Kertas Kerja an Kawad Kaki

download Kertas Kerja an Kawad Kaki

of 6

Transcript of Kertas Kerja an Kawad Kaki

KERTAS KERJA PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA UNIT-UNIT BERUNIFORM SK(LKTP) JENGKA 3 2012

1. Pendahuluan Kawad kaki merupakan salah satu aktiviti wajib dalam pasukan unit-unit beruniform yang ditubuhkan di setiap sekolah. Aktiviti ini diharapkan dapat memupuk semangat berkerjasama, daya juang yang berterusan serta disiplin yang tinggi di kalangan pelajar yang terlibat. 2. Objektif Melahirkan semangat bekerjasama antara anggota dalam satu pasukan. Mencungkil kemahiran berkawad di kalangan anggota unit beruniform Melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin dan yang mempunyai daya kepimpinan. 3. Cadangan Tarikh, Tempat dan Masa Tarikh Pertandingan : 28.03.2012 Tarikh Latihan : 22.02.2012 07.03.2012 (Sila pilih tempat yang sesuai untuk mengadakan latihan) Tempat : Padang (Hadapan Astaka) Masa : 2.00- 3.00 Petang Perasmi : Guru Besar / YDP PIBG

4. Bilangan Penyertaan Setiap pasukan unit beruniform dikehendaki menghantar 2 platun . 1 platun terdiri daripada 12 orang peserta. 5. Pakaian Setiap anggota yang menyertai pertandingan kawad kaki dikehendaki memakai pakaian asas(seragam). Uniform lengkap unit masing-masing jika ada. Lain-lain alatan jika ada (mengikut kreativiti masing-masing) 6. Penghakiman Jawatankuasa penganjur akan memilih hakim-hakim di kalangan guru-guru penasihat dari unit-unit beruniform yang lain untuk menghakimi pertandingan tersebut. Keputusan adalah muktamad. 7. Masa Pertandingan Masa pertandingan keseluruhan ialah 5 minit. Masa dikira selepas ketua platun membuka barisan untuk melapor kepada ketua hakim dan masa tamat dikira selepas ketua platun bergerak meninggalkan padang kawad.

8. Format pertandingan Pertandingan akan diadili berdasarkan: i. ii. iii. iv. Pakaian 20 markah Kawad ( kemas dan seragam) 50 markah Disiplin peserta 20 markah Kreativiti 10 markah

9. Pemenang dan hadiah Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah markah yang diperolehi oleh setiap pasukan. Bil 1 2 3 4 5 . Perkara Johan RM10.00 x 13 orang N/Johan RM7.00 X 13 orang Ketiga RM5.00 X 13 orang Keempat RM4.00 X 13 orang Pelatih Terbaik Jumlah Jumlah/ Harga RM130.00 RM91.00 RM65.00 RM52.00 RM15.00 RM353.00

AHLI JAWATAN KUASA Penasihat : Pn. Hajah Noorizan bt Hussin Pengerusi : En. Norhisham bin Ariffin Pn. Juriyatol Huriyah bt Jamaluddin En. Kamal Arif b. Yusof Setiausaha : Sarina bt Abd Hamid Ameran bin Abd Rahman 1. Penyelaras Aktiviti Sarina bt Abd Hamid Mohd Rafie b. Ismail Iskandar b. Ishak Firdousi b. Basir

Guru Besar SK(LKTP) Jengka3 GPK Kokurikulum GPK Pentadbiran GPK Hem

Penyelaras Unit Sukan dan Permainan Penyelaras Unit Pakaian Seragam Penyelaras Kelab dan Persatuan

2. Hadiah dan Cenderahati Nor asima bt Ismail Azizah bt Ibrahim - Sila dapatkan peruntukan hadiah dari kerani sekolah. 3. Pengacara Majlis Mohd Seberi b. Jusoh Hasliza Ramli 4. Kepengadilan (Hakim) Ameran b. Abd Rahman (Ketua komanden) Siti Azura bt Abu Seman (Puteri Islam) Aminuddin Bakri b. Amirudin (Pengakap) Sarina bt Ab. Hamid (Tunas Puteri) Haslina bt Ramli (TKRS) Sila sediakan format pertandingan termasuk jadual pemarkahan. Pastikan setiap unit diberi format khas .

5. Laporan aktiviti Suhana bt Abd Wahab (Semua Penyelaras yang bertanggungjawab) - Sila dapat kan format daripada GPK KOKU - Berserta gambar aktiviti - Tolong pastikan dapat disiap 10 hari selepas aktiviti 1. 1 salinan sekolah 2. 1 salinan PPD (Unit Ko) 6. Sijil Penyertaan Norazlinda bt Osman

Robitah bt Yusof Normazidah bt Manap - Sila sediakan format sijil ( maklumkan pada GB) 7. Disiplin Murid dan Peserta Mahamad Jamil bin Idris Hasnita bt Abd. Hadi Anisa bt Awang - Sila pastikan keadaan murid terkawal.

8. Alatan Hasmuei b. Bakar Shaharuddin b. Mohd Ali Hanafiah (Sila rujuk kepada Penyelaras Aktiviti )

DISEDIAKAN OLEH,

DISAHKAN OLEH

NORHISHAM BIN ARIFFIN GPK KOKU

. PN. HAJAH NOORIZAN BT HUSSIN GURU BESAR

FORMAT PERTANDINGAN 1. PASTIKAN MURID BERADA DALAM BARISAN BERTIGA-TIGA. (12 PESERTA TERMASUK SEORANG KETUA PLATUN) 2. KETUA DIKEHENDAKI MEMBERI ARAHAN SEPERTI BERIKUT REHAT KAN DIRI BARIS BARIS SEDIA DARI KIRI NOMBOR SENANG DIRI JAGA SEDIA KETUA DI KEHENDAKI MEMBUAT LAPORAN KEPADA KETUA KOMANDER YANG BERADA DIHADAPAN(EN AMERAN ABD RAHMAN) CONTOH SILA BUAT TABIK HORMAT KATA-KATA YANG PERLUKAN DI UCAPKAN SELAMAT PETANG TUAN SAYA DARI PASUKAN UNIT PENGAKAP SERAMAI 13 ORANG 6 LELAKI DAN 7 PEREMPUAN SIAP SEDIA MENERIMA ARAHAN TUAN. SETELAH MENERIMA ARAHAN KETUA KEMANDER SILA TABIK HORMAT DAN UCAPKAN TERIMA KASIH TUAN SENANG DIRI JAGA SEDIA KEKANAN LURUS PANDANG DEPAN BARIS AKAN PUSING KE KANAN KEKANAN PUSING BARIS AKAN PUSING KE BELAKANG KEBELAKANG PUSING BARIS AKAN PUSING KE KIRI KEKIRI PUSING BARIS AKAN PUSING KE HADAPAN KE HADAPAN PUSING BARIS AKAN HENTAK KAKI 8 DARI KIRI HENTAK KAKI BARIS AKAN BUKA BARISAN BUKA BARISAN BARIS AKAN TUTUP BARISAN TUTUP BARISAN SENANG DIRI JAGA SEDIA BARIS BERTIGA-TIGA AKAN KELUAR BARIS - KELUAR BARIS