Kertas Kerja Bangunan Ppki 2012

4
KERTAS KERJA PERMOHONAN PEMBINAAN BANGUNAN BARU PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PEMBELAJARAN) SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM 75350 MELAKA PENDIDIKAN KHAS - BP SEKOLAH RENDAH 1. LATAR BELAKANG KELAS Program Pendidikan Khas SK Batu Berendam telah ditubuhkan pada Januari 2009. Pada asal penubuhan program ini di bawah Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia adalah bertujuan mewujudkan Program Pendidikan Khas Disleksia. Tetapi setelah Ujian Dianostik dijalankan ke atas murid-murid SKBB, tidak terdapat pelajar yang mengalami masalah ini. Seterusnya program ini ditukar kepada Program Masalah Pembelajaran (BP) setelah mengambil kira terdapat ramai murid di sekolah ini yang mengalami masalah pembelajaran berpandu Ujian Dianostik yang jalankan sebelum ini. Pembukaan Kelas Pendidikan Khas (Pembelajaran) oleh 2 orang guru yang ditugaskan iaitu Pn. Rahayu Binti Mohd Yusof (Penyelaras) dan En. Hezlie Noorshyam Bin Abu Samah. Pada awalnya menerima 10 orang murid dan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan Februari 2009, menggunakan Bilik Panitia Pendidikan Islam sebagai kelas sementara bagi P&P. Berikutan pertambahan murid pada pertengahan tahun 2009, Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka memperuntukan pertambahan seorang guru GSTT dan dan seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) berdasarkan nisbah bilangan murid 1:5 mengikut ratio dan permasalahan murid. 2. BIODATA PPKI SK BATU BERENDAM Nama : Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Sekolah : Sekolah Kebangsaan Batu Berendam, Melaka Daerah : Melaka Tengah Negeri : Melaka Status : Sekolah Kebangsaan Bilangan Guru : 6 orang

description

Contoh Kertas Kerja Pembangunan Kelas

Transcript of Kertas Kerja Bangunan Ppki 2012

KERTAS KERJA

KERTAS KERJA PERMOHONAN PEMBINAAN BANGUNAN BARU

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PEMBELAJARAN)

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM

75350 MELAKA

PENDIDIKAN KHAS - BP SEKOLAH RENDAH

1.LATAR BELAKANG KELAS

Program Pendidikan Khas SK Batu Berendam telah ditubuhkan pada Januari 2009. Pada asal penubuhan program ini di bawah Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia adalah bertujuan mewujudkan Program Pendidikan Khas Disleksia. Tetapi setelah Ujian Dianostik dijalankan ke atas murid-murid SKBB, tidak terdapat pelajar yang mengalami masalah ini. Seterusnya program ini ditukar kepada Program Masalah Pembelajaran (BP) setelah mengambil kira terdapat ramai murid di sekolah ini yang mengalami masalah pembelajaran berpandu Ujian Dianostik yang jalankan sebelum ini.

Pembukaan Kelas Pendidikan Khas (Pembelajaran) oleh 2 orang guru yang ditugaskan iaitu Pn. Rahayu Binti Mohd Yusof (Penyelaras) dan En. Hezlie Noorshyam Bin Abu Samah.

Pada awalnya menerima 10 orang murid dan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan Februari 2009, menggunakan Bilik Panitia Pendidikan Islam sebagai kelas sementara bagi P&P. Berikutan pertambahan murid pada pertengahan tahun 2009, Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka memperuntukan pertambahan seorang guru GSTT dan dan seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) berdasarkan nisbah bilangan murid 1:5 mengikut ratio dan permasalahan murid.

2. BIODATA PPKI SK BATU BERENDAM

Nama: Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran)

Sekolah: Sekolah Kebangsaan Batu Berendam, Melaka

Daerah: Melaka Tengah

Negeri : Melaka

Status: Sekolah Kebangsaan

Bilangan Guru: 6 orang

Guru GPI: 1 orang

PPM: 3 orang

Sesi: 1 sesi (Pagi)

Kawasan: Bandar

Dalam mencapai matlamat Kementerian Malaysia untuk memberikan pendidikan yang seimbang dan menyeluruh kepada semua murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, Pihak sekolah telah memohon dari Unit Pembangunan, Jabatan Pelajaran Melaka bagi mengubahsuai Kelas Pra Sekolah yang berpindah ke bangunan baru untuk dijadikan 2 buah bilik darjah, 1 ruang dapur dan 1 bilik air sedia ada. Pengubahsuaian ini dibuat bagi menempatkan murid khas dan menampung bilangan murid yang semakin bertambah bagi memberi keselesaan kepada murid-murid PPKI dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Pada masa ini Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) beroperasi seperti yang dinyatakan di bawah ini.

Bil

Perkara

Jumlah

1.

Bilangan Kelas (P&P)

4 kelas

2.

Bilangan murid

30 orang

2.

Bilangan Guru PPKI & GPI

7 orang

3.

Bilangan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)

3 orang

Keadaan ruang kelas yang masih tidak mencukupi bagi menampung bilangan murid yang semakin ramai membuatkan pergerakan murid amat terbatas. Ruang pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk stesen tidak dapat diwujudkan dan situasi sebenar bagi memenuhi kepelbagaian keupayaan murid amat terhad dijalankan.

3. OBJEKTIF PEMBINAAN

3.1 Objektif pembinaan bangunan baru yang dicadangkan adalah bagi menyediakan kemudahan-kemudahan penting bagi program PPKI SK Batu Berendam.

3.2 Menyediakan bilik pengajaran dan pembelajaran mengikut sistem stesen untuk mewujudkan situasi sebenar bagi memenuhi kepelbagaian keupayaan murid.

3.3 Pembinaan yang dicadangkan ialah pembahagian bilik darjah kepada bahagian-bahagian tertentu berbentuk kelas dengan pembahagi yang sesuai dan selesa.

4. KOMPONEN PEMBINAAN

4.1Komponen pembinaan bangunan yang dicadangkan adalah terdiri daripada:

i. 5 bilik kelas

ii. 1 bilik urus diri/kemahiran Maniputaif

iii. 1 bilik sumber

iv. 1 bilik fail/stor

v. 1 ruang untuk riadah

vi. 2 bilik air (Lelaki & Perempuan)

4.2Status tapak : Tanah Kerajaan

4.3Gred Sekolah: A

4.4Kawasan: Bandar

5. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKAN DARIPADA PEMBINAAN BANGUNAN

5.1 Melalui sistem stesen dapat menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif dan kondusif serta selamat dan berkesan.

5.2 Keselamatan murid lebih terjamin

6. JUSTIFIKASI PEMBINAAN BANGUNAN

6.1 Bilik darjah yang sedia ada kurang kondusif dan kurang sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid PPKI.

7. MAKLUMAT TAMBAHAN

7.1 Gambar bangunan P&P lama.

7.2Gambar bangunan P&P sekarang.

7.3Gambar tapak cadangan bangunan baru.

(Disahkan oleh,(TN. HJ. ADAM BIN MOHAMAD) Guru Besar SK Batu Berendam, Melaka)

Yang Menjalankan Tugas.

.

(EN. HEZLIE NOORSHYAM BIN ABU SAMAH)

Penyelaras PPKI

SK Batu Berendam, Melaka