Kertas Kerja Amali Kerangka TINGKAP Dan PINTU

download Kertas Kerja Amali Kerangka TINGKAP Dan PINTU

of 2

description

tingkap dan pintu

Transcript of Kertas Kerja Amali Kerangka TINGKAP Dan PINTU

TAJUK:1. Memilih bahan untuk kerja pemasangan kerangka pintu dan tingkap.

2. Menyediakan mortar kapur mengikut nisbah bancuhan.

3. Membina bukaan pintu dan tingkap pada tembok bata.4. Pemasangan kerangka pintu dan tingkap pada tembok.5. Memasang kotak bentuk untuk ambang (lintel).6. Menempatkan ambang di atas kerangka.TUJUAN:Pelajar pelajar mesti boleh:

1. Memakai pakaian keselamatan mengikut peraturan keselamatan dengan betul.

2. Memilih lokasi untuk kerja pemasangan kerangka pintu dan tingkap dengan betul.

3. Memilih bahan yang sesuai untuk kerja pemasangan kerangka pintu dan tingkap dengan betul.4. Memilih bahan yang berkualiti untuk penyediaan mortar kapur mengikut nisbah bancuhan dengan betul.

5. Menanda kedudukan pintu dan tingkap dengan kaedah yang betul mengikut pelan lukisan.6. Membancuh mortar kapur menggunakan bahan, peralatan dan kelengkapan mengikut spesifikasi kerja dengan betul.7. Mendirikan tembok dengan bukaan hingga ke aras bawah ambang mengikut prosedur yang betul.

8. Memasang dan menetapkan kerangka pada tembok dengan tambatan keluli mengikut prosedur dengan betul.9. Menyediakan ambang konkrit pra tuang mengikut spesifikasi kerja dengan betul.

10. Mendirikan peranca untuk menempatkan ambang di atas kerangka mengikut keperluan kerja dengan betul.11. Menempatkan ambang di atas kerangka mengikut spesifikasi kerja dengan betul.12. Menyimpan dan menyelenggara peralatan tangan di tempat yang sesuai berdasarkan spesifikasi kerja dengan betul.ARAHAN:

1. Tugasan amali ini hendaklah dilakukan oleh pelajar secara berkumpulan.

2. Setiap kumpulan hendaklah mengandungi dua orang pelajar.3. Anda dinasihati membaca dan mengkaji tugasan ini dengan teliti sebelum memulakan tugasan amali.

4. Anda akan diberi bahan dan peralatan. Pastikan anda mendapat bahan dan peralatan yang mencukupi seperti dalam senarai.5. Anda diberi masa 5 jam untuk menjalankan tugasan amali ini.

SENARAI BAHAN/PERALATAN YANG DISEDIAKAN:

Bil.Bahan/PeralatanKuantiti

1.Kerangka pintu1 unit

2.Kerangka tingkap 600mm X 1200mm1 unit

3.Kayu 25mm X 50mm X 2400mm7 batang

4.Paku biasa 38mm dan 50mmSecukupnya

5.Papan lapis 12mm X 200mm X 290mm7 keping

6.Tambatan keluli8 unit

7.Alat aras spirit1 unit

8.Pita ukur1 unit

9.Tukul kuku kambing1 unit

10.Gergaji kerat1 unit

11.Pensel tukang1 batang

12.Bata penuh150 biji

13.Bata kerat 15 biji

14.Mortar kapurSecukupnya

15.Kereta sorong1 unit

16.Penyodok/skop1 unit

17.Sudip bata1 unit

18.Tolok bata2 unit

19.Sesiku pemidang1 unit

20.Tukul bata1 unit

TUGASANAnda dikehendaki melakukan kerja menerap bata seperti Lampiran 1 dan 2. Kemudian, anda dikehendaki memasang kerangka tingkap dan pintu seperti Lampiran 3 dan 4.

KRITERIA PENILAIAN

Anda akan dinilai berasaskan criteria berikut:

Perancangan kerja

Proses kerja

Hasil kerja

Sikap dan keselamatan sebelum, semasa dan selepas melakukan kerja