kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

24
Mahasiswa Aspirasi Keharmonian ANAK MUDA NADI MALAYSIA 14-16 FEBRUARI 2014 KERTAS KERJA ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI) TARIKH 14 - 16 Februari 2014 TEMPAT Kuala Selangor, Selangor darul Ehsan ANJURAN Sekretariat Keselamatan dan Kelab Xtreme-C Kolej Ungku Omar Universiti Kebangsaan Malaysia TEMA Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

Transcript of kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Page 1: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

KERTAS KERJA

ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI)

TARIKH

14 - 16 Februari 2014

TEMPAT

Kuala Selangor, Selangor darul Ehsan

ANJURAN

Sekretariat Keselamatan dan Kelab Xtreme-C

Kolej Ungku Omar

Universiti Kebangsaan Malaysia

TEMA

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

Page 2: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

KERTAS KERJAANAK MUDA NADI MALAYSIA

KOLEJ UNGKU OMARSESI 2013/2014

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon kelulusan serta bantuan

kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk mengadakan Program Anak

Muda Nadi Malaysia Kolej Ungku Omar bagi sesi 2013/2014. Selain itu, kertas kerja ini

juga bertujuan untuk mendapatkan penajaan daripada badan-badan kerajaan dan swasta

dengan harapan membantu melancarkan perlaksanaan program dan memberi makluman

secara teperinci mengenai program kepada pihak yang terlibat.

2.0 PENGENALAN

Program Anak Muda Nadi Malaysia Kolej Ungku Omar merupakan salah satu program

berimpak tinggi yang dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ungku Omar,

Universiti Kebangsaan Malaysia pada semester kedua pengajian. Idea untuk

menganjurkan program Anak Muda Nadi Malaysia ini terbit berasaskan kepada gabungan

Sektetariat Keselamatan dan Kelab Xtreme-C Kolej Ungku Omar. Ungkapan penuh

bermakna ‘Mahasiswa Aspirasi Keharmonian’ dipilih sebagai tema program. Ungkapan

tersebut menyeru kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan kaum untuk

terus mengekalkan keharmonian yang sedia ada di bumi bertuah Malaysia. Menyedari

hakikat ini, mahasiswa UKM, khususnya dari Kolej Ungku Omar ini membawa satu

mesej yang cukup penting demi mengekalkan keharmonian yang sedia ada selain dapat

mengasah kebolehan serta membentuk peribadi yang sentiasa ingin mengekalkan

perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, NADI ditubuhkan. Tujuan nadi adalah jelas

serta bersifat ingin memupuk semangat kesukarelawan serta perpaduan dalam kalangan

mahasiswa UKM sendiri serta masyarakat secara umumnya. Malah, salah satu daripada

program NADI yang kecil tetapi berimpak tinggi iaitu 1 SEKOLAH 1 KUO yang secara

dasarnya akan mengadakan MoU (Memorandum of Understanding) yang dijadikan

sebagai sekolah angkat kepada Kolej Ungku Omar. Penerangan awal yang diberikan

Page 3: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

sejak daripada bangku sekolah akan menerapkan perasaan serta rasa sayang kepada UKM

umumnya, sebagai platform utama untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Tidak lupa juga kepada golongan masyarakat serta penduduk daif di kawasan tersebut,

kami (mahasiswa) prihatin terhadap golongan tersebut dan secara tidak langsung cuba

untuk mengubah sedikit kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dengan cara

memberikan bantuan dari pelbagai aspek contohnya barangan harian seperti makanan,

pakaian, barangan kebersihan dan sebagainya bagi membantu mereka yang

berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1000. Tidak lengkap rasanya sekiranya kita

terus mengabaikan golongan gelandangan yang berada di sekitar kawasan Kuala Selangor

itu. Suatu projek untuk membantu mengurangkan sedikit beban bagi golongan

gelandangan diwujudkan di bawah program ini disamping segala barang-barang terpakai

termasuk baju, seluar, kasut dan segala apa jua barang-barang akan dikumpulkan

menerusi kolej-kolej di UKM dan pihak setempat di sekitar Bangi, Kajang dan Semenyih

dan akan diserahkan kepada mereka. Diharapkan projek ini berjaya supaya mahasiswa

UKM khususnya mahasiswa Kolej Ungku Omar dapat mencungkil bakat serta bidang

kepimpinan untuk menghadapi masa hadapan yang penuh dengan cabaran. Program ini

juga dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa yang dilihat pada

masa kini semakin menipis dalam jiwa masing-masing. Selain itu, semangat bekerjasama

dalam menjayakan sesuatu agenda serta aspirasi kerajaan juga kini dilihat semakin hilang

dalam jati diri seorang belia atau lebih tepat, mahasiswa. Oleh itu, penerapan semula

semangat bekerjasama akan dipupuk ke dalam sanubari setiap belia yang menyertai

program ini. Teori “Blue Ocean Strategy” yang diguna rata-rata organisasi mahupun

kerajaan sendiri dilihat berkesan dan impaknya kian serasi dalam kalangan mahasiswa

walaupun masih ramai yang belum mengetahui tentang perkara ini dan dalam program

ini, kita cuba untuk menerapkan serba sedikit teori “Blue Ocean Strategy” seiring dengan

harapan serta agenda kerajaan dalam membina Malaysia yang stabil, progresif dan

harmoni.

Page 4: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

3.0 MISI

Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab untuk

memastikan kelancaran program ini dengan

3.1 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang

ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.

3.2 Melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi dan

mampu untuk mengadaptasi keadaan mengikut arus pemodenan semasa

3.3 Memupuk semangat sayang akan masyarakat di samping memberi perhatian

untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik

4.0 MATLAMAT

Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program adalah

4.1 Cuba mengubah kehidupan sesebuah keluarga kearah yang lebih baik.

4.2 Untuk memupuk semangat cintakan ilmu kepada masyarakat terutamanya

golongan pelajar menengah untuk mereka mengetahui serta berminat untuk

melanjutkan pelajaran ke menara gading

4.3 Memupuk semangat kasih sayang kepada golongan yang kurang bernasib baik

bagi memastikan bahawa mahasiswa sentiasa cakna kepada isu semasa dan tidak

ketinggalan dalam memberikan sumbangan kepada golongan yang tidak bernasib

baik.

4.4 Untuk mendekatkan golongan mahasiswa kepada masyarakat

Page 5: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

5.0 OBJEKTIF

Selari dengan 8 Kontrak Pembelajaran Pelajar, pihak jawatankuasa pelaksana

menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai

5.1 Melatih para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi seperti menggunakan

kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang

sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan

cepat, menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai

keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan sebagainya. Kemahiran

ini dapat diasah dalam pelbagai aktiviti yang disediakan sewaktu bersama

masyarakat, pelajar sekolah dan juga bersama golongan gelandangan.

5.2 Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan & kerja berpasukan yang ada

pada pelajar seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus,

memberi arahan dan mengagihkan tugas, menyelesaikan satu tugasan multi

dimensi, membantu rakan-rakan secara proaktif serta membina kerja berpasukan

untuk mencapai matlamat yang disepakati. Ini dapat dilihat semasa aktiviti

kemasyarakatan dan juga semasa sesi pembahagian Latihan Dalam Kumpulan

(LDK)

5.3 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran pengurusan maklumat dan

pembelajaran sepanjang hayat seperti merancang strategi, meneroka

isu/masalah serta mengumpul dan menguruskan maklumat secara kendiri.

Program yang dilakukan di sekolah akan memberi sedikit sebanyak maklumat

tentang Universiti Kebangsaan Malaysia kepada para pelajar untuk menaikkan

semangat mereka melanjutkan pelajaran ke menara gading.

5.4 Mencungkil idea kreativiti dan inovatif pelajar seperti mencadangkan

idea/inovasi yang baru, mensintesis tentang maklumat yang relevan, boleh

menunjukkan keupayaan penuh dalam menguruskan sumber dan pelaksanaan

rancangan, menawarkan satu penilaian yang baik kepada nilai komersial dan

sebagainya. Sebagai contoh, sesi soal selidik akan dijalankan sewaktu program

bersama gelandangan untuk mengumpul maklumat tentang golongan gelandangan

Page 6: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

ini dan akan diserahkan kepada pihak berwajib untuk diambil tindakan yang

sewajarnya

5.5 Mendedahkan kepada pelajar kemahiran keusahawanan dalam mencari dana

bagi melancarkan program.

5.6 Mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar

melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah,menunjukkan tingkah

laku profesional serta menunjukkan sikap kesukarelawanan. Ini dapat dilihat

sewaktu pengurusan program dimana ahli jawatankuasa akan berurusan dengan

pelbagai pihak dari dalam mahupun luar.

6.0 TEMA

“ MAHASISWA ASPIRASI KEHARMONIAN ”

7.0 ANJURAN

Sekretariat Keselamatan

Kelab Xtreme-C

Kolej Ungku Omar

Sesi 2012/2013

Universiti Kebangsaan Malaysia.

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 14 – 16 Februari 2014

Hari : Jumaat – Ahad

Masa : 2.30 petang – 1.30 pagi

9.0 TEMPAT PROGRAM

Page 7: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

Tempat program akan dijalankan ialah di Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

10.0 PUBLISITI

Publisiti bagi program ini bercadang dilaksanakan sekitar Kolej Ungku Omar khususnya

dan Universiti Kebangsaan Malaysia amnya menerusi :

i. Poster

ii. Facebook

iii. bunting

iv. kain rentang

v. siaraya

vi. Digital Board UKM

vii. Digital Bunting

viii. mewujudkan satu sudut info program di kawasan kafetaria

Poster akan ditampal di setiap blok kediaman kolej, bangunan pentadbiran kolej, dan juga

sekitar kawasan daerah Kuala Selangor. Iklan akan disalurkan melalui facebook untuk

memberi hebahan tentang maklumat program. Bunting dan kain rentang akan digantung

di sekitar kolej dan daerah Kuala Selangor manakala hebahan menerusi siaraya akan

dilakukan ketika program-program dan aktiviti-aktiviti yang berlangsung di Kolej Ungku

Omar yang dijangka akan berlangsung sebelum program ini. Pembukaan sudut info di

kafetaria pula lebih menekankan hebahan isi program dengan harapan semua penghuni

kolej akan mengetahui mengenai program ini. Sudut info akan membekalkan serba

sedikit maklumat penting kepada penghuni seperti, pengedaran kupon, nama perasmi dan

sebagainya. Jawatankuasa pelaksana juga bercadang menghebahkan mengenai majlis ini

menggunakan skrin digital yang terletak di hadapan pintu masuk utama Universiti

Kebangsaan Malaysia dua minggu atau seminggu sebelum program ini berlangsung.

11.0 CADANGAN PERASMI

Page 8: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

Cadangan perasmi Program Anak Muda Nadi Malaysia (NADI) Kolej Ungku Omar sesi

ini adalah seperti berikut :

1. YB. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Menteri Belia dan Sukan Malaysia

2. YB. Dato' Saravanan a/l Murugan

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia

3. YB. Dato’ Haji Irmohizam Bin Ibrahim

Pegawai Khas YAB Perdana Menteri Malaysia

4. YBhg. Prof. Ir. Dr. Othman Bin A. Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

5. Encik Nik Hairi Bin Omar

Pemangku Pengetua Kolej Ungku Omar UKM

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

i. Sasaran peserta :

150 orang

ii. Jumlah urusetia :

75 orang

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

15.0 PERINCIAN PROGRAM

Rujuk Lampiran C

16.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran D

Page 9: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

17.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila

hubungi :

Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)

Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

(u/p : Ahmad Ruzaini bin Rahim, Ketua Pengarah Program)

Tel : 019-4129152

E-mel : [email protected]

18.0 PENUTUP

Page 10: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

Adalah diharapkan agar kertas kerja program Anak Muda Nadi Malaysia Kolej Ungku

Omar sesi 2013/2014 ini mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan

Pelajar (JPPel) dan juga amat diharapkan pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

mempertimbangkan sewajarnya serta meluluskan permohonan bantuan kewangan

seperti yang telah dinyatakan. Selain itu, adalah menjadi harapan Jawatankuasa program

Anak Muda Nadi Malaysia (NADI) agar program ini dapat dijayakan dengan lancar dan

mencapai segala objektif yang telah digariskan. Penganjuran majlis seumpama ini juga

diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua mahasiswa/i yang telah sedaya-upaya

memerah tenaga dan buah fikiran yang juga merupakan suatu pengalaman yang

sememangnya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, sekaligus menjadi pemangkin

dan batu loncatan buat mereka dalam menempuh alam pekerjaan kelak. Secara tidak

langsung, kolej akan dapat melahirkan warga mahasiswa/i yang berfikiran positif,

dinamik, aktif, progresif serta cekap dalam segala tindakan. Oleh itu, segala sokongan,

komitmen dan pengembelingan tenaga daripada semua pihak amat dialu-alukan.

Semoga segala bentuk ilmu dan strategi pengurusan dapat dipraktikkan sepenuhnya agar

majlis ini dapat dijayakan dengan sempurna dan dapat memberi satu kenangan indah

khususnya kepada peserta dan ahli jawatankuasa program.

Disediakan oleh :

Page 11: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

.................................................

AHMAD RUZAINI BIN RAHIM

Ketua Pengarah

Anak Muda Nadi Malaysia (NADI)

Kolej Ungku Omar Sesi 2013/2014

Universiti Kebangsaan Malaysia

Disemak oleh,

MOHD SHAH RIZAL BIN OTHMAN

Felo Penasihat

Anak Muda Nadi Malaysia (NADI)

Kolej Ungku Omar Sesi 2012/2013

Universiti Kebangsaan Malaysia

Disahkan oleh,

ENCIK NIK HAIRI BIN OMAR

Pemangku Pengetua

Kolej Ungku Omar

Universiti Kebangsaan Malaysia

LAMPIRAN A

Page 12: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

STRUKTUR ORGANISASI

ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI)

SESI 2013/2014

Penaung

Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

Penyelaras

Tuan Haji Musa Zainal Abidin bin Othman

Timbalan Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia

Penasihat Utama

Encik Nik Hairi Bin Omar

Pemangku Pengetua Kolej Ungku Omar , UKM

Felo Penasihat

Encik Mashrom bin Muda

Felo Kanan Kolej Ungku Omar ,UKM

Ketua Pengarah

Ahmad Ruzaini bin Rahim / A141925

019-4129152

Timbalan Ketua Pengarah I

Page 13: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

Mohd Syakirin Alsyaidi Bin Tuan Zainal / A142201 / 011-14724647

Timbalan Ketua Pengarah II

Illyna binti Ibrahim / A140755 / 011-15734979

Timbalan Ketua Pengarah III

Muhammad Solihin Bin Hamzah / A144068 / 019-4232154

Setiausaha

Siti Nadzirah bt Ali / A141973 / 014-5005150

Timbalan Setiausaha

Nur Asyikin Binti Kamarulzaman / A145213 / 017-5935606

Bendahari

Nur Alina Binti Omar / A145242 / 013-3090370

Pengarah Program : Ahmad Azizi Bin Abd Rahman

Timbalan Pengarah Program : Maizathul Farhanis Binti Othman

AJK Program : Nazrul Farid Bin Amirudin

: Nurul Nazuah Binti Hasabulah

: Syahira Farhana Binti Ab Aziz

: Fatin Nabilah Syazwani Bt Ruslan

Pengarah Protokol : Nabilah Huda Binti Ahmad Sidek

Timbalan Pengarah Protokol : Nurul Izzah Mohd Nor

AJK Protokol : Nor Atikah Binti Ahmad

: Nurfatihah Ikhwani Binti Shamsul Bahri

: Nur Shuhada Bt Amin

Pengarah Jamuan : Mohd Taufik Bin Abd Jamil

Page 14: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

Timbalan Pengarah Jamuan : Rosyahieda Binti Saharuddin

AJK Jamuan : Norazlina Binti Ajis

: Norsafika Binti Abd Karim

: Azura Bt Bakar

Pengarah Teknikal : Mohd Arsyad Bin Hafizuddin

Timbalan Pengarah Teknikal : Nur Hazirah Binti Mohd Fuat

AJK Teknikal : Muhammad Hafidzi Bin Mohd Isa

: Iqhmar Syafiq Bin Mohd Azmi

: Muhammad Najib Bin Mohd Amin

: Mohamed Afiq Akmal Bin Mohamed Akil

: Nurul Huda Binti Jamaludin

Pengarah Pemasaran : Nur Fathiah Binti Azizul

Timbalan Pengarah Pemasaran : Ammar Afandi bin Che Aziz

AJK Pemasaran : Nur Aliah Binti Mohamad Khaduwi

: Zuhaira Binti Mohd Zulkifli

: Nurul Fatin Bt Rameli

: Nurul Amalina Bt Tarmidzi

: Muhamad Fakhruddin bin Dzulkarnain

: Siti Nur Aishah Bt Ahmad

: Mohd Mukhazzam Mansor

: Farrah Diyana Bt Zailan

: Nurfarah Bt Mohd Shobery

Pengarah Tugas-tugas Khas : Muhammad Farishah Bin Isnin

Page 15: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

Timbalan Pengarah Tugas-tugas Khas : Nurul Fatin Amira Binti Hamdan

AJK Tugas-tugas Khas : Mohamad Nurazam Bin Abdullah

: Mohammad Syahir Bin Jamaluddin

: Athifah Ain Alang bt Khalidin Alang

: Nurul Syazwani Binti Mohd Radzi

: Zul Fadli Bin Mohd Kamal

Pengarah Publisiti & Penerbitan : Mohammad Haiqal Asyraf bin Suhaimi

Timbalan Pengarah Publisiti & Penerbitan : Nurfilzah Binti Mohamed Rahim

AJK Publisiti & Penerbitan : Nurathirah Bt Khairuddin

: Nurulhuda Bt Masdar

: Nor Alya Atifah Binti Mohd Yunus

: Muhamad Haziq Bin Fuad

: Nor Diyana Binti Aziz

: Aina Salsabil Bt Abd Latif

: Muhamad Arif Bin Abdul Aziz

Pengarah Pengangkutan & Penginapan : Izad Firdaus Bin Yaakob

Timbalan Pengarah Pengangkutan & Penginapan: Muhammad Helmi Bin Hashim

AJK Pengangkutan & Penginapan : Mohammed Fitri bin Fuad

: Muhammad Hazwan Alif Bin Mohd Noor

: Nadia Natasya Azizuddin

: Nur Hasnina Tual

Pengarah Cenderamata : Nurul Adila Binti Zahaimi

Timbalan Pengarah Cenderamata : Maryati Binti Marzukhi

AJK Cenderamata : Noor Atikah Bt Samsul Bahar

: Fatin Roshafera bt Che Saari

: Arbaeiyyah Binti Che Mat

: Nur Izzati Binti Zainuddin

Page 16: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

Pengarah Gimik & Persembahan : Siti Basirah Binti Borhanudin

Timbalan Pengarah Gimik & Persembahan : Muhammad Syafiq Haiqal Bin Shafie

AJK Gimik & Persembahan : Muhammad Haziq Bin Mohd Rohir

: Nur Azila Binti Ismail

: Nur Syazwana Binti Munzani

: Nur Shafeera Bt Kamaruzzaman

LAMPIRAN B

Page 17: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

ATURCARA PROGRAM

ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI) KOLEJ UNGKU OMAR 2013/2014

JUMAAT, 14 FEBRUARI 2014

MASA PERKARA TEMPAT

2.30 petang Peserta dan AJK berkumpul (Perasmian dan

taklimat ringkas)

Kuala Selangor

3.00 petang Bergerak ke tempat penginapan

5.00 petang Tiba di tempat penginapan (Pembahagian

bilik, check in, solat)

8.00 malam Makan malam

8.30 malam Persediaan barang-barang keperluan di

sekolah dan kampung

10.00 malam Bersurai

SABTU, 15 FEBRUARI 2014

Page 18: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

MASA PERKARA TEMPAT

7.00 pagi Peserta dan AJK berkumpul

Kuala Selangor

7.30 pagi Bergerak ke sekolah

8.00 pagi Tiba di sekolah

8.30 pagi Taklimat ringkas (Pendaftaran & pengenalan

program)

9.00 pagi Sesi LDK 1 (Ice breaking)

10.00 pagi Minum pagi

10.30 pagi Sesi LDK 2 (Penerangan tentang universiti)

11.30 pagi Sesi LDK 3 (Kesimpulan)

12.30 tgh hari Majlis penutup

1.30 petang Makan tengah hari / Solat Zohor

2.30 petang Bergerak ke kampung di Kuala Selangor

2.45 petang Tiba di Kampung.

3.15 petang Sesi beramah mesra bersama penduduk

kampung dan pembahagian anak angkat

4.30 petang Solat Asar

5.00 petang Sukan tradisional bersama penduduk

kampung

6.30 petang Bergerak ke rumah keluarga angkat (Rehat,

solat)

8.30 malam Bergerak ke kampung

9.00 malam Malam kebudayaan.

10.30 malam Pulang ke tempat penginapan

AHAD, 16 FEBRUARI 2014

Page 19: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

MASA PERKARA TEMPAT

6.30 pagi Bergerak ke kampung

Kuala Selangor

7.00 pagi Tiba di kampung.

7.30 pagi Senamrobik (poco-poco)

8.00 pagi Aktiviti kemasyarakatan

12.00 tgh hari Majlis penutup

1.00 petang Makan tengah hari / Solat Zohor

2.00 petang Pulang ke tempat penginapan (check out)

4.30 petang Solat asar masjid kuala selangor

4.50 petang Berkumpul

5.00 petang Bergerak ke KL untuk program gelandangan

7.00 malam Solat Magrib

8.30 malam Tiba di Bangsar. Membantu gelandangan.

11.30 malam Pulang ke UKM

UKM Bangi12.30 pagi Tiba di UKM

LAMPIRAN C

Page 20: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

PERINCIAN PROGRAM

Aktiviti ‘ice-breaking’

AJK program akan mengendalikan aktiviti ‘ice-breaking’ serta pembahagian anak angkat kepada

keluarga angkat masing-masing. Tujuan aktiviti ini dibuat adalah untuk memberi peluang kepada

peserta dan keluarga angkat untuk mengenali diri masing-masing dengan lebih rapat dan

merapatkan ukhwah silaturrahim sesama insan.

Taklimat UKM

Taklimat ini akan menerangkan sedikit sebanyak tentang Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selain itu, penerangan tentang ‘campus life’ akan diberikan kepada pelajar. Terdapat juga sesi

soal jawab dan latihan dalam kumpulan (LDK) bersama pelajar sekolah tersebut

Senamrobik

Merupakan salah satu acara sukan yang menggabungkan semua penduduk kampung dan

masyarakat setempat serta peserta. Menjadi medium ke arah perpaduan dan gaya hidup sihat.

Keluarga Angkat

Dalam memperkukuhkan semangat ukhuwah dan mengeratkan silaturahim sesama peserta dan

masyarakat, mengenali penduduk kampung dengan lebih dekat dan mengenalpasti masalah-

masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung.

Sukan Tradisional

Sekretariat Keselamatan akan mengendalikan sukaneka bersama penduduk kampung. Antara

permainan yang dijalankan ialah permainan tradisional seperti lari dalam guni, pertandingan tarik

tali, dan sebagainya.

Aktiviti Kemasyarakatan

Page 21: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

Membantu penduduk-penduduk kampung yang kurang bernasib baik dengan memberi

sumbangan berbentuk hamper serta bergotong-royong dalam membersihkan dan memperbaiki

tempat kediaman mereka.

Program membantu gelandangan

Kelab Xtreme-C akan mengetuai program ini dimana golongan gelandangan akan diberikan

bantuan berbentuk makanan dan juga barang-barang terpakai yang didermakan. Contoh barang-

barang terpakai ialah baju, seluar, kasut, dan sebagainya. Sesi temuramah bersama golongan

gelandangan ini juga akan dibuat untuk mengumpulkan maklumat tentang mereka dimana

maklumat ini akan dikumpul dan akan diberikan kepada pihak berkuasa yang boleh membantu

mereka.

Majlis Penutupan

Sebagai penggulungan terhadap program yang telah berlangsung sepanjang 2 hari dan pemberian

cenderamata.

LAMPIRAN D

Page 22: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

BELANJAWAN

Anggaran pendapatan

BIL PERKARA RM

1.

2.

3.

Sumbangan Kolej Ungku Omar

Sumbangan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

Pemasaran Pelajar

1 000

1 000

10,000

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 12,000

Anggaran Perbelanjaan

Page 23: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

Bil. Perkara RM

1 Sewa Kereta

(RM 80 x 2.5 hari)

(15 buah kereta x 160)

3000

2 Minyak kenderaan

(RM 60 x 15)

900

3 Tol

(RM20 x 15)

300

4 T-shirt peserta

(RM20 x 75)

1,500

5 Publisiti 700

6 Cenderahati

-Wakil UKM

-Wakil penduduk kampung

-Pihak sekolah

-Perasmi

300

7 Hamper sukaneka

(RM 30 x 15)

450

8 Sukaneka

-alatan

200

9 Sumbangan untuk keluarga kurang bernasib baik

(RM100 x 5 keluarga)

500

10 Makanan pelajar sekolah

(RM 5 x 160)

800

11 Alatan untuk pelajar sekolah (fail, kertas dan pen) 400

12 Makanan AJK (RM 30 x 75) 2250

13 Makanan ringan penduduk kg

-minum petang

-minum malam

400

Page 24: kertas kerja anak muda nadi malaysia 2014

Mahasiswa Aspirasi Keharmonian

ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014

14 Rencam 300

Total 12,000