Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 Terengganu 2013_soalan

9
SULIT JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Jun 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan 2. Jawab semua soalan 3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak 1103/2 SULIT Skema , lawati www.banksoalanspm.com

description

FORM 5

Transcript of Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 Terengganu 2013_soalan

Page 1: Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 Terengganu 2013_soalan

SULIT

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Jun 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan

2. Jawab semua soalan

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks

Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak

1103/2 SULIT

Skema , lawati www.banksoalanspm.com

Page 2: Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 Terengganu 2013_soalan

SULIT 2 1103/2

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang keburukan penggunaan aplikasi jaringan sosial dan cara-cara mengatasi ketagih penggunaannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Facebook, Tweeter, MySpace dan Tagged merupakan antara alat komunikasi pada abad ini. Kemunculan alat komunikasi yang semakin digemari oleh setiap peringkat umur ini telah memberikan pelbagai impak positif dan negatif terhadap tahap sosialisasi mahupun gaya pemikiran masyarakat. Kemunculannya telah mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat dunia pada hari ini yang menggunakan media baru sebagai wahana komunikasi mereka. Selain itu, faktor mesra pengguna juga merupakan antara sebab pengguna alat komunikasi ini terdiri daripada kalangan semua peringkat umur. Aplikasi-aplikasi ini boleh dicapai dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Namun begitu, aplikasi teknologi maklumat canggih ini perlu dikaji impaknya terhadap hubungan mahupun produktiviti masyarakat kerana pelbagai jenayah sosial boleh dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Bagi memuaskan kepentingan sesetengah pihak, aplikasi secara maya dan global ini memberi peluang penyebaran maklumat yang bersifat hasutan dan provokasi sehingga menyebabkan perbalahan dan peperangan. Pengguna bebas menyuarakan pendapat mereka tanpa sekatan pihak-pihak berwajib. Selain itu, aplikasi ini juga boleh mengundang penyebaran maklumat yang salah kepada golongan masyarakat yang mempunyai tahap pemahaman dan pengetahuan yang rendah tentang sesuatu isu. Perkara ini secara tidak langsung boleh mendedahkan kelemahan sesuatu komuniti dalam masyarakat. Pihak yang tidak bertanggungjawab juga boleh mencuri hasil kerja orang lain atau plagiat melalui aplikasi rangkaian sosial. Hal ini demikian kerana golongan ini dengan mudah menyalin bahan yang telah dihasilkan semula supaya menjadi hak milik mereka.

Isu keagamaan juga sering kali menjadi sasaran pihak yang mempunyai kepentingan lain. Perkara ini dapat dilihat apabila terdapat golongan yang mewujudkan provokasi negatif terhadap sesuatu agama atau kaum lain menyebabkan tindakan ini mampu menggoyahkan keharmonian sesuatu institusi sosial mahupun negara. Pelbagai aplikasi laman sosial juga dapat membuka peluang kepada kewujudan aktiviti yang melekakan dan ketagihan terhadap penggunaannya. Perkara sebegini akan menyebabkan individu lebih banyak membuang masa dan merugikan sesebuah organisasi apabila para pekerja ketagih mengakses aplikasi ini dan mengabaikan tugasan hakiki. Penyalahgunaan bahasa juga merupakan antara kesan negatif yang timbul akibat penggunaan laman sosial ini. Banyak pengguna yang melayari aplikasi ini gemar menggunakan perkataan yang ringkas dan ada kalanya menyalahi aspek tatabahasa. Keadaan ini akan menjejaskan usaha pihak berwajib dalam memartabatkan penggunaan bahasa yang betul.

Baik atau buruk sesuatu rangkaian laman sosial bergantung kepada cara individu menggunakannya. Sekiranya dilihat dari sudut yang positif, laman sosial sebegini mampu memberikan impak yang dapat menguntungkan pelbagai lapisan masyarakat. Sebaliknya, jika digunakan ke arah yang negatif akan memberikan kesan buruk kepada sesebuah organisasi dan masyarakat. Segala-galanya bergantung kepada tindakan dan niat pengguna dalam mencapai sesuatu matlamat.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Impak Penggunaan Aplikasi Jaringan Sosial’

oleh Muhamad Helmi Haji Abu Bakar, Dewan Siswa, Julai 2010) 1103/2 SULIT

Skema , lawati www.banksoalanspm.com

Page 3: Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 Terengganu 2013_soalan

SULIT 3 1103/2

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) - Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata mampu menggoyahkan keharmonian.

[2 markah] (ii) Mengapakah pengguna alat komunikasi moden ini terdiri daripada semua peringkat umur?

[3 markah] (iii) Sebagai seorang pelajar, apakah peranan aplikasi jaringan sosial ini dalam membantu anda

menjadi seorang yang cemerlang? Berikan tiga peranan.

[4 markah]

[Lihat halaman sebelah]

1103/2 SULIT Skema , lawati www.banksoalanspm.com

Page 4: Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 Terengganu 2013_soalan

SULIT 4 1103/2 Soalan 2 (b) – Petikan Drama Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri PAK MAN: Ini semua kuasa Allah. Ombak besar itu tidak sampai ke rumah kita. Mujur ada

pulau depan pantai kita. Kalau tidak, rumah kamu, rumah aku habis ranap. Kebetulan pula aku demam hari itu, tidak turun ke laut. Kalau tidak, aku sendiri tidak dapat ramal nasib aku ini, Sani (Menyalakan rokok daun) Kamu cuti lama?

SANI: Tengok pada keadaan, Pak Man. Sekiranya sudah jumpa, selesai kebumikan mayatnya

dan buat kenduri arwah, mungkin selepas tujuh hari, saya baliklah. Tetapi sekiranya tidakjumpa lagi, saya akan temankan emak lama sikit.

PAK MAN : Bagus, kalau boleh biarlah kamu lama sikit tinggal dengan emak kamu itu. Aku

sendiri turut risau tengok emak kamu. Hari-hari, sampai tengah malam baru balik dari pantai. Aku cemas tengok dia begitu. Aku takut kesihatannya terganggu.

SANI : Emak masih tidak percaya lagi, Pak Man. Saya sudah tidak tahu hendak lakukan apa lagi

untuk pujuk emak. PAK MAN : Betul, Sani. Memang susah nak cakap dengan emak kamu. Aku suruh Mak Jah

cuba pujuk, tetapi tidak berganjak sedikit pun dia. Yang aku sedih itu, apabila orang ke laut balik, dia terus menerpa dan bertanya. Sampai kadang-kadang mereka tidak mahu mendarat

dekat pantai kita kerana hendak jaga hati emak kamu. Semua orang sudah tidak larat hendak tengok air matanya. Aku tadi pun dia tanya. Apabila saja aku kata tak ada, air matanya itu macam anak air mengalir. Aku turut sama menangis.

(Dipetik daripada drama

oleh Suriani Mohd. Yusof dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, DBP) ‘Tiang Cengal Dinding Sayung’

(i) Apakah tindakan-tindakan emak Sani yang merisaukan hati Pak Man. [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada mangsa bencana alam? [3 markah] (iii) Huraikan satu latar masyarakat yang dalam petikan drama di atas dan satu latar masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. [4 markah] 1103/2 SULIT

Skema , lawati www.banksoalanspm.com

Page 5: Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 Terengganu 2013_soalan

SULIT 5 1103/2 Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Klasik Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta berapa lamanya Khoja Maimun belayar itu, maka datanglah cubaan Allah Taala atas hambanya, dengan demikian dicetera akan orang yang empunya cetera ini. Selama peninggalan Khoja Maimun belayar itu, sebermula ada pada suatu hari maka Bibi Zainab pun bercintalah akan suaminya. Maka ia pun pergilah duduk di tingkap mahligainya berangan-angan serta memandang pada jalan seraya itu maka pada ketika itu terpandanglah kepada anak raja di dalam negeri itu lalu berkuda hampir dengan mahligai isteri Khoja Maimun. Pada tatkala Bibi Zainab pun memandang ke bawah maka terpandanglah kepada muka anak raja itu, pemandangan Bibi Zainab terlalu elok rupanya anak raja itu.Sebermula anak raja pun memandang kepada isteri Khoja Maimun, terlalu baik parasnya sama berjumpa matanya lalu dibawanya tersenyum oleh anak raja itu. Dengan takdir Allah taala maka anak raja itupun berahilah akan Bibi Zainab itu.Adapun akan Bibi Zainab itu pun tersangkutlah hatinya akan anak raja itu.

Setelah sudah maka anak raja itu pun menyimpang ke rumah seorang perempuan. Setelah

sampai anak raja itu pun berkata kepada perempuan itu, “Hai ibuku, pergilah sampaikan kepada perempuan itu, katakan aku suruh kepada orang itu, katakan aku berkehendakkan dia dengan barang-barang tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini!” Setelah didengar oleh orang tua itu segeralah ia pergi kepada isterinya Khoja Maimun itu.Setelah ia sampai, maka segala pesan anak raja itu pun habis sekaliannya dikatakannya oleh perempuan tua itu, serta dengan manis mulutnya berkata-kata, berapa peluk cumbu-cumbuan akan yang memberi berahi dikatakannya.

Dipetik daripada ‘Hikayat Khoja Maimun’,

Dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud rangkai kata tersangkutlah hatinya. [2 markah]

(ii) Apakah reaksi anak raja itu setelah terpandang Bibi Zainab. [3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, wajarkah anak raja menitahkan perempuan tua agar

menyampaikan hajatnya untuk menemui Bibi Zainab? [3 markah]

[Lihat halaman sebelah]

1103/2 SULIT

Skema , lawati www.banksoalanspm.com

Page 6: Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 Terengganu 2013_soalan

SULIT 6 1103/2

Soalan 2 (d) – Pantun Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN LAPAN KERAT Buat bangsal di tengah hutan, Tebaslah hutan buat halaman, Di tepi halaman menanam kubis, Diselang dengan pokok papaya; Biarlah sabar dengan perlahan, Itulah tanda tuan beriman, Tidak patah digoncang iblis, Akhirnya tuan menang berjaya. Ikan teluk parang-parang, Anak ketam disangka lelabi, Berburu musim tengkujuh, Dapat buruan dibelah-belah; Bukan makhluk sebarang-barang, Cucu Adam sepaian nabi, Turun dari langit ketujuh, Jadi khalifah kepada Allah. Lengkang-lengkung apa dipaku, Paku jatuh patah dua, Menjadi riuh orang di darat, Anak Cik Itam jatuh jalar; Bumi kandungan nenek moyangku, Kerana lalai rosak binasa, Kebudayaan Timur dinodai Barat, Bahasa ibunda hina terbiar. HARUN MAT PIAH (Penyelenggara) Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Nyatakan kebaikan-kebaikan yang kita peroleh jika mengamalkan sifat sabar sebagaimana

dinyatakan pada rangkap pertama pantun di atas. [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengamalkan budaya Timur dalam kehidupan masyarakat sekarang? [3 markah] (iii) Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut. [4 markah] 1103/2 SULIT

Skema , lawati www.banksoalanspm.com

Page 7: Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 Terengganu 2013_soalan

SULIT 7 1103/2

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan (a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan

maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) bekalan (ii) pembekal (iii) membekalkan (iv) menaiki (v) kenaikan (vi) penaikan

[6 markah] (b) Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut dan nyatakan jenisnya.

(i) Budak itu bukan adik Sukatini. (ii) Akan saya baca buku itu. (iii) Amboi, petah sungguh budak itu bercakap! (iv) Siti Zaleha sedang membaca buku. (v) Susun pasu-pasu bunga di tepi pagar itu. (iv) Sudah jelaskah hutang pinjaman perumahan Puan Asbaida ?

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan ejaan dan satu kesalahan

penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Di ruang istirehat, Datuk Dolhi sedang mententeramkan hati Datin Tominah yang

kecewa dengan kerenah semua anak-anaknya.

(ii) Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah mensasarkan semua pelajar lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

(iii) Semua pegawai pelajaran yang telah perkhidmatan untuk jangka masa yang tertentu akan

dinaikkan pangkat secara otomatik. [6 markah]

[Lihat halaman sebelah]

1103/2 SULIT Skema , lawati www.banksoalanspm.com

Page 8: Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 Terengganu 2013_soalan

SULIT 8 1103/2

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Surat akuan dan cop pengesahan daripada pengetua diperlukan sebagai bukti penglibatan

kedua orang pelajar itu dalam aktiviti kokurikulum.

(ii) Sebelum memulakan acara sukan sekolah, juruhebah membaca senarai nama-nama peserta yang mewakili rumah sukan masing-masing.

(iii) Puan Normah telah diminta untuk menyebut sepatah dua kata di dalam majlis yang dianjurkan oleh kakitangan pejabat sempena persaraannya.

[6 markah] (e) Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan

penggunaannya. (i) indah khabar daripada rupa

(ii) meninggi diri (iii) kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

[6 markah] 1103/2 SULIT

Skema , lawati www.banksoalanspm.com

Page 9: Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 Terengganu 2013_soalan

SULIT 9 1103/2

Soalan 4: Novel

[15 markah ] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Renyah karya Gunawan Mahmood (ii) Papa... (akhirnya kau tewas jua! ) karya Deana Yusof (iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah (iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir (vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah (viii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Bahagian permulaan

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat anda.

sebuah novel memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.

[ 7 markah ] (b) Watak sampingan sering membantu watak utama dalam menyelesaikan sesuatu konflik.

Berdasarkan sebuah novel

[ 8 markah ]

yang telah anda pelajari, huraikan perwatakan seorang watak sampingan yang boleh anda contohi daripada novel tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2 SULIT Skema , lawati www.banksoalanspm.com