Kertas Cadangan Pembinaan Gantian Bangunan Samj

12
CADANGAN PEMBINAAN BANGUNAN GANTIAN 2 BLOK ASRAMA PUTERA, 2 BLOK ASRAMA PUTERI, 2 BUAH DEWAN MAKAN ASRAMA, 4 UNIT KUARTERS GURU, 2 BANGUNAN BILIK DARJAH EMPAT TINGKAT,SEBUAH DEWAN SERBAGUNA DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN DI SEKOLAH AGAMA MENENGAH JERAM, KUALA SELANGOR SELANGOR PROGRAM : PENDIDIKAN MENENGAH KOD BUTIRAN : 00201 SUB PROJEK :SEKOLAH AGAMA MENENGAH JERAM, KUALA SELANGOR SELANGOR DARUL EHSAN 1. LATAR BELAKANG PROJEK Sekolah Agama Menengah Jeram telah ditubuhkan pada bulan Februari 1957 atas usaha golongan tua memandangkan penduduk setempat merasakan amat perlu mempelajari dan mendalami bidang agama dan bahasa Arab kerana pada ketika itu kebanyakan sekolah yang didirikan adalah sekolah aliran Inggeris. Pada mulanya sekolah ini terletak di sebuah surau lama berhampiran dengan masjid Jeram dengan keluasan 12 x 30 yang boleh memuatkan seramai 30 orang pelajar. Kebanyakan muridnya terdiri daripada mereka yang tinggal di sekitar Jeram, Tambak Jawa, Sungai Sembilang, Sungai Buloh, Kampung Api-Api, Kampung Bukit Kucbrrrg 1 , Asam Jawa dan kawasan-kawasan lain yang berdekatan. Bermula dari tahun 1973, satu perubahan dalam sistem persekolahan sekolah agama di Selangor diperkenalkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan memasukkan mata pelajaran akademik di Kementerian Pelajaran Malaysi (KPM). Maka berlakulah proses pengajaran dan pembelajaran dalam dua aliran. Kedua-duanya berjalan

Transcript of Kertas Cadangan Pembinaan Gantian Bangunan Samj

Page 1: Kertas Cadangan Pembinaan Gantian Bangunan Samj

CADANGAN PEMBINAAN BANGUNAN GANTIAN 2 BLOK ASRAMA PUTERA, 2 BLOK ASRAMA PUTERI, 2 BUAH DEWAN MAKAN ASRAMA, 4 UNIT KUARTERS GURU, 2 BANGUNAN BILIK DARJAH EMPAT TINGKAT,SEBUAH DEWAN SERBAGUNA DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN DI SEKOLAH AGAMA MENENGAH JERAM, KUALA SELANGOR SELANGOR

PROGRAM : PENDIDIKAN MENENGAH

KOD BUTIRAN : 00201

SUB PROJEK :SEKOLAH AGAMA MENENGAH JERAM, KUALA SELANGOR

SELANGOR DARUL EHSAN

1. LATAR BELAKANG PROJEK

Sekolah Agama Menengah Jeram telah ditubuhkan pada bulan Februari 1957 atas usaha

golongan tua memandangkan penduduk setempat merasakan amat perlu mempelajari dan mendalami

bidang agama dan bahasa Arab kerana pada ketika itu kebanyakan sekolah yang didirikan adalah

sekolah aliran Inggeris.

Pada mulanya sekolah ini terletak di sebuah surau lama berhampiran dengan masjid Jeram dengan

keluasan 12 x 30 yang boleh memuatkan seramai 30 orang pelajar. Kebanyakan muridnya terdiri

daripada mereka yang tinggal di sekitar Jeram, Tambak Jawa, Sungai Sembilang, Sungai Buloh,

Kampung Api-Api, Kampung Bukit Kucbrrrg1, Asam Jawa dan kawasan-kawasan lain yang

berdekatan.

Bermula dari tahun 1973, satu perubahan dalam sistem persekolahan sekolah agama di Selangor

diperkenalkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan memasukkan mata pelajaran

akademik di Kementerian Pelajaran Malaysi (KPM). Maka berlakulah proses pengajaran dan

pembelajaran dalam dua aliran. Kedua-duanya berjalan seiring dan pelajar-pelajar dikehendaki

menjalani peperiksaan yang dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Sealiran dengan perubahan zaman, pada tahun 198G Jabatan Agama Is/am Selangor telah

memperuntukkan sebanyak KM 1.2 juta untuk pembinaan sekolah baru yang terletak di Kampung

Batu 20, Jeram. Beberapa tahun kemudian, ia telah ditambah beberapa buah bangunan 1 tingkat, 2

buah bangunan asrama, sebuah surau, dan sebuah dewan makan yang digunakan sehingga kini.

Sekolah yang dibina ini adalah di atas tanah seluas 1 ekar yang dibeli oleh Tuan Haji Hambali bin Hj.

Abdul Salam (Pengetua dari tahun 1983-1985) . kemudian beliau telah mewakafkan tanah ini dan

diserahkan kepada Jabatan Agama Islam untuk dijadikan tapak binaan sekolah baru.

Page 2: Kertas Cadangan Pembinaan Gantian Bangunan Samj

Pada tahun 1987, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru dan kini sekolah yang sering menjadi

pilihan bukan sahaja masyarakat setempat bahkan masyarakat luar daerah . Sekolah Agama

Menengah Jeram atau Sekolah Agama Menengah Bantuan Kerajaan Jeram telah pun berusia

51 tahun. Sebahagian besar bangunan yang ada adalah bangunan lama dan masih lagi

digunakan sehingga ke hari ini di mana keselamatan bangunan-bangunan tersebut diragui.

Jika kita perhatikan, pembangunan dan kelengkapan di sekolah-sekolah Agama Menengah di

Negeri Selangor (sekolah-sekolah baru), kesemuanya telah mempunyai kemudahan dan

kelengkapan yang baik. Namun begitu, bagi sekolah Agama Menengah Jeram ianya masih

berada dalam keadaan serba kekurangan dan belum sempurna.

Maka saya bagi pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pelajar-pelajar dan

masyarakat setempat khasnya dan Selangor amnya, dengan segala kesungguhan dan sepenuh

hati memohon kepada pihak yang berkenaan agar permohonan ini dapat dipertimbangkan dan

seterusnya diluluskan untuk kebaikan semua warga sekolah khususnya pelajar-pelajar yang

telah sekian lama menunggu pembangunan kemudahan-kemudahan asas sebagaimana

sekolah-sekolah Menengah lain yang mempunyai kemudahan yang mencukupitelahpun

menjangkau 50 tahun usianya. Sekolah ini yang dulunya di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam

Selangor telahpun berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Infrastruktur dan kemudahan asas adalah aspek yang sangat penting bagi sesebuah sekolah. Adalah

menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pelajaran Malaysia

untuk mengganti kemudahan-kemudahan asas tersebut bagi memenuhi kehendak dan tuntutan

masyarakat terhadap sekolah agama.

Perlu ditegaskan bahawa pertambahan penduduk di Lembah Kelang hendaklah diseimbangkan

dengan pertambahan bilik darjah. Apatah lagi masyarakat hari ini semakin cenderung untuk memilih

dan menyertai sekolah agama yang menggunakan kurikulum bersepadu iaitu akademik dan agama.

Sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), teras ke 4 iaitu

merapatkan jurang pendidikan, salah satu strategi KPM adalah dengan cara membangunkan

infrastruktur dan kemudahan luar bandar dengan menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas,

merapatkan jurang pencapaian akademik dengan menambah bilangan komputer, makmal komputer,

kemudahan perkakasan dan sebagainya. Bersesuaian dengan matlamat KPM iaitu untuk memastikan

semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang.

Page 3: Kertas Cadangan Pembinaan Gantian Bangunan Samj

BIODATA SEKOLAH.

Nama Sekolah

Daerah

Status

Bilangan Guru

Bilangan Staf Sokongan

Bilangan Enrolmen.

Bil. Bilik darjah sediaada

Sesi

Asrama Putera

Asrama Puteri

Kawasan

Keluasan Kawasan sekolah

Sekolah Agama Menengah Jeram,

Kuala Selangor.. Kuala Selangor.

Sekolah Bantuan kerajaan (SABK)

58 orang

11 orang.

880 orang.

23 buah.

1 sesi (pagi)

1 Blok 3 tingkat.

1 blok 4 Tingkat.

Luar Bandar.

22 ekar.

Page 4: Kertas Cadangan Pembinaan Gantian Bangunan Samj

2. OBJEKTIF PROJEK

2.1 Menyediakan tempat pengajaran dan pembelajaran yang lebih selesa, kondusif dan

lengkap untuk murid-murid dan guru-guru.

2.2 Mengurangkan saiz daripada 40 orang kepada 35 orang bagi satu kelas

2.3 Menampung lebihan pelajar di daerah berhampiran akibat pertambahan penduduk

dan kewujudan taman-taman perumahan baru.

2.4 Bangunan sedia ada kebanyakannya telah uzur dan banyak bahagian telah menjadi

tempat serangan anai-anai

2.5 Memastikan tempat pengajaran dan pembelajaran yang kukuh dan selamat untuk

jangkamasa yang lama serta moden, sesuai dengan peredaran masa.

2.6 Kewujudan bangunan baru memastikan sistem pendawaian elektrik yang sudah pasti

selamat digunakan dan memberikan sistem bekalan air yang lebih efisen dan bersih.

2.7 Merealisasikan matlamat 60:40 dengan penyediaan makmal yang mencukupi, lengkap

dan selesa dengan kemudahan bilik-bilik khas lain yang lebih lengkap,kemas dan

tersusun.

2.8 Menyediakan kemudahan padang yang baik untuk kegiatan pengajaran dan

pembelajaran di samping kegiatan kokurikulum

2.9 Ada bahagian atap dan bumbung yang telah bocor dan sukar untuk dibaikpulih.

Page 5: Kertas Cadangan Pembinaan Gantian Bangunan Samj

3.0. KOMPONEN PROJEK

3.1. Projek membina 2 Blok Bangunan Sekolah 4 Tingkat yang lengkap dengan kemudahan.

3.2. Projek membina 4 Blok Asrama 4 Tingkat ( 2 Blok Asrama Lelaki dan 2 Blok Asrama

Puteri

3,3. Membina Dua Buah Dewan makan untuk pelajar asrama lelaki dan perempuan.

( memuatkan 600 pelajar asrama)

3,4 Membina 4 buah kuarters guru untuk warden asrama:

3.5..Menaiktaraf bangunan asrama sedia ada untuk dijadikan kelas

3,6. Projek membina pagar yang mengelilingi seluruh kawasan sekolah

3,7. Projek menaiktaraf padang iaitu dengan menambak kembali padang dengan tanah

merah dan pasir seterusnya menanam semula rumput yang sesuai.

3.8 Pembinaan Tangki Air yang akan digunakan untuk kemudahan sekolah dan para

pelajar asrama.

3,9. Menaik taraf kantin sekolah - untuk 1200 orang pelajar sekolah dan asrama ketika

berada di sekolah untuk masa akan datang

4.0 Membina sebuah Dewan Besar serbaguna yang serba lengkap dan boleh menempat

-kan 3 gelanggang badminton

Page 6: Kertas Cadangan Pembinaan Gantian Bangunan Samj

OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA PROJEK.

. Pembinaan 2 Blok 4 Tingkat Bangunan Sekolah akan dapat menyediakan suasana yang

lebih kondusif dan selamat untuk pelajar dan guru dalam proses pembelajaran dan

pengajaran.

Pembinaan 4 Blok 3 dan 4 Tingkat Bangunan Asrama akan dapat menyediakan suasana yang

lebih kondusif dan selamat untuk pelajar tinggal di asrama.

Pembinaan dua buah dewan makan asrama ( asrama Lelaki dan asrama perempuan) akan

dapat menyediakan suasana konduksif kepada para penghuni asrama terutama dalam

mengurus persiapan makan mereka.

Pembinaan 4 buah Kuarters Guru akan dapat membantu pengawasan pelajar asrama agar

akan wujud suasana yang lebih kondusif dan selamat.

Pembinaan Dewan Besar Serbaguna ini akan memberikan pulangan besar kepada warga

sekolah dan warga asrama. Ini disebabkan semua kegiatan kurikulum (seminar, ceramah

kerjaya dan Dewan Peperiksaan Dalaman atau Peperiksaan Awan seperti PMR, SPM, SMA

dan STAM), kokurikulum dan Iain-Iain kegiatan ( mesyuarat PIBG, dan Iain-Iain aktiviti)

akan mudah diuruskan. Dewan peperiksaan yang ada sekarang sangat tidak sesuai.

Projek menaiktaraf padang. Dengan menaiktaraf padang sekolah ini, akan dapat membantu

meningkatkan kemudahan sekolah dan seterusnya pengajaran dan pembelajaran dapat

dijalankan dengan sempurna terutama pada masa PJK atau kegiatan kokurikulum.

Projek membina pagar Dengan membina pagar diharapkan keselamatan pelajar khususnya

pelajar asrama dari diserobohi dapat diatasi dan terjamin.

Pembinaan tangki air di sekolah ini akan memberikan faedah kepada para pelajar sekolaah

dan asrama. Ini disebabkan pada masa sekarang asrama masih menghadapi masalah tekanan

air yang serius.

Pembinaan Kantin sekolah Memandangkan bilangan pelajar bertambah sudah sudah pasti

keperluan kantin yang besar dan lengkap amat dikehendaki.

Page 7: Kertas Cadangan Pembinaan Gantian Bangunan Samj

RINGKASAN KOMPONAN PROJEK

Bil Brif Projek1 2 Blok Bangunan Sekolah 4 Tingkat2 2 Blok Asrama Lelaki 3 Tingkat

3 2 Blok Asrama Puteri 4 Tingkat

4 2 Buah Dewan makan untuk pelajar asrama lelaki dan perempuan

5 4 buah kuarters guru

6 Menaiktaraf bangunan asrama sedia ada untuk dijadikan kelas

7 Pembinaan Tangki Air8 Membina pagar 9 Projek menaiktaraf padang

10 Pembinaan/naiktaraf Kantin sekolah11 Membina sebuah Dewan Besar serbaguna

ANGGARAN KOS.

Bil Brif Projek Jumlah Kos (RM)1 2 Blok Bangunan Sekolah 4 Tingkat 16,000,000.002 2 Blok Asrama Lelaki 3 Tingkat 12,000,000.00

3 2 Blok Asrama Puteri 4 Tingkat 16,000,000.00

4 2 Buah Dewan makan untuk pelajar asrama lelaki dan perempuan

2,000,000.00

5 4 buah kuarters guru 2,000,000.00

6 Menaiktaraf bangunan asrama sedia ada untuk dijadikan kelas

2,000,000.00

7 Pembinaan Tangki Air 500,000.008 Membina pagar 200,000.009 Projek menaiktaraf padang 500,000.0010 Pembinaan/naiktaraf Kantin sekolah 500,000.00

11 Membina sebuah Dewan Besar serbaguna

2,000,000.00

JUMLAH 53,700,000.00

.

Page 8: Kertas Cadangan Pembinaan Gantian Bangunan Samj

4. JUSTIFIKASI PROJEK

4.1 Lamanya perkhidmatan sekolah ini di antara yang terawal di Negeri Selangor (51 tahun)

.4.2 Kesungguhan dan kesediaan masyarakat Islam bagi menyediakan tapak (wakaf dan

pembelian) bagi tujuan pembinaan tambahan seluas 22 ekar (Lot 724, 725, 726, 727, 728,

2289, 2291, 2293).

4.3 Sebahagian besar bilik darjah yang tidak sesuai lagi digunakan kerana bangunan kayu

yang sudah uzur dan diserang anai-anai.

4.4 Minat dan kepercayaan masyarakat untuk menghantar anak mereka belajar di sekolah ini

semakin tinggi lebih-lebih lagi prestasi pencapaian yang baik dari keputusan peperiksaan dan

sebagainya.

4.5 Permintaan masyarakat juga sangat tinggi tetapi tidak dapat dipenuhi oleh pihak JAIS

kerana jumlah tempat dan kelas tidak mencukupi dan kemudahan tempat tinggal di asrama

sangat terhad.

4.6 Persetujuan pihak JAIS dengan cadangan pembangunan kemudahan yang masih belum

dilaksanakan (Lampiran )

7. MAKLUMAT TAMBAHAN

7.1 Projek ini amat diperlukan atas desakan penduduk setempat dan pihak PIBG.

7.2 Pelan lokasi sekolah sedia ada dan bangunan gantian yang dicadangkan.

7.2.1 Lampiran 1 A - Pelan lokasi sekolah sedia ada cadangan bangunan

tambahan

7.2.2 Lampiran 1 B – salinan surat persetujuan kerajaan negeri untuk

memberi bantuan tetapi belum dilaksanakan.

Page 9: Kertas Cadangan Pembinaan Gantian Bangunan Samj