KERTAS CADANGAN_terapi Air Kolam Renang Bahau

12

Click here to load reader

Transcript of KERTAS CADANGAN_terapi Air Kolam Renang Bahau

Page 1: KERTAS CADANGAN_terapi Air Kolam Renang Bahau

KERTAS CADANGAN

TAJUK :PROGRAM TERAPI AIR PELAJAR-PELAJAR

PENDIDIKAN KHAS.

TEMPAT : KOLAM RENANG AWAM, BAHAU, NEGERI

SEMBILAN.

ANJURAN :PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI

BERMASALAH PEMBELAJARANSEK. KEB. KEPIS (FELDA).

TARIKH :

01 OKTOBER 2009 (KHAMIS)

Disediakan Oleh :NORAZIZAH BINTI MOHAMED NOROK

Guru Pendidikan Khas,Program Pendidikan Khas Integrasi

Sek. Keb. Kepis (Felda).

Page 2: KERTAS CADANGAN_terapi Air Kolam Renang Bahau

1.0 PENDAHULUAN

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, Kurikulum Pendidikan Khas juga turut digubal bagi melahirkan pelajar Pendidikan Khas yang mampu membawa dimensi baru dalam dunia pendidikan. Menyedari hakikat tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar Pendidikan Khas ini, pelbagai program telah disusunatur sebagai langkah untuk mencapai matlamat di atas.

Penyertaan pelajar sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar sekolah merupakan intipati dalam dunia pendidikan khas yang perlu didedahkan kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, satu program “Terapi Air” telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ianya merupakan titik tolak bagi melahirkan pelajar yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya menguruskan kehidupan.

2.0 MATLAMAT

Program “Terapi Air” ini diharapkan dapat membuka minda pelajar keperluan khas dalam :

a. Mengenalpasti potensi yang ada dalam diri pelajar untuk dijadikan sumber dorongan ke arah perkembangan sikap positif.

b. Mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam pengurusan diri bagi pelbagai aspek terutamanya diluar lingkungan sekolah khasnya dan keluarga amnya.

c. Mempertingkatkan kekuatan motor kasar dan motor halus pelajar.

d. Mempertingkatkan keyakinan diri pelajar.e. Mempertingkatkan kemahiran bersosial di kalangan pelajar

dan masyarakat sekeliling.f. Menenangkan fikiran pelajar.g. Meningkatkan kekuatan fizikal dan mental di kalangan

pelajar.

3.0 OBJEKTIF

Page 3: KERTAS CADANGAN_terapi Air Kolam Renang Bahau

Program “Terapi Air” ini dirangka dengan berobjektifkan seperti berikut :

a. Mengembangkan potensi pelajar-pelajar khas dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga Falsafah Pendidikan Khas.

b. Memberi peluang pelajar-pelajar khas mendapat peluang pendedahan yang luas tentang hubungan yang terjalin antara manusia dengan alam sekitar.

c. Memupuk semangat jati diri dan usahasama dalam diri setiap individu di samping memberi kesedaran tentang kebesaran dan ketinggian Pencipta-Nya.

d. Menggalakkan sikap positif dalam diri pelajar di samping memastikan komunikasi antara pelajar dan masyarakat berjalan dengan lancar dan berkesan.

e. Memupuk dan menjalinkan hubungan silaturrahim yang berkekalan antara pelajar dan guru-guru pendidikan khas.

4.0 KAJIAN KEPERLUAN

Program “Terapi air” ini dirasakan perlu dilaksanakan memandangkan ianya merupakan salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas. Ia juga bagi memenuhi silibus yang terdapat di dalam sukatan pelajaran di bawah tajuk rekreasi. Selain itu, seharusnya pelajar ini perlu didedahkan dengan dunia luar agar mereka tidak terbatas dalam ruang lingkup pendidikan yang ada malahan turut menceburkan diri dalam pengisian program yang bersifat riadah. Adalah menjadi harapan agar program ini mampu mengubah sifat rendah diri pelajar dan seterusnya ke arah pemantapan sikap yang lebih terbuka ke arah cabaran masa akan datang.

5.0 SASARAN

Kumpulan Lawatan Sambil Belajar in terdiri daripada :

a. Murid PPKI Sek. Keb. Kepis (Felda) - 3 orangb. Guru Pengiring & Pembantu - 2 orang

Jumlah 5 0rang

6.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Page 4: KERTAS CADANGAN_terapi Air Kolam Renang Bahau

Pengerusi Bersama : Pn. Hodijah Binti Johari(Guru Besar SK Kepis (Felda))

Naib Pengerusi : Pn. Hasnah Binti Abdul Ghani (GPK Kurikulum SK Kepis (Felda))

Pengarah Program : Pn. Ruzielawati Binti Harun(Penyelaras PPKI SK Kepis (Felda))

Setiausaha Program : Pn. Norazizah Binti Mohamed Norok

Bendahari : Pn. Isdanita Binti Ismail

Ahli Jawatankuasa Kecil

Kawalan & : Pn. Norazizah Binti Mohamed NorokKeselamatan Pn. Isdanita Binti Ismail

Pengangkutan : Pn. Norazizah Binti Mohamed NorokPn. Isdanita Binti Ismail

Program & Aktiviti : Pn. Ruzielawati Binti HarunPn. Norazizah Binti Mohamed Norok

Makanan & Minuman : Pn. Norazizah Binti Mohamed NorokPn. Isdanita Binti Ismail

Jurugambar : Pn. Isdanita Binti Ismail

Dokumentasi : Pn. Ruzielawati Binti Harun

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN PERBELANJAAN RM1. Pengangkutan persendirian (Dari SK Kepis (Felda) ke Kolam Renang Awam Bahau)

2. Bayaran ke tempat lawatan Pelajar : RM2.00 X 3 = RM 6.00 Guru : RM3.50 X 2 = RM 7.50

3. Makanan - Sarapan pagi : RM 2.00 X 6 = RM 12.00 - Makan tengah hari : RM 3.00 X 6 = RM 18.00

4. Air Mineral 1.5 liter (RM1.50 X 6 orang)

RM 15.00

RM 13.50

RM 30.00

RM 9.00

Jumlah Keseluruhan RM 67.50

8.0 SENARAI PERALATAN

Page 5: KERTAS CADANGAN_terapi Air Kolam Renang Bahau

i. Aktiviti

a. Bola b. Pelampungc. Tali

ii. Peralatan Umuma. Plastikb. Peti Pertolongan Cemas

iii. Peralatan Persendiriana. Pakaian (Mengikut Keperluan)

● Pakaian renang ● Pakaian persalinan

b. Ubatan Persendirianc. Makanan Ringan

d. Selipar

9.0 JADUAL PROGRAM

Lihat Lampiran A

10.0 SENARAI NAMA PELAJAR

Lihat Lampiran B

11.0 SENARAI NAMA GURU PENGIRING

Lihat Lampiran C

12.0 SENARAI PERATURAN LAWATAN

Lihat Lampiran D

13. PENUTUP

Adalah diharapkan agar program yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dan seterusnya mendatangkan manfaat khasnya

Page 6: KERTAS CADANGAN_terapi Air Kolam Renang Bahau

kepada pelajar Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Kepis (Felda). Selain daripada memberikan kelainan dalam corak pengajaran dan pembelajaran, program ini juga diharapkan dapat membentuk keyakinan diri ketika berkomunikasi dengan dunia luar yang semakin mencabar. Semoga segala matlamat yang ingin dicapai mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t dan memperolehi keberkatan-Nya.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………...................... …….….………………………........

(NORAZIZAH BINTI MOHAMED NOROK) (PN. RUZIELAWATI BINTI HARUN)

Setiausaha Program. Penyelaras PPKI.

Disahkan oleh :

...............................................................

Lampiran A

JADUAL PROGRAM TERAPI AIRPELAJAR PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN KEPIS

(FELDA)

Page 7: KERTAS CADANGAN_terapi Air Kolam Renang Bahau

01 OKTOBER 2009 (KHAMIS)

08.00 pagi : Bertolak ke Kolam Renang Awam, Bahau.

08.30 pagi : Dijangka tiba di Kolam Renang Awam, Bahau

09.00 pagi : Taklimat- aktiviti yang akan dijalankan - tujuan aktiviti- peraturan sebelum, semasa, dan selepas berada di kolam renang.

09.30pagi : Menjalankan aktiviti terapi air- memanaskan badan- meregangkan otot- keseimbangan diri di dalam air- teknik apungan- berenang - permainan tanpa alatan- permainan dengan menggunakan alatan- longgarkan otot

11.00pagi : Berkemas

11.30pagi : Makan tengah hari

12.00tgh : Dijangka tiba di Sekolah Kebangsaan Kepis (Felda).

Lampiran B

SENARAI NAMA PELAJAR

Bil

Nama No. KP / SB No. Telefon

Page 8: KERTAS CADANGAN_terapi Air Kolam Renang Bahau

1. Nur Fatihah Binti Hashim 970702-01-6152

013-6512136

2. Muhamad Asrul Hafizi Bin Mohamad Mohamad Haslan 990730-04-

5063017-6390673

3. Mohamad Zulhilmi Bin Mustafa 001113-05-0165

013-6512136

Lampiran C

SENARAI NAMA GURU PENGIRING

Page 9: KERTAS CADANGAN_terapi Air Kolam Renang Bahau

Bil

Nama No. KP / SB No. Telefon

1. PN. NORAZIZAH BINTI MOHAMED NOROK

830618-01-5638

019-6580410

2. PN. ISDANITA BINTI ISMAIL 760328-04-5264

013-6352803

Lampiran D

SENARAI PERATURAN PROGRAM TERAPI AIR

Page 10: KERTAS CADANGAN_terapi Air Kolam Renang Bahau

1. Semua guru dan pelajar mesti menepati masa, dan semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Penganjur Program.

2. Mesti mengutamakan aspek-aspek keselamatan supaya kejadian yang tidak diingini berlaku.

3. Sentiasa memakai tanda nama untuk memudahkan urusan mengenal pasti ahli kumpulan lawatan. Tanda nama tersebut mestilah dipakai sebaik sahaja program lawatan berlangsung, sebarang kehilangan hendaklah dilaporkan segera kepada urus setia penganjur.

4. Semua pelajar dan guru perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan tanpa sebarang alasan yang boleh menyebabkan program lawatan terganggu.

5. Bagi memastikan program lawatan yang diatur tidak mengalami sebarang masalah, guru dan pelajar perlu sentiasa berada dalam keadaan bersiap-sedia untuk mengikuti sebarang aktiviti.

6. Pelajar tidak dibenarkan memegang jumlah wang yang banyak. Wang yang dibekalkan oleh penjaga hendaklah diserahkan kepada guru pengiring yang akan ditugaskan menjaga kumpulan pelajar di bawah jagaannya.

7. Semua pelajar dan ahli rombongan mesti menunjukkan tingkah laku yang baik semasa mengikut program ini, sebarang bentuk kata-kata yang kasar, serta boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak adalah tidak dibenarkan.

8. Pelajar mesti berjalan dalam kumpulan dan sentiasa mengikut dan mendengar arahan guru atau jawatankuasa penganjur.

9. Semua guru harus bertanggungjawab terhadap pelajar di bawah jagaannya, dan guru mestilah menyelia dan menjaga keselamatan pelajar jagaannya.

10. Jika ada pelajar yang ingin membeli barangan atau apa sahaja mestilah memaklumkan kepada guru pengiring.

“Kerjasama Mematuhi Arahan Dan Peraturan Akan Menjamin Keselamatan Ahli Rombongan”