Kertas Cadangan Pembaikan Infrastruktur Padang Hoki

4
KERTAS CADANGAN PEMBAIKAN INFRASTRUKTUR PADANG HOKI MAKTAB SULTAN ABU BAKAR JOHOR BAHRU 1.0 LATAR BELAKANG Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) amat komited untuk membangunkan sukan hoki di Malaysia. Sebagai makluman, pasukan hoki Malaysia menduduki ranking ke-13 di dunia. Justeru , KBS sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar sekolah untuk mewakili negara pada suatu masa nanti.. Di peringkat sekolah, pihak pengurusan menjadikan sukan hoki sebagai sukan utama selain daripada sukan ragbi. Maka melalui kertas kerja ini diharapkan hasrat untuk memiliki padang hoki yang lengkap di Maktab Sultan Abu Bakar dapat direalisasikan. 2.0 MATLAMAT PROJEK 2.1 Projek ini merupakan projek untuk membaikpulih tiang gol hoki yang sedia ada di padang hoki Maktab Sultan Abu Bakar 2.3 Selain itu juga, dengan berjayanya projek baikpulih ini, perkembangan sukan hoki di MSAB semakin rancak dan membuahkan hasil yang positif dalam jangka masa yang panjang nanti. 3.0 KEKUATAN SUKAN HOKI DI MSAB 3.1 MSAB pernah melahirkan pemain-pemain yang pernah mewakili negeri Johor dan negara Malaysia. Seperti baru-baru ini, seramai 3 orang bekas pelajar MSAB telah mewakili Johor dalan Kejohanan Piala Razak iaitu Muhammad Nur Fitri Zainurin, Muhammad Ain Abd Rahman dan Muhammad Firdaus Rahim. 3.2 Pada tahun 2014, MSAB telah berjaya mengekalkan kejuaraan dalam kejohanan hoki MSSD Johor Bahru untuk kali ke 20 berturut-turut. 3.3 MSAB telah mendapat tempat Ketiga dalam Kejohanan Hoki Sekolah-Sekolah Premier peringkat Zon Selatan dan mendapat Naib Johan dalam sirkit liga hoki bawah 16 tahun peringkat negeri Johor 3.5 MSAB memiliki pemain hoki yang sehingga hari ini, MSAB memiliki seramai 35 orang pemain dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Pemain-pemain hoki MSAB merupakan pemain yang berpotensi kerana

description

hoki

Transcript of Kertas Cadangan Pembaikan Infrastruktur Padang Hoki

Page 1: Kertas Cadangan Pembaikan Infrastruktur Padang Hoki

KERTAS CADANGAN PEMBAIKAN INFRASTRUKTUR PADANG HOKI MAKTAB SULTAN ABU BAKAR JOHOR BAHRU

1.0       LATAR BELAKANG

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) amat komited untuk membangunkan sukan hoki di Malaysia. Sebagai makluman, pasukan hoki Malaysia menduduki ranking ke-13 di dunia. Justeru , KBS sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar sekolah untuk mewakili negara pada suatu masa nanti.. Di peringkat sekolah, pihak pengurusan menjadikan  sukan hoki sebagai sukan utama selain daripada sukan ragbi. Maka melalui kertas kerja ini diharapkan hasrat untuk memiliki padang hoki yang lengkap  di Maktab Sultan Abu Bakar dapat direalisasikan.

2.0       MATLAMAT PROJEK

2.1      Projek ini merupakan projek untuk membaikpulih tiang gol hoki yang sedia ada di padang hoki Maktab Sultan Abu Bakar

2.3      Selain itu juga, dengan berjayanya projek baikpulih ini, perkembangan sukan hoki di MSAB semakin rancak dan membuahkan hasil yang positif dalam jangka masa yang panjang nanti.

3.0       KEKUATAN SUKAN HOKI DI MSAB

3.1       MSAB pernah melahirkan pemain-pemain yang pernah mewakili negeri Johor dan negara Malaysia. Seperti baru-baru ini, seramai 3 orang bekas pelajar MSAB telah mewakili Johor dalan Kejohanan Piala Razak iaitu Muhammad Nur Fitri Zainurin, Muhammad Ain Abd Rahman dan Muhammad Firdaus Rahim.

3.2       Pada tahun 2014, MSAB telah berjaya mengekalkan kejuaraan dalam kejohanan hoki MSSD Johor Bahru untuk kali ke 20 berturut-turut.

3.3       MSAB telah mendapat tempat Ketiga dalam Kejohanan Hoki Sekolah-Sekolah Premier peringkat Zon Selatan dan mendapat Naib Johan dalam sirkit liga hoki bawah 16 tahun peringkat negeri Johor

3.5       MSAB memiliki pemain hoki yang sehingga hari ini, MSAB memiliki seramai 35 orang pemain dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Pemain-pemain hoki MSAB merupakan pemain yang berpotensi kerana sebahagian besarnya pernah mewakili sekolah dan daerah sewaktu berada di sekolah rendah.

3.8       MSAB juga memiliki jurulatih dalam kalangan guru yang memiliki sijil kejurulatihan dari Malaysian Hockey Confederation (MHC). Ini menunjukkan MSAB tidak memiliki masalah dari aspek kejurulatihan berdasarkan pengalaman dan pengiktirafan yang diberikan oleh MHC.

4.0       PERNYATAAN MASALAH

Walaupun MSAB memiliki kekuatan tersendiri dalam sukan hoki, namun  didapati beberapa kekangan timbul dari aspek latihan. Antaranya MSAB tidak memiliki tempat latihan yang sempurna kerana hanya berlatih di atas simen gelanggang futsal di Asrama MSAB sejak tiga

Page 2: Kertas Cadangan Pembaikan Infrastruktur Padang Hoki

tahun yang lepas.  Keadaan ini menimbulkan kekangan dalam mendapatkan latihan yang berkualiti kerana:

4.1       Gelanggang futsal yang tidak sesuai untuk latihan kerana  berlubang dan mengalami rekahan. Selain masalah bola tersangkut timbul juga masalah keselamatan kerana simen yang berlubang.

4.2       Saiz gelanggang bola tampar yang agak sempit dan hanya berukuran 20 X 50 meter dan menyukarkan para pemain untuk berlatih kerana jumlah pemain  seramai 35 orang. Keadaan ini menyebabkan jurulatih hanya dapat menumpukan perhatian kepada aspek latihan asas sahaja kerana ”drill” dan taktikal tidak dapat dilakukakan disebabkan oleh saiz tempat latihan yang sempit..4.4       Masalah kewangan untuk menyewa Stadium Hoki Taman Daya (astroturf) kerana kadar sewaan adalah sebanyak RM 100.00 untuk satu sesi selama 1 jam 30 minit. Selain itu ia juga menyukarkan jurulatih kerana tempahan seringkali bertembung dengan tempahan dari sekolah dan institusi lain.

5.0       CADANGAN BAIKPULIH

5.1       Membaiki dua buah tiang gol hoki sedia ada dengan mengecat dan menggantikan kayu di bahagian belakang tiang gol.

5.2       Memohon bantuan daripada PIBG MSAB untuk menambak pasir di padang hoki MSAB di bahagian padang yang berlubang dan berlopak.

6.0       KEWANGAN

Bil Perihal barag-barang/perkhidmatan dan syarat-syarat khas

Harga (RM)

1 Kerja-kerja mengecat dan menggantikan kayu di bahagian belakang tiang gol hoki

2 X RM170.00 = RM340.00

2 Meletakkan jaring di bahagian belakang tiang gol hoki

2 X RM 80.00 = RM160.00

3 Menambak pasir dan tanah bagi meratakan permukaan padang yang berlubang.

PIBG

                                   JUMLAH BESAR RM 500.00

8.0       PENUTUP

Adalah menjadi hasrat kelab hoki untuk melihat pembaikpulihan padang hoki ini menjadi kenyataan hasil daripada sokongan kewangan pihak sekolah dan PIBG MSAB. Semoga dengan usaha ini dapat membantu menyinarkan kembali kegemilangan sukan hoki MSAB.

Page 3: Kertas Cadangan Pembaikan Infrastruktur Padang Hoki

Disediakan oleh :

(Mohd Hafidz Mohamed Mahidin)Guru penasihat/Jurulatih hokiMaktab Sultan Abu Bakar, JB

Disemak oleh :

(Tuan Haji Hamdan bin Sahak)Setiausaha SukanMaktab Sultan Abu Bakar, JB

Disokong oleh :

(En Sugendran A/L Kumaran)Pen Kanan KokurikulumMaktab Sultan Abu Bakar, JB

Diluluskan oleh :

(TUAN HAJI SAMSUDIN BIN MD ARIFF.)Pengetua Maktab Sultan Abu Bakar, JB