Kertas Cadangan Program 3k

5
KERTAS CADANGAN PROGRAM 3K KEBERSIHAN,KESIHATAN DAN KESELAMATAN ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Dengan kerjasama PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SATAK ______________________________________________________________________ 1.0 PENDAHULUAN Program 3K merupakan gabungan antara program-program yang terdapat di dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) . Antara program-program itu ialah Program Sekolah Bersih , Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan.Hasil kombinasi dari kempen-kempen tersebut maka terhasil Program 3K yang membawa maksud :Kebersihan , kesihatan dan keselamatan. Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan komuniti setempat.Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambilberat mengenai kesihatan.Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup kearah yang lebih sihat . Melalui program ini juga, para pelajar dan masyarakat setempat akan didedahkan mengenai kepentingan belajar di dalam persekitaran sekolah yang bersih dan ceria ,amalan gaya hidup sihat dan juga tentang aspek keselamatanTiga komponen pendidikan ini amatlah penting dan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. 1.1 PROGRAM SEKOLAH BERSIH Kebersihan merupakan asas kepada kehidupan kita, jadi Program 3K ingin menerapkan amalan kebersihan bagi memastikan persekitaran sekolah selamat,bersih dan ceria.Sekolah Selamat merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran yang mula dilaksanakan pada tahun 2002.Ia bermaksud mewujudkan satu suasana persekitaran sekolah yang bersih, ceria serta tenteram kepada para pelajar agar pelajar dapat belajar dengan suasana yang kondusif sesuai dengan tuntutan ilmu dan kehendak proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, Program ini dipilih bagi mempertingkatkan lagi tahap kebersihan dan keceriaan sekolah.Para pelajar akan lebih bersemangat dan merasalebih yakin ketika berada di sekolah .Suasana sekolah yang bersih,ceria dan selamat amat sesuai dengan perkembangan fizikal dan mental pelajar. 1.2 KEMPEN CARA HIDUP SIHAT

description

kertas kerja

Transcript of Kertas Cadangan Program 3k

KERTAS CADANGAN PROGRAM 3KKEBERSIHAN,KESIHATAN DAN KESELAMATANANJURAN PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Dengan kerjasamaPIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SATAK______________________________________________________________________1.0 PENDAHULUAN

Program 3K merupakan gabungan antara program-program yang terdapat di dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) . Antara program-program itu ialah Program Sekolah Bersih , Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan.Hasil kombinasi dari kempen-kempen tersebut maka terhasil Program 3K yang membawa maksud :Kebersihan , kesihatan dan keselamatan. Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan komuniti setempat.Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambilberat mengenai kesihatan.Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup kearah yang lebih sihat . Melalui program ini juga, para pelajar dan masyarakat setempat akan didedahkan mengenai kepentingan belajar di dalam persekitaran sekolah yang bersih dan ceria ,amalan gaya hidup sihat dan juga tentang aspek keselamatanTiga komponen pendidikan ini amatlah penting dan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

1.1 PROGRAM SEKOLAH BERSIHKebersihan merupakan asas kepada kehidupan kita, jadi Program 3K ingin menerapkanamalan kebersihan bagi memastikan persekitaran sekolah selamat,bersih danceria.Sekolah Selamat merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran yang muladilaksanakan pada tahun 2002.Ia bermaksud mewujudkan satu suasana persekitaransekolah yang bersih, ceria serta tenteram kepada para pelajar agar pelajar dapat belajardengan suasana yang kondusif sesuai dengan tuntutan ilmu dan kehendak prosespengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, Program ini dipilih bagi mempertingkatkan lagitahap kebersihan dan keceriaan sekolah.Para pelajar akan lebih bersemangat dan merasalebih yakin ketika berada di sekolah .Suasana sekolah yang bersih,ceria dan selamat amat sesuai dengan perkembangan fizikal dan mental pelajar.

1.2 KEMPEN CARA HIDUP SIHATGaya hidup sihat menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera.Amalan gayahidup sihat menjurus kepada kebersihan diri, permakanan yang seimbang ,senamanyang konsisten ,kemampuan menghadapi stress dan konflik serta menjauhipenyalahgunaan bahan bagi meningkatkan kualiti hidup.1.3 KESELAMATANSekolah Selamat membawa bermaksud persekitaran sekolah yang tidak membahayakansemua warga sekolah .Konsep selamat ialah dari semua aspek seperti kawasan sekolahyang mesra pengguna,kawalan lalu lintas yang baik,bebas dari denggi dan makanan yang selamat,infrastruktur yang lengkap dan tidak membahayakan serta sikap keprihatinan setiapwarga tentang aspek-aspek keselamatan .Ia amat penting dalam mewujudkan suasana sekolah yang aman,tenteram dan meyakinkan ,sesuai dengan matlamat Negara murid belajar dalam suasana yang penuh kondusif. Sekolah Selamat merupakan jaminan bagi membentuk insan seimbang dan harmonis sesuai dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 TUJUAN PROGRAM

Program 3K dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihatdan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu,Sihat dan Progresif" melaluiamalan gaya Hidup sihat Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan danpendedahan mengenai aspek-aspek kebersihan,kesihatan dan keselamatan kepada parapelajar serta masyarakat di sekitar . Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek-aspek3K ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasimuda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kebersihan dankesihatan dari seawal usia di bangku sekolah . Kesedaran golongan ibu bapa juga amatpenting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula darirumah.2.1 RASIONAL PROGRAM

3K merupakan satu program kesihatan yang merangkumi aspek kebersihan ,kesihatandan keselamatan untuk semua warga sekolah dan komuniti sekitar demi melahirkan danmemupuk rasa tanggungjawab para pelajar , guru dan seterusnya ibubapa pelajarmengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program ceramah , kempenmenderma darah dan pameran kepada para pelajar dan masyarakat setempat akan dapatmemupuk perasaan cintakan kebersihan serta melahirkan tanggungjawab mengenaiperanan sebagai warganegara demi membantu mereka memerlukan bantuandarah,pertolongan cemas dan sebagainy

2.3 MATLAMAT PROGRAM 3K

Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segifizikal,mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah. Matabercahaya lahir dari minda yang cerdas.

2.4 OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif Program 3K ialah:i. Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kebersihan,kesihatan dan keselamatan.ii.Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial sepert penyalahgunaan dadah.

iii.Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah dan luar sekolah bagi mencapai matlamat bersama.

iv.Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai Kebersihan,Kesihatan dengan menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.

v.Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar dan komuniti walau d mana mereka berada.

vi.Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan bersih,sihat dan selamat ketika di sekolah.

vii..Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar dengan terlaksananya program ini.

viii.Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.

2.5Cadangan Carta Organisasi AJK INDUK PROGRAM 3K

BilAktiviti yang DirancangAgensi/JK Pelaksana

1Pameran kesihatan dan Anti RokokUnit promosi pej Kesihatan daerah Yan2Ceramah Dan Sidang Video Anti dadahAADK Daerah Raub dan Panitia PJK 3Senamrobik bersama komuniti Klinik Kesihatan Cheroh4Pemeriksaan Kesihatan PercumaHospital Daerah Raub5Demonstrasi Pertolongan CemasHospital Daerah Raub dan Panitia PJK SKS6Kempen Menderma DarahHospital Daerah Raub7Pertandingan Masakan Menu SihatPanitia PJK SKS8Gotong royong Perdana-9Pertandingan melukis dan mewarnaPanitia PJK dan AJK Program10Pertandingan kelas terbersih dan ceria PIBG dan AJK program11Ceramah Cara menangani konflik & stress Kaunselor dari SMK Agama Yan12Demonstrasi lalulintasUnit Trafik Balai Polis Cheroh13SukanekaPanitia PJK dan AJK Program14.Latihan Mencegah KebakaranPanitia PJK dan Belia