KERONCONG (1)

78

description

doc

Transcript of KERONCONG (1)

Seni Warisan Irama Melayu Tradisional : Keroncong

BILISI KANDUNGAN M/S

1.GAMBAR PERSEMBAHAN KERONCONG 2

MILIK PERIBADI PENULIS

2. PENGENALAN 3 & 4 3.SEJARAH MUZIK KERONCONG 5 4. SEJARAH KERONCONG DI INDONESIA 65. ASAL-USUL IRAMA KERONCONG DI INDONESIA 7 & 8

6.SEJARAH KERONCONG DI MALAYSIA 9 -107. SEJARAH PENGEMBANGAN SENI MUZIK 11 KERONCONG DI MALAYSIA

8. SEJARAH PENGEMBANGAN KERONCONG 12

DI NEGERI JOHOR

9. JENIS KUMPULAN KERONCONG 13

10. KUMPULAN-KUMPULAN KERONCONG 14 & 16 DI NEGERI JOHOR

11.ALAT-ALAT MUZIK KERONCONG DAN ILUSTRASI 17 - 3212.JENIS-JENIS LAGU MUZIK KERONCONG 33 - 4013.VARIASI RENTAK 4014 CONTOH LAGU LAGU KERONCONG. 41 - 4315. JENIS SUARA PENYANYI KERONCONG 44 - 4616.PAKAIAN PENYANYI KERONCONG. 47 - 4817.KESIMPULAN 49 - 5018. BIBLIOGRAFI 51Keroncong.

Kumpulan Keroncong Bintang Selatan sedang membuat persembahan.

(Koleksi gambar milik penulis). Tuan puteri duduk di taman,

Sambil didandan dayang istana,

Keroncong seni warisan berzaman,

Menyerbak harum mensohor budaya.

1. Pengenalan.Setiap masyarakat itu mempunyai warisan kesenian tersendiri yang ditinggal kan dan diwarisi secara turun-temurun daripada satu generasi kepada generasi berikutnya, Biasanya warisan seperti ini mengandungi.unsur-unsur budaya yang merangkumi nilai-nilai estitika dan amalan harian setiap individu dalam ruang litup sesebuah masyarakat di mana warisan kesenian itu dilahirkan .Muzik juga merupakan salah satu elemen penting dan boleh menjadi aset

global yang indah milik sesebuah masyarakat itu. KERONCONG merupakan salah satu seni warisan Melayu oleh generasi terdahulu kepada kita yang tidak dapat dijual beli . Kain sarung tenunan Melayu, Dipakai teruna nampak bergaya, Irama keroncong lembut mendayu, Menambat mesra damai terasa.

Sebagai ahli masyarakat yang cintakan budaya warisan Melayu, kita perlu mengetahui apakah seni muzik keroncong itu dan sejarah asal usulnya, serta bagaimana muzik ini mula bertapak dan mendapat tempat di negara kita. Alangkah ruginya jika seni budaya yang menjadi warisan turun-temurun ini akhirnya hilang lenyap begitu sahaja. Seperti kata pepatah Melayu : tak kenal maka tak cinta, oleh itu kita amat mengharapkan agar generasi muda mahu mengenali dan menghargai kesenian warisan kita ini supaya ianya kekal menjadi salah satu lambang budaya Malaysia yang unggul dan unik.

Kumpulan ini mendapat tempat ketiga dalamPertandingan Keroncong Peringkat Negeri 2004.(petikan gambar Buku Program Pertandingan Keroncong Johor 2004)2. Sejarah Muzik Keroncong.Seni muzik Keroncong ini disebut juga muzik keroncong kerana sifatnya yang menerima unsur-unsur dari luar samada dari segi alat-alat muzik yang digunakan atau pun irama muziknya. Kebanyakan alat muzik yang digunakan adalah berasal dari negara lain dan bukan berasal dari Malaysia

mahupun Indonesia. Contohnya cuk atau ukulele yang mula diperkenalkan oleh pedagang- pedagang Eropah yang menjelajah kawasan timur pada kurun ke 16. Dari segi irama dan lagu pula, banyak yang mempunyai persamaan atau pun

diambil dari luar contohnya lagu Jingkli Nona yang mulanya dinyanyikan oleh orang-orang Portugis dalam bahasa ibunda mereka ketika mereka menguasai Indonesia dan Tanah Melayu suatu ketika dulu . Seni muzik Keroncong ini pula mempunyai dua sejarahnya yang tersendiri iaitu sejarah di Indonesia dan sejarah di Malaysia. Kedua -dua buah negara ini mungkin mempunyai citarasa yang hampir sama kerana sebahagian besar penduduknya adalah melayu. Mungkin ini jugalah antara faktor yang memnyebabkan muzik ini digemari dan mendapat tempat di kalangan penduduk kedua-dua negara ini. 3. Sejarah Keroncong di Indonesia.

Meninjau secara ringkasnya , irama ini memang mendapat tempat dan amat diminati di Indonesia . Ia mempunyai kelainan yang tersendiri dan mampu

menghiburkan pendengar dari berbagai lapisan.

Penyanyi wanita Indonesia sedang

mengalunkan lagu sinkretik keroncong.

(petikan gambar dari internet [email protected])

Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul perkataan keroncong di Indonesia iaitu :a. berasal dari bunyi gelang tangan atau kaki wanita yang akan berbunyi

crong-crong-kroncong apabila bersentuhan.b. berasal dari alat ukulele yang disebut cuk, krung atau kencerung.c. berasal dari perkataan teh keroncong atau di Malaysia dikenali

sebagai teh tarik.d. berasal dari nasi keroncong iaitu nasi dimasak biasa (bukan kukus)4. Asal-Usul Irama Keroncong di Indonesia .Irama keroncong di Indonesia dikatakan mempunyai pengaruh yang besar dan sering menjadi siulan peminatnya dari berbagai peringkat umur. Ia dikatakan sebuah genre muzik yang penting di negara tersebut dan mampu menjana nilai-nilai murni melalui irama dan senikata lagunya.

Salah satu kumpulan keroncong Indonesia sedang membuat persembahan mereka.(petikan gambar dari internet [email protected])

Secara ringkasnya pula, jika ditinjau tentang asal-usul irama keroncongdi Indonesia, terdapat beberapa pendapat mengenainya iaitu :a. berasal dari ukulele yang dibawa oleh orang Portugis ke Indonesia

dan dimainkan secara soliter ( solo / seorang diri. Cengkok atau gaya ukulele itu dibunyikan menjadi asas kepada irama keroncong tersebut.b. berasal dari Meztezia (budak-budak Portugis) yang menetap di Indonesia apabila Portugis dikalahkan Belanda.c. perkataan Moor iaitu kaum yang disiksa dan memeluk agama Kristian dan kemudiannya dikenali sebagai kaum Moresco. Mereka memainkan alat muzik keroncong untuk melupakan kepahitan hidup mereka. - Serba-Serbi Keroncong, oleh Drs Soeharto AH, Achmad Soenardi, Samidi Sunupratomo, halaman 28.

5. Sejarah Keroncong di Malaysia.Bertapaknya seni muzik keroncong ini di Malaysia juga mempunyai sejarahnya sendiri dan ada beberapa pendapat tentang asal-usul seni keroncong.Pendapat pertama:Alat Ukelele atau Cuk merupakan bibit asal muzik keroncong dan alat muzik ini bukan alat muzik asli serantau. Alat ini berasal dari

negara Portugal dan dimainkan secara solitary (sendiri) dan dibawapedagang Portugis sewaktu berdagang ke Nusantara di abad ke 15. Ini menunjukkan muzik keroncong telah dibawa oleh orang Portugis ke Asia Tenggara semasa zaman mereka berkuasa di rantau Asia.

Ukelele atau cuk mempunyai peranan penting dalam asal-usul muzik Keroncong di Malaysia dan Indonesia.(gambar koleksi penulis)Pendapat kedua:

Seni muzik keroncong diperkenalkan ke Malaysia melalui pekerja

Indonesia dari Pulau Jawa yang datang mencari kerja di Malaysia padaabad ke 19. Mereka membawa bersama kesenian dari negara asalmereka seperti gamelan, keroncong, muzik wayang kulit, kuda kepang,barongan, hamdulok, katoperak, silat dan sebagainya. Seni Muzik

Keroncong, oleh Ariff Ahmad, halaman 23. Kesenian ini telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan untuk turut

serta dalam seni muzik seperti gamelan dan keroncong. Kawasan yang

banyak kegiatan keroncong ialah di pantai barat Malaysia iaitu negeri

Johor, Selangor dan Perak. 6. Sejarah Pengembangan Seni Muzik keroncong di Malaysia.Kemasukan seni muzik keroncong di Malaysia ialah pada akhir abad ke 19 danmula bertapak di Johor,Selangor dan Perak. Seni muzik ini dibawa oleh orangJawa yang datang ke Malaysia dan bekerja di ladang-ladang getah, kelapa,nenas, kopi dan kelapa sawit. Muzik keroncong kemudiannya mendapat sambutan di negeri-negeri sekitar pantai barat kerana penduduk keturunan Jawa lebih dominan. Orang-orang Cina keturunan Baba dan Nyonya di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura juga meminati keroncong dan turut mencipta lagu-lagu keroncong. Ketika itu, muzik keroncong turut menyerikan majlis-majlis perkahwinan atau pesta. Kumpulan bangsawan turut menggunakan kumpulan muzik ini dalam persembahan mereka disesuaikan dengan kehendak cerita.

Selepas Perang Dunia Kedua , muncul lagu-lagu keroncong bercorak melayu yang dihasilkan beberapa tokoh muzik tempatan. Antara pencipta -pencipta yang terkenal ialah Zubir Said, Ahmad Jaafar, P.Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohamad, Zainal Ibrahim dan terkini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad.7. Sejarah Pengembangan Keroncong di Negeri Johor.Program pengembangan muzik keroncong di negeri Johor dilancarkan pada

tahun 1997 dengan pengambilan 2 orang tenaga pengajar yang pakar dariIndonesia. Beberapa bengkel asas kejurulatihan muzik keroncong telahdiadakan dengan jayanya pada 15 18 Jun ,1999 di Pusat Kegiatan SeniYayasan Warisan Johor. Bengkel seterusnya diadakan lagi pada tahun 2001 dan 2003 . Hasilnya, 19 buah kumpulan muzik keroncong dari kesemua daerah di negeri Johor telah berjaya dilahirkan. Ini menunjukkan setiap daerah di Johor berminat dalam muzik tradisional ini.

Pak Ariff Pak Edhi

Dua orang tenaga pengajar dari ndonesia yang bertugas di Yayasan

Warisan Johor sebagai jurulatih keroncong .(gambar koleksi peribadi penulis)8. Jenis Kumpulan Keroncong .Terdapat dua jenis kumpulan muzik keroncong :

a. Kumpulan Muzik Keroncong yang standard biasanya mempunyai tujuh orang pemain muzik iaitu dua pemain melodi dan lima pemain iringan. Bilangan penyanyinya tidak terhad dan biasanya setiap kumpulan mempunyai dua orang penyanyi atau lebih , samada lelaki atau perempuan.

b. Orkestra keroncong di mana jumlah pemain atau pemuziknya akan bertambah terutama dalam memainkan violin atau biola. Alat-alat tiupan seperti seksofon , trumpet dan trombon juga digunakan. Persembahan seperti ini memerlukan gubahan bagi tiap-tiap lagu . Biasanya orkestra dipimpin oleh seorang kondukter dan sering juga disebut sebagai konsert, contohnya Konsert Keroncong Di Raja.

DYMM Baginda Sultan Johor dan Sultanah Johor bersalamann dengan barisan artis

dalamPersembahan Keroncong DiRaja 2003 - petikan gambar dari Buletin Yayasan Warisan Johor Jun 2003, halaman 6.9. Kumpulan-kumpulan Keroncong di Negeri Johor. Terdapat sembilan belas buah kumpulan keroncong yang terdapat di negeri Johor ini dan antaranya ialah :

- Orkes Suara Hati dari Majlis Perbandaran Batu Pahat, Johor. Kumpulan ini mendapat bimbingan dari seorang jurulatih Yayasan Warisan Johor yang didatangkan khas dari Indonesia untuk membantu dalam mengembangkan seni keroncong di negeri Johor .

Kumpulan ini pernah berjaya menjadi juara dalam Pertandingan Keroncong Peringkat Negeri yang diadakan di Audotorium RTM Johor Bahru selama dua tahun berturut-turut iaitu 2003 dan 2004.

Orkes Suara Hati Majlis Perbandaran Batu Pahat sedang membuat persembahan mereka. (petikan gambar Buku Program Pertandingan Keroncong Johor 2004) - Orkes Keroncong Bintang Selatan, Tasek Merdeka, Batu Pahat. Orkes Keroncong ini ditubuhkan pada tahun 1970-an dengan nama

awalnya Orkes Keroncong Bintang Sore dibawah pimpinan Tuan Haji Asri bin Sarwan. Koleksi Lagu-lagu Keroncong yang dihasilkan oleh Orkes Keroncong Bintang Selatan.

Kumpulan ini pernah membuat CD Koleksi Lagu-lagu Keroncong dan

masih bergiat aktif dalam membuat persembahan di majlis-majlis rasmi

dan juga rakaman untuk rancangan khas Hari Raya setiap tahun di radio.Kumpulan-kumpulan lain pula ialah:

- Orkes Keroncong Irama Desa,Kg. Peserai, B.Pahat.

- Orkes Keroncong Hanny Budi, Simpang Lima B. Pahat. - Orkes Keroncong Sinaran Maharani, Maj. Perbandaran Muar. - Orkes Keroncong Bintang Timur,Majlis Daerah Yong Peng.- Orkes Keroncong Majlis Daerah Segamat.

- Orkes Keroncong Nada Kota, Majlis Daerah Kota Tinggi.

- Orkes Keroncong Nada Sutera, Majlis Perbandaran Kluang.

- Orkes Keroncong Gema Simfoni, Majlis Daerah Pontian.

- Orkes Keroncong Bintang Kejora, Bandar Penawar.

- Orkes Keroncong Sinar Murni, Majlis Daerah mersing.- Orkes Keroncong Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.

- Orkes Keroncong MPTI Johor Bahru.

- Orkes Keroncong Maktab Perguruan Batu Pahat.

- Orkes Keroncong Belia Mahkota Johor Bahru.

- Orkes Keroncong Majlis Bandaraya Johor Bahru.

- Orkes Keroncong Majlis Daerah Tangkak.

- Kumpulan Keroncong Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pasir Gudang.(petikan dari Buku Program Pertandingan Keroncong Johor 2004)Kumpulan-kumpulan keroncong yang telah ditubuhkan ini memberigambaran bahawa sudah semakin ramai peminat seni keroncongdi negeri Johor. Ia menunjukkan suatu fenomena yang positif dalam

pengembangan seni ini di tanah air kita.

Naib Johan Pertandingan Keroncong Peringkat Negeri 2004 Kumpulan Keroncong Nada Kota.

10. Alat-alat Muzik Keroncong.

(petikan gambar Buku Program Pertandingan Keroncong Johor 2004)Dalam seni muzik keroncong terdapat beberapa alat muzik yang mempunyai peranannya yang tersendiri dan penting untuk menghasilkan irama merdu dan mengasyikkan pendengarnya. Alat-alat muzik yang penting itu ialah :

Violin atau biola. Flute atau seruling.

Cuk atau Ukelele

Cak

Celo

Double-Bass

Gitar

Dalam satu persembahan muzik keroncong, kesemua alat tersebut adalah

penting terutama alat-alat yang membawakan rentak iaitu gitar, cuk, cak,

cello dan double bass. Sementara violin atau biola berperanan membawa

melodi sesebuah lagu. 10.1 ViolinAlat muzik ini termasuk dalam alat Kordofon kerana ia menghasilkan bunyi

dengan cara digesek. Alat bertali empat ini dimainkan dengan cara

menggesek menggunakan alat penggesek yang khusus iaitu merupakan tali-tali halus yang diperbuat daripada ekor kuda. Terdapat juga tali penggesek ini yang diperbuat daripada nylon.

Violin yang bermutu akan menghasilkan bunyi yang lebih baik. ( petikan gambar Buku Alat Muzik Tradisional Dalam Masyarakat Melayu di Malaysia- halaman 190) Reka bentuk violin yang bermutu akan menghasilkan bunyi yang terbaik dan

harganya berbeza-beza mengikut kualiti violin tersebut. Violin atau biola

mempunyai empat tali yang diperbuat daripada dawai dan dilaras mengikut

nadanya yang telah ditentukan . Tali pertama - E

Tali kedua - A

Tali ketiga - D

Tali keempat - GSebutan biasa untuk alat ini ialah biola. Violin atau biola ini digunakan dalam muzik keroncong sebagai alat yang memainkan melodi. Ia berperananmemainkan iringan secara kaunter melodi atau menjadi melodi pengiring.

Cara memegang dan memainkan alat ini juga mempengaruhibunyi gesekan yang dihasilkan.(petikan gambar Buku Program Pertandingan Keroncong Johor 2004)Ada kalanya pula violin digunakan sebagai intro atau alat yang dimainkan

pada pembukaan awal sesebuah lagu mengikut gubahan atau susunan

sesebuah lagu. Ini terutama apabila sesebuah kumpulan keroncong itu

memainkan lagu-lagu keroncong asli. Pemain violin atau biola akan bermain secara solo membawakan melodi

pada bar-bar tertentu mengikut giliran yang telah ditetapkan. Pemain violin atau biola ini juga berperanan sebagai pemimpin dan akan memainkan melodi lagu apabila penyanyi berhenti sementara daripada menyanyi di tengah-tengah lagu.10.1.1 Ilustrasi Violin.

10.2 Flute.Flute adalah salah satu alat muzik dalam kumpulan aerofon yang meghasil kan bunyi melalui udara yang bergetar kerana ditiup. Alat ini turut penting dalam muzik sinkretik keroncong dan bunyi yang dihasilkan pula biasanya lembut dan gemalai serta sangat sesuai dengan muzik keroncong.

Flute yang digunakan dalam muzik sinkretik keroncong. ( petikan gambar Buku Alat Muzik Tradisional Dalam

Masyarakat Melayu di Malaysia- halaman 191). Alat ini dikatakan berasal dari Eropah dan telah digunakan sejak kurun ke 12

dan dipercayai telah direka oleh Theobald Boehm (1793 1881). Ianya diperbuat daripada perak atau pun logam yang disalut dengan perak.

Peniup flute yang berpengalaman mampu memainkan dan

menghasilkan corak-corak irama menarik dalam muzik keroncong.(gambar koleksi penulis) Dalam muzik keroncong, flute berperanan memainkan melodi dan jugakaunter melodi . Bunyinya dapat memberikan keunikan dan mampu membuat pendengarnya menjadi asyik. Flute dan biola adakalanya dimain-kan secara berduet untuk membawakan melodi asas samada secara harmoni atau bergilir-gilir. 10.2.1 Ilustrasi Flute.

10.3 Cuk.

Alat ini dikenali juga sebagai ukulele dan tergolong dalam kumpulan Kordofon kerana menghasilkan bunyi secara dipetik pada talinya. Merupakan alat utama muzik keroncong dan di perkenalkan oleh pelayar-pelayar Eropah yang menjelajah kawasan Timur pada kurun ke 16. Berperanan sebagai alat pengiring dan digunakan untuk memainkan chord.

Cuk dipasang dengan tiga atau empat tali nylon dan larasnya boleh ditukar

mengikut nada lagu yang dimainkan. Dipetik secara strumming, dan kini ada juga dimainkan secara petikan dan arpeggio berasaskan kod yang

sedang dimainkan.

Cuk atau ukulele dimainkan secara petikan atau arpaeggio. (petikan gambar koleksi peribadi penulis)Untuk cuk yang mempunyai empat tali, laras talinya ialah:

Tali pertama - A.

Tali kedua - E

Tali ketiga - B

Tali keempat - G

Laras tali untuk cuk yang mempunyai 3 tali ialah :

Tali pertama - E

Tali kedua - B

Tali ketiga - G

10.3.1 Ilustrasi Cuk.

10.4 Cak.Cak adalah alat pengiring yang sangat penting dalam memainkan rentak

keroncong. Alat ini berbentuk seakan-akan cuk dan termasuk dalam keluarga Kordofon kerana ia menghasilkan bunyi secara dipetik. Alat ini bergabung dengan cuk dan dimainkan secara bertingkah. Ia berperanan untuk memainkan kod secara up beat dan telah direka oleh pemuzik Indonesia.

Alat cak dimainkan secara bertingkah dengan cuk. (petikan gambar koleksi penulis)Cak mempunyai tali 3 tali dan laras talinya adalah seperti berikut:Tali pertama - E

Tali kedua - B

Tali ketiga - G10.4.1 Ilustrasi Cak.

10.5 Gitar.Gitar mempunyai enam tali. Peranannya ialah memainkan iringan berbentuk kaunter melodi. Tergolong dalam kumpulan Kordofon dan not-not yang dimainkan secara menaik dan menurun berasaskan kod. Adakalanya kod-kod dipetik untuk memberi tekanan kepada beat lagu atau permulaan lagu.

Gitar juga perlu dalam seni muzik keroncong. ( petikan gambar Buku Alat Muzik Tradisional Dalam

Masyarakat Melayu di Malaysia- halaman 192) Untuk melaras tali gitar, biasanya pemain akan berpandukan berikut:Tali pertama - E

Tali kedua - B

Tali ketiga - G

Tali keempat - D

Tali kelima - ATali keenam - E

Kebanyakan pemain gitar keroncong bermain di sekitar tali pertama, kedua

dan ketiga sahaja. Mereka menggunakan jari telunjuk, jari tengah dan jari manis pada tangan kiri apabila bermain gitar.10.5.1 Ilustrasi Gitar.

10.6 Cello.Alat muzik ini juga termasuk dalam kumpulan Kordofon, bertali empat dan selalunya dimainkan secara digesek. Dalam seni muzik keroncong alat ini dimainkan dengan cara dipetik (pizzicato) menggunakan ibu jari sahaja. Peranannya adalah menggantikan gendang dan dimainkan secara dinamik dan lincah untuk menegaskan rentak lagu.

Cello dalam muzik sinkretik keroncong ada yang

mempunyai empat atau tiga tali. ( petikan gambar Buku Alat Muzik Tradisional Dalam

Masyarakat Melayu di Malaysia- halaman 191) Laras cello empat tali adalah seperti berikut::

Tali pertama - C

Tali kedua - G

Tali ketiga - D

Tali keempat - A

Untuk Cello yang mempunyai tiga tali pula larasnya ialah :

Tali pertama - CTali kedua - GTali ketiga - D atau C (bawah)10.6.1 Ilustrasi Cello.

10.7 Double Bass.Alat ini paling besar saiznya jika dibandingkan dengan lain lain alat muzik

dalam muzik sinkretik keroncong ini. Juga tergolong dalam kumpulan Kordofon dan biasanya alat ini dimainkan secara digesek. Namun dalam muzik sinkretik keroncong pula, ia dimainkan secara dipetik dengan jari dan hanya tiga tali yang digunakan iaitu G, D, dan A. Talinya dibuat daripada nylon dan berperanan membantu menekankan rentak.

Pemainnya double-bass biasanya memainkan alat muzik ini dengan cara berdiri.(gambar koleksi peribadi penulis) Laras tali untuk double- bass yang mempunyai empat tali ialah :

Tali pertama - G

Tali kedua - D

Tali ketiga - A

Tali keempat - E

10.7.1 Ilustrasi Double-Bass

11. Jenis-jenis Lagu Muzik Keroncong.

Lagu-lagu keroncong ini pula terbahagi kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian mempunyai ciri-ciri dan susunan kod yang telah ditetapkan. Setiap jenis lagu-lagu ini juga mempunyai kelainan antara satu sama lain dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Dalam penjenisan lagu-lagu keroncong ini nanti, kita dapat lihat ada di antara

lagu- lagu itu hampir sama tetapi berlainan dari sudut penambahan bar atau susunan kod. Namun, perbezaan ini tidak menghalang kita untuk menikmati keindahan dan kesyahduan susunan lagu-lagu muzik keroncong tersebut. Lagu- keroncong dapat dibahagikan kepada enam jenis dan antaranya ialah: 11.1 Keroncong Asli I dan II.

11.2 Stambul I dan II.

11.3 Keroncong Langgam

11.4 Keroncong Ekstra.11.5 Keroncong Minor.

11.6 Keroncong Bit.

11.1. Keroncong Asli .Lagu Keroncong Asli adalah lagu yang paling sukar dinyanyikan untuk penyanyi yang baru mengenali dan mempelajari cara nyanyian lagu-lagu keroncong. Keroncong Asli terbahagi 2 :

11.1.1 Keroncong Asli 1. Lagu ini boleh diklasifikasikan dengan ciri-cirinya:a. Jumlah bar lagu 28 , mengandungi 3 bahagian A, B dan C

( tidak termasuk intro dan penutupnya.)b. Permulaan lagu dimulakan dengan satu atau dua alat solo dan

tempo lagu dimainkan secara bebas. c. Penutup atau coda dimainkan oleh satu atau dua alat solo.d. Bar 8 dan 9 ada selingan muzik.e. Susunan kod seluruh lagu serupa dan tidak berubah.f. Menggunakan tangga nada major.g. Tanda masa adalah 4/4.

Susunan Kod :

a. Intro - 4 bar (tidak terhad ) dan ada susunan kod.

I kod I / / / I kod IV / / / I kod V / / / I kod I / / / I

b. Bahagian A - 8 bar

I kod I / / / I kod V / / / I kod V / / / I kod I / / / I

I kod II / / / I kod II / / / I kod V / / / I kod V / / / I c. Selingan muzik - 2 bar. I kod V / / / I kod V / / / I d. Bahagian B - 10 bar

I kod IV / / / I kod IV / / / I kod IV / / / I kod I / V /

I kod I / / / I kod I / / / I kod V / / / I kod V / / / I

I kod I / / / I kod IV / V / I

e. Bahagian C - 8 bar

I kod I / / / I kod IV / V / I kod I / / / I kod I / / / I

I kod V / / / I kod V / / / I kod I / / / I kod I / / / I f. Penutup/ coda - 4 bar (jumlah bar tidak terhad)

I kod I / / / I kod IV / / / I kod V / / / I kod I / / / I

11.1.2 Keroncong Asli II.Untuk Keroncong Asli II, pula bentuk irama sama seperti Keroncong Asli I tetapi jumlah bar bahagian A , B dan C lebih banyak iaitu 56 bar. ( 28 bar X 2 ) Contoh lagunya ialah Keroncong Dewi Murni, Keroncong Sapu Lidi dan Keroncong Kemayoran.

11. 2 Stambul.Satu lagi jenis lagu keroncong ialah Stambul. Lagu ini mewmpunyai kelainan pada intronya samada didahului alat muzik solo atau vokal penyanyi. Stambul pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

11.2.1 Stambul I.Lagu-lagu Stambul dicipta dengan menggunakan 8 bar sahaja bagi satu rangkap senikata yang mirip kepada pantun atau syair. Rangkap ini akan diulang sekali lagi menjadi 16 bar semuanya dengan senikata yang lain.

Susunan Kod : a. Intronya - bebas. b. Bahagian A - Kod dimainkan sebanyak 8 bar X 2 I kod IV / / / I kod IV / / / I kod I / / / I kod I / / /

I kod V / / / I kod V / / / I kod I / / / I kod I / / /

c. Penutup - bebas.

Lagu-lagu Stambul I ini tidak begitu terkenal kerana lagunya pendek dan kurang meninggalkan kesan di hati peminat keroncong. Ia juga dimainkan dalam tempo yang sederhana dan berbunyi sedih.Contoh lagunya ialah Stambul Jambang.

11.2.2 Stambul II.Stambul II hampir serupa dengan Stambul I tetapi jumlah bar lagu

bertambah menjadi 32 bar ( 16 X 2 bar). Senikatanya juga berupa

pantun dan ada juga yang bebas.Susunan Kod : a. Intro lagu - bebas, samada dimulakan dengan satu alat solo

atau pun vokal penyanyi tanpa iringan lagu. b. Bahagian A - Kod dimainkan sebanyak 16 bar X 2.

II kod IV / / / I kod IV / / / I kod IV / / / I kod IV / V /

I kod I / / / I kod IV / / / I kod I / / / I kod I / / / I

I kod V / / / I kod V / / / I kod V / / / I kod V / / / I

I kod I / / / I kod IV / V / I kod I / / / I kod I / / / II c. Penutup (coda) - seperti permulaan lagu.

Lagu- lagu Stambul II lebih diminati kerana lagunya lebih panjang dan lebih memberi kesan . Contoh lagunya ialah Stambul Jauh Di Mata.

11. 3. Keroncong Langgam.Keroncong Langgam adalah keroncong yang dicipta dengan menyelitkan

teori muzik berbentuk antarabangsa. Lagu -lagu keroncong baru mempunyai pengaruh barat diminati kerana bentuknya berubah daripada Keroncong Asli. Lagu-lagunya lebih moden dan penciptanya bebas melahirkan ekspressi mereka melalui lagu-lagu tersebut. 11.3.1 Bentuk Keroncong Langgam : Jumlah bar tidak terhad, biasanya 32 bar dan terbahagi kepada 4 bahagian (A, A, B, A) tidak termasuk permulaan dan penutup. Jumlah bar tidak terhad, biasanya 32 bar dan terbahagi kepada 4 bahagian (A, A, B, A) tidak termasuk permulaan dan penutup. Menggunakan tangga nada major atau minor.

Tanda masanya bebas. Lagu dimainkan dua kali dan pada ulangan kedua muzik instrumental sahaja dimainkan di bahagian AA.

Intro tidak menggunakan alat muzik solo.

Tidak ada selingan muzik di tengah lagu.

Penutup dimainkan secara bebas mengikut penggubah lagu.Contoh lagu ialah Tidurlah Intan dan Bunga Anggerik.11.4 Keroncong Ekstra.Lagu-lagu Keroncong Ekstra adalah lagu-lagu yang diadaptasikandaripada lagu-lagu rakyat dan dimainkan dalam rentak keroncong.

Ia tidak mempunyai bentu tertentu pada jumlah bar dan rangkapnya

kerana lagu asal boleh diambil dari mana-mana sumber sahaja

Contoh lagunya ialah Jali-jali, Es Lilin, Kicir-kicir.11.5 Keroncong Minor.

Keroncong Minor pula adalah lagu-lagu Keroncong Asli yang menggunakan tangganada Minor. Jumlah bar setiap lagu sama seperti Keroncong Asli dan begitu juga dengan susunan kodnya .

Contoh lagunya ialah :

-Tembang Hiasan

- Sejak Kita Berpisah.

11.6 Keroncong Bid.Satu lagi jenis lagu keroncong yang semakin dikenali ialah Keroncong Bid. Keroncong Bid ini ialah lagu- lagu keroncong yang menggunakan alat-alat muzik tambahan elektronik dan juga bit drum . Contoh alat alat tambahan tersebut ialah kibod dan gitar elektrik . Manakala lagu-lagu yang dimainkan ialah berentak Keroncong Ragge dan Keroncong Dangdut. - menurut Encik

Abdul Rashid Talib , juara Keroncong Johor 2000, 2001 dan 2004. 12. Variasi Rentak.Dalam irama keroncong terdapat variasi rentak dan gaya mengikut tema dan gubahan sesebuah lagu. Tempo dipilih mengikut tema lagu dan untuk membezakan cara petikan alat alat muzik samada secara:

double

single

Pemain boleh menggunakan improvisasi mereka untuk menghasilkan rentak yang menarik dan sesuai dengan lagu. Ada pemain memainkan variasi ini pada bar-bar tertentu dan juga secara bebas. Alat alat yang memerlukan variasi rentak ini ialah cak dan cuk. Kedua-dua alat ini akan dimainkan secara bertingkah dan kelainan pada petikan kedua-dua alat tersebut begitu ketara didengar dan ini akan menambah cantikkan lagi irama keroncong tersebut.

13. Contoh Notasi Lagu Keroncong.

13.1 Contoh Notasi Lagu Keroncong Stambul Jauh Di Mata.

13.2 Notasi lagu Keroncong Langgam Sampul Surat.

13.3 Contoh Notasi Lagu Keroncong Asli Dewi Murni.

14. Vokal Penyanyi Keroncong .Untuk menjadi seorang penyanyi, seseorang itu memerlukan bakat . Namun bakat sahaja belum cukup menjanjikan seseorang boleh menjadi penyanyi yang baik. Mengikut Drs. Soeharto AH, Achmad Soenardi dan Samidi Sunupratomo dalam buku yang ditulis bersama oleh mereka iaitu Serba-Serbi Keroncong (1996) halaman 90 : Untuk menyanyi dengan baik diperlukan sedikitnya tiga hal ialah:1. kemahuan ( minat atau cenderung melakukan sesuatu)2. bakat

3. inteligensi (kreativiti dan pengetahuan tentang muzik).

Jelaslah di sini selain daripada bakat, minat dan berpengetahuan dalam bidang muzik juga memainkan peranan penting dan perlu ada dalam diri seseorang penyanyi itu . Dalam menyampaikan lagu-lagu keroncong pula , seseorang penyanyi perlu menitikberatkan :a. suara b. penghayatan

c. teknik menyanyi

d. penampilan

a. Suara.

Terdapat jenis-jenis suara dalam nyanyian mengikut lelaki dan wanita dan urutan suara dari suara tinggi ke suara rendah perlu diketahui secara asasnya iaitu :

a. soprano , mezzo soprano dan alto suara wanita.

b. Tenor, baritone dan bass - suara lelaki.

b. Penghayatan.

Menghayati lagu mengikut emosi yang ada pada sesebuah lagu samada sedih, gembira, gelisah atau meratap disebut sebagai penghayatan. Selain itu unsur dinamik dalam lagu , tempo samada cepat atau lambat dan juga analisa lagu iaitu memahami maksud atau mesej dalam lagu termasuk juga dalam istilah penghayatan ini.

c. Teknik Menyanyi.

Teknik menyanyi yang betul juga amat penting , antaranya termasuklah: i. bentuk postur tubuh ketika menyanyi berdiri tegak dan selesa (relax).ii. Kawalan pernafasan tarik nafas sebelum menyanyi dan berhenti untuk menarik nafas semula pada sukukata senikata yang betul.

iii. Lontaran suara pembentukan mulut harus dibuka dengan betul terutama bila menyebut huruf-huruf vokal supaya suara yang dilontarkan dapat didengar dengan jelas.

iv. Cengkok Gregel terdapat teknik slur dilakukan pada sukukata-sukukata lagu dan ianya disampaikan secara improvisasi oleh seseorang penyanyi mengikut pengalaman masing-masing. Teknik ini biasanya disampaikan dalam lagu-lagu Keroncong Asli, Stambul dan Langgam.

v. Gandul - bererti jatuhnya nada yang sengaja dibuat tidak tepat pada tekanan irama tetapi agak sedikit terlambat supaya sukukata di hujung lagu seperti tergantung atau terbuai-buai. Cengkok dan Gandul adalah kriteria penting yang mesti ada pada sesebuah lagu keroncong itu .d. Penampilan .

Penyanyi keroncong perlu menjaga penampilan mereka ketika menyanyikan lagu-lagu keroncong. Mengikut Drs. Soeharto AH, Achmad Soenardi dan Samidi Sunupratomo lagi dalam buku yang ditulis bersama oleh mereka iaitu Serba-Serbi Keroncong (1996) halaman 100 :

Penampilan penyanyi tidak perlu berlebihan kerana yang diutamakan adalah suara, pembawaan lagu dan teknik menyanyi. Adapun penampilan akan menambah besarnya perhatian pengunjung kepada penyanyi yang bersangkutan kerana selain enak didengar, juga sedap dipandang dan tidak membosankan. 15. Pakaian Penyanyi Keroncong.

Pakaian penyanyi keroncong biasanya sopan dan manis dipandang. Jika di Malaysia, penyanyi wanita akan memakai baju kurung sedondon , kebaya labuh atau pendek dan berkain batik. Sementara untuk penyanyi lelaki pula biasanya memakai seluar panjang dan kot atau pun berkemeja batik.

Penyanyi keroncong wanita Malaysia biasanya memakai pakaian kebaya atau berbaju kurung, manakala pakaian penyanyi lelakinya ialah sut kot atau berkemeja batik. (petikan gambar dari koleksi penulis dan Buletin Yayasan Warisan Johor Jun 2003).Sementara di Indonesia pula, penyanyi keroncong wanitanya pula akan memakai pakaian kebangsaan mereka iaitu kebaya pendek dan berkain batik wirun ( kain batik lepas yang tidak dijahit dan dililit pada pinggang).Penyanyi lelakinya pula akan memakai pakaian tradisi mereka atau pun berseluar panjang dengan kot atau berkemeja batik. Pakaian penyanyi keroncong lelaki Indonesia- pakaian tradisional. Pakaian penyanyi keroncong wanita Indonesia berkebaya

pendek, berkain batik wirun dan rambut bersanggul rapi.

(Petikan gambar dari internet webmaster@ joglosemar.co.id.)

13. Kesimpulan.Irama keroncong sebenarnya memang mempunyai kelainan dan juga kaya dengan nilai-nilai estetika budaya Melayu melauli muzik da senikatanya. Muziknya yang lembut membuatkan kita merasa tenang dan memberikan suatu ruang istirehat kepada minda pendengar khususnya peminat keroncong. Senikatanya pula banyak menggambarkan harapan , semangat dan cita- cita seperti yang terdapat dalam lagu Selat Teberau, Pahlawanku dan Sepasang Mata Bola . Sementara lagu-lagu yang menggambarkan ketenangan tanah air seperti keindahan pantai , sawah padi dan air terjun terdapat di dalam lagu Kuala Lumpur , Seruling Anak Gembala dan Bengawan Solo. Tidak kurang juga gambaran kekecewaan dalam percintaan dan penantian yang digambarkan melaui lagu Jangan DiTanya, Selamat Tinggal Bungaku dan Bunga Anggerik. Unsur-unsur budaya juga dapat digambarkan melalui sesebuah lagu seperi lagu Gambang Semarang. Begitulah unik dan seninya lagu-lagu berirama keroncong yang kaya dengan keindahannya yang tersendiri. Lagu-lagu ini mampu untukmenerapkan nilai- nilai murni kepada pendengarnya supaya menghargai kekayaan dan keindahan negara kita melalui senikatanya. Diharapkan agar pengetahuan dalam bidang seni keroncong ini akan dipertingkatkan dan terus diperkenalkan kepada generasi muda supaya seni muzik keroncong akan kekal menjadi kebanggaan dan icon budaya bangsa.

Di zaman ini hanya segelintir pemuzik yang berminat untuk mempelajari seni muzik keroncong kerana ia memerlukan ketekunan dan peraturan yang

tertentu. Dari segi nilai komersialnya pula, pasarannya agak terhad kerana

kelompok masyarakat yang meminati seni ini kini tidak begitu ramai. Nilai

sezaman perlu disuntik dalam seni muzik ini agar dapat diterima oleh

generasi baru masa kini. Usaha untuk mengembangkan lagi seni muzik ini perlu diteruskan supaya warisan budaya tetap subur sebagai lambang kesenian melayu warisan bangsa tanpa mengubah keaslian seni muzik ini.

Koleksi gambar milik peribadi penulis.17. Bibliografi.1.Serba-Serbi Keroncong - oleh Drs Soeharto AH, Achmad Soenardi dan Samidi Sunupratomo

(penerbit MUSTIKA)2.Tradisional Dalam Masyarakat Melayu di Malaysia. - Nik Mustafa Nik Mohd. Salleh (Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan Malaysia)

3.Seni Muzik Keroncong oleh Arif Mohamed

- (penerbit UKM Bangi, 2001)

4.Buku Program Pertandingan Keroncong Johor 2004

- (RTM Johor Bahru)

5.Buletin Yayasan Warisan Johor Jilid VII- Jun 2003.6.Muzik dan Nyanyian Tradisi Melayu.

- Aziz deraman dan wan Ramli Wan Mohamad

Kuala Lumpur, Fajar Bakti

7.Ensiklopedia Tokoh Indonesia Tokoh Indonesia DotCom.

- (www.id.emb-japan.go.jp/28318.html)

8.Petikan dari internet webmaster@ joglosemar.co.id.) 9.Laman Keroncong http://keroncongperak.tripod.com/10Temubual bersama Pak Ariff Hardiyanto- tenaga pengajar dari Indonesia

- bertugas di Yayasan Warisan Johor. 11.Temubual bersama Pak Kunthoro Eddhy - tenaga pengajar dari Indonesia

- bertugas di Yayasan Warisan Johor.12.Temubual bersama Encik Abdul Rashid b. Talib.

- Juara Keroncong Negeri Johor Tahun 2000, 2001 dan 2004. - Penyanyi keroncong Yayasan Warisan Johor.13.Temubual bersama Tuan Haji Asri b Sarwan.

- Ketua Orkes Keroncong Bintang Selatan.

14.Temubual bersama Ibu Indah bt. Samian

- Penyanyi Orkes Keroncong Bintang Selatan.

Soalan :1. Mengikut sejarah keroncong di Malaysia, dari manakah asalnya irama

keroncong itu?

Mengikut sejarah keroncong di Malaysia, irama keroncong itu berasal dari a

alat Ukelele atau Cuk yang merupakan bibit asal muzik keroncong dan alat muzik ini bukan alat muzik asli serantau. Alat ini berasal darinegara Portugal dan dimainkan secara solitary (sendiri) dan dibawapedagang Portugis sewaktu berdagang ke Nusantara di abad ke 15. Ini menunjukkan

muzik keroncong telah dibawa oleh orang Portugis ke Asia Tenggara semasa zaman mereka berkuasa di rantau Asia.Seni muzik keroncong juga diperkenalkan ke Malaysia melalui pekerja

Indonesia dari Pulau Jawa yang datang mencari kerja di Malaysia pada

abad ke 19. Mereka membawa bersama kesenian dari negara asal

mereka seperti gamelan, keroncong, muzik wayang kulit, kuda kepang,

barongan, hamdulok, katoperak, silat dan sebagainya2. Apakah alat muzik keroncong yang tergolong di dalam kumpulan Kordofon?Alat muzik keroncong yang tergolong dalam kumpulan Kordofon ialah

violin, gitar, cello, double bass, cak dan cuk.

3. Apakah jenis suara untuk penyanyi keroncong lelaki ?

A. soprano B. tenor C. alto dan bass D. tenor dan bass. Keroncong.

Koleksi gambar milik penulis.

Tuan puteri duduk di taman,

Sambil didandan dayang istana,

Keroncong seni warisan berzaman,

Menyerbak harum mensohor budaya.

Tali penggesek

Pemegang

Pemulas melaras

Tali logam / dawai

Peti kayu

Pemegang tali

Lubang mulut

lubang jari

Pemulas laras

Peti kotak

Tali nailon

Diperbuat daripada perak /

logam disalut perak

Kekuda kayu

Pemegang tali

Tali logam

Laras pemulas

Kekuda kayu

Lubang-lubang kecil

supaya bunyi lebih nyaring

Tali logam

Peti kotak

Pemegang tali

Laras pemulas

Pemulas laras

Tali logam

Peti kotak

Kekuda kayu

Pemegang tali

Tali logam

Peti kotak

Pemulas laras

Pemegang tali

Kekuda kayu

PAGE 46