KERTAS CADANGAN MENAIKTARAF DEWAN SEKOLAH

11
KERTAS CADANGAN PENARAFAN DEWAN HARMONI SEKOLAH KEBANGSAAN HASHIM AWANG, 13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG

description

penarafan dewan

Transcript of KERTAS CADANGAN MENAIKTARAF DEWAN SEKOLAH

KERTAS CADANGAN

PENARAFAN DEWANHARMONI

SEKOLAH KEBANGSAAN HASHIM AWANG,13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG

BilIsi KandunganMuka Surat

1

2

4

5

6

7

Pengenalan

Rasional Pembinaan Dewan Serbaguna

Ahli Jawatankuasa Program

Cadangan penarafan

Pelan lantai dewan

Kesimpulan3

5

6

7

8-10

11

KERTAS CADANGAN PENARAFAN DEWAN HARMONI__________________________________

PengenalanSK Hashim Awang merupakan antara sekolah yang memiliki reputasi hebat dalam aspek pengurusan sekolah dan penglibatan dalam aktiviti luar, dengan prestasi akademik yang juga sangat menggalakkan.

Menyedari hakikat dan tanggungjawab bagi mengekalkan kecemerlangan tersebut, AJK Pengurusan Dewan mengambil inisiatif mengemukakan kertas cadangan menaik taraf Dewan Harmoni sebagai usaha memperkasakan aktiviti berorientasikan murid dan seluruh warga sekolah agar impak besarnya nanti memberi makna kepada segenap lapisan komuniti SK Hashim Awang. Kita optimis terhadap perkembangan potensi, kemajuan jasmani dan keluhuran rohani di kalangan murid sekolah ini. Justeru itu, penarafan dewan ini digunakan sebagai mekanisma yang kondusif bagi membentuk wadah generasi pelajar yang kukuh jati diri serta nilai kemanusiaannya. Segala aktiviti yang cenderung mengkordinasi bakat-psikomotor, minat-afektif dan kritis-analisis akan digilap sedaya mungkin demi membina masa depan unggul di kalangan murid sekolah ini.

Dewan Harmoni, SK Hashim Awang bukan sahaja menjadi kegunaan pihak sekolah sebagai tempat pertemuan, medan mesyuarat atau kursus untuk murid-murid SK Hashim Awang, bahkan juga telah dimanfaatkan secara intensif oleh agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan untuk mengadakan pertemuan, kursus, seminar dan hal-hal lain yang berkaitan.

Oleh hal yang demikian, pihak pengurusan sekolah mencadangkan agar Dewan Harmoni ini dinaik tarafkan lagi bagi memenuhi aspirasi pembangunan modal insan di peringkat sekolah, fasiliti komuniti bestari yang boleh digunakan bersama, dan sebagai pemangkin kemajuan sosio-budaya negara bertaraf dunia. Dewan ini juga akan menjadi venue untuk aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah, daerah dan negeri ini.

Rasional

Alasan untuk menaik taraf dewan ini ialah institusi sekolah harus bertindak balas terhadap keadaan dan peristiwa yang berlaku dalam masyarakat. Sebagai sebuah organisasi dalam komuniti, SK Hashim Awang perlu berkembang, matang dan menyesuaikan keadaannya pada perubahan dalaman dan juga luaran. Seterusnya, pembinaan dewan ini perlu dilakukan kerana :

1. SK Hashim Awang sentiasa diberikan kepercayaan menganjurkan pelbagai pertandingan peringkat daerah, gabungan dan negeri. Dewan yang sedia ada adalah kecil dan tidak dapat menampung kapasiti peserta, guru dan pengiring yang hadir. Olrh itu, dewan yang dinaik taraf akan memberi suasana yang lebih selesa.1. Keselamatan, keselesaan dan persekitaran dewan yang menarik akan meningkatkan lagi prestasi akademik, kokurikulum serta sukan di sekolah / daerah ini.1. Kursus dan seminar yang biasanya dijalankan di dewan sedia ada memberikan suasana pembelajaran yang kurang kondusif serta menjejaskan minat dan tumpuan murid/peserta. Masalah tersebut boleh diselesaikan dengan adanya sebuah dewan besar yang lebih selesa lagi menyenangkan.

Ahli Jawatankuasa Pengurusan Dewan Harmoni, SK Hashim Awang

PENASIHATEn. Ashri Bin Abdullah(Guru Besar SK HAshim Awang)

PENGERUSIPn. Badariah Binti Jaafar( Penolong Kanan 1, SK hashim Awang)

SETIAUSAHAPn. Siti Haszirah binti Hasan (Guru pengurusan dewan)

AJK :

1. Pn. Maizatul Akmam Binti Hassan2. Pn. Noradhilla Binti Abdul Manan3. Pn. Norra Binti Tajuddin4. Cik Lau Shin Chiang

Cadangan Penarafan Dewan Harmoni, SK Hashim Awang

0. Memperbesarkan lagi dewan sebanyak 30 kaki lebar.0. Mengecat semula bahagian dalam dan luar dewan0. Memasang mozek pada keseluruhan bahagian lantai dewan0. Membina tandas lelaki dan perempuan di tanah kosong bersebelahan dengan dewan0. Membina satu bilik stor dibahagian sisi kanan dewan.

Pelan Lantai Dewan Harmoni Yang Sedia Ada

Koridor BILIK PA SYSTEMPENTAS

6 m

Koridor

30 m

1.2 m 7.73 m 1.2 m10.13 mCadangan Pelan Lantai Penarafan Dewan Harmoni, SK Hashim Awang

TANDASSTORPENTASBILIK PA SYSTEM

6 m

Korodor Koridor

30 m

1.2 m15 m 1.2 m

17. 4 mCadangan Pelan Lantai Pembinaan Tandas Dewan Harmoni, SK Hashim Awang

TANDAS LELAKITANDAS PEREMPUAN

7 m

7 m

Kesimpulan

Berdasarkan pemeriksaan dan tinjauan yang dilakukan oleh pentadbiran sekolah, kerja menaiktaraf dewan ini diharap dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Dengan terlaksananya kerja penarafan ini, pandangan baik masyarakat luar terhadap status SK Hashim Awang dapat dikekalkan; di samping memberi keceriaan baru kepada seluruh warga sekolah. Kertas cadangan yang dikemukakan ini diharap akan mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada pihak yang berkenaan.

Disediakan Oleh,Disemak Oleh.Disahkan Oleh,

..(Pn. Siti Haszirah Hasan)(Pn. Badariah Jaafar)(En. Ashri Abdullah)Setiausaha,Pengerusi,Guru Besar,Jawatankuasa PengurusanJawatankuasa PengurusanS.K Hashim Awang.Dewan Harmoni, SKHA.Dewan Harmoni, SKHA.

11