Kertas Cadangan Penubuhan Pembimbing Rakan Sebaya.docx

4
Kertas Cadangan Penubuhan Pembimbing Rakan Sebaya KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPOK, BARAM SARWAK 1.0 RASIONAL Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk menguatkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 2.0 MATLAMAT Membina satu kumpulan pelajar ( PRS ) yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya mempraktikkannya dengan rakan-rakan, guru, keluarga, dan orang lain. 3.2 Memahami dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran kaunseling supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka kepada perasaan rakan. 3.3 Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan kelemahan diri. 3.4 Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif. 3.5 Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu diri dan rakan-rakan untuk membina matlamat hidup yang positif. 3.6 Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu, hormat, dan kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah. 4.0 KUMPULAN SASAR

Transcript of Kertas Cadangan Penubuhan Pembimbing Rakan Sebaya.docx

Kertas Cadangan Penubuhan Pembimbing Rakan SebayaKERTAS CADANGANPENUBUHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPOK, BARAM SARWAK

1.0 RASIONAL

Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk menguatkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

2.0 MATLAMAT

Membina satu kumpulan pelajar ( PRS ) yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya mempraktikkannya dengan rakan-rakan, guru, keluarga, dan orang lain.3.2 Memahami dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran kaunseling supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka kepada perasaan rakan.3.3 Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan kelemahan diri.3.4 Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif.3.5 Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu diri dan rakan-rakan untuk membina matlamat hidup yang positif.3.6 Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu, hormat, dan kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.

4.0 KUMPULAN SASARPelajar yang berminat: Kumpulan Perintis - Tahun 4, 5 dan 6 pelajar lelaki dan perempuan tahun 2015 di bawah kelolaan seorang jurulatih / guru pembimbing.

5.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : En. Lian Bang Penyelaras : En. Mohamad Zulkarnain Bin Senin Pengerusi : Murid Tahun 6 Naib. Pengerusi : Murid Tahun 5 Setiausaha : Murid Tahun 6 Bendahari : Murid Tahun 5 AJK : Murid Tahun 4

6.0 PROSESPelan Tindakan Penubuhan PRS(Rujuk Lampiran 1)

7.0 SUMBER KEWANGAN7.1 PCG Bimbingan dan Kaunseling

9.0 PEMILIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS )

Pemilihan PRS sekolah dilakukan berdasarkan langkah-langkah berikut:

LANGKAH 1

Kaedah 1 Guru Kaunseling mengiklan di papan kenyataan tentang pemilihan PRS baru. Masa yang diperuntukkan adalah dalam tempoh seminggu ( 7 hari ) dari tarikh iklan. Pelajar yang berminat diminta untuk mengisi borang permohonan yang boleh didapati dari Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Kaedah 2 Dengan mengedarkan soal selidik. Pelajar-pelajar diminta memilih dan mencatatkan nama pelajar lain yang mereka merasa selesa untuk berbincang tentang sebarang masalah / persoalan.

Kaedah 3 Guru memilih dan mengisi borang cadang nama pelajar yang dianggap sesuai dilantik sebagai PRS.

LANGKAH 2

Kaedah 1 Semua nama pelajar yang dicalonkan akan disenaraikan. Guru Kaunseling akan membuat satu pemberitahuan tentang tarikh, masa, dan tempat untuk calon-calon PRS mengikuti ujian personaliti.

ATAU

Kaedah 2 Sekiranya bilangan pencalonan tidak melebihi 30 orang, maka satu sesi temuduga akan dijalankan untuk memilih calon-calon yang layak dilantik sebagai PRS. Calon yang terpilih adalah layak untuk mengikuti latihan asas PRS yang akan dimaklumkan.

10.0 PENUTUP

Membina program memerlukan perancangan dan perbelanjaan. Ini merupakan titik mula untuk memperkembangkan PRS dalam sekolah sebagai sebahagian daripada pasukan yang dapat memberikan manfaat kepada sekolah. Pengorbanan, minat yang berterusan, kerjasama serta komitmen yang tinggi sangat diperlukan daripada semua warga SK Long Lapok agar potensi dan daya yang ada pada PRS dapat memberi banyak kebaikan melalui moto bantu diri untuk membantu orang lain. Janganlah dibiarkan PRS hidup segan mati tak mahu atau mereka akan memikul bahu tiada, akan menjunjung kepada luncung bermakna tidak berdaya mengerjakan tugas kerana tiada ilmu. Akronim keramat PRS nanti terus diperolok-olokkan dengan pelbagai jolokan dan gelaran yang menyakitkan telinga seperti perosak rakan sebaya ataupun pengedar rokok sekolah.

Disediakan oleh,

.. (Mohamad Zulkarnain Bin Senin) Guru Bimbingan Dan Kaunseling SK Long Lapok, Baram

Diluluskan oleh,

(Lian Bang)Guru BesarSK Long Lapok, Baram