kertas kerja 1.9.10

download kertas kerja 1.9.10

of 20

Transcript of kertas kerja 1.9.10

Kertas Kerja Program Khidmat Siswa di PDK Taman Sri Gombak

2010

KERTAS KERJA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI TAMAN SERI GOMBAK DENGAN KERJASAMA PROGRAM KHIDMAT SISWA PISMP IPG ILMU KHAS 2010

TARIKH : 4 - 8 OKTOBER 2010 TEMPAT : PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI TAMAN SERI GOMBAK

1

Kertas Kerja Program Khidmat Siswa di PDK Taman Sri Gombak1.0 PENGENALAN

2010

1.1

SEJARAH PENUBUHAN

Idea penubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Taman Sri Gombak telah dicetuskan oleh Puan Zaharah iaitu seorang ibu kepada kanak-kanak berkeperluan khas pada bulan Mac 2007. Apabila beliau dikurniakan dengan seorang anak istimewa, beliau mulai berfikir tentang nasib dan hala tuju kanakkanak sebegini terutamanya yang tinggal di kawasan kejiranan beliau yang tidak dapat dihantar ke sekolah. Bertitik tolak dari itu, beliau telah menemui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mengutarakan hasrat beliau untuk menubuhkan sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di kawasan Taman Sri Gombak dan idea beliau itu telah diterima baik oleh pihak JKM. Di awal penubuhannya, pusat ini hanya bergiat di Masjid Al-Ittifaqiyah dengan bilangan pelatih seramai 18 orang dan 4 orang guru. Sumber kewangan juga terhad iaitu diperoleh dari komuniti setempat bagi melaksanakan pelbagai aktiviti terutamanya aktiviti fisioterapi serta bagi tujuan membeli peralatan seperti bola dan alat tulis manakala perabot seperti kerusi dan meja diperolehi dari sumbangan orang ramai. Pada Oktober 2007, pusat ini telah menerima geran bagi menjalankan operasinya dan mengalami pertumbuhan yang lebih positif apabila menerima sebuah rumah di Taman Sri Gombak untuk menjalankan aktiviti dengan lebih selesa.

2

Kertas Kerja Program Khidmat Siswa di PDK Taman Sri Gombak

2010

1.2

CARTA ORGANISASI PDK TAMAN SRI GOMBAK

PENGERUSI TUAN HAJI YUSZAHARI BIN HAJI MOHD YUSOFF

TIMBALAN PENGERUSI TUAN HAJI ABD RAHMAN BIN MOHD ABD JABAL AJK TN. HJ AHMAD RADZI BIN SAAD SETIAUSAHA TUAN HAJI M AJK RAZALI B ISMAILEN.KU.AZLAN B. HJ. KU BAHADUN

AJK TN. HJ. ALIAS B. MUTALIB BENDAHARI TUAN HAJI ROSELI B. HUSSEIN AJK SALASIAH BT. ALI

CIKGU ISHAK B. IBRAHIM AJK EN.NOOR AZHAR B. KAMARUDDIN

AJK PN. NORSHAHNUN BT T/ SETIAUSAHA ABDULLATIF

AJK PN. FARIDAH BT. CEK ROS PENYELIA ZAHARAH BINTI ALI AJK EN. MOHD NIZAM BIN NGADIMU

AJK PN.SITI JAMALIAH BINTI OTHMAN3

AJK HJH.TENGKU MARIAM BT RAJA ANNUAR SHAH

AJK TUAN HAJI M RAZALI B ISMAIL

AJK PN. ROSMINA AZMAN BT KAMARUZAMAN

Kertas Kerja Program Khidmat Siswa di PDK Taman Sri Gombak

2010

1.2 TENAGA PENGGERAK

PDK ini dipengerusikan oleh Tuan Hj Yuszahari bin Hj Mohd Yusoff dengan seorang penyelia iaitu Puan Zaharah dan 3 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada ibu-ibu pelatih di sini.

4

Kertas Kerja Program Khidmat Siswa di PDK Taman Sri Gombak

2010

1.3 PERANAN

(i) Memberi maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) tanpa mengira peringkat umur untuk meningkatkan keupayaan mereka.

(ii) Memberi peluang kepada OKU untuk menjalani aktiviti

kemasyarakatan dan bercampur-gaul dengan masyarakat normal.

(iii) Memupuk sikap prihatin, berdisiplin dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya.

1.4 PENDEKATAN

(i) Home-Based (ii) Centre-Based

2.0 TUJUAN Program Khidmat Siswa merupakan satu subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2008 bagi kursus Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan. Program ini dijalankan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang telah terpilih dan pelajar yang terlibat perlu menjalankan beberapa aktiviti di pusat terbabit. Program ini bertujuan untuk

5

Kertas Kerja Program Khidmat Siswa di PDK Taman Sri Gombak

2010

memberikan pendedahan dan pengalaman kepada semua pelajar berkenaan cara pengurusan sesebuah PDK.

3.0 OBJEKTIF(i) Mendekatkan diri dengan warga Orang Kurang Upaya (OKU) dan memahami

budaya hidup dalam kalangan mereka.(ii) Mengembangkan kebolehan dan bakat diri OKU ke tahap yang maksimum. (iii) Menimbulkan kesedaran kepada masyarakat berkenaan kewujudan dan

kebolehan OKU. (iv) Membantu tenaga pengajar di PDK Taman Seri Gombak bagi meningkatkan kemahiran mereka melalui aktiviti ilmiah dan bengkel yang disediakan

4.0 MATLAMAT (i) Memberi pendedahan kepada guru pelatih berkenaan OKU(ii) Memberi pendedahan kepada ibu bapa yang memerlukan bantuan dan

sokongan serta khidmat nasihat berkenaan OKU(iii)Memberi

pengalaman kepada guru pelatih dalam mengendalikan serta

menguruskan sesebuah program dan aktiviti yang melibatkan masyarakat sekeliling 5.0 TEMPAT Pusat Pemulihan Dalam Komuniti No. 60, Jalan SG 9/6, Taman Seri Gombak, 68100 Batu Caves,

6

Kertas Kerja Program Khidmat Siswa di PDK Taman Sri GombakSelangor Darul Ehsan No.tel : 03-61880133 6.0 AJK INDUK AKTIVITI PROGRAM KHIDMAT SISWA PDK

2010

JAWATANKUASA PROJEK KHIDMAT BAKTI SISWA IPGM- KAMPUS ILMU KHAS

PENSYARAH PENASIHAT Puan Alijah Binti Ujang

PENGERUSI Hafni Bin Abu Bakar

NAIB PENGERUSI Wan Nor Diyana Binti W.Ahmad

7

Kertas Kerja Program Khidmat Siswa di PDK Taman Sri Gombak

2010

SETIAUSAHA Nor Afiza Binti Ahmad Rabuan

BENDAHARI Nurulhusna Binti Rashid

6.1 JAWATANKUASA KECIL AKTIVITI

JK Aktiviti Kecerian Persekitaran Pengerusi : Mohd Afiq B. Daud

N. Pengerusi : Mohd Amiruddin Amin Bin Md Shah Setiausaha : Wan Nor Diyana Binti W. Ahmad Bendahari : Nor Afiza Binti Ahmad Rabuan

8

Kertas Kerja Program Khidmat Siswa di PDK Taman Sri GombakJK Aktiviti Home-Based / Lawatan ke Rumah Pengerusi Setiausaha Bendahari : Mohd Haffiz B. Awang Ya : Mohd Hanis B. Kamarun Baharin : Nurulhusna Binti Rashid

2010

N. Pengerusi : Wan Ahmad Izzat B. Wan Mansor

JK Aktiviti Akademik Pengerusi : Mohd Fahmi B. Adnan

N. Pengerusi : Afandi Arief B. Amru Setiausaha Bendahari : Harliyana Binti Halim : Kamarul Syukri B. Kamaruzaman

6.2 KUMPULAN SASARAN Golongan yang disasarkan ; (i) Ahli Jawatankuasa PDK Taman Seri Gombak (ii) Ahli Jawatankuasa Program Khidmat Siswa PISMP-IPG KAMPUS ILMU KHAS (iii) Ibu bapa kanak-kanak khas PDK Taman Seri Gombak (iv) Ahli Komuniti Taman Seri Gombak

9

Kertas Kerja Program Khidmat Siswa di PDK Taman Sri Gombak7.0 ASAS PERTIMBANGAN

2010

Subjek ini wajib diambil oleh guru pelatih Pendidikan Khas semester 6 bagi kursus (PKU3112), dan wajib diambil oleh semua guru pelatih bagi melengkapkan sesi pengajian. 8.0 TENTATIF PROGRAMMASA HARI ISNIN 4/10/2010 SELASA 5/10/2010 RABU 6/10/2010 BENGKEL KEMAHIRAN (MEMASAK) 8.00 9.00 10.00 11.00 11.00 12.00 GOTONG-ROYONG 12.00 1.00 1.00 2.00 -

Pemulihan Dalam Komuniti

2.00 -

3.00 -

4.00 5.00 BERSURAI BERSURAI

9.00 10.00 ICE BREAKING

3.00 4.00 KECERIAAN (Luar/Dalam) KECERIAAN (Luar/Dalam)

LAWATAN ZOO NEGARA BENGKEL SLOT KREATIVITI (SENI) MASALAH REMAJA OKU

8.30 MALAM 10.30 MALAM CERAMAH BERSURAI BERSURAI

KHAMIS 7/10/2010 JUMAAT 8/10/2010 SENAMAN PAGI TAYANGAN VIDEO

(SEKSUALITI) HOME-BASED MAJLIS PENUTUP & JAMUAN HARI RAYA

10

Kertas Kerja Program Khidmat Siswa di PDK Taman Sri Gombak

2010

8.1 SENARAI AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN 8.1.1 HARI ISNIN (i) Ice- Breaking Aktiviti ini merupakan sesi memperkenalkan diri diantara guru pelatih bersamasama dengan tenaga pengajar dan warga PDK Taman Seri Gombak. Melalui aktiviti ini, hubungan yang lebih mesra diantara warga PDK dengan guru pelatih dapat diwujudkan sebelum bermulanya aktiviti-aktiviti lain. (ii) Gotong-royong Aktiviti gotong-royong ini melibatkan kerjasama semua warga PDK Taman Seri Gombak dan guru pelatih. Aktiviti ini melibatkan pembersihan kawasan di dalam dan luar PDK itu sendiri seperti membersihkan longkang, membuang bahanbahan yang tidak diperlukan serta membersihkan kawasan disekeliling PDK tersebut. (iii) Keceriaan Dalaman dan Luaran Bermula dengan bahagian dalam bangunan PDK. Kecerian ini melibatkan dua fasa dan fasa pertama ini melibatkan aktiviti mengecat bahagian dalam dan menghias bangunan PDK. Keceriaan luar pula ialah menghias taman. 8.1.2 HARI SELASA (i) Lawatan ke Zoo Negara Bertujuan memberikan pendedahan kepada warga OKU di PDK Taman Seri Gombak mengenai dunia luar supaya mereka lebih terdedah dengan kehidupan sebenar. Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan di zoo, antaranya ialah : Senam pagi Treasure Hunt Jelajah Zoo dengan keretapi

11

Kertas Kerja Program Khidmat Siswa di PDK Taman Sri Gombak

2010

(ii) Keceriaan Melibatkan fasa kedua keceriaan. Aktiviti mengemas taman, menghias semula, mengecat tiang tapak semaian, menanam pokok serta memasang penapis cahaya matahari pada tapak semaian. 8.1.3 HARI RABU (i) Bengkel Kemahiran (Memasak) Warga OKU disini akan didedahkan dengan langkah-langkah untuk membuat sandwich dengan betul dan diakhir aktiviti terdapat pertandingan membuat sandwich. Pemenang dinilai berdasarkan kreativiti hiasan dan juga rasa. (ii) Bengkel Kreativiti (Seni membuat Gelang Manik) Warga OKU disini akan diberi peluang untuk mempelajari teknik membuat gelang tangan yang dihasilkan dari manik. Melalui aktiviti ini, warga OKU berpeluang untuk menunjukkan bakat masing-masing dan boleh dijadikan sebagai pengalaman untuk mereka bagi mencari pendapatan sampingan. (iii) Slot Remaja Bermasalah ( Seksualiti) Slot ini berkenaan dengan isu yang dialami oleh warga OKU di PDK Taman Seri Gombak diatas permintaan penyeliaanya iaitu Pn.Zaharah. Mereka mempunyai konflik berkenaan seksualiti mereka dan slot masalah remaja ini akan mengupas dengan lebih lanjut lagi bagaimana cara untuk mengatasi masalah tersebut oleh pensyarah dari IPG Kampus Ilmu Khas. (iv) Ceramah Ini merupakan aktiviti kemuncak bagi program PDK 2010 yang dijalankan. Ceramah ini akan melibatkan seluruh komuniti Taman Seri Gombak, ibubapa OKU itu sendiri, tenaga pengajar , para pensyarah dan juga guru pelatih. Aktiviti

12

Kertas Kerja Program Khidmat Siswa di PDK Taman Sri Gombak

2010

yang diadakan adalah seperti ceramah oleh pakar motivasi berkenaan tajuk Peranan Komuniti dan Ibubapa Terhadap OKU, tayangan video OKU, dan juga jamuan makan malam. 8.1.4 HARI KHAMIS (i) Home-Based Lawatan dari rumah ke rumah. Seorang pakar fisiologi akan turut serta dan dibawakan khas oleh kami untuk sesi terapi ini yang mana sebelum ini hanya dilakukan oleh tenaga pengajar di PDK terbabit sahaja. 8.1.5 HARI JUMAAT (i) Senaman Pagi Melibatkan aktiviti senam-robik, tarian dan permainan kecil. Ia bertujuan untuk menguatkan motor kasar dan motor halus warga OKU. (ii) Tayangan Video Melibatkan tayangan video aktiviti sepanjang seminggu guru pelatih menjalankan program Khidmat Siswa di PDK ini. (iii) Majlis Penutup dan Jamuan Hari Raya Majlis perasmian penutupan Program Khidmat Siswa dan penyampaian cenderahati kepada warga PDK Taman Seri Gombak dan diakhiri dengan jamuan Hari Raya yang dianjurkan khas oleh guru pelatih IPGM Ilmu Khas untuk warga PDK.

13

Kertas Kerja Program Khidmat Siswa di PDK Taman Sri Gombak9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

2010

9.0.1 AKTIVITI KECERIAANBIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 PERKARA Cat pelaka (biru) Cat pelaka (merah) Cat pelaka (putih) Cat pelaka (kuning) Cat pelaka (hitam) Cat pelaka (hijau) Cat pagar(minyak) Berus cat(kecil) Berus cat(besar) Roller Tinner Pelekat dinding Polistrin Kertas warna Pemotong polistrin Card board Gam Gunting Lain-lain KUANTITI 1 1 1 1 1 1 2 10 2 2 1 3 2 5 pek 1 3 3 4 1 HARGA (RM/UNIT) 15 15 15 15 15 15 25 2 6 8 4 10 4 4 5 5 2 3 150 JUMLAH (RM) 15 15 15 15 15 15 50 20 12 16 4 30 8 20 5 15 6 12 150

JUMLAH KESELURUHAN:

RM 438.00

14

Kertas Kerja Program Khidmat Siswa di PDK Taman Sri Gombak

2010

9.0.2

AKTIVITI HOME-BASED

BIL

PERKARA

KUANTITI

HARGA (RM/UNIT)

JUMLAH (RM)

1. 2. 3. 4. 5.

Bola terapi Baby oil Hadiah/cenderamata Makanan dan minuman Lain-lain

4 4 4 20 1JUMLAH KESELURUHAN

5 6 200 10 100

20 24 800 200 100RM 1144.00

9.0.3

AKTIVITI AKADEMIK

BIL 1 2 3 4 5 6 7

PERKARA Khemah Saguhati penceramah Jamuan Lawatan ke Zoo Hamper Pengangkutan Lain-lain

KUANTITI 2 2 200 80 13 2 1

HARGA (RM/UNIT) 200 300 8 10 10 100 100

JUMLAH (RM) 400 600 1600 800 130 200 100RM3830.00

JUMLAH KESELURUHAN

9.1

JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN KESELURUHAN

15

Kertas Kerja Program Khidmat Siswa di PDK Taman Sri Gombak

2010

Bil

Aktiviti

Anggaran jumlah perbelanjaan (RM)

1.

Keceriaan

RM 438.00

2.

Akademik

RM 3830.00

3.

Home-based

RM 1144.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 5412.00

10.0 IMPLIKASI KEWANGAN

(i) Setiap ahli kumpulan dikehendaki mencari sumbangan untuk meraih sumber kewangan. (ii) Sumbangan akan dihulurkan kepada keluarga warga OKU sebagai tanda kenangan dan cenderahati.

11.0 KESIMPULAN DAN SYOR

16

Kertas Kerja Program Khidmat Siswa di PDK Taman Sri Gombak

2010

Semoga dengan izin Allah S.W.T, segala perancangan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Diharap program ini dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih mengenai selok-belok mengendalikan projek serta dapat memberi peluang kepada pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti untuk memperolehi pengetahuan dalam melaksanakan segala latihan yang diperlukan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan sekaligus memberikan peluang kepada komuniti setempat khasnya dikawasan Taman Seri Gombak untuk memperolehi pengetahuan berkenaan OKU.

Sekian Terima Kasih

Disediakan Oleh : ................................ (NOR AFIZA BINTI AHMAD RABUAN) Setiausaha Program Khidmat Siswa IPG Kampus Ilmu Khas

Disemak Oleh : ................................. (HAFNI BIN ABU BAKAR) Pengerusi Program Khidmat Siswa IPG Kampus Ilmu Khas

Disahkan Oleh : ............................. (PUAN ALIJAH BINTI UJANG) Pensyarah Penasihat IPG Kampus Ilmu Khas

17

Kertas Kerja Program Khidmat Siswa di PDK Taman Sri Gombak

2010

LAMPIRAN

18

Kertas Kerja Program Khidmat Siswa di PDK Taman Sri Gombak

2010

PERSEKITARAN PDK YANG DAIF

19

Kertas Kerja Program Khidmat Siswa di PDK Taman Sri Gombak

2010

HALAMAN PDK YANG TIDAK TERURUS

SALAH SEORANG WARGA PDK (TENGAH) BERSAMA GURU PELATIH IPGIK

20