Kertas Kerja Bengkel Mewarna

6
KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP (MINOR) BENGKEL TEKNIK MEWARNA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SENGGARANG (KATEGORI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI) TARIKH : 3 JULAI 2012 9 JULAI 2012 TEMPAT : BILIK TAYANG PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK SENGGARANG

Transcript of Kertas Kerja Bengkel Mewarna

Page 1: Kertas Kerja Bengkel Mewarna

KERTAS KERJA

PROJEK INTERNSHIP (MINOR)

BENGKEL TEKNIK MEWARNA

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SENGGARANG

(KATEGORI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI)

TARIKH :

3 JULAI 2012 – 9 JULAI 2012

TEMPAT :

BILIK TAYANG

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SK SENGGARANG

Page 2: Kertas Kerja Bengkel Mewarna

KERTAS KERJA

PROJEK INTERNSHIP (MINOR)

PERTANDINGAN MEWARNA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SENGGARANG

(KATEGORI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI)

1.0PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk

mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan

amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang,

melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah

menjadi amalan dan budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu

menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah

dengan bimbingan mentor. Internship juga memberi peluang kepada pelajar

untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat

kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan

guru permulaan yang berkesan.

2.0 OBJEKTIF

Melalui program Internship, pelajar akan dapat:

1. Merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam

situasi sebenar di sekolah.

2. Merancang, melaksana projek/aktiviti yang telah dipersetujui oleh pihak

sekolah.

3. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan

integriti dalam melaksanakan tugas.

4. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab

yang diberikan.

5. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk

meningkatkan kejelekitan pasukan.

Page 3: Kertas Kerja Bengkel Mewarna

6. Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah dalam pelbagai

situasi.

7. Menguruskan masa, emosi dan tekanan secara berkesan sesuai dengan

sahsiah seorang guru.

8. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak

program pendidikan semasa.

9. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran, projek/

aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah serta menjana idea baru untuk

penambahbaikan yang berterusan.

10.Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan

secara berterusan.

3.0 FOKUS PROJEK INTERNSHIP MINOR

Projek yang telah dibincangkan dan telah dipersetujui bersama dengan

pentadbir sekolah ialah bengkel mewarna untuk murid-murid pendidikan

khas. Bengkel mewarna ini bertujuan untuk pemilihan murid yang berbakat

serta berpotensi untuk ke pertandingan peringkat daerah Batu Pahat.

4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

TARIKH : 3/7/2012 - 9/7/2012

TEMPAT : Bilik tayang Pendidikan Khas Integrasi SK Senggarang,

Batu Pahat Johor

5.0 ALATAN YANG DIPERLUKAN

BIL AKTIVITI BAHAN YANG

DIPERLUKAN

KUANTITI

1. Bengkel Mewarna

(Disediakan oleh PPKI

SK SENGGARANG)

-Kertas A4

-Pensil Warna Swan

30 Helai

30 Kotak

Page 4: Kertas Kerja Bengkel Mewarna

6.0 JADUAL BENGKEL

BIL TARIKH AKTIVITI KELAS

1. 3 Julai 2012 Bengkel Mewarna

(Pemilihan Murid)

Terbilang

Bestari

2. 4 Julai 2012 Bengkel Mewarna

(Pemilihan Murid)

Cemerlang

3. 5 Julai 2012 Bengkel Mewarna

(Pemilihan Murid)

Gemilang

4. 9 Julai 2012 Bengkel Mewarna

(Murid yang terpilih)

Mohd Farid Bin Haron

(Cemerlang)

Nurhidayah Bt Tugiman

(Bestari)

Bengkel dijalankan selepas waktu rehat / kelas Pendidikan Seni Visual

7.0 PENUTUP

Penilaian pelajar dalam projek Internship ini dibuat oleh pengurus sekolah dan

mentor pada minggu akhir tempoh Internship. Penilaian dibuat secara berterusan

selama empat minggu melibatkan aspek-aspek perancangan, pelaksanaan dan

penilaian projek atau aktiviti yang dijalankan, kemahiran interpersonal, sikap dan

sahsiah.

Page 5: Kertas Kerja Bengkel Mewarna

PERKARA TANDATANGAN / ULASAN

Disediakan oleh,:Nur Hidayah Binti HainanSetiausaha,Bengkel Teknik MewarnaSekolah Kebangsaan Senggarang

Disemak oleh :Pn. Zubaidah bt SahriPenyelaras KurikulumPendidikan Khas Integrasi SK Senggarang.

Diluluskan  oleh :Pn. Rohana bt Ahmad.Penolong Kanan Pendidikan Khas Integrasi,SK Senggarang.

Page 6: Kertas Kerja Bengkel Mewarna