Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

28
Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014 QGJ3053 SUKAN INDIVIDU (PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH) PENSYARAH : GROUP : NAMA : ID : Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 1

description

MOGA BERMANFAAT

Transcript of Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Page 1: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

QGJ3053SUKAN INDIVIDU

(PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH)

PENSYARAH :

GROUP :

NAMA :

ID :

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 1

Page 2: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BADMINTON

PERINGKAT DAERAH BAU

TAHUN 2014

KELOLAAN

Unit Sukan dan Kokurikulum, Pejabat Pendidikan Daerah Bau

DENGAN KERJASAMA

Sekolah – sekolah Menengah dan Rendah Daerah Bau

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

TARIKH

23 – 27 MAC 2014

TEMPAT

Stadium Mini, Bau

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 2

Page 3: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

KEJOHANAN BADMINTON PERINGKAT DAERAH BAU

TAHUN 2014

1. Tujuan

Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan

serta bantuan kewangan dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak untuk mengadakan Kejohanan

Badminton Peringkat Daerah Bau bagi tahun 2014.

2. Pengenalan

Sukan badminton merupakan salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan

sebagai sukan teras negara. Namun negara agak ketandusan bakat muda bagi sukan ini terutama

bagi peringkat pelapis bawah 15 tahun. Kejohanan ini dilihat berpotensi untuk diadakan pada

setiap tahun sebagai salah satu kejohanan berprestij di peringkat daerah Bau. Hal ini kerana

permainan badminton semakin menjadi salah satu permainan pilihan rakyat Malaysia

terutamanya dan juga para pelajar amnya. Dengan kewujudan kelab-kelab badminton yang

semakin banyak pada masa kini, keadaan tersebut dilihat mampu untuk melahirkan lebih ramai

jaguh dalam sukan ini seperti pada zaman kegemilangan badminton negara suatu masa dulu.

Kejohanan ini secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan dan peranan yang dimainkan oleh

kelab-kelab yang lahiriahnya diwujudkan kerana minat yang mendalam terhadap dunia

badminton. Lahirnya jaguh badminton masa kini iaitu Datuk Lee Chong Wei iaitu pemain

badminton nombor satu dunia sedikit sebanyak diharap mampu menjadi sumber inspirasi dan

pemangkin kepada kewujudan lebih ramai jaguh bertaraf dunia pada masa hadapan sekiranya

lebih banyak kejohanan bertaraf tinggi diadakan disamping sistem pembangunan di peringkat

akar umbi dipertingkatkan secara lebih sistematik dan berkesan. Kejohanan yang akan diadakan

ini mensasarkan penyertaan daripada pelajar-pelajar sekolah khususnya yang berusia 15 tahun ke

bawah.

Menyedari hakikat ini, Unit Sukan dan Kokurikulum, Pejabat Pendidikan Daerah Bau

telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat muda terutama dibawah umur 15 tahun

di daerah Bau khususnya dengan penganjuran Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau. Ini

sejajar dengan usaha berterusan pihak kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia dan

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 3

Page 4: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

Kementerian Belia dan Sukan dalam menjadikan negeri Sarawak pelopor kepada usaha mencari

pelapis pemain badminton negara menjelang 2020.

3. Misi

Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk

memastikan kelancaran program ini dengan :

Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah supaya dapat

membentuk pelajar-pelajar yang berketrampilan dan berdisiplin.

Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang

ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.

Menjaga nama baik pejabat pendidikan dan sekolah sebelum, sepanjang dan

selepas pelaksanaan program.

4. Matlamat

Memperkenalkan dan mempromosikan sukan badminton di kalangan generasi

akar umbi

Memajukan sukan badminton sebagai sukan teras di peringkat sekolah rendah

seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan sihat dari segi rohani, jasmani, intelek

dan sosial

Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara guru-guru dan sekolah-

sekolah di daerah Bau terutama dalam pembangunan sukan badminton.

Menjadi medan kepada semua kelab yang bertanding menampilkan bakat-baru

dalam dunia badminton di samping mengiktiraf kewujudan dan peranan kelab.

Mempromosikan kepada masyarakat amalan gaya hidup yang sihat dan aktif

melalui bersukan.

Menjadi kayu ukur pencapaian yang baik kepada kelab-kelab yang bertanding.

5. Objektif

Objektif penganjuran adalah berasaskan Hasil Pembelajaran Pogram berasaskan

Kontrak Pembelajaran (Learning Contract) dan sistem HASIL PEMBELAJARAN(HP)

seperti berikut :

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 4

Page 5: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

Memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang

terbaik. Sikap sambil lewa dan “acuh tak acuh” tidak boleh wujud dalam

masyarakat yang berdaya maju.

Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat

Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu

dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya

memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk

sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu

sepanjang hayat.

Memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan

tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh

semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam

melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.

Tabah dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat

Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu

memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa

jua bidang yang diceburi.

Setia sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan

berkorban demi negara yang tercinta.

Salah satu cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah

dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan

mana-mana pihak yang lain.

Kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan

berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu

dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang

masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari

penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi

perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

6. Tema

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 5

Page 6: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

“ BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN ”

Tema ini dipilih berdasarkan matlamat dan objektif program yang telah digariskan iaitu

mencipta kegemilangan sukan. Bersukan mampu mengurangkan risiko penyakit-penyakit

kronik dan menghindar kita dari tabiat hidup yang buruk. Gabungan faktor ini

memangkinkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang.

7. Tarikh dan Masa

Kejohanan ini berlangsung pada ketetapan yang berikut :

Tarikh : 23 – 27 MAC 2014

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Stadium Mini, Bau

8. Pengelolaan / Penganjuran

Unit Sukan dan Kokurikulum, Pejabat Pendidikan Daerah Bau

Sekolah-sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Daerah Bau

9. Publisiti

Liputan publisiti atau hebahan mengenai kejohanan ini akan dihantar melalui

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak untuk hebahan kepada kelab-kelab badminton sekolah di

bawah naungannya. Selain itu hebahan turut akan dibuat melalui laman sosial seperti blog

dan facebook. Publisiti kejohanan ini dirancang akan bermula seawal 3 bulan sebelum

kejohanan bermula.

10. Sasaran Peserta

Pelajar-pelajar sekolah bawah 15 tahun di peringkat Daerah Bau

11. Jawatankuasa Pengelolaan Kejohanan

( Sila rujuk Lampiran B )

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 6

Page 7: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 7

Page 8: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

12. Tentatif Program

( Sila rujuk Lampiran C )

13. Kewangan

( Sila rujuk Lampiran D )

14. Pejabat Urusan

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila

hubungi :

Unit Sukan dan Kokurikulum,

Pejabat Pendidikan Derah Bau

Jalan Tasik Biru

94000 Bau. Sarawak

( u.p : Encik Aslan Bin Haji Ahmad – 014-5777421)

Tel : 082 – 763124 Faks : 082 - 764080

E-mel : [email protected]

15. Penutup

Kerjasama dari seluruh pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung adalah

amat diharapkan bagi melancarkan lagi perjalanan program yang julung-julung kali diadakan ini.

Semoga kertas kerja Kejohanan Badminton PEringkat Daerah Bau Tahun 2014 ini mendapat

kelulusan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan juga amat diharapkan pihak

jabatan dapat mempertimbangkan sewajarnya serta meluluskan permohonan seperti yang telah

dinyatakan. Kejohanan ini juga boleh dijadikan wahana untuk merealisasikan hasrat

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan usaha ke arah pembangunan sukan di

peringkat sekolah dan juga negeri mencapai matlamatnya. Tanggungjawab dan harapan yang

diamanahkan akan dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dan dedikasi agar kejohanan ini

dapat dijayakan sepenuhnya.

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 8

Page 9: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

Disediakan oleh

NURSITY BINTI HAJI SALLEH

Penyelaras

Kejohanan Badminton Peringkat Daerah

Bau

Pejabat Pendidikan Daerah Bau

Jalan Tasik Biru

94000 Bau

Disokong oleh

ASLAN BIN HAJI AHMAD

Penyelia Unit Sukan dan Kokurikulum

Pejabat Pendidikan Daerah Bau

Jalan Tasik Biru

94000 Bau

Disemak oleh

HAJAH SERINA BINTI SAUNI

Pengarah

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Jalan Diplomatik Off Jalan Bako

93050 Petra Jaya

Kuching

Disahkan oleh

LES MET

Pegawai Pendidikan Daerah Bau

Pejabat Pendidikan Daerah Bau

Jalan Tasik Biru

94000 Bau.

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 9

Page 10: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

Lampiran A

KEJOHANAN BADMINTON PERINGKAT DAERAH BAUTAHUN 2014

BORANG PENDAFTARAN

TARIKH : 23 - 27 MAC 2014 TEMPAT : DEWAN TERTUTUP, STADIUM MINI BAU MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG

KATEGORI : i. Perseorangan Lelaki ( 15 TKB )*Sila pilih yang berkaitan

ii. Perseorangan Perempuan ( 15 TKB )

iii. Bergu Lelaki ( 15 TKB )

iv. Bergu Perempuan ( 15TKB )

NAMA PEMAIN 1 : ------------------------------------------------------------------------------

NO KAD PENGENALAN :

NAMA PEMAIN 2 : -------------------------------------------------------------------------------

NO KAD PENGENALAN :

ALAMAT RUMAH/ PEJABAT : ------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------

NO TELEFON : -----------------------------(PEJABAT) ------------------------------(H/P)

-----------------------------(RUMAH)

SERAHAN BORANG : Unit Sukan dan Kokurikulum, Pejabat Pendidikan Daerah Bau, Blok B, Jalan Tasik Biru, 94000 Bau ( u.p : Puan Nursity Binti Haji Salleh atau Encik Aslan Bin Haji Ahmad )

BAYARAN JUGA BOLEH DIBUAT DI DEWAN TERTUTUP, STADIUM MINI BAU ( SEMASA PENDAFTARAN PESERTA ) ATAU UNIT SUKAN DAN KOKURIKULUM, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BAU

Untuk keterangan sila hubungi : En. Aslan Bin Haji Ahmad ( 014-5777421 ) / Puan Nursity Binti Haji Salleh ( 013-4777000 ) / Pn Ashylani Hikmah Bt Zamhari ( 017-8224674 ) atau 082 - 762134 Faks : 082-764080

Emel : [email protected] DAN PERATURAN

KEJOHANAN BADMINTON PERINGKAT DAERAH BAU TAHUN 2014

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 10

TARIKH TUTUP PENYERTAAN10 Mac 2014

(Isnin)

Page 11: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

1.0 PENGANJURPejabat Pendidikan Daerah Bau

2.0 TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN23 - 27 Mac 2014, 8.00 pagi -5.00 petang.

3.0 TEMPAT PERTANDINGAN :Dewan Tertutup, Stadium Mini Bau

4.0 UNDANG-UNDANGPertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini.

5.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN UNDIAN

5.1 Pada 10 Mac 2014 (Isnin). Borang penyertaan hendaklah diserahkan kepada penganjur di Unit Sukan dan Kokurikulum, Pejabat Pendidikan Daerah Bau.

5.2 Jadual perlawanan rasmi akan diedarkan pada para pemain atau wakil 17 Mac 2014 (Isnin) di Bilik Mesyuarat ,Pejabat Pendidikan Daerah Bau.

5.3 Penyertaan adalah terbuka kepada 32 penyertaan sahaja bagi setiap kategori.

6.0 SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN AM PERTANDINGAN

6.1 Penyertaan adalah TERTUTUP kepada semua pelajar di bawah 15 tahun yang bersekolah di sekitar Daerah Bau.

6.2 Setiap pemain hanya dibenarkan untuk menyertai 2 kategori. Pemain yang pernah mewakili NEGARA dalam kejohanan KEBANGSAAN tidak dibenarkan mendaftar.

6.3 Pertandingan ini akan dibahagikan kepada EMPAT KATEGORI iaitu:

i. Perseorangan Lelaki Bawah 15 Tahunii. Perseorangan Perempuan Bawah 15 Tahuniii. Bergu Lelaki Bawah 15 Tahuniv. Bergu Perempuan Bawah 15 Tahun

7.0 PERATURAN PERTANDINGAN

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 11

Page 12: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

7.1 Format pertandingan akan dijalankan secara kalah singkir.

7.2 Perlawanan akan dijalankan berdasarkan kiraan mata 21.

8.0 PERTANDINGAN AKHIR

8.1 Pemenang-pemenang perlawanan SEPARUH AKHIR adalah layak bermain dalam Pertandingan Akhir untuk menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN.

9.0 PERLAWANAN

9.1 Semua perlawanan akan dimulakan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola pertandingan.

9.2 Setiap pemain dikehendaki berada ditempat permainan LIMA BELAS MINIT lebih awal dari masa yang dijadualkan. Penangguhan masa LIMA BELAS MINIT hanya akan diberi dan selepas penangguhan tersebut maka pengadil berkuasa memberi kemenangan percuma kepada pemain yang hadir mengikut jadual.

9.3 Semua pemain tidak dibenarkan memakai objek larangan seperti barang kemas, pin, gelang tangan, cincin atau apa sahaja yang boleh membahayakan pemain.

9.4 Penentuan gelanggang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

9.5 Bulu Tangkis akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola

Pertandingan dan keputusan adalah MUKTAMAD.

9.6 Jadual pertandingan boleh diubah sekiranya difikirkan perlu oleh Pengerusi Pertandingan. Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab untuk memastikan perlawanan-perlawanan seterusnya dari Pengerusi Pertandingan.

10.0 BANTAHAN

10.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat 30 minit selepas perlawanan berkenaan tamat dengan wang cagaran sebanyak RM 100.00 secara bertulis.

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 12

Page 13: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

10.2 Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya.

10.3 Panel bantahan akan di diwakili oleh jawatankuasa penganjur dan tiga (3 )orang wakil berkecuali yang akan ditentukan sendiri oleh pihak penganjur.

11.0 YURAN PENYERTAAN

11.1 Yuran penyertaan adalah berdasarkan kepada kategori iaitu:

i. Perseorangan Lelaki Bwh 15 Tahun - RM 20.00ii. Perseorangan Perempuan Bwh 15 Tahun - RM 20.00iii. Bergu Lelaki Bawah 15 Tahun - RM 30.00iv. Bergu Perempuan Bawah 15 Tahun - RM 30.00

12.0 TANGGUNGJAWAB PEMAIN

12.1 Pemain-pemain adalah bertanggungjawab untuk mematuhi segala syarat-syarat yang dikenakan bagi melicinkan perjalanan pertandingan ini.

12.2 Jawatankuasa pengelola pertandingan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan atau kecederaan atau kerugian para peserta sepanjang pertandingan ini.

13.0 HADIAH

13.1 Hadiah akan diberikan kepada Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat mengikut kategori.

13.1.1 Perseorangan Lelaki Bwh 15 Thn Pertama - RM 150.00Kedua - RM 100.00Ketiga - RM 80.00Keempat- Hamper

13.1.2 Perseorangan Wanita Bwh 15 Thn Pertama - RM 150.00Kedua - RM 100.00Ketiga - RM 80.00Keempat- Hamper

13.1.3 Bergu Lelaki Bwh 15 Thn Pertama - RM 350.00Kedua - RM 250.00Ketiga - RM 150.00

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 13

Page 14: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

Keempat- Hamper

13.1.4 Bergu Perempuan Bwh 15 Thn Pertama - RM 300.00Kedua - RM 200.00Ketiga - RM 100.00Keempat- Hamper

Lampiran B

Jawatankuasa khas pengelolaan kejohanan ini yang telah dilantik oleh Pejabat

Pendidikan Daerah Bau.

Penaung : Encik Les Met

Penasihat : Encik Aslan Bin Haji Ahmad

Ketua Pengelola : Puan Nursity Binti Haji Salleh

Timb. Ketua Pengelola 1 : Ashylani Hikmah Bt Zamhari

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 14

Page 15: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

Timb. Ketua Pengelola 2 : Ismawati Bt. Ishak

Setiausaha : Nor Laila Bt. Abdul Kadir

Bendahari : Salmah Bt. Jusoh

Jawatankuasa Kecil : Mohd Nor Hidayat bin Muhammad Nordin

(Pengurusan Majlis)

Mior Azizulhakimi bin Mior Azmi

(Penyelaras Program)

Veera a/l Kunasegaran

(Penyelaras Peralatan)

Mohd Salleh bin Idris

(Penyelaras Kepengadilan)

Siti Halijah Bt Rohani

(Penyelaras Kebajikan & Cenderamata)

Mohd Ikram bin Mohd Amin

(Penyelaras Protokol)

Lampiran C

TENTATIF PROGRAM

KEJOHANAN BADMINTON PERINGKAT DAERAH BAU TAHUN 2014

ISNIN, 23 MAC 2014

MASA PERKARA TEMPAT

8.00 pagi Pendedahan aturcara kepada urusetia Dewan Tertutup,

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 15

Page 16: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

Stadium Mini Bau10.00 pagi Pendaftaran pemain

2.00 petang Kejohanan Berpasukan bermula

5.00 petang Bersurai

SELASA, 24 MAC 2014

MASA PERKARA TEMPAT

8.00 pagi Sambungan Peringkat Kumpulan

Dewan Tertutup,

Stadium Mini Bau

12.00 tengahari Rehat I

2.00 petang Sambungan Peringkat Kumpulan

4.30 petang Rehat II

5.00 petang Bersurai

RABU, 25 MAC 2014

MASA PERKARA TEMPAT

8.00 pagi-Suku Akhir Kejohanan IPT

-Pusingan awl ketegori beregu terbuka

Dewan Tertutup,

Stadium Mini Bau

9.30 pagi Rehat I

10.00 pagi-Separuh akhir Kejohanan IPT

- Sambungan Pusingan awal Kategori terbuka

12.00 tengahari Rehat II

2.00 petang Sambungan peringkat awal beregu terbuka

3.30 petang Separuh akhir peringkat beregu terbuka

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 16

Page 17: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

KHAMIS, 26 MAC 2014

MASA PERKARA TEMPAT

8.00 pagiPersiapan untuk ketibaan Pengarah Jabatan

Pendidikan Negeri Sarawak

Dewan Tertutup,

Stadium Mini Bau

10.00 pagi

Ketibaan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri

Sarawak

Perlawanan Akhir Kejohanan Badminton Piala

Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali 2014

-Kategori Berpasukan IPT

-Kategori Beregu terbuka

12.00 tengahariPenyampaian Hadiah dan Perasmian Penutup

Sesi bergambar

1.00 petang Makan tengahari

2.30 petang Bersurai

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 17

Page 18: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

Lampiran D

BELANJAWAN

KEJOHANAN BADMINTON PERINGKAT DAERAH BAU TAHUN 2014

Anggaran Pendapatan

BIL PERKARA RM

1.

2.

3.

4.

5.

Yuran Majlis Sukan-sukan Sekolah Sarawak ( MSSS )

Sumbangan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Sumbangan Persatuan Badminton Kebangsaan

Penajaan Korporat / Syarikat

Yuran Penyertaan Pasukan

i. 28 pasukan × RM 294.00

3,600.00

3,000.00

2,500.00

1,500.00

8,232.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 18,500.00

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA RM

1. Pengurusan

i) Toner Ink (RM 150/ unit × 2 unit)

ii) Katrij warna (RM 55/ set × 2 set)

iii) Kertas A4 (RM 8.80/ reams × 15 reams)

iv) Alat tulis

v) Fotokopi & Percetakan

300.00

110.00

132.00

120.00

300.00

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 18

Page 19: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

2.

3.

4.

vi) Ring-ring card (RM 8.45/ keping × 40 keping)

Makanan & minuman

i) 23 - 27 Mac 2014

Sarapan pagi (150 orang × RM 4/ seorang/ hari ×

5 hari)

Makan tengah hari (150 orang × RM 5/ seorang/

hari × 5 hari)

ii) Air minuman botol 500 ml (RM 8/ kotak × 100

kotak)

Pembelian Peralatan

i) Shuttlecock ( RM 50 × 45 tabung )

ii) Baju urusetia ( RM 15 × 60 orang )

iii) Tag nama urusetia, peserta & lanyard ( RM

2.50 × 240 orang )

338.00

3,000.00

3,750.00

800.00

2,250.00

900.00

600.00

250.00

750.00

150.00

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 19

Page 20: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

5.

6.

Cenderamata dan Hadiah

i) Cenderamata Perasmi ( RM 250 × 1 buah )

ii) Cenderamata Pengadil (RM 30 × 4 buah)

iii) Wang Tunai Kemenangan ( kategori

perseorangan lelaki dan perempuan 15 TKB )

Tempat Pertama ( RM 150.00 x 2 )

Tempat Kedua ( RM 100.00 x 2 )

Tempat Ketiga ( RM 80.00 x 2 )

v) Wang Tunai Kemenangan ( kategori bergu

lelaki 15 TKB )

Tempat Pertama ( RM 350.00 )

Tempat Kedua ( RM 250.00 )

Tempat Ketiga ( RM 150.00 )

vi) Wang Tunai Kemenangan ( kategori bergu

perempuan 15 TKB )

Tempat Pertama ( RM 300.00 )

Tempat Kedua ( RM 200.00 )

Tempat Ketiga ( RM 100.00 )

vii) Hamper

Tempat Keempat ( RM 50.00 X 4 )

Publisiti

250.00

120.00

300.00

200.00

160.00

350.00

250.00

150.00

300.00

200.00

100.00

Sumbangan Penaja

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 20

Page 21: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

7.

i) Printed banner (15’ × 8’ × 2 keping × RM 0.50/

kaki)

ii) Printed banner backdrop (15’ × 8’ × 1 keping ×

RM 0.50/ kaki)

iii) Printed bunting (2’ × 6’ × 150 keping × RM

0.50/ kaki)

iv) Poster A2 (400 keping × RM 2/ keping

Teknikal

i) Backdrop

ii) Podium

iii) Bateri

iv) Penyelenggaraan

180.00

60.00

900.00

800.00

200.00

-

150.00

-

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 18,332.00

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 21

Page 22: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

GAMBAR-GAMBAR KEJOHANAN BADMINTON PERINGKAT DAERAH BAU

TAHUN 2014

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 22

Page 23: Kertas Kerja Badminton - Tugasan 2

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Bau Tahun 2014

Bersama Mencipta Kegemilangan Sukan Page 23