Kertas Kerja Bengkel Batik
description
Transcript of Kertas Kerja Bengkel Batik
Kertas Kerja Projek Bengkel Seni : Mewarna Batik dan Ikat Celup
KERTAS KERJA PROJEK BENGKEL SENI : MEWARNA BATIK DAN IKAT CELUP
1. PENGENALAN
Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Kangkar Pulai terdiri
daripada murid-murid istimewa dari pelbagai kategori seperti Sindrom
Down(hyper aktif) dan Slow Learner. PPKI SMK Kangkar Pulai merancang untuk
mengadakan Bengkel Seni: Mewarna Batik dan Ikat Celup. Pendidikan seni
visual seperti ini amat perlu untuk murid-murid ini bagi memperkembangan
diri mereka dari aspek jasmani, rohani, dan intelek disamping dapat memupuk
perasaan bangga dan lebih dihargai walaupun mengalami kekurangan. Bagi
menjayakan program ini,kerjasama dan sokongan dari semua pihak amatlah
diharapkan.
2. ANJURAN
Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Kangkar Pulai
3. RASIONAL PROGRAM
Projek Bengkel Seni : Mewarna batik dan Ikat Celup adalah bertujuan
meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus serta daya kreativiti
murid-murid pendidikan khas. . Selain itu, mendedahkan murid-murid dengan
bidang kerjaya yang dapat diceburi oleh mereka berdasarkan kemahiran dan
kreativiti mereka menghasilkan produk seni.
4. OBJEKTIF
1. Memenuhi keperluan individu yang mempunyai pelbagai tahap
keupayaan ke arah kehidupan yang lebih bermakna selaras dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Khas.
2. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid terhadap aktiviti
seni bidang membuat corak dan rekaan mewarna batik dan ikat celup.
3. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual yang menarik dan bermakna.
Kertas Kerja Projek Bengkel Seni : Mewarna Batik dan Ikat Celup
4. Memupuk perasan bangga dan rasa dihargai dalam kalangan murid
pendidikan khas walaupun mengalami kekurangan.
5. SASARAN
30 orang pelajar kelas Pendidikan Khas SMK Kangkar Pulai (Senarai nama sila
rujuk lampiran)
6. BUTIRAN PROGRAM
Masa : Pdp Pendidikan Seni VisualTempat : Kelas Pendidikan khas
7. SUMBER KEWANGAN Peruntukan Bantuan Per Kapita Murid
8. ANGGARAN BELANJAWAN MENGURUS PROGRAMJumlah wang : RM 345Punca wang : Peruntukan Bantuan Per Kapita Murid = RM 345
Butiran anggaran belanjawan
Bil PerkaraUnit/Bilang
an
Anggaran
Harga
Seunit
Jumlah
1 Kain kapas (cotton) 4 meter RM 5.00 RM 20.00
2 Kain Fuji 3 set RM 15.00 RM 45. 00
2 T-shirt putih 15 helai RM 10.00 RM 150.00
3Pewarna batik (9 jenis
warna)1 set RM 70.00 RM 70.00
4 Berus 4 set RM 5.00 RM 20.00
5 Kayu pemidang 10 batang RM 3.00 RM 30.00
6 Pencanting 1 set RM 10.00 RM 10. 00
Jumlah RM 345.00
JUMLAH KESELURUHAN : RM 345.00
Kertas Kerja Projek Bengkel Seni : Mewarna Batik dan Ikat Celup
AHLI JAWATANKUASA KERJAPROJEK BENGKEL SENI : MEWARNA BATIK DAN IKAT CELUP
PPKI SMK KANGKAR PULAI
PENASIHATEncik Shahbudin bin Yusoff (Pengetua)
PENGERUSIPuan Wan Som binti Wan Hussin (Penyelaras)
PENYELARAS PROGRAMCik Nurhidayah binti Juhari
PENYELARAS BERSAMAPuan Salina binti Shahadan
AJK DOKUMENTASIPuan Siti Zainab binti Mat
PERSIAPAN TEMPATCik Nurhidayah binti Juhari
AJK AKTIVITIPuan Salina binti Shahadan
AJK FOTOGRAFIPuan Suzliyana binti Zainal
AJK PERALATANCik Nurharyani binti Hashim
Kertas Kerja Projek Bengkel Seni : Mewarna Batik dan Ikat Celup
9.PENUTUP
Diharapkan bengkel ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga projek
bengkel ini dapat meningkatkan motivasi diri murid dalam menambah pengetahuan dan
pengalaman terhadap seni mewarna batik dan ikat celup ini. Oleh itu, kerjasama dari
semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh,
………………………………..( NURHIDAYAH BINTI JUHARI)GuruProgram Pend. Khas Integrasi SMK Kangkar Pulai,Johor Bahru, Johor.
Disokong/Tidak Disokong,
………………………………………..
Disemak oleh,
………………………………..
(PUAN WAN SOM BINTI WAN HUSSIN)
Penyelaras,Program Pend. Khas Integrasi SMK Kangkar Pulai,Johor Bahru, Johor