Kertas Cadangan Kajian Tindakan

16
Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Mekanisme Pernafasan Menggunakan Kaedah Analogi Dikalangan Pelajar Tingkatan 3 An- Nasai . Oleh: Mohd Faridzul Akmam Bin Zulkifli Rosiadi Bin Tajudin Sarizal Bin Jamaludin 1.0 PENGENALAN Kualiti pencapaian pendidikan pelajar sangat bergantung kepada pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Memperkasakan pelajar dalam menguasai ilmu sains dapat dicapai melalui pengajaran yang berkesan dan efektif. Guru seharusnya mempunyai persediaan bagaimana pelajar berminat untuk mempelajari sains dan tahu bagaimana cara yang terbaik untuk mengajar mereka. Usaha perlu digembelingkan dalam membuat persembahan pengajaran tradisional chalk and talk kepada proses pengajaran yang berpusatkan kepada murid. Kurikulum sains bagi sekolah menengah direka bagi melahirkan pelajar yang berilmu dan berkemahiran di dalam sains, membina kemahiran berfikir dan startegi utuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian ( Kementerian Pendidikan Malaysia :2002) Pelajar tidak dapat memahami Bahasa Inggeris dengan baik, tidak memberi penumpuan di dalam kelas dan seolah-olah tidak berminat mengikuti proses P&P antara faktor penyumbang kepada ketidakfahaman pelajar kepada subjek sains ( xplorce). Ini menyebabkan pelajar merasakan sains merupakan subjek yang susah untuk dipelajari dan sukar untuk difahami. Persepsi sebegini akan 1

description

Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Mekanisme Pernafasan Menggunakan Kaedah Analogi Dikalangan Pelajar Tingkatan 3 An-Nasai’.

Transcript of Kertas Cadangan Kajian Tindakan

Page 1: Kertas Cadangan Kajian Tindakan

Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Mekanisme Pernafasan Menggunakan

Kaedah Analogi Dikalangan Pelajar Tingkatan 3 An-Nasai’.

Oleh:

Mohd Faridzul Akmam Bin Zulkifli

Rosiadi Bin Tajudin

Sarizal Bin Jamaludin

1.0 PENGENALAN

Kualiti pencapaian pendidikan pelajar sangat bergantung kepada pengajaran dan

pembelajaran guru di dalam kelas. Memperkasakan pelajar dalam menguasai ilmu sains

dapat dicapai melalui pengajaran yang berkesan dan efektif. Guru seharusnya mempunyai

persediaan bagaimana pelajar berminat untuk mempelajari sains dan tahu bagaimana

cara yang terbaik untuk mengajar mereka.

Usaha perlu digembelingkan dalam membuat persembahan pengajaran tradisional

“ chalk and talk “ kepada proses pengajaran yang berpusatkan kepada murid. Kurikulum

sains bagi sekolah menengah direka bagi melahirkan pelajar yang berilmu dan

berkemahiran di dalam sains, membina kemahiran berfikir dan startegi utuk

membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan

seharian ( Kementerian Pendidikan Malaysia :2002)

Pelajar tidak dapat memahami Bahasa Inggeris dengan baik, tidak memberi

penumpuan di dalam kelas dan seolah-olah tidak berminat mengikuti proses P&P antara

faktor penyumbang kepada ketidakfahaman pelajar kepada subjek sains ( xplorce). Ini

menyebabkan pelajar merasakan sains merupakan subjek yang susah untuk dipelajari dan

sukar untuk difahami. Persepsi sebegini akan membuatkan pelajar hilang semangat dan

motivasi dalam pembelajaran dan meletakkan subjek sains sebagai subjek yang tidak

disukai.

1

Page 2: Kertas Cadangan Kajian Tindakan

Guru harus berusaha dan memikirkan teknik pengajaran yang menarik dan

berkesan serta mempelbagaikan teknik P&P. Suasana pembelajaran yang tidak terhad di

dalam kelas serta peranan guru dalam menjadikan P&P menarik dapat memberi kesan

yang positif kepada pelajar. (Robiah Sidin :2003)

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Mekanisme Pernafasan merupakan topik di bawah tajuk respirasi dalam silibus

matapelajaran Sains Tingkatan 3. Pada kebiasaannya pelajar dari kelas yang lebih baik

tidak menghadapi masalah dalam menguasai topik ini. Namun demikian bagi pelajar dari

kelas yang kurang baik, mereka tidak dapat menguasai topik ini dengan baik. Perkara

yang paling ketara ialah pelajar sukar untuk membezakan perubahan yang berlaku pada

organ pernafasan semasa proses menarik dan menghembus nafas berlaku.

Dalam kajian ini sampel pelajar yang dikaji ialah 30 orang pelajar Tingkatan 3

An-Nasa’i di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh, Pahang. Kelas ini

merupakan kelas pertengahan dari segi pencapaian dalam bidang akademik di mana

pencapaian mereka lemah di dalam pelajaran terutamanya matapelajaran Sains. Selain

daripada itu, mereka juga kurang bersemangat dan kurang menunjukkan kesungguhan

ketika sesi pembelajaran berlangsung.

Semasa sesi pembelajaran di dalam kelas berlangsung, guru mendapati mereka

dapat memahami mekanisme pernafasan yang diajarkan. Namun demikian, apabila diberi

latihan mereka gagal membezakan perubahan yang berlaku terhadap organ-organ

pernafasan yang terlibat. Paling menghampakan mereka tidak dapat mengenal organ

pernafasan dan ini didapati berpunca daripada tidak menguasai pembelajaran yang lepas

(semada di Tingkatan 2).

2

Page 3: Kertas Cadangan Kajian Tindakan

Masalah ini mula dikesan sejak 5 tahun yang lalu dan menjadi semakin serius

apabila pembelajaran Sains di dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan. Akibat daripada tidak

dapat menguasai topik tersebut pelajar gagal menjawab soalan yang dikemukakan ketika

peperiksaan akhir semester dengan tepat dan ini memberi impak terhadap markah

keseluruhan pelajar dalam subjek Sains.

3.0 TINJAUAN BACAAN

Kajian-kajian terdahulu membuktikan wujudnya masalah pelajar sukar memahami

konsep-konsep sains dalam pendidikan sains. Dalam sebuah artikel Science Education

yang berjudul "An Evaluation of Certain Popular Science Misconceptions" yang dikarang

oleh Hancock ada menyatakan masalah salah kefahaman mengenai sains berpunca

daripada sebab yang salah “faulty reasoning”.

Terdapat beberapa laporan yang dikeluarkan oleh Institute for Research on Teaching di

Michigan State University (Roth, 1985) menyatakan masalah yang dihadapi oleh pelajar

adalah disebabkan oleh kekurangan aktiviti pembelajaran yang dapat membantu pelajar

untuk memahami sains.

Smith dan Anderson (1984) mencadangkan guru perlu membantu pelajar menjana idea

berkaitan konsep sains. Guru perlu sedar bahawa pelajar mempunyai cara berfikir yang

berbeza dalam memahami konsep sains yang dipelajari. Pendapat ini turut disokong oleh

Fisher dan Lipson (1986) yang menyatakan pemahaman konsep sains yang dibina oleh

pelajar secara formal di dalam bilik darjah seringkali salah dan tidak bertepatan dengan

konsep sebenar yang dikuasai oleh ahli sains. Banyak kajian mendapati ramai pelajar

mempunyai kerangka alternatif atau membina idea mereka sendiri berdasarkan

pengalaman seharian yang bercanggah dengan konsep-konsep saintifik yang tepat.

Akibatnya, pelajar mengalami kesukaran bagi menguasai konsep sekali gus menjejaskan

pencapaian dan penguasaan mereka dalam mata pelajaran sains.

3

Page 4: Kertas Cadangan Kajian Tindakan

Pemahaman topik sains yang kompleks boleh dipermudahkan dengan kaedah analogi.

Kaedah analogi ini telah dihuraikan dalam satu artikel yang bertajuk Using analogy to

teach complex concepts in science dituliskan oleh Dr. Dr Yvette Hancock dan Dr Andrys

Onsman. Menurut mereka ini, analogi dikatakan menggunakan pengetahuan sedia ada

pelajar untuk menjana pemahaman baru dalam bentuk konseptual. Menurut Glynn

(1991), analogi adalah satu proses untuk mengenal pasti persamaan di antara dua konsep.

Kaedah analogi ini juga dijelaskan dalam buku Teknik Berfikir yang dikarang oleh Ainon

dan Abdullah. Menurut bukunya, istilah analogi bermakna mengiaskan sesuatu perkara

dengan benda lain. Sebagai contoh, sungai dianalogikan dengan ular. Caranya ialah

mencari perkara yang ada persamaan antara kedua-duanya. Antara aspek yang boleh

dibandingkan ialah ciri-ciri, fungsi atau proses. Di dalam contoh ini, persamaan antara

sungai dan ular ialah pada ciri antara kedua-duanya, iaitu bersifat bengkang-bengkok dan

lingkaran.

Menerusi kajian-kajian yang dijalan oleh pakar-pakar seperti Dr Hancock dan Onsman

dapatlah kita simpulkan bahawa untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap

mekanisme pernafasan yang mana ianya salah satu daripada proses sains yang agak

kompleks. Sudah pasti ia memerlukan satu kaedah penyelesaian dan kaedah analogi

yang telah huraikan tadi merupakan salah satu penyelesaian dalam usaha untuk

meningkatkan pemahaman dalam konten sains tersebut. Melalui kaedah ini juga pelajar

dapat menjana pemikiran kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek sains.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk:

a) Menggunakan kaedah analog bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap

mekanisme pernafasan.

4

Page 5: Kertas Cadangan Kajian Tindakan

b) Mengenalpasti faktor yang menyebabkan pelajar sukar untuk memahami

mekanisme pernafasan.

5.0 PERSOALAN KAJIAN

Antara persoalan dalam kajian ini ialah:

a) Adakah kaedah analog ini dapat membantu pelajar memahami mekanisme

pernafasan dengan baik?

b) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar sukar memahami mekanisme

pernafasan dengan baik?

6.0 METODOLOGI KAJIAN

Sampel Kajian

Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan Tiga An- Nasai` yang terdiri daripada

10 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan.

Instrumen Kajian

Soal Selidik

Soal selidik merupakan satu instrumen untuk mengumpul data secara formal. Soal selidik

perlu memenuhi objektif atau soalan yang hendak dikaji. Terdapat beberapa jenis soalan

dalam soalan soal selidik. Antaranya ialah skala Likert, Dichotomous, rank order,

inventori kendiri dan sebagainya.

5

Page 6: Kertas Cadangan Kajian Tindakan

Kelebihan Dan Kelemahan Soal Selidik

Terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan memggunakan teknik soal selidik sebagai

alat pengumpulan data. Berikut adalah antara kelebihan menggunakan teknik soal selidik.

i) Melibatkan kos yang rendah apabila maklumat yang diperolehi adalah dari orang

ramai.

ii) Responden boleh menjawab mengikut kesesuaian masa mereka.

iii) Maklumat yang diperolehi mudah untuk dianalisa

Antara kelemahan yang terdapat pada teknik soal selidik adalah seperti berikut.

i) Ketidak anjalan iaitu tiada ruang maklumat tambahan.

ii) Tidak boleh melakukan susulan pantas

Kandungan soal selidik

Soalan soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

Bahagian A

Bahagian A mengandungi maklumat ringkas peribadi responden. Maklumat ini terdiri

daripada Jantina dan tingkatan.

Bahagian B

Bahagian B mengandungi butiran soalan-soalan soal selidik. Dalam soalan soal selidik

ini, soalan ini dirangka untuk memenuhi 3 kriteria yang telah ditetapkan. Kriteria pertama

ialah untuk mengetahui sikap pelajar terhadap mata pelajaran sains. Kriteria ini

terkandung dalam soalan 1 hingga 5. Kriteria kedua pula ialah untuk membuktikan

wujudnya ketidakfahaman pelajar terhadap mata pelajaran sains. Kriteria ini terkandung

dalam soalan 6 hingga 10 .Kriteria ketiga pula bertujuan untuk menguji kefahaman

pelajar tentang topik sains mengenai mekanisme pernafasan manusia. Kriteria ini

terkandung pada soalan 11 hingga 14.

6

Page 7: Kertas Cadangan Kajian Tindakan

Temubual

Satu lagi Instrumen kajian telah digunakan dalam kajian tindakan ini ialah temubual.

Temubual melibatkan pertemuan pengkaji dengan responden untuk tujuan mendapatkan

maklumat. Untuk mendapatkan maklumat tersebut, pengkaji perlu menyediakan alat

kajian. Alat kajian itu adalah terdiri daripada soalan-soalan yang disediakan oleh pengkaji

dan diajukan serta dijawab secara lisan. Temubual terbahagi kepada tiga jenis iaitu

Temubual berstruktur (Structured Interviews), tidak berstruktur (Unstructured

Interviews) dan semi berstruktur (Semi-Structured Interviews). Temubual berstruktur

merupakan teknik soal jawab mengikut soalan yang menjurus kepada topik yang spesifik.

Manakala temubual tidak berstruktur lebih kepada penerokaan idea dan soalan-soalan

terbuka dikemukakan kepada responden. Temubual semi berstruktur merupakan

gabungan antara temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur.

Kelebihan Dan Kelemahan Temubual

Kelebihan menggunakan instrumen temubual untuk mendapatkan maklumat ialah

memberi peluang kepada responden mengemukakan idea atau pendapat mereka secara

spontan dan bebas. Membenarkan pengkaji meneroka secara mendalam dan memberi

peluang kepada responden untuk memberi penjelasan yang tepat kepada persoalan yang

dikemukakan. Data boleh dikumpulkan dalam bentuk audio ataupun dalam bentuk

visual.Temubual ini menjadi alternatif kepada responden yang tidak berminat untuk

berkongsi idea melalui penulisan.

Kelemahan menggunakan temubual ialah penggunaan masa yang lama untuk mengumpul

maklumat. Kelemahan dalam menetapkan piawaian soalan yang dikemukakan.

Memerlukan penelitian dalam menganalisa maklumat daripada pengkaji untuk

mendapatkan maklumat yang berguna. Sukar untuk membuat penilaian kerana faktor

seperti temubual mungkin dipengaruhi oleh emosi mengakibatkan gangguan dalam

7

Page 8: Kertas Cadangan Kajian Tindakan

mendapatkan maklumat yang tepat.

Kandungan Temubual

Terdapat 5 soalan yang dikemukakan kepada responden yang mana soalan-soalan yang

menjurus kepada temubual semi berstruktur. Soalan pertama menjurus kepada adakah

boleh dikaitkan dengan bahasa yang menyebabkan pelajar sukar memahami subjek yang

disampaikan. Soalan kedua pula memokus kepada persoalan di mana ketidakfahaman

dalam topik yang diajar itu. Soalan ketiga melihat kaitan masalah yang dikaji dengan Alat

Bantu Mengajar yang digunakan semasa waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Soalan empat dikemukakan adalah untuk mengenal pasti sejauh mana soalan yang

berkaitan dengan topik dikemukakan mampu dijawab dengan betul. Soalan ini

dikemukakan adalah bertujuan untuk mengetahui kaitan pemahaman pelajar dengan topik

yang diajar setelah selesai suatu sesi pengajaran. Soalan terakhir cuba menilai dari aspek

aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang dapat membantu meningkatkan

kefahaman pelajar semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

7.0 CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH

Berdasarkan dapatan yang diperolehi dari analisis maklumat maka beberapa cadangan

untuk mengatasi masalah ini dikemukakan.

Langkah 1

Ujian Pra

Guru menjalankan ujian pra bagi mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap topik

proses pernafasan. Hasil ujian tersebut digunakan oleh guru sebagai kayu ukur untuk

mengetahui tahap penguasaan pelajar. Guru mendapati ramai pelajar yang tidak dapat

menguasai proses pernafasan dengan baik. Oleh itu, guru memperkenalkan kaedah

analogi bagi mengatasi masalah tersebut.

8

Page 9: Kertas Cadangan Kajian Tindakan

Langkah 2

Pengenalan analogi kepada pelajar dalam proses pengajaran

Pelajar diperkenalkan dengan teori analogi dan mengaitkan analogi tersebut dengan topik

yang diajar. Pelajar juga diberi contoh mengenai analogi yang telah digunakan dalam

topik lain. Kefahaman mengenai teori bagaimana analogi itu berfungsi penting bagi

membentuk konsep awal kepada pelajar.

Langkah 3

Pelajar memahami konsep yang disampaikan menerusi analogi tersebut

Setelah pelajar memahami teori tersebut, maka konsep pengajaran topik akan diterangkan

menerusi keadah analogi. Melalui kaedah analogi, pelajar akan dapat memahami proses

didalam pernafasan tubuh badan manusia berlaku dengan memberikan analogi. Sebagai

contoh, pelajar-pelajar lebih mudah menggambarkan rongga toraks mereka dengan

membandingkan leher botol dengan trakea, tiub kaca berbentuk Y sebagi bronkus dan

bronkiol, belon sebagai paru-paru, kepingan getah sebagai daifragma, balang kaca

sebagai sangkar rusuk dan rongga di dalam balang kaca sebagai toraks. Melalui simulasi

tersebut pelajar memahami konsep pernafasan dalam badan manusia.

Langkah 4

Pelajar mengenal pasti terma sains yang sesuai bagi analogi yang dibuat

Bagi meningkatkan kefahaman pelajar setiap terma sains tersebut diberikan analogi yang

sesuai. Sebagai contohnya balang gas mewakili sengkar rusuk, tiub kaca mewakili

trakea, belon mewakili paru-paru dan permukaan getah mewakili diafgrama.

Langkah 5

Pelajar membina model sistem pernafasan

Pelajar membina model sistem pernafasan menggunakan balang kaca, tiub kaca, belon

dan permukaan getah dengan guru. Dengan menggunakan model yang dibina guru

menunjukan kepada pelajar bagaimana sistem pernafasan berlaku dalam keadaan

sebenar.

9

Page 10: Kertas Cadangan Kajian Tindakan

Langkah 6

Penilaian oleh guru

Penilaian dibuat dengan cara meminta pelajar menerangkan proses pernafasan

menggunakan analogi yang telah diajar. Pelajar juga diminta untuk menerangkan setiap

bahan yang digunakan dalam analogi tersebut mengikut konsep sains yang sebenar.

8.0 ANGGARAN KOS

Kos Anggaran Perbelanjaan

JADUAL PERANCANGAN KAJIAN TINDAKAN

Bil Tindakan Tarikh

1. Mesyuarat jawatankuasa kali pertama 5.08.08

2. Penulisan kertas cadangan 12.08.08

3. Mendapatkan kelulusan dan pandangan daripada pihak sekolah 26.08.08

3. Mesyuarat perancangan temubual dan soal selidik 2.09.08

10

Bil Perkara Kuantiti Jumlah

1 Kertas A4 3 rim x RM9 RM 24.00

2 Alat tulis dan buku catatan 5 x RM10 RM 50.00

3 Fotostat RM 50.00

4 Kos pengangkutan RM 150.00

5 Percetakan soal selidik RM 50.00

6 Percetakan Laporan kajian 4 Jilid RM 120.00

7 Perbelanjaan mesyuarat 3 kali x RM 60 RM 180.00

8 Saguhati kepada pembantu 2 x RM 200 RM 400.00

9 Dakwat Katrij Pencetak 1 x RM 100 RM 100

JUMLAH RM 1124

Page 11: Kertas Cadangan Kajian Tindakan

4. Pelaksanaan Pra-Ujian soal selidik 9.09.08

6. Ujian Soal selidik dan temubual 16.09.08

7. Analisi data ujian soal selidik dan temubual 23.09.08

8. Mesyuarat pelaksanaan 30.09.08

9. Pelaksanaan teknik rawatan 7.10.08

10. Pelaksanaan ujian pasca 4.11.08

11. Penilaian 11.11.08

12. Penulisan laporan penyelidikan 18.11.08

LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

Berdasarkan maklumat dan data awal kajian yang dilakukan, tindakan yang akan

dilakukan ialah :

Bil Langkah –Langkah Tindakan Tarikh

1.

Mengedar ujian pra untuk mengenal pasti tahap penguasaan

pelajar terhadap topik proses pernafasan.

9.09.08

(1 minggu)

2. Pelajar diperkenalkan dengan teori analogi dan mengaitkan

analogi tersebut dengan topik yang diajar.

7.10.08

(1 minggu)

3. Setelah pelajar memahami teori tersebut, maka konsep

pengajaran topik akan diterangkan menerusi keadah analogi.

14.10.08

(1 minggu)

4. Pelajar mengenal pasti terma sains yang sesuai bagi analogi

yang dibuat.

21.10.08

(1 minggu)

5. Pelajar membina model sistem pernafasan menggunakan

balang kaca, tiub kaca, belon dan permukaan getah dengan

guru.

28.10.08

(1 minggu)

6. Penilaian dibuat dengan cara meminta pelajar menerangkan

proses pernafasan menggunakan analogi yang telah diajar.

4.11.08

(1 minggu)

11

Page 12: Kertas Cadangan Kajian Tindakan

BORANG SOAL SELIDIK

Soal Selidik (Pelajar)

Bahagian A.

Sila isi jawapan anda diruangan yang disediakan.

Jantina : Lelaki / Perempuan (*Bulatkan yang berkenaan)

Bangsa: __________________________

Bahagian B.

Sila tandakan (√) pada ruangan yang disediakan mengikut skala pilihan anda.

12

Ya Tidak

1. Pengajaran yang disampaikan oleh guru mudah di fahami.

2. Penggunaan slaid powerpoint, poster dan model 3D

memudahkan saya memahami topik yang diajar.

3. Saya sering diberi latihan pengukuhan setiap kali selesai

suatu topik pelajaran.

4. Saya tidak mempunyai masa mengulangkaji matapelajaran.

5. Saya kurang mahir penggunaan Bahasa Inggeris

6. Penggunaan istilah sains dalam Bahasa Inggeris

menyukarkan saya memahami topik yang diajar

7. Saya tidak berminat dengan subjek sains

8. Penggunaan peta minda semasa pengajaran guru menarik

minat saya untuk mengikuti topik yang diajar

9. Saya mengalami kesukaran menjawab soalan sains dalam

setiap ujian yang dijalankan

10. Saya diminta oleh guru untuk berbincang sesuatu topik

sains dalam satu kumpulan

11. Paru-paru, hati, bronkus, trakea ,merupakan organ-organ

yang terlibat semasa proses pernafasan berlaku

Page 13: Kertas Cadangan Kajian Tindakan

12. Paru-paru manusia dilindungi oleh tulang rusuk

13. Pertukaran uadara semasa proses pernafasan berlaku

di alveolus dan Bronkus

14. Dinding Alveous menjadi lembab bagi memudahkan

proses pertukaran udara semasa pernafasan berlaku

SOALAN TEMUBUAL

Temubual Guru

1. Adakah terdapat perbezaan antara pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris dan

Bahasa Melayu?

2. Apakah masalah yang sering dihadapi oleh pelajar untuk memahami topik ini?

3. Adakah Alat Bantu Mengajar bagi matapelajaran Sains mencukupi dan berjaya

membantu aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran?

4. Adakah pelajar boleh menjawab soalan yang berkaitan dengan topik ini dengan

betul dalam ujian yang dijalankan?

5. Sejauhmanakah aktiviti dalam P&P yang dilaksanakan oleh guru mampu

meningkatkan kefahaman pelajar?

13

Ya Tidak

Page 14: Kertas Cadangan Kajian Tindakan

BIBLIOGRAFI

Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, (1994). Teknik Berfikir, Konsep dan Proses.

Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Atan Long, (1984). Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Bruner, J. (1979). The Process of Education. Harvard University Press: London.

De Bono, E. (1978). Teaching Thinking. England : Penguins Books.

Fisher, K.M. and Lipson, J. I. (1986). Twenty questions about students errors. Journal of

Research in Science Teaching. 23(9), 783-803

Mohd Hasani (2005) bertajuk “Learning to Look Through the Eyes of Students”

Mumford, R. J. dan Gustafson, T. (1988). Developing Critical Thinking and

Problem Solving Abilities. San Francisco : Jossey Bass Inc.

Rollo, M. C. (1991). Teaching Children To Think. Oxford : Basil Blackwell

Som dan Mohd Dahalan, (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.

Kuala Lumpur : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

14