM1884.00ETP RM 165.00EKA RM 170.00Elaun Kritikal RM 550.00

Prospek Kerjaya

Peluan pekerjaan dan prospek kerjaya adalah baik sama ada di sektor awam ataupun swasta. Mereka boleh membuka klinik sendiri setelah berkhidmat dengan kerajaan atau hospital swasta. Di sektor awam mereka boleh meningkat ke peringkat JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam). Mereka juga boleh menjadi pakar perunding.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :-

1. Universiti Malaya2. Universiti Teknologi Malaysia3. Universiti Sains Malaysia4. Universiti Putra Malaysia5. Universiti Islam Antarabangsa6. Universiti Malaysia Sarawak

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:

Sedaya College, International Medical Universiti

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau yang setaraf dan sekurang-kurangnya mendapat 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik atau

Sekurang-kurangnya mendapat 2 prinsipal B dlm mata pelajaran biologi, kimia fizik dalam STPM atau yang setaraf.Kerjaya Di Bidang Kejururawatan

Bidang kejururawatan tergolong di dalam bidang perubatan. Bidang ini menyediakan penjagaan kejururawatan kepada pesakit, cedera dan orang lain yang memerlukan

penjagaan yang seumpamanya dan menangani kes kecemasan sewaktu ketiadaan doktor. Pekerjaan yang tergolong di bidang kejururawatan seperti berikut:1. Jururawat2. Jururawat khusus3. Jururawat perindustrianKeterangan TugasMembantu doktor perubatan dalam tugas memberi ubat, menggunakan pembalut pembedahan dan memberi jenis rawatan lain di bawah arahan doktor perubatan.Membantu memberi rawatan pertolongan cemas seaktu kecemasan.Membantu menyediakan rawatan fizikal dan psikiatri kepada pesakit mental.Menyediakan penjagaan kejururawatan, rawatan dan nasihat kepada pesakit.Menyediakan penjagaan kejururawatan kepada pesakit di rumah mereka.Menyediakan perkhidmatan penjagaan dan nasihat kejururawatan kepada masyarakat atau di tempat kerja.Ciri-Ciri PeribadiSuka berkawanLemah lembutSuka menolongSukakan kegiatan fizikalPandai mewujudkan hubungan antara individuSukakan suasana dan pekerjaan sosialKelulusanDiploma KejururawatanGaji Dan Faedah-Faedah LainSektor Awam : Gaji Permulaan RM830.00ETP RMEKA RMSektor Swasta : Gaji Permulaan RM1400.00 - 2230.00

Peluang Pekerjaan Dan ProspekPeluang pekerjaan bidang ini terdapat di hospital, klinik dan pusat-pusat kesihatan sama ada di sektor awam dan swasta. Mereka boleh dipertimbangkan ke jawatan Ketua Jururawat, Penyelia jururawat dan matron.Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:Sekolah Jururawat Yang Dikendalikan Oleh Kementerian KesihatanInstitusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:Tun Tan Cheng Lock College Of Nursing, Assunta HospitalSyarat-Syarat KemasukanSekurang-kurangnya mendapat kepujian di dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau Inggeris, Matematik dan satu mata pelajaran Sains di peringkat SPM.

Ahli Psikologi

Ahli psikologi menyelidik dan membuat kajian dalam pengurusan saintifik berkenaan dengan kelakuan manusia. Ia merupakan suatu sains dan menggunakan pengetahuan berkenaan untuk mempertingkatkan penyesuaian dan perkembangan peribadi, sosial, pendidikan atau pekerjaan.Keterangan TugasMerancang dan menjalankan ujian untuk mengukur sifat mental, fizikal dan sifat yang lain seperti kecerdasan, kebolehan bakat, potensi dan sebagainya, mentafsir dan menilai keputusan serta memberi nasihat;Menganalisis kesan faktor keturunan, sosial, pekerjaan dan faktor lain ke atas pemikiran dan kelakuan individu;Mengadakan sesi kaunseling atau rawatan teraputik dan memberikan perkhidmatan susulan;Mengekalkan hubungan yang perlu seperti dengan ahli keluarga, pihak berkuasa pendidikan atau majikan serta mencadangkan penyelesaian dan pengendalian yang munasabah terhadap sesuatu masalah;Mengkaji faktor psikologi dalan diagnosis, rawatan serta pencegahan penyakit mental dan gangguan emosi atau personaliti serta berbincang dengan professional yang berkaitan;Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;Menyelia pekerja lain

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:Ahli Psikologi, KlinikalAhli Psikologi, PendidikanAhli Psikologi, PekerjaanCiri-Ciri PeribadiTerdapat ruang dalam bidang tersebut untuk mereka yang memiliki ciri-ciri peribadi dan kemahiran yang pelbagai. Seorang yang suka pada konsep-konsep dan penyelesaian matematik boleh menceburi cabang psikometrik. Sebaliknya, mereka yang peka terhadap hubungan perseorangan mungkin terdorong untuk bekerja secara langsung dengan klien yang menghadapi masalah emosi. Sekiranya anda menggabungkan kemahiran pertimbangan dan pemerhatian dengan minat yang mendalam terhadap kanak-kanak, kerjaya sebagai penyelidik dalam cabang psikologi pembangunan mungkin terbuka untuk anda. Walaupun terdapat banyak pilihan, ahli psikologi mesti memiliki ciri-ciri berikut:Minat terhadap orang dan kelakuan mereka.Stabil secara emosi dan matangKemahiran berkomunikasi yang baikSedia bekerja secara berkumpulan

Kefahaman mengenai pengkaedahan saintifik dan statistikMenghormati kerahsiaan klienMenyukai keagamaan, berdikari, kebebasan dan pembuatan keputusanBerfikir secara kreatif dan mampu menyelesaikan masalahTahap kepintaran yang tinggiTajam dan pemerhatian dan berkaedahRasa ingin tahu dan adilPeka dan prihatinKesabaran dan kecekalanKelulusanIjazah Sarjana Muda Psikologi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.Gaji Dan Faedah-Faedah LainSektor Awam : Gaji Permulaan RM 1419.00ETP RM 165.00EKA RM 170.00

Sektor Swasta : Gaji Permulaan Sektor Swasta mengikut keadaan pasaran kerja semasa

Prospek KerjayaDi Sektor Awam ahli psikoligi boleh berkhidmat di Jabatan Penjara Malaysia, Pensyarah-pensyarah di universiti-universiti sebagai pakar pemulihan, Penyelidik, Kaunselor di Jabatan Perkhidmatan Awam.Di Sektor Swasta ahli psikologi boleh bekerja di bidang pentadbiran dan pengurusan, perniagan dan perusahaan, pemasaran dan perhubungan awam, perjawatan, perkhidmatan kesihatan. Peluang dalam bidang psikologi di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah akan menjanjikan masa depan yang cerah, mereka boleh menubuhkan pusat penjagaan kesihatan mental, perunding pembangunan sumber manusia dan peluang mungkin bertambah apabila ahli psikologi mempertingkatkan kajian tentang kesan kemajuan teknologi di masa akan datang terhadap manusia.LatihanInstitut Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Adalah:Universiti MalayaUniversiti Kebangsaan MalaysiaUniversiti Malaysia SabahSyarat-Syarat KemasukanSekurang-kurangnya Gred D dalam kertas Am di peringkat STPM dan kepujian dalam matematik atau sains peringkat SPM.

Cabang Bidang Perubatan.

Senarai Cabang Spesifik dalam Bidang Perubatan :-

Physiology (Fisiologi)

Optometri/ Ophtalmology (Mata)

Medical Microbiology & Immunology

Radiography / Radiology (X-Ray)

Medicine (Ubatan)

Obstectrics & Gynaecology (Perbidanan & Sakit Puan)

Biomedical Science

Paediatrics (Kanak-kanak)

Pharmacy (Farmasi)

Surgery (Pembedahan)

Physiotherapy (Fisioterapi)

Otorhinolaryngology

Anaesthesiology (Bius)

Environmental Health / Science (Kesihatan Alam Sekitar)

Veterinar (Haiwan)

Anatomy (Rangka)

Orthopaedics (Tulang)

Nursing Science (Sains Kejururawatan)

Parasitology & Entomology (Parasit / Serangga)

Pathology (Penyakit)

Family Medicine (Perubatan Keluarga)

Forensics (Forensik)

Community Health (Kesihatan Komuniti)

Dentistry (Pergigian)

Oncology (Kanser)

Hematology (Kajian Darah)

Prostetics (Anggota Badan Palsu)

Health Assistant (Pembantu Kesihatan)

Midwifery (Perbidanan)

Senarai Universiti.

IPTA.

Universiti Teknologi MARA

Universiti Sains Islam Malaysia

Universiti Malaysia Sabah

UNISZA

Universiti Islam Antarabangsa

Universiti Putra Malaysia

Universiti Sains Malaysia

Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Malaya

Universiti Malaysia Sarawak

IPTS

AIMST

IMU

MSU

UCSI

Perak Medical College

Penang Medical College

Melaka Manicipal Medical College

Monash University

Alliance College of Medical Science

Cyberjaya University College of Medical Sciences

Luar Negara

Arab Republic of Egypt

Al-Azhar University

University of Ain Shams

University of Alexandria

University of Cairo

University of Mansoura

University of Tanta

University of Zagazig

Australia

Flinders University of South Australia

Monash University

University of Adelaide

University of Melbourne

University of New South Wales

University of Newcastle, New South Wales

University of Queensland

University of Sydney

University of Tasmania

University of Western Australia

United Kingdom

Queen's University of Belfast

Royal College of Physicians and Surgeons of Glasgow

Royal College of Physicians of Edinburg

Royal College of Physicians of London

Royal College of Surgeons of Edinburg

Royal College of Surgeons of London

Society of Apothecaries of London

University of Aberdeen

University of Birmingham

University of Bristol

University of Cambridge

University of Dundee

University of Durham

University of Edinburgh

University of Glasgow

University of Leeds

University of Leicester, School of Medicine

University of Liverpool

University of London

University of Manchester

University of Newcastle-upon-Tyne

University of Nottingham

University of Oxford

University of Sheffield

University of Southampton

University of St. Andrews

University of Wales

Russia

Kursk State Medical University

Moscow State Medical Academy

Nizhny Novgorod State Medical Academy

Russian State Medical University

Volgograd State Medical Academy

Republic of Ireland

National University of Ireland

Royal College of Physicians of Ireland

Royal College of Surgeons in Ireland

University College Dublin

Direktori Hospital.

Perlis1. Hospital Tuanku Fauziah, Kangar

Kedah 2. Hospital Sultanah Bahiyah3. Hospital Sultan Abdul Halim4. Hospital Kulim5. Hospital Langkawi6. Hospital Baling7. Hospital Sik8. Hospital Yan9. Hospital Jitra10. Hospital Kuala Neran

Pulau Pinang11. Hospital Pulau Pinang12. Hospital Seberang Jaya13. Hospital Bukit Mertajam14. Hospital Kepala Batas15. Hospital Sungai Bakap16. Hospital Balik Pulau

Perak17. Hospital Raja Permaisuri Bainun18. Hospital Taiping19. Hospital Teluk Intan20. Hospital Seri Manjung21. Hospital Slim River22. Hospital Batu Gajah23. Hospital Kuala Kangsar24. Hospital Tapah25. Hospital Parit Buntar26. Hospital Kampar

27. Hospital Sungai Siput28. Hospital Selama29. Hospital Gerik30. Hospital Changkat Melintang

Selangor31. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang32. Hospital Kajang33. Hospital Banting34. Hospital Kuala Kubu Baru35. Hospital Tanjung Karang36. Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam37. Hospital Selayang38. Hospital Serdang39. Hospital Ampang

Kuala Lumpur40. Hospital Kuala Lumpur

Wilayah Persekutuan 41. Hospital Putrajaya42. Hospital Labuan

Negeri Sembilan43. Hospital Tuanku Jaafar, Seremban44. Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah45. Hospital Tampin46. Hospital Port Dickson47. Hospital Jelebu

Melaka48. Hospital Melaka49. Hospital Alor Gajah

Johor50. Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru51. Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar52. Hospital Batu Pahat53. Hospital Kluang54. Hospital Segamat55. Hospital Kota Tinggi56. Hospital Pontian57. Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai (HSTSTI)58. Hospital Tangkak

59. Hospital Mersing

Pahang60. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan61. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh62. Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highland63. Hospital Kuala Lipis64. Hospital Bentong65. Hospital Raub66. Hospital Jerantut67. Hospital Jengka68. Hospital Muadzam Shah69. Hospital Pekan

Terengganu 70. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu71. Hospital Kemaman**72. Hospital Dungun73. Hospital Besut74. Hospital Hulu Terengganu75. Hospital Setiu

Kelantan76. Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu77. Hospital Kuala Krai**78. Hospital Pasir Mas79. Hospital Tanah Merah80. Hospital Tumpat81. Hospital Tengku Anis, Pasir Putih82. Hospital Machang83. Hospital Gua Musang84. Hospital Jeli

Sarawak85. Hospital Umum Sarawak, Kuching86. Hospital Sibu**87. Hospital Miri**88. Hospital Bintulu**89. Hospital Kapit**90. Hospital Sarikei**91. Hospital Sri Aman92. Hospital Saratok93. Hospital Kanowit94. Hospital Limbang

95. Hospital Serian96. Hospital Daro97. Hospital Betong98. Hospital Bau99. Hospital Mukah100. Hospital Simunjan101. Hospital Marudi102. Hospital Lundu103. Hospital Lawas

Sabah104. Hospital Likas105. Hospital Duchess of Kent106. Hospital Tawau107. Hospital Keningau108. Hospital Lahad Datu109. Hospital Beaufort110. Hospital Kudat111. Hospital Kota Belud112. Hospital Sipitang113. Hospital Tenom114. Hospital Ranau115. Hospital Papar116. Hospital Kinabatangan117. Hospital Kota Marudu118. Hospital Semporna119. Hospital Beluran120. Hospital Tambunan121. Hospital Kunak122. Hospital Pitas123. Hospital Kuala Penyu

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA124. Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak125. Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA126. Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan127. Pusat Perubatan Universiti Malaya

HOSPITAL SWASTA128. Ipoh Specialist Hospital, Ipoh129. KPJ Damansara Specialist Hospital, KL130. KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor131. KPJ Pusat Perubatan Pantai, KL132. KPJ Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor133. Penang Adventist Hospital, Pulau Pinang134. Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur135. Assunta Hospital136. Columbia Asia Hospitals137. Subang Jaya Medical Centre138. Pantai Groups of Hospitals139. Gleneagles Intan Medical Centre, KL140. Institut Jantung Negara (IJN)141. Sunway Medical Centre (SUNMED)142. Hospital PUSRAWI Sdn. Bhd.143. Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah144. Damai Service Hospital