Kertas Cadangan Program Anugerah Kehadiran Terbaik 2014
-
Upload
ilyanahasanbakri -
Category
Documents
-
view
509 -
download
27
description
Transcript of Kertas Cadangan Program Anugerah Kehadiran Terbaik 2014
KERTAS CADANGANPROGRAM ANUGERAH KEHADIRAN TERBAIK TAHAP 1 & TAHAP 2 2014 01. Program:ANUGERAH KEHADIRAN TERBAIK TAHAP 1 & TAHAP 2 201402. Rasional:Kehadiran murid ke sekolah adalah menjadi perkara tunjang dalam percaturan murid mencapai kecemerlangan akademik. Seringkali di lihat murid yang kurang cemerlang akademik kebanyakkannya mempunyai peratus kehadiran ke sekolah yang rendah. Untuk itu, diharapkan agar program ini dapat mengurangkan peratus ketidakhadiran murid ke sekolah supaya kecemerlangan akademik dapat ditingkatkan.03. Matlamat:Meningkatkan peratus kehadiran murid SK Belukar
ke sekolah sehingga mencapai 100%. 04. Objektif:Program Anugerah Kehadiran Terbaik antara lain bertujuan untuk :a) Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan murid.
b) Meningkatkan keprihatinan sekolah dan ibubapa dalam menangani isu kehadiran dan gejala disiplin dalam kalangan murid.
c) Meningkatkan prestasi kecemerlangan murid dalam bidang akademik dan kokurikulum.
05. Kumpulan Sasar :Semua murid Sekolah Kebangsaan Belukar.
06. Jangka masa :Januari 2014 hingga November 201407. Syarat- syarat Penilaian Kehadiran Terbaik :
a) Pertandingan melibatkan semua kelas di SK Belukar termasuk Kelas Pra.
b) Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kehadiran Tahap 1 dan Kehadiran Tahap 2. Kelas Pra termasuk di dalam Kategori Tahap 1.c) Pertandingan akan diadili berdasarkan skor min peratus kehadiran pada bulan tersebut.
d) Anugerah berupa sebuah trofi pusingan, hadiah iringan dan sijil penghargaan akan diberi kepada pemenang pada perhimpunan mingguan minggu pertama bulan berikutnya. 08. Jawatankuasa Pelaksana Penasihat
: Pn. Hjh. Wan Zainon bt. Wan Ibrahim
(Guru Besar) Pengerusi : Pn. Hjh. Zuridah bt. Abdullah
(Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi : 1.Pn. Hjh. Zaini bt. Muda
(Penolong Kanan KoKurikulum)2.Tn Hj. Ahmad Zahidi bin Muhammad
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Setiausaha : Pn Norhashimah bt ShamsuddinP. Setiausaha:Pn Rohani bt JusohBendahari
:En Mohd Kamaruddin b Mat Junus
Ahli Jawatankuasa:En Norul Azman b Abdullah
Pn Suhayati bt Sulaiman
Pn Hjh Azma bt Mamat
Pn Wan Asmah bt Wan Daud
Pn Nariah bt Mamat
Pn. Siti Fatimah bt Ali
Pn Rohani bt Ibrahim
11.Penutup
Diharapkan agar dengan adanya Program Anugerah Kehadiran Terbaik Tahap 1 dan Tahap 2 ini dapat meningkatkan lagi peratusan kehadiran murid SK Belukar ke sekolah menjadi 100%. Di samping itu, dengan adanya program ini juga diharap peratusan gejala disiplin dapat dikurangkan seterusnya meningkatkan kecemerlangan pencapaian akademik murid.
UNIT HAL EHWAL MURID
SEKOLAH KEBANGSAAN BELUKAR
18500 MACHANG
KELANTAN