Kertas Kerja Bengkel Fasilitator Anjuran Unit Kokurikulum Dan Kerjasama Kelab Rakan Muda

13
KERTAS KERJA BENGKEL FASILITATOR ANJURAN UNIT KOKURIKULUM DAN KERJASAMA KELAB RAKAN MUDA, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERLING TAHUN 2012

description

bengkel fasilitator

Transcript of Kertas Kerja Bengkel Fasilitator Anjuran Unit Kokurikulum Dan Kerjasama Kelab Rakan Muda

KERTAS KERJA BENGKEL FASILITATOR ANJURAN UNIT KOKURIKULUM DAN KERJASAMA KELAB RAKAN MUDA, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERLING TAHUN 2012

1.0Pendahuluan

Fasilitator yang berkesan adalah seorang yang mempunyai peribadi yang mantap dan berwibawa dan mempunyai ciri-ciri yang membolehkannya diterima oleh kumpulan. Fasilitator adalah orang yang sangat menjadi perhatian dan tumpuan oleh para peserta di dalam sesuatu kursus atau bengkel. Akan tetapi ramai dikalangan pelajar yang masih kabur tentang fungsi dan peranan sebenar menjadi fasilitator program sehingga mengakibatkan sesuatu program itu menjadi hambar dan adakala objektif program tidak tercapai dengan sempurnanya. Berikut diberikan beberapa panduan yang boleh dipraktikkan oleh individu yang menjadi fasilitator.

Fasilitator yang Mendengar Secara Aktif.Fasilitator begini apabila mereka menyoal, mereka akan tunggu jawapan dengan tekun. Antara ciri yang terserlah adalah kemahirannya menganalisis secara tepat terhadap peserta kumpulannya. Seorang fasilitator yang bijak mencari peluang secara spontan untuk mengeluarkan pandangan untuk difikirkan bersama di dalam kumpulan. Bukan itu sahaja, fasilitator tersebut akan membantu para peserta meningkatkan potensi dan keupayaan peserta dalam berfikir, berkomitmen dan bertindak. Fasilitator begini dikategorikan oleh peserta sebagai fasilitator yang perihatin.

Fasilitator yang Suka Menambah Ilmunya.Satu perkara yang dianggap hebat adalah berdasarkan tabiatnya yang suka mengumpul maklumat tidak kira samada ianya dalam bentuk ilmiah atau pengetahuan am. fasilitator adalah manusia yang sangat dahagakan ilmu. Mereka suka membaca dan bertanya bagi mendapatkan maklumat dan suka berkongsi buah fikiran. Sikapnya yang suka berkongsi kemampuan dan haknya dengan orang lain menjadikan mereka disenangi. Sebagai fasilitator yang banyak membaca, mereka mampu berkomunikasi dan berbincang dalam pelbagai tajuk dan perkara dengan para pesertanya.

Dalam mencari dan berkongsi ilmu mereka tidak lokek. Dalam dirinya sudah tertanam niat yang baik, (kalau boleh dia mahu menjadi penyampai maklumat yang banyak). Mungkin kerana sikapnya yang beginilah mereka mudah dihampiri dan mudah jadi mesra. Mereka tidak malu memperkatakan, Maafkan saya, saya tidak tahu perkara ini. Boleh tak saudara terangkan pada saya? Ketika mendengar sebarang penjelasan seorang fasilitator akan mendengar dengan tekun. Sudah tentu orang yang menjelaskan juga akan berkelakuan bersungguh-sungguh apabila melihat fasilitator berbuat demikian.

Fasilitator Berkebolehan Merancang dan MengaturFasilitator yang bijak dapat menyampaikan pembelajaran tanpa memberitahu apa yang patut dibuat. Perkara ini akan berlaku apabila fasilitator tidak menguasai majlis dan berkecuali semasa kumpulan mencari jawapan dan kesimpulan. Kebolehan merancang dan mengatur yang terdapat pada seorang fasilitator akan sentiasa dilihat sebagai sifat keunggulannya. Mereka mampu membuat kesimpulan daripada maklumat yang diberikan oleh kumpulan. Kecekapannya menganalisis dan mencerakin, membolehkan mereka memahami dan mentafsir maklumat dan menjelaskannya. Rumusan yang disusun dengan kata-kata yang kemas mudah difahami oleh pendengarnya.

2.0Matlamat

Ramai yang berminat untuk melibatkan diri sebagai fasilitator, dalam pelbagai niat, untuk mendidik, untuk pengalaman, untuk glamer dan pelbagai lagi. Namun asas-asas fasilitator haruslah dipelajari. Sebelum pelajar melangkah untuk menceburi dalam bidang ini, pelajar haruslah lengkapkan diri dengan pakej-pakej di bawah, antaranya.

1. Keberanian berkomunikasi di khalayak umum.Fasilitator akan bertindak sebagai pemudahcara dalam sesuatu program. Kebolehan untuk bercakap di khalayak umum akan memberikan kelebihan pada diri pelajar.

2. Pengalaman yang luasKehadiran pelajar sebagai fasilitator bukanlah sekadar kosong sahaja. Pelajar haruslah bawa nilai-nilai tertentu untuk pastikan ilmu yang ingin disampaikan mencapai matlamatnya.

3. Diri yang fleksibelDalam sesuatu program, pelbagai kemungkinan yang boleh terjadi. Kebolehan menyesesuaikan diri dalam mana-mana situasi melatih diri pelajar mengatasi pelbagai masalah dalam program.

4. Ilmu fasilitatorApa beza polis dan guru dengan seorang fasilitator? Apa maksud fasilitator itu? Ilmu sebegini diperlukan untuk memahami apa sebenarnya konsep fasilitator ini. Seorang fasilitator haruslah memiliki sedikit ilmu mempengaruhi psikologi seseorang.

Demikian serba-sedikit mengenai pakej yang patut ada. Selainnya kebolehan bekerja dalam kumpulan, bertimbang rasa, memahami suatu objektif program dan sebagainya.

Jika pelajar menunjukkan minat dalam bidang ini. Segala ilmu yang diperolehi daripada program ini diperingkat sekolah dapat diaplikasikan di peringkat pengajian tinggi , alam kerjaya dan kehidupan harian. 3.0Objektif3.1Melahirkan fasilitator dari kalangan pelajar dan bekas pelajar yang mahu mencurahkan khidmat bakti kepada pihak sekolah secara sukarela.

3.2Fasilitator membantu dalam program-program sekolah khususnya di dalam kem kokurikulum.

3.3Fasilitator berpeluang berkongsi ilmu dan pengalaman kepada peserta yang mengikuti program yang dijalankan.3.4Fasilitator membantu guru dalam mengawal serta menjadi idola kepada peserta program.

3.5Mewujudkan sikap bekerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar terancang.

4.0Tema

Dunia Pendidikan Luar

5.0Jadual Bengkel Fasilitator

Hari/ tarikhMasaaktiviti

Jumaat/14 Sept. 2012

4.00 - 4.30 ptgPendaftaran

4.30 - 5.00 ptgMendirikan Khemah

5.00 - 5.30 ptgSolat asar / Minum petang

5.30 - 6.30 ptgPersiapan makan malam

6.30 - 7.00 ptgKemas diri

7.00 - 8.30 ptgSolat maghrib / kuliah maghrib / solat isya

8.30 - 10.30 ptgSlot 1/ Ice Breaking/ Team Building

10.30 - 11.00 ptgMinum malam

11.00 - 5.30 pgTidur / kawalan malam

Sabtu / 15 Sept. 20125.30 - 6.00 pgKemas diri

6.00 - 6.30 pgSolat subuh

6.30 - 7.00 pgSenamrobik

7.00 - 8.00 pgPenyediaan makan / sarapan pagi

8.00 - 10.00 pgSlot 2 / Pengurusan program

10.00 - 10.30 pgRehat / minum pagi

10.30 - 11.30 pgSlot 3/ Perlaksanaan pengurusan program

11.30 - 1.00 ptgPenyediaan makan tengahari

1.00 - 2.00 ptgSolat zuhur / rehat

2.00 - 5.00 ptgSlot 4 / war games

5.00 - 5.30 ptgSolat asar / rehat

5.30 - 6.30 ptgPersiapan makan malam

6.30 - 7.00 ptgKemas diri

7.00 8.30 ptg Solat maghrib / kuliah maghrib / solat isya

8.30 10.30 ptgSlot 5/ Pengucapan awam

10.30 11.00 ptgMinum malam

11.00 5.00 pgTidur / kawalan malam

Ahad / 16 April 20125.30 6.00 pgKemas diri

6.00 6.30 pgSolat subuh

6.30 7.30 pgSenamrobik

7.30 8.00 pgSarapan pagi

8.00 9.00 pgMenurunkan khemah

9.00 10.00 pgRefleksi

10.00 pgBersurai

5.0Sasaran

50 orang pelajar daripada unit beruniform dan bekas pelajar.6.0Tempat

SMK Seri Perling

7.0Kos Perlaksanaan Program

Rujuk lampiran8.0Jawatankuasa Bengkel Fasilitator.

Pengerusi

: Pn. Hjh Maimon Bt. Idris

Timb. Pengerusi: En. Kharuddin Bin Abd RaufNaib Pengerusi 1: Pn. Rohazila Bt. Yon

Naib Pengerusi 2: Pn. Shahrulbanun Bt. A. Ghani

Naib Pengerusi 3: Pn. Hui Sook HunPenyelaras 1

: En. Mohd Isa B. M. Abdul Hamid

Penyelaras 2

: En. Mohd Samsulnahar B. Yusof

Penyelaras 3

: En. Sharizan

Setiausaha

: En. Mohd Isa B. M. Abdul Hamid

Bendahari

: Cik Esther A/P Anthony

Senarai jawatankuasa yang terlibat

Guru lelaki

1. En. Mohd Isa Bin M. Abdul Hamid2. En. Samsulnahar Bin Mohd Yusof3. En. Sharizan

4. En. Fadzli Bin Syukran5. En. Shahrul Bin Parijan6. En. Azrul

7. En. Azri Azmi Bin Abd Aziz8. En. Mazlan Guru wanita1. Cik Mislinda

2. Pn. Noraidila

3. Pn. Zarifa

4. Cik Eisther

5. Cik Farhana

6. Cik Fauziah

7. Cik Hasniza9.0 Harapan

Program ini diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina dan memupuk integrasi dikalangan pelajar dalam usaha membentuk generasi alaf baru yang berkemahiran membina dan mengembangkan jaringan hubungan dan kesatuan antara pelbagai kaum demi mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang harmonis dan bersatu padu.

Disediakan oleh:

( MOHD ISA BIN M. ABDUL HAMID )

Penyelaras Unit Beruniform

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling.

Disemak oleh: (

)

Diluluskan oleh:

( )

Senarai cadangan aktiviti / slot

a. Pengucapan awam

b. War games

c. Pengurusan program

d. Peraturan perkhemahan

e. Gajet

f. Aktiviti penyelesaian masalah

g. Bantu mula

h. Ikhtiar hidup

Cadangan Menu SarapanMinum pagiTengahariPetangMalamMinum malam

Sandwich

Cekodok

Nasi gorengBiskut

AirSardin

Sayur

Telur Sandwich

CekodokPerencah

Ayam

Biskut

Air

Senarai keperluan barang

Di bawa oleh pelajarDisediakan oleh urusetia program

i. Pisau

ii. Papan potong

iii. Sudu, garfu, pinggan & cawan

iv. Kuali & periuk

v. Senduk & sudip

vi. Jug air

vii. Belerang

viii. Lampu picit

ix. Sabun cuci pinggani. Mass tinii. Wisel

iii. Tali Niloniv. Tali pengakapv. Sardin

vi. Roti

vii. Tepung gandum

viii. Telur

ix. Bawang besar

x. Bawang kecil

xi. Perencah sup / nasi gorengxii. Beras

xiii. Gula

xiv. Garam

xv. Sayur kubis

xvi. Lobak

xvii. Kaya / jemxviii. Teh / kopixix. Kordial

xx. Sos cilixxi. Minyak masak

xxii. Ayam ekor

xxiii. Kentang 10 biji

xxiv. Maggie 1 bungkusxxv. Biskut 1 tin besar

xxvi. Cili Boh

xxvii. Kicap

xxviii. Ikan bilis

xxix. Cooler boxDan lain-lain peralatan sampingan yang disenaraikan di dalam anggaran perbelanjaan.

7.0ANGGARAN PERBELANJAAN

BILPERKARABUTIRANJUMLAH

1Cenderahati Cendarahati untuk pelajarRM2.00 x 50 = RM100.00`

RM100.00

2Keperluan peralatan dan makan minum pelajarPeralatan kecemasan = RM 74.20 x 1 unitDapur mudah alih = RM56.90 x 10 unitTali pengakap = RM2.65 x 40 unitKatil perkhemahan = RM 205.00 x 10 unit

Poncho = RM 50.00 x 10 unitMass tin = RM 24.90 x 5 unitWisel = RM 8.00 x 50 unitTali gajet = RM 5.00 x 5 unitKanvas (30mx30m) = RM 80.00 x 2 unitCooler Box (coleman) = RM 250.00 X 1 unitWayar = RM 2.50 x 50 meterAdapter mentol = RM 1.50 x 10 unitMentol = RM 2.00 x 15 bijiPlug = RM 3.00 x 1 unitGas dapur =RM 6.20 x 28 unitSardin =RM 3.80 x 15 unitRoti = RM 3.50 x 10 unitTepung gandum = RM2.50 x 6 unitTelur = RM 9.00 x 3 papanBawang besar = RM 2.50 x 2 kiloBawang kecil = RM 5.00 x 1 kilo Perencah = RM 3.00 x 15 unitBeras (10 kg) = RM 26.00 x 1 unitIkan bilis = RM 22.00 X 2 kg Gula pasir = RM 2.30 x 10 unitGaram = RM 0.80 x 7 unitSayur kubis = RM 3.00 X 7 unitLobak = 15 btgKaya = RM 3.00 X 10 unitSerbuk teh boh = RM 2.50 x7 unitKordial = RM 9.00 X 1 unitMinyak masak = RM 2.80 X 7 unitAyam = RM 12.00 X 5 ekorKentang = RM 3.00 X 6 kiloMaggie 1 bungkus = RM 4.50 X 9 unitBiskut Lemak = RM 30.00 X 1 unitCili boh = RM 0.80 X 6 unitKicap = RM 3.10 X 6 unitSos Cili = RM 2.20 X 7 unitLimau kasturi = RM 5.00 X 1 kg74.20569.00

106.00

2050.00

500.00

124.50

400.00

25.00

160.00

250.0035.00

15.00

5.00

3.00

173.6057.0035.00

15.00

27.00

5.00

5.00

45.00

26.0044.0023.005.6024.904.3030.0017.50

9.0019.6060.0018.0040.5030.00

4.8018.6015.405.00

JUMLAH BESARRM5090.10

(RM : LIMA RIBU SEMBILAN PULUH RINGGIT DAN SEPULUH SEN SAHAJA)