Kertas Cadangan Lawatan Sg Klah 2010

5
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TIRAM KAMPUNG SERI TIRAM JAYA 45500 TANJONG KARANG SELANGOR DARUL EHSAN KERTAS CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR PROGRAM MENCARI SAKINAH 2010

description

PANDUAN MENULIS KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Transcript of Kertas Cadangan Lawatan Sg Klah 2010

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TIRAMKAMPUNG SERI TIRAM JAYA

45500 TANJONG KARANGSELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS CADANGANLAWATAN SAMBIL BELAJAR

PROGRAM MENCARI SAKINAH

2010

1. TUJUAN LAWATAN

Lawatan ini bertujuan:a) Memberi ketenangan kepada murid-murid Tahun 6 setelah diasak dengan pelbagai

aktiviti gerak-gempur UPSR.b) Sebagai satu proses pengajaran dan permbelajaran di luar bilik darjah.

2. TEMPAT-TEMPAT LAWATAN

a) Sungai Klah Hot Spring Park, Sungkai, Perak

3. TARIKH LAWATAN

16 September 2010 (Cuti Hari Malaysia)

4. KEWANGAN

4.1 Anggaran Kos Perbelanjaan

a) Pengangkutan - bas.b) Air kotak murid dan rotic) Bayaran masuk ke Sungai Klah Hot Spring Park

:::

RM RM

RM

1600.00200.00590.00

JUMLAH : RM 2390.00

4.2 Sumber Pendapatan

a) Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Seri Tiram : RM 1500.00b) Sumbangan Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan RM 65.00c) Yuran murid : 55 X RM15.00 : RM 825.00

JUMLAH : RM 2390.00

5. SENARAI NAMA PESERTA LAWATAN

Lihat Lampiran 1 dan 2

6. NAMA KETUA ROMBONGAN

Haji Nasaruddin b. Shaarani

7. JADUAL PERJALANAN

Masa Perkara Catatan

2

8.00 pagi Bekumpul di tempat letak keretaSK Seri Tiram.

Taklimat lawatan.

8.20 pagi Bertolak ke Sungai Klah Hot Spring Park, Sungkai, Perak

10.00 pagi Tiba di Sungai Klah Hot Spring Park, Sungkai, Perak

10.15 pagi Ceramah motivasi Oleh Tn. Hj. Mhd. Seidin b. Taukhit, YDP PIBG

11.00 pagi Aktiviti menenangkan fikiran. - Mandi di kolam air panas- Mandi di kolam air gunung- Merebus telur menggunakan

kolam air panas- Dan lain-lain

1.00 petang Makan tengahari dan solat Zuhur dan Asar

Solat jamak dan qasar

2.00 petang Aktiviti bersambung semula.4.00 petang Bertolak pulang.

8. PELAN PENCEGAHAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS LAWATAN Sebelum Lawatan

1. Membuat kertas kerja lawatan dan mendapatkan kelulusan daripada Guru Besar.2. Permohonan seterusnya diajukan ke Pejabat Pelajaran daerah Kuala Selangor untuk

mendapatkan kelulusan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan.

3. Memastikan syarikat pengangkutan yang dipilih oleh sekolah mempunyai permit perjalanan pengangkutan dan pengesahan kenderaan selamat digunakan.

4. Menghantar surat kelulusan ke ibu pejabat Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Pelajaran bagi negeri-negeri Selangor, Perak dan Pahang.

5. Menghantar surat kepada ibu bapa / penjaga memohon kebenaran murid-murid menyertai lawatan beserta dengan bayaran yang diperlukan.

6. Mengumpul borang kebenaran ibu bapa / penjaga murid yang menyertai lawatan.7. Mesyuarat di kalangan guru-guru yang terlibat untuk mengagihkan murid-murid

kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diamanahkan seorang guru untuk menjaganya. Disamping itu, tentatif tempat lawatan dibincangkan disamping perkara-perkara yang berkaitan lawatan.

8. Nombor telefon bimbit guru-guru yang menyertai lawatan diedarkan kepada ibu bapa untuk memudahkan mereka mengetahui masa murid pulang dari lawatan dan sebagainya.

9. Memberi taklimat kepada murid-murid yang terlibat dengan memberi penekanan perkara-perkara berikut:a) prosedur keselamatan dalam perjalanan dan ketika berada di tempat lawatan;b) Syarat pakaian;c) Arahan tugasand) Senarai barang yang boleh dibawa dan yang tidak dibenarkan.

10. Memastikan peti kecemasan yang lengkap disediakan.11. Terdapat alat pemadam api di dalam bas.12. Untuk mengelakkan penularan wabak H1N1, murid-murid diminta memakai penutup

mulut dan hidung (mask) dan pihak sekolah menyediakan bahan pencuci tangan di dalam bas.

3

Semasa Lawatan

1. Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan tempat yang dilawati.

2. Untuk mengelakkan penularan wabak H1N1, murid-murid diminta memakai penutup mulut dan hidung (mask) dan pihak sekolah menyediakan bahan pencuci tangan di dalam bas.

3. Peti kecemasan sentiasa dibawa bersama sepanjang aktiviti.4. Murid-murid hendaklah bergerak dalam kumpulan dengan diawasi oleh guru yang

telah ditetapkan.5. Memastikan murid-murid dan ahli rombongan mendapat makanan yang

bersesuaian (halal) dan mengikut keperluan murid.6. Murid-murid mencari maklumat yang dikehendaki dalam tugasan yang diberi.7. Memastikan tempat lawatan selamat daripada kemalangan.

Selepas Lawatan.

1. Memastikan ibu bapa / penjaga mengambil anak mereka apabila sampai di sekolah. Murid-murid yang tidak diambil oleh ibu bapa / penjaga dihantar ke rumah oleh guru.

2. Ketua lawatan membuat laporan bertulis kepada Guru Besar berkaitan lawatan dan perbelanjaan kutipan bayaran.

3. Murid-murid dikehendaki :a) Menyediakan laporan pengurusan lawatan;b) Menyediakan laporan lawatanc) Menghantar tugasan yang telah diberi.;

4. Mesyuarat guru-guru yang terlibat membincangkan kelemahan, kebaikan, lawatan yang telah dibuat serta cadang-cadangan memperbaiki program lawatan pada masa akan datang.

9. PENUTUP

Semoga aktiviti yang dijalankan ini dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

4