Kertas Kerja 1m 1s

13
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI NYIOR JALAN SUNGAI NYIOR 12100 BUTTERWORTH PULAU PINANG KERTAS KERJA LARIAN SERENTAK 1M 1S 1MALAYSIA 2011

description

kertas keje

Transcript of Kertas Kerja 1m 1s

Page 1: Kertas Kerja 1m 1s

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI NYIOR

JALAN SUNGAI NYIOR12100 BUTTERWORTH

PULAU PINANG

KERTAS KERJA

LARIAN SERENTAK 1M 1S 1MALAYSIA

2011

Page 2: Kertas Kerja 1m 1s

MAJLIS PELANCARAN DASAR 1MURID 1SUKAN (1M 1S):LARIAN SERENTAK 1M 1S 1MALAYSIA

TAJUK

LARIAN SERENTAK 1M 1S 1MALAYSIA

(2 JULAI 2011 )

RASIONAL

Program ini dirancang untuk dilaksanakan sebagai sokongan kepada program dasar 1 Murid 1

Sukan(1M 1S). Program ini juga dapat melahirkan murid yang aktif serta sihat tubuh badan dan

fizikal.

MATLAMAT

Memupuk budaya sihat dikalangan pelajar SK Sungai Nyior

OBJEKTIF

1. Menanam minat suka bersukan.

2. Memupuk perpaduan dan kerjasama.

3. Memupuk minat untuk menjaga kesihatan.

KUMPULAN SASARAN

Semua murid

TEMPAT

1. Sekitar kawasan perumahan berhampiran SK Sungai Nyior

2. Padang SK Sungai Nyior

Page 3: Kertas Kerja 1m 1s

3. Tapak perhimpunan pagi

JAWATANKUASA INDUK LARIAN 1 MURID 1 SUKAN

Page 4: Kertas Kerja 1m 1s

Senarai ajk

Pendaftaran

Ustazah Zuraidah bt

Ustazah Sabtiah bt

Hadiah/Medal

Pn. Aisah bt

Pn. Paridah bt

Nombor peserta

Pn. Hazean bt Pn. Ina

En. Azman b Pn. Ida

Pengurus Peserta

Pn. Norsuhaila bt (Thn 4)

Pn. Rohana bt (Thn 5)

Pn. Siti Fatimah bt Zainol (Thn 6)

Senamrobik

Cik Syafiah bt, Salleh

Pn. Nur Suhana bt. Ismail@Musa

Cik Kiut Mei Ling

Kecemasan/keselamatan

Pn. Jamilah bt

Nurul Asma bt. Zahran

Jurugambar/rakaman video

Ustaz Sharifuddin b

Tn. Haji Riduan b

Page 5: Kertas Kerja 1m 1s

Pelepas

En. Ahmad Safri b Haji Ismail (Guru Besar S K Lambor Kanan)

Penjaga checkpoint

Checkpoint 1 – En. Shaizul Amizal b

- Cik Juliyana

Checkpoint 2 – En. Azran b

- Pn. Asma

Checkpoint 3 – Tn. Haji Amir Hamzah b Musa

- Ustazah Norlaila bt

Hakim Penamat

Pn. Zhafar bt

Pn. Thalathiah bt

Page 6: Kertas Kerja 1m 1s

SENARAI TUGAS AJK

AJK Pendaftaran

-memastikan peserta yang hadir mendaftar.

AJK Medal/Hadiah

-membuat tempahan medal/hadiah.

- menyusun medal/hadiah mengikut senarai penerima.

AJK Nombor Peserta

- membuat nombor mengikut bilangan peserta di dalam borang.

- menyerahkan kepada AJK Pengurus Peserta

.

AJK Pengurus Peserta

-menyerahkan nombor mengikut senarai nama peserta.

-memastikan peserta memakai nombor yang diberi sebelum dilepaskan.

Page 7: Kertas Kerja 1m 1s

-memastikan peserta bersedia sebelum dilepaskan.

AJK Senamrobik

-menguruskan acara senamrobik.

AJK Kecemasan/Keselamatan

-memastikan keselamatan peserta.

-membantu peserta yang cedera.

AJK Jurugambar/Rakaman video

-membuat rakaman dan mengambil gambar sepanjang program berlangsung.

AJK Checkpoint

- memastikan peserta melalui checkpoint yang telah ditetapkan.

AJK Hakim Penamat

- menyerahkan nombor kepada pemenang.

JADUAL PERLAKSAnaAN AKTIVITI

TARIKH AKTIVITI WAKTU TEMPAT

2 Julai 2011

Pendaftaran Peserta 6.30 pagi Kantin Sekolah

Senamrobik Beramai-ramai 7.00 pagi Tapak Perhimpunan

Larian Serentak 7.45 pagi Sekitar kawasan

sekolah

Page 8: Kertas Kerja 1m 1s

Penyampaian Hadiah

Penyampaian hadiah kepada

pemenang & Majlis Penutup

10.00 tgahari Tapak Perhimpunan

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA

SEUNIT

KUANTITI KOS

1. Kertas A4 Warna

(Nombor Peserta)

200 orang

RM 15.00 2 RM 30.00

2. Pin Nombor Peserta RM 15.00

( 200 biji 1

kotak)

2 RM 30.00

3. Plastik Nombor Peserta

(8 X 5 inci)

RM 10.00

( 100 helai 1

beg)

5 RM 50.00

4. Minuman Murid RM1.00 seorang 500 RM 500.00

Page 9: Kertas Kerja 1m 1s

5. Minuman Guru RM 1.00 60 RM 60.00

6. Belanja Runcit

-Bateri Kamera

- Tali Keselamatan

RM 5.00

RM 12.00

2

1

RM10.00

RM 10.00

PENUTUP

Adalah diharapkan program ini berjalan dengan lancar dan sedikit sebanyak dapat

membantu murid-murid dalam memupuk minat bersukan di samping mencungkil bakat murid-

murid serta melatih mereka untuk meningkatkan ketahanan fizikal.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(RATHNA A/P NADARAJAN) (HJH KARIMAH BT A. MUTALIB)Setiausaha, Guru Besar, SK Sungai Nyior

Page 10: Kertas Kerja 1m 1s

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang berlangsung di seluruh negara berjaya mencipta

rekod Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai larian terbesar yang disertai oleh 4,137,126 pelajar

daripada 9,980 buah sekolah. Larian yang diadakan sempena pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan di Padang

Dataran Perbandaran Taiping itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin awal

pagi ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu berucap pada majlis tersebut menegaskan, sukan merupakan

satu platform pembentukan sahsiah pelajar dan memupuk integrasi sosial seiring dengan Falsafah

Pendidikan Negara. "Saya amat berharap acara ini akan menjadi pemangkin ke arah pembudayaan sukan

di kalangan semua murid di setiap sekolah di seluruh negara. "Sehubungan itu, bagi menjayakan matlamat

dasar 1Murid 1Sukan, kesedaran serta komitmen yang jitu haruslah ditunjukkan oleh kepimpinan sekolah

untuk merealisasikan aspirasi ini dalam masa terdekat," katanya. Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk

Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Ketua

Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud.

Dasar 1Murid 1Sukan yang diumumkan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran pada Mac lalu

antara lain bertujuan melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang

dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Terdahulu, Muhyiddin melepaskan seramai 15,000 peserta

larian yang terdiri pelajar dan murid daripada 30 sekolah menengah dan 20 sekolah rendah di sekitar

Page 11: Kertas Kerja 1m 1s

bandar ini. Larian yang bermula seawal 7.45 pagi dan sejauh 1.85 kilometer itu turut disertai oleh para

guru dan ibu bapa.

Sementara itu, di MELAKA, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melepaskan peserta

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat negeri yang disertai 3,000 pelajar melibatkan tiga

buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota, SMK Yok Din dan Sekolah Rendah

Jenis Kebangsaan Seri Bandar. Turut serta dalam larian itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan

Sukan negeri, Datuk Gan Tian Loo dan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Mohamad Yusoff Osman.

Di KUALA LUMPUR, larian peringkat Wilayah Persekutuan berlangsung meriah dengan para

peserta dilepaskan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin

Dennis D'Cruz. Larian tersebut yang bermula di Padang Merbok itu disertai 2,500 pelajar dan warga

pendidik melibatkan lima zon termasuk Putrajaya.

Di KOTA KINABALU, seramai 200,000 pelajar daripada 320 buah sekolah di seluruh Sabah

mengambil bahagian dalam larian tersebut yang berlangsung serentak di seluruh negara. Larian peringkat

negeri yang disertai hampir 10,000 pelajar itu berlangsung di Stadium Likas dengan dilepaskan oleh

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Yee Moh Chai.