KERTAS CADANGAN INTERNSHIP.docx

7
PROGRAM INTERNSHIP KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI DALAM PdP DUNIA SAINS TAHUN 3 MELALUI PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MENGGUNAKAN ‘MAGIC BOARD’ 1.0 PENDAHULUAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, yang baru, atau perihal mengadakan atau memulakan sesuatu yang baru. Menurut Ronger E. Miller (1971) menyatakan inovasi ialah idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang. Spencer( 1994) pula menjelaskan inovasi ialah sesuatu dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Berdasarkan takrifan Pusat Rujukan Persuratan Melayu , inovasi adalah kata nama yang berasal dari perkataan Inggeris. Dalam erti kata lain inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik samaada melalui pengubahsuaian dan penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea- idea yang kreatif dan inovatif dalam mana- mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Selain itu Glosari teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea , konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Rasional penghasilan inovasi ialah bagi mengatasi masalah pemahaman murid terhadap topik sains Fizikal iaitu tajuk magnet tahun 1

Transcript of KERTAS CADANGAN INTERNSHIP.docx

Page 1: KERTAS CADANGAN INTERNSHIP.docx

PROGRAM INTERNSHIP

KERTAS CADANGAN

PROJEK INOVASI DALAM PdP DUNIA SAINS TAHUN 3

MELALUI PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN

MENGGUNAKAN ‘MAGIC BOARD’

1.0 PENDAHULUAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud sesuatu yang baru

diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, yang baru, atau perihal mengadakan

atau memulakan sesuatu yang baru. Menurut Ronger E. Miller (1971) menyatakan

inovasi ialah idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang.

Spencer( 1994) pula menjelaskan inovasi ialah sesuatu dianggap baru dan lebih

baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Berdasarkan takrifan Pusat

Rujukan Persuratan Melayu , inovasi adalah kata nama yang berasal dari

perkataan Inggeris. Dalam erti kata lain inovasi adalah kaedah mencari jalan

untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik samaada melalui

pengubahsuaian dan penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea- idea yang

kreatif dan inovatif dalam mana- mana aspek kerja yang dapat meningkatkan

kualiti dan produktiviti organisasi.

Selain itu Glosari teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi

sebagai idea , konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu

amalan. Rasional penghasilan inovasi ialah bagi mengatasi masalah pemahaman

murid terhadap topik sains Fizikal iaitu tajuk magnet tahun 3. Oleh itu, terdapat

beberapa kelemahan pada murid tentang tajuk ini antaranya ialah :

Murid tidak dapat mengenalpasti bahan magnet dan bahan bukan

magnet.

Tidak dapat mengelas dan bahan magnet dan bahan manget

1

Page 2: KERTAS CADANGAN INTERNSHIP.docx

PROGRAM INTERNSHIP

Oleh itu, penggunaan kaedah bahan bantu dalam pengajaran ialah dilihat

selari dengan domain perkembangan kognitif dan afektif bagi meningkatkan

penglibatan dan penguasaan murid dalam mempelajari mata pelajaran Sains.

2.0 MATLAMAT

Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan murid

terhadap konsep-konsep asas dalam pembelajaran Sains dengan menggunakan

kaedah permainan. Kaedah ini dapat meningkatkan pemahaman dan penglibatan

murid serta menjadikan sesi pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan aktif.

3.0 OBJEKTIF

i. Meningkatkan penguasaan dan pencapaian murid dalam mata pelajaran

Sains melalui aktiviti permainan yang dijalankan.

ii. Meningkatkan minat dan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan

pembelajaran melalui kaedah permainan.

iii. Menimbulkan keseronokan belajar dalam kalangan murid-murid.

iv. Menghilangkan rasa rendah diri dalam kalangan murid kerana mereka

dikumpulkan dalam satu kelas yang mempunyai tahap kebolehan yang

sama.

v. Menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bersaing dengan

cara sihat untuk menguasai pembelajaran.

2

Page 3: KERTAS CADANGAN INTERNSHIP.docx

PROGRAM INTERNSHIP

4.0 SASARAN

Murid-murid Tahap 1 ( Tahun 1, 2 dan 3 )

5.0 PRINSIP

Murid-murid mesti menguasai konsep asas Sains.

6.0 MASA

Waktu pengajaran dan pembelajaran Dunia Sains Teknologi (DST).

7.0 JAWATANKUASA KERJA

AJK INDUK

Penasihat : En. Ismail B. Awang

Pengerusi 1 : En. Mohd Kamal B. Mohd Noor

Pengerusi 2 : En. Abdullah Taim B. Ahmad Shafawi

Pengerusi 3 : En. Mior Darul Ridzuan B. Kamarun Zaman

Penyelaras Program: Pn. Umi Nadzrah Bt. Mohd Hadri

Setiausaha : Pn. Rumaizah Bt. Abd. Rashid

AJK : Pn. Hasnidah Bt. Hashim

Pn. Shumaimah Bt. Abd. Aziz

8.0 BAHAN / SUMBER

Bahan yang akan digunakan sepanjang program ini merupakan bahan-

bahan yang dibeli oleh Panitia Sains menggunakan peruntukan PCG

Panitia Sains.

3

Page 4: KERTAS CADANGAN INTERNSHIP.docx

PROGRAM INTERNSHIP

9.0 PERBELANJAAN

Bil Perihal Barang Kuantiti Anggaran

Harga

1. Kertas A4 (putih) 1 rim RM 10.00

2. Kertas A4 (pelbagai warna) 1 rim RM 18.00

3. Kad Imbasan 2 set RM 30.00

4. Manila Kad 10 keping RM 10.00

5. Marker pen 1 kotak RM 30.00

6. Plastik Laminate 1 rim RM 30.00

JUMLAH RM 128.00

10.0 PENUTUP

Projek inovasi pengajaran dan pembelajaran ini diharapkan dapat memberi

perubahan yang positif terhadap pembelajaran Sains murid-murid Tahap 1. Selain

itu, penggunaan kaedah permainan yang diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran Sains ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan minat dan

penglibatan murid seterusnya dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian

mereka dalam mata pelajaran tersebut.

4

Page 5: KERTAS CADANGAN INTERNSHIP.docx

PROGRAM INTERNSHIP

Disediakan oleh,

..............................................................

(UMI NADZRAH BT. MOHD HADRI)

Penyelaras Program Games in Science,

SK Bertam Indah.

Disemak oleh,

.....................................................

(HASNIDAH BT. HASHIM)

Ketua Panitia Sains,

SK Bertam Indah.

5