Kertas-Cadangan Sunathon 2015

download Kertas-Cadangan Sunathon 2015

of 4

description

kertas cadangan program sunat

Transcript of Kertas-Cadangan Sunathon 2015

KERTAS CADANGAN SUNATHON 2015BIRO WANITA JKKK KAMPUNG PANGKALAN BAU

17 NOVEMBER 2015 / 13 MUHARRAM 1435H

(MENGGUNAKAN KAEDAH CAUTHERY)

Disediakan Oleh : Pn. Nurfazalina Binti Abdul Liza

BilPerkaraPerincianCatatanTindakan

1Pengenalana. Berkhitan atau bersunat merupakan perkara yang disyariatkan di dalam Islam. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Lima perkara yang merupakan fitrah; berkhitan (bersunat), mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut (mencukur) bulu ketiak dan menipiskan misai. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)b. Menurut Imam Syafie hukum berkhitan adalah wajib ke atas lelaki dan juga perempuan.c. Atas kesedaran kewajipan berkhitan khususnya kepada kanak-kanak lelaki, Biro Wanita, JKKK Kampung Pangkalan Bau dengan kerjasama Hospital Bau mengambil inisiatif menganjurkan Program Sunathon bagi membantu anak-anak ahli kariah menyempurnakan kewajipan ini. d. Program ini juga adalah sebahagian daripada aktiviti tahunan JKKK Kampung Pangkalan Bau.MaklumanSemua

2Objektifa. Menyediakan kemudahan kepada ahli kariah mematuhi perintah Allah dalam berkhitan.b. Menghidupkan tradisi berkhitan (bersunat) secara beramai-ramai yang menjadi tradisi masyarakat Melayu di kampung-kampung.c. Memberi kesedaran kepada ibubapa dan kanak-kanak kepentingan pensyariatan berkhitan dari sudut kebersihan dan kesihatan.d. Menyemaikan semangat kekeluargaan serta mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan masyarakat.Makluman

Dr mengulas perkara ini dalam sesi peneranganSemua

Doktor

3Kaedah Yang Digunakan a. Kaedah menggunakan alat Cauthery merupakan salah satu teknik berkhitan cara moden yang semakin popular.b. Melalui teknik ini berkhitan dapat dilakukan dengan lebih cepat, mudah dan selamat. Pendarahan serta jahitan dapat diminima, sekali gus mempercepatkan proses penyembuhan berbanding cara konvensionalMaklumanSemua

4Sasaran Penyertaan a. Anak-anak ahli kariah berumur 6 tahun hingga 13 tahun. Terhad kepada 15 orang sahaja.b. Tarikh tutup penyertaan pada 10 Nov 2015Jelaskan bayaran sebelum 13 Nov 2015Bendahari

5Yuran a. RM80.00 seorang peserta.Kos sebenar RM100 RM150Bendahari

6Tarikh, Masa& Tempata. 17 November 2015 bersamaan 13 Muharram 1435H (Sabtu)b. 8.30 pagi 2.00 petangc. Stadium Mini BauMinggu kedua cuti sekolah

7Konsultana. Encik SalamHospital Bau

8Aturcara08.00 pagiPendaftaran dan SarapanPerarakan08.30 pagiPembukaan Perasmian oleh Pengerusi JKKK Kampung Pangkalan Bau09.00 pagiSemburan Bomba09.45 pagiSesi Khitan Bermula12.30 pagiTamat Sesi Khitan01.00 tghSolat Zuhur & Makan Tengahari02.00 ptgTamat ProgramAnak2 & Ibubapa

Pengerusi JKKK Kampung Pangkalan BauJemput BombaPasang selawat atau bacaan Quran

9Publisitia. Flyers dan Borang penyertaanb. Banner1 Okt 201510 Okt 2015AJK Publisiti

10KewanganPENERIMAANPenyertaan (Y) peserta x RM 80RMxxxxxJumlah PenerimaanRMxxxxxxPERBELANJAANAlatan dan Ubat ( Y x RM60)RMxx00.00Saguhati Doktor sertaPembantu Doktor ( Y x RM20)RM xxx.00Jamuan (Y x RM10)RMxxx.00Hadiah Peserta (Y x RM10)RMxxx.00Jumlah PerbelanjaanRMxxxx.00

Bendahari

11JawatankuasaPenasihat:Encik Mustaiee Bin JaliEncik Abdul Liza Bin Mohd MonEncik Ramlee Bin BeePengerusi:Puan Nursity Binti Haji SallehNaib Pengerusi: Puan Junaidah SandenSetiausaha :Puan Nurfazalina Binti Abdul LizaBendahari:Cik Masbi Bojeng

Doktor / Tok Mudim :Cenderahati:Makanan:

Foto & Video:Publisiti:

12PenutupSemoga usaha ini mendapat kerjasama dari semua pihak serta mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT.

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANAPROGRAM SUNATHON JKKK KAMPUNG PANGKALAN BAUTAHUN 2015BilJKBidang TugasCatatan

1PENASIHAT Menasihati keseluruhan perancangan dan perjalanan program.

2PENGERUSI Menjadi koordinator antara pihak JKKK dan Hospital Bau Menjadi koordinator dengan ibu bapa/ peserta yang terlibat. Menyelaras keseluruhan program. Membuat perancangan program Memastikan program berjalan seperti yang dirancangkan Menyediakan laporan lengkap program termasuk postmortem

3NAIB PENGERUSI Membantu pengerusi program Menguruskan penyertaan

4SETIAUSAHA Menguruskan peserta dan pendaftaran pada hari program Menguruskan surat-menyurat yang berkaitan Menyimpan data peserta

6BENDAHARI Menguruskan penerimaan bayaran penyertaan Menyediakan akaun akhir program

7DOKTOR / TOK MUIDIM Memberi penerangan mengenai khitan Menyediakan peralatan dan ubat-ubatan yang berkaitan Menyediakan borang khas khitan dari klinik Melakukan khitan

8LOGISTIK & PERALATAN Menyediakan 2 katil untuk berkhitan Menyediakan tempat makan dan tempat menunggu Menyediakan meja untuk meletak peralatan Menyediakan meja untuk ubat-ubatan Menyediakan kemudahan audio visual Memastikan kemudahan aircond dan kipas berfungsi dengan baik

9CENDERAHATI Menyediakan cenderahati kepada peserta, doktor dan pembantu-pembantu doktor.

10MAKANAN Menyediakan sarapan dan makan tengahari yang mencukupi untuk peserta, keluarga peserta, dan AJK yang terlibat

11FOTO & VIDEO Mendokumentasikan perjalanan program melalui video dan foto.

12PUBLISITI Menyediakan banner, poster dan flyer program