Kertas Big Kana This Sem

13
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA IPG KAMPUS RAJA MELEWAR KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 5 TARIKH 30 SEPTEMBER 2015 (ISNIN) TEMPAT SJK (T) LADANG SEREMBAN ANJURAN PISMP BAHASA TAMIL AMBILAN JUN 2013

description

semester

Transcript of Kertas Big Kana This Sem

Page 1: Kertas Big Kana This Sem

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAIPG KAMPUS RAJA MELEWAR

KERTAS KERJAPROGRAM BINA INSAN GURU

FASA 5

TARIKH30 SEPTEMBER 2015 (ISNIN)

TEMPATSJK (T) LADANG SEREMBAN

ANJURANPISMP BAHASA TAMIL

AMBILAN JUN 2013

Page 2: Kertas Big Kana This Sem

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk

memenuhi syarat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi memperoleh

Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas

Dinamika Guru (ADG), pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu

mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru ke arah membentuk

insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah

Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun

Negara.

Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran

bahawa profession perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan

tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat

membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi ‘insan contoh’

kepada masyarakat.

Pada kali ini Bina Insan Guru berteraskan kepada pengurusan dan budaya

sekolah. “Lawatan Penanda Arasan” atau “Lawatan Benchmarking ” menjadi tugasan

BIG yang merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga

sekolah harapan. Selain daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan

kepada pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur dan

infostruktur di sekolah tersebut. Penekanan kepada aspek-aspek berikut amat penting

sebagai hasil pemahaman insan guru terhadap tanggungjawab profesion perguruan.

Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang

lengkap iaitu jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru

adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di

samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif,

penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar

ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya

dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

Page 3: Kertas Big Kana This Sem

2.0 RASIONAL

Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang

berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi

kepada pengurusan dan budaya sekolah. Program ini merupakan batu asas kepada

penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisyen. Menurut Stephen Covey di dalam

bukunya yang berjudul “Stephen Covey's Seven Habits of Highly Effective People” yang

menekankan ke arah pembentukan manusia yang efeketif berlandaskan nilai-nilai dan

prinsip-prinsip di antaranya adalah seperti proaktif, fokus kerja dan keutamaan kepada

perkara yang lebih penting.

Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan tentang gerak kerja dalam

pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran awal tugas

guru supaya dapat membina suatu stigma bahawa guru perlu lebih eifisyen di dalam

pengurusan di sekolah. Guru efektif merupakan guru yang cemerlang di dalam

pengurusan di sekolah seiring dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Di samping itu, guru-guru pelatih dapat membina keyakinan diri dalam

menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam

membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni

membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina

realiti wawasan negara.

3.0 MATLAMAT

Matlamat Program Bina Insan Guru (BIG) kali ini ialah bagi memupuk kesedaran

tentang perkembangan kemahiran latihan dan penandarasan. Program ini bertujuan

bagi mendedahkan pelajar kepada guru dan lawatan benchmarking, ciri-ciri kepimpinan,

pengurusan sekolah, iklim sekolah, infrastruktur sekolah serta infrastruktur kurikulum di

sekolah. Pelajar diharap dapat membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap

kerjaya keguruan serta menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dalam hidup

berbakti.

Page 4: Kertas Big Kana This Sem

4.0 OBJEKTIF

Sasaran kepada guru pelatih selepas mengikuti lawatan agar dapat:

4.1 Menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan.

4.2 Mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang.

4.3 Membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim di

sekolah.

4.4 Mengetahui kepentingan infrastruktur dan juga pengendaliannya.

4.5 Memahami perlaksanaan infostruktur di sekolah dengan lebih efisyen.

5.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN:

Tarikh : 30 SEPTEMBER 2015 (ISNIN) Masa : 8.00 PAGI HINGGA 1.00 TENGAHARI Tempat : SJK (T) LADANG SEREMBAN ,71450 SUNGAI GADUT SEREMBAN,NEGERI SEMBILAN Jarak : 17 KM dari IPG KAMPUS RAJA MELEWAR Tel. & Fax : 06-6772473

6.0PESERTA

Seramai 16 orang guru pelatih, peserta adalah merupakan pelajar PISMP Ambilan Jun

2013, Kampus IPG Kampus Raja Melwar. Bersama seorang Pensyarah Pengiring Encik

SHASITARAN RAMAN KUTTY, Penyelaras BIG sebagai Ketua Kontinjen Lawatan

Penanda Aras. (Senarai nama rujuk lampiran

Page 5: Kertas Big Kana This Sem

7.0STRUKTUR ORGANISASI

Ketua Kontinjen : En.Shasitharan A/L Raman Kutty

Pengerusi : Kanageswary A/P Karunamoothei

Naib Pengerusi : Yoginaath A/L Iyappa Pillai

Setiausaha : Santihya A/P Perisamy

Bendahari : Renuga A/P Ganasen

Ahli Jawatankuasa

AJK Makanan : Latha A/P Sundara rajan

AJK Peralatan : Kalpanathevi A/P Raman

AJK Jurugambar : Tharsini Priya A/P Mohan

AJK Aktiviti : DuraiRaj A/L Santhra Saygan

AJK Buku Program / Poster / Broshur : Kavitha A/P Palan

AJK Kebersihan & Keselamatan : Puvanesvari A/P Rajoo

AJK Pengangkutan : Deepa A/P Munusamy

AJK Perhubungan : Parameswary A/P Munusamy

AJK Dokumentasi : Kaladevi A/P Kalippan

Page 6: Kertas Big Kana This Sem

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut dinyatakan anggaran kewangan secara keseluruhan untuk perbelanjaan

program :

Perbelanjaan ditanggung oleh Guru Pelatih Unit Bahasa Tamil dan Mentor Unit

Bahasa Tamil

BIL PERKARA JUMLAH

1.

2.

Elaaun Makan Dan Minum

RM 10.00 X 1Hari X 16 Orang

CenderhatiRM 50x 1 Cenderhati

RM 160.00

RM 30.00

Jumlah RM 190.00

8.0JADUAL PROGRAM

Program Bina Insan Guru kali ini akan mengambil masa sehari yang melibatkan

aktiviti berunsurkan ilmiah, dan interaksi sosial dan pengurusan seperti yang tertera di

dalam Jadual program adalah seperti di LAMPIRAN 2.

9.0PENUTUP

Secara tuntasnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak yang

terlibat dapat menjayakan program Lawatan Penanda Aras ini dengan sempurna. Hasil

daripada program ini dapat melahirkan guru yang memahami dan mendalami

pengurusan yang lebih sistematik, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan dan

pemahaman terhadap keperluan infrastruktur dan infostruktur sekolah. Justeru,

membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah

dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan modal insan negara.

Page 7: Kertas Big Kana This Sem

Disediakan Oleh: Disemak dan disokong oleh:

...................................................... ……………………………………. (SANTHIYA PERISAMY) (EN.SHASITHARAN RAMANKUTTY SETIAUSAHA , PENYELARAS BIG,LAWATAN PENANDA ARAS LAWATAN PENANDA ARAS SJK (T) LADANG SEREMBAN SJK (T) LADANG SEREMBAN

Page 8: Kertas Big Kana This Sem

LAMPIRAN ISENARAI NAMA PESERTA

Bil Nama Peserta1. DEEPA A/P MUNUSAMY

2. DURAI RAJ A/L SANTHRA SAYGAN

3. GONASUNDARI A/P ETTI

4. KALADEVI A/P KALIPPAN

5. KALPANATHEVI A/P RAMAN

6. KANAGESWARY A/P KARUNAMOOTHEI

7. KARTHI GESU A/L RAJENTERAN

8. KAVITHA A/P PALAN

9. LATHA A/P SUNDARA RAJAN

10. PARAMESWARI A/P MUNUSAMY

11. PUVANESWARI A/P RAJOO

12. RENUGA A/P GANASEN

13. SANTHIYA A/P PERISAMY

14. THARSHINIPRIYA A/P MOHAN

15. YOGAMALAR A/P AYYASAMY

16. YOGINAATH A/L IYAPPA PILLAI

Page 9: Kertas Big Kana This Sem

LAMPIRAN IITENTATIF PROGRAM PADA 15 SEPTEMBER 2015 (SELASA)DI SJK(T) LADANG SEREMBAN.

Masa Perkara7.00 pagi - Berkumpul di Garaj,IPG Raja Melewr

- Bertolak ke SJK(T) Ladang Seremban

8.00 pagi - Berkumpul di tapak perhimpunan sekolah, SJK (T) Ladang Seremban

- Mendengar taklimat ringkas daripada pihak pengurusan sekolah

8.30 pagi Sesi 1- Amalan Pengajaran dan Pembelajaran (teknik, rutin, pendekatan dan

kaedah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran)

10.00 pagi Sesi 2- Lawatan ke Bilik – bilik Khas Mata Pelajaran, Makmal Komputer,

Makmal Sains, PSS, Pra-Sekolah, Linus, PPDa, BOSS dan lain-lain

12.00 pagi - -Ucapan Penutupan dan perkongsian kejayaan dan kecemerlangan

sekolah (oleh; Guru Besar Cemerlang)

-Penyerahan cenderamata kepada pihak sekolah

1.00 petang -Makan tengahari

- Kembali ke IPG Kampus Raja Melewar