KERTAS 2 SET 2.pdf

10
SULIT 2 3755/2 3755/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2014 [Lihat halaman sebelah SULIT BAHAGIAN A [ 75 markah ] Jawab tiga soalan sahaja. 1 a) Gambar 1 di bawah berkaitan dengan keperluan manusia. Gambar 1 Jelaskan keperluan tersebut. [ 3 markah ] b) Bezakan antara pengeluaran langsung dengan pengeluaran tak langsung [ 8 markah ] c) Gambar 2 menunjukkan aktiviti pengeluaran dalam cabang pengeluaran. Gambar 2 Huraikan cabang pengeluaran tersebut. [ 4 markah ]

Transcript of KERTAS 2 SET 2.pdf

Page 1: KERTAS 2 SET 2.pdf

SULIT 2 3755/2

3755/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2014 [Lihat halaman sebelah

SULIT

BAHAGIAN A

[ 75 markah ]

Jawab tiga soalan sahaja.

1 a) Gambar 1 di bawah berkaitan dengan keperluan manusia.

Gambar 1

Jelaskan keperluan tersebut. [ 3 markah ]

b) Bezakan antara pengeluaran langsung dengan pengeluaran tak langsung

[ 8 markah ]

c) Gambar 2 menunjukkan aktiviti pengeluaran dalam cabang pengeluaran.

Gambar 2

Huraikan cabang pengeluaran tersebut. [ 4 markah ]

Page 2: KERTAS 2 SET 2.pdf

SULIT 3 3755/2

3755/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2014 [Lihat halaman sebelah

SULIT

d) Gambar 3 menunjukkan perbualan dua orang sahabat.

Gambar 3

i) Siapakah Encik Ali dan Encik Muthu? [ 2 markah ]

ii) Bezakan antara kedua-duanya. [ 8 markah ]

2 a) Huraikan kaitan antara pengeluaran, perdagangan dan perniagaan. [ 8 markah ]

b) Dialog berikut berkaitan dengan sejenis bentuk lain peruncitan.

Puan Izati : Dah lama saya tak beli tudung. Tetapi saya tiada masa untuk pergi ke

mana-mana butik.

Cik Ainul : Tidak perlu ke butik. Dapatkan fesyen tudung terkini di internet saja,

termasuklah nak beli tudung.

Dulu kita berniaga burger di

pasar malam. Sekarang saya

sudah mempunyai beberapa

restoran burger di Kuantan.

Bertuah la awak, dulu

kita sama-sama berniaga

tapi saya tetap macam

dulu jugak, masih

berniaga burger di pasar.

Encik Ali Encik Muthu

Page 3: KERTAS 2 SET 2.pdf

SULIT 4 3755/2

3755/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2014 [Lihat halaman sebelah

SULIT

i) Apakah jenis peruncitan tersebut? [ 1 markah ]

ii) Jelaskan dua kelebihan dan kekurangan kepada Puan Izati sekiranya

menerima cadangan tersebut. [ 4 markah ]

c) Jelaskan tiga perbezaaan antara diskaun niaga dengan diskaun tunai. [ 6 markah ]

d) Maklumat berikut adalah tentang satu kaedah jualan.

Encik Micheal seorang pemborong ais krim pelbagai jenama. Beliau meletakkan

peti sejuk ais krim di ruang kedai runcit Encik Ramu. Encik Micheal bersetuju

memberi RM0.15 bagi setiap RM1.00 barang yang dijual.

Jelaskan kaedah jualan yang diamalkan oleh Encik Micheal. [ 6 markah ]

3 a) Gambar 4 di bawah menunjukkan dialog antara Encik Rahmad dengan rakan

kongsinya, Puan Sariza.

Gambar 4

Ke manakah kita

hendak memasarkan

produk kali ini?

Saya hendak memasarkan produk ke

Arab Saudi tetapi sebelum itu kita

kena pastikan produk kita mengikut

piawai kualiti yang telah ditetapkan.

Page 4: KERTAS 2 SET 2.pdf

SULIT 5 3755/2

3755/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2014 [Lihat halaman sebelah

SULIT

i) Apakah jenis perniagaan yang akan dijalankan oleh mereka? [ 1 markah ]

ii) Terangkan faktor wujudnya perniagaan di a (i). [ 6 markah ]

b) Rajah 1 berikut menunjukkan dokumen bagi perniagaan antarabangsa.

Rajah 1

Huraikan dokumen X. [ 4 markah ]

c) Gambar 5 di bawah menunjukkan satu bidang Industri Kecil dan Sederhana yang

dijalankan oleh Mek Jah.

Gambar 5

Terangkan tiga sumbangan Mek Jah kepada negara. [ 6 markah ]

Dokumen pengangkutan

Bil muatan X Nota perkapalan

Page 5: KERTAS 2 SET 2.pdf

SULIT 6 3755/2

3755/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2014 [Lihat halaman sebelah

SULIT

d) Gambar 6 berikut menunjukkan perbualan antara Encik Zaki dan Encik Rahman

berkaitan dengan cara memulakan perniagaan.

Gambar 6

Selain dialog di atas, terangkan dua cara lain memulakan perniagaan.

[ 4 markah ]

e) Maklumat berikut berkaitan dengan seorang pelabur.

Pada 1 Mac 2013, Puan Faridah membeli sebuah rumah teres dengan harga RM

195 000. Dia menyewakan rumah itu mulai 1 Jun 2013 dengan kadar RM 800

sebulan. Pada 30 Mac 2014, dia menjual rumah itu dengan harga RM 210 000.

Hitungkan jumlah pulangan yang diperolehi atas pelaburan Puan Faridah.

[ 4 markah ]

Pelanggan saya semakin

bertambah. Saya tidak boleh

menguruskan firma guaman

seorang diri. Saya ingin

menjemput awak, Zaki sebagai

rakan kongsi.

Boleh, Rahman. Lagipun saya

mempunyai kepakaran dalam

bidang guaman. Saya juga boleh

menyumbangkan modal

tambahan untuk membesarkan

firma awak.

Page 6: KERTAS 2 SET 2.pdf

SULIT 7 3755/2

3755/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2014 [Lihat halaman sebelah

SULIT

4 a) Jelaskan fungsi Bank Pusat. [ 5 markah ]

b) Gambar 7 di bawah berkaitan dengan masalah kemudahan pembayaran yang

dihadapi oleh Encik Fahmi.

Gambar 7

Cadangkan satu kemudahan pembayaran yang sesuai digunakan untuk

menyelesaikan masalah Encik Fahmi. [ 6 markah ]

c) Maklumat berikut berkaitan dengan Puan Nur Hikmah.

Puan Nur Hikmah mengambil polisi insurans kebakaran bernilai RM150 000.

Baru-baru ini, kediamannya telah terbakar dan kerugian dianggarkan sebanyak

RM120 000. Semasa operasi memadamkan kebakaran, ada yang mengambil

kesempatan mencuri barang berharga di dalam kediaman beliau. Beliau

menuntut gantirugi dari syarikat insurans sebanyak RM150 000 tetapi syarikat

insurans hanya membayar sebanyak RM120 000 dan tuntutan ke atas barang

yang hilang juga tidak dilayan oleh syarikat insurans.

Pekerja saya asyik merungut tidak

suka gaji mereka dibayar dengan

cek kerana cek syarikat

memerlukan masa untuk

dijelaskan. Apa patut saya buat

untuk menyelesaikan masalah

ini…

Page 7: KERTAS 2 SET 2.pdf

SULIT 8 3755/2

3755/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2014 [Lihat halaman sebelah

SULIT

Terangkan kenapa syarikat insurans enggan memenuhi tuntutan Puan Nur

Hikmah? [ 6 markah ]

d) Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Seramik Indah Berhad.

Syarikat Seramik Indah Berhad yang menjual pasu seramik di Bandar Pekan,

Pahang menggunakan kontena untuk menghantar barangan eksportnya.

Terangkan empat kelebihan menggunakan kontena. [ 8 markah ]

5 a) Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Amran.

Encik Amran, seorang pengusaha ladang strawberi di Cameron Highlands

menggunakan lori untuk menghantar strawberi ke pasar raya di sekitar

Kuala Lumpur.

Mengapakah beliau memilih pengangkutan tersebut? [ 6 markah ]

Page 8: KERTAS 2 SET 2.pdf

SULIT 9 3755/2

3755/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2014 [Lihat halaman sebelah

SULIT

b) Kenalpasti perkhidmatan Pos Malaysia Berhad yang sesuai digunakan dan

berikan dua alasan bagi setiap perkhidmatan yang dipilih oleh pihak berikut:

i) Kedai Buku Gambang Berhad ingin mendapatkan surat jawapan pesanan

buku dari pelanggan. [ 3 markah ]

ii) Syarikat Travel Sdn Bhd perlu menghantar banyak surat kepada orang

ramai untuk tujuan promosi. [ 3 markah ]

iii) Puan Dahlia dari Kuantan ingin menghantar wang sebanyak RM 1 500

kepada anaknya yang belajar di UNIMAS, Sarawak.

[ 3 markah ]

c) Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis promosi.

Puan Juliana didatangi seorang jurujual alat penapis air dan diberi penerangan

serta demonstrasi penggunaan produk tersebut. Puan Juliana tertarik dengan

ciri-ciri produk dan teringin membeli produk tersebut.

Berdasarkan situasi itu,

i) Apakah jenis promosi tersebut? [ 1 markah ]

ii) Bagaimanakah jenis di (i) dapat menggalakkan jualan. [ 6 markah ]

d) Jelaskan peranan UDA Holdngs Berhad (UHB) dalam membantu perniagan.

[ 3 markah ]

Page 9: KERTAS 2 SET 2.pdf

SULIT 10 3755/2

3755/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2014 [Lihat halaman sebelah

SULIT

Bahagian B

[25 markah]

Soalan ini wajib dijawab.

6 Encik Asraf ialah pemilik Pasaraya TipTop Berhad yang telah beroperasi di Jengka,

Pahang sejak 5 tahun yang lalu. Pasaraya TipTop Berhad menjadi tarikan pelanggan di

sebabkan lokasinya yang bersesuaian di tambah lagi berhampiran dengan kawasan

perumahan yang baru dibuka. Encik Asraf telah menyediakan peluang pekerjaan kepada

penduduk sekitarnya.

Perniagaan Pasaraya TipTop semakin mendapat sambutan tetapi perniagaan mendapati

keuntungan dan hasil jualan semakin merosot. Beliau mencurigai juruwangnya yang

tidak amanah semasa bekerja. Masalah bertambah rumit kerana ada pelanggan yang

datang menuntut kerugian kerana mengalami kecederaan akibat terjatuh disebabkan

permukaan lantai yang licin. Seminggu selepas kejadian yang menimpa pelanggan,

seorang pekerja telah tercedera sewaktu menyusun stok.

Usaha telah dilakukan oleh pihak pengurusan pasaraya untuk menarik lebih ramai lagi

pelanggan untuk datang membeli belah di pasaraya. Antara cadangan yang

dikemukakan ialah membuat promosi melalui media bercetak dan media elektronik.

Encik Asraf juga sentiasa mengamalkan etika amalan perniagaan yang baik terhadap

pelanggannya.

Page 10: KERTAS 2 SET 2.pdf

SULIT 11 3755/2

3755/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2014 [Lihat halaman sebelah

SULIT

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan-soalan berikut.

a) (i) Nyatakan tiga ciri Pasaraya TipTop Berhad. [ 3 markah ]

(ii) Terangkan dua sebab Pasaraya TipTop Berhad menjadi pilihan pelanggan.

[ 4 markah ]

b) Cadangkan tiga jenis insurans yang perlu diambil oleh Encik Asraf yang menghadapi

risiko diatas. [ 6 markah ]

c) Syorkan dua media bercetak dan media elektronik yang dapat membantu

mempromosikan Pasaraya Tiptop Berhad. Kemukakan alasan anda. [ 8 markah ]

d) Jelaskan etika amalan perniagaan yang telah dilaksanakan oleh Encik Asraf terhadap

pelanggannya. [ 4 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT