Kertas Kerja Bengkel Pss 2014

10
KERTAS KERJA Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjong, 16250 Wakaf Bharu , Kelantan. BENGKEL ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2013 1. PENGENALAN Bengkel Pengurusan Asas Pusat Sumber Sekolah ialah aktiviti yang diadakan setiap tahun untuk pengawas pusat sumber sekolah setelah menerima pelantikan. Biasanya bengkel ini diadakan selama sehari bermula pukul 7:45 pagi sehingga 4:30 petang. Matlamat Bengkel Etika Pengurusan Asas Pusat Sumber Sekolah adalah untuk melatih dan mendedahkan pengawas pusat sumber sekolah yang baru tentang pengurusan asas pusat sumber sekolah

description

pss

Transcript of Kertas Kerja Bengkel Pss 2014

KERTAS KERJA

Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjong,

16250 Wakaf Bharu , Kelantan.

BENGKEL ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

20131. PENGENALAN

Bengkel Pengurusan Asas Pusat Sumber Sekolah ialah aktiviti yang diadakan setiap tahun untuk pengawas pusat sumber sekolah setelah menerima pelantikan. Biasanya bengkel ini diadakan selama sehari bermula pukul 7:45 pagi sehingga 4:30 petang.

Matlamat Bengkel Etika Pengurusan Asas Pusat Sumber Sekolah adalah untuk melatih dan mendedahkan pengawas pusat sumber sekolah yang baru tentang pengurusan asas pusat sumber sekolah seperti membuat proses teknik buku, baik pulih buku, peranan dan tanggungjawab, mengetahui bidang tugas masing-masing iaitu bahagian kaunter, sirkulasi, bahagian rak buku, bahagian pinjaman dan pemulangan buku dan sebagainya.

Melalui aktiviti seperti ini diharapkan pengawas sumber sekolah yang baru dan yang lama akan lebih memahami dan mahir dalam pengurusan pusat sumber sekolah.Ini adalah kerana tanggungjawab menjaga harta awam seperti buku-buku, majalah, dan semua bahan bercetak mahupun bahan bukan bercetak perlu dijaga walaupun semasa ketiadaan guru. Pengawas pusat sumber hendaklah sentiasa bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan.2. OBJEKTIF

Memberi pendedahan asas kepada pengawas PSS tentang sistem pengurusan pss.

Meningkatkan kemahiran pengawas PSS dalam melaksanakan tugas dan

tanggungjawab mereka khususnya dalam pengurusan bahan dan

fizikal serta meningkatkan penggunaan PSS dikalangan guru dan pelajar

3. TARIKH20 November 2013/ Rabu4. TEMPATPusat Sumber Sekolah, Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjong, Kelantan

5. SASARANSemua Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2013-20146. BILANGAN PESERTA

68 orang7. ATURCARA PROGRAM

7.45 PG-8.00 PG : Pendaftaran Peserta

8.00 PG-8.30 Pg : Perasmian oleh Tuan Guru Besar

8.30 Pg-10.30pg : Ldk I Etika Pengawas semasa bertugas

_Peranan dan tanggungjawab

_Agihan Tugas

10.30pg-11.00 Pg : Kudapan (Rehat )

11.00 Pg-1.30 Ptg : Ldk 2-Pengurusan Buku dan Bahan Bukan Cetak

-Pengkelasan Buku

1.30 Ptg-2.30 Ptg : Makan Tengahari dan Solat

2.30 Ptg-4.30 Ptg :Ldk 3- Baik Pulih Buku

4.30 Ptg :Cicipan dan Bersurai8. FASILITATOR

i. Penyelaras Pss (Pn Nurliana Ruhila Asong bt Abdullah)

ii. Guru Pustaka (Pn Norazmira bt Che Hashim)

iii. Guru BBM/APD (Pn Fathilah bt Mohamad Yusof) 9. JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT

: Tn. Hj. Ab. Hamid Bin Abdullah ( Guru Besar)

PENGERUSI

: Pn. Wan Rokiah Bt Wan Yaacob (Pk Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI1: En. Osmanudin Bin Ibrahim ( PK Hal Ehwal Murid)

NAIB PENGERUSI 2: Pn. Hjh.Zarina Bt Othman (Pk Ko)

SETIAUSAHA

: Pn.Nurliana Ruhila Asong Bt Abdulllah

BENDAHARI

: Pn. Rosnah Binti Mohamad

AJK

: Pn.Mek Zainun Bt Ibrahim Pn. Nooryatinee Bt Ariffin Pn.Norazmira Bt Che HassimJAWATANKUASA KERJA

Pendaftaran peserta

Fathilah bt Mohd Yusup

Pn. Norazmira Bt Che HassimPengacara Majlis

Rosnah Mohamad

PersegaranPn Mek Zainun Bt ibrahimPn Rosdayana Bt Mohd NawiHadiah

Cik Nurul Huda Bt IsmailBuku Program

Pn Nurliana Ruhila Asong Bt AbdullahFasilitator

Pn Nurliana Ruhila Asong bt Abdullah

Pn Norazmira bt Che Hashim

Pn Fathilah bt Mohamad Yusup

Siaraya

Ustaz Kamel Bin Ghazali10. CADANGAN PERBELANJAAN

BILPERKARAPERBELANJAANJUMLAH

1.MINUM PAGIRM 1.00 X 68

RM 68.00

2. MAKAN TENGAHARI

RM 4.00 X 68RM 272.00

4.SIJIL1 RIMRM 37.50

JUMLAH RM 377.50

11. SUMBER KEWANGAN

PERUNTUKAN PSS

12. .PENUTUP

Adalah diharapkan dengan terlaksana Bengkel Pengurusan Asas Pusat Sumber Sekolah yang mendapat kerjasama daripada semua pihak dapat mencapai objektif yang diharapkan. Disamping itu juga pelaksanaan program ini akan memberi kesan positif kepada pengawas pss dalam meningkatkan kemahiran,kesungguhan dan rasa tanggungjawab mereka dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Disediakan oleh;

Disahkan oleh;

..........................................................

...................................................

(Pn Nurliana Ruhila Asong Bt Abdullah ) (AB.HAMID BIN ABDULLAH)

Setiausaha

Guru Besar

Bengkel Pengurusan Asas

Sk.Padang Pohon Tanjong Pusat Sumber Sekolah

16250 Wakaf BharuSk.Padang Pohon Tanjong Kelantan

16250 Wakaf Bharu

Kelantan