Kertas Kerja BiG Sem 4
description
Transcript of Kertas Kerja BiG Sem 4
1.0 Pengenalan
Bagi melahirkan guru yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan beriltizam,
Jabatan Kokurikulum akan mengadakan Program Insan Guru yang ke-4 pada 7
Oktober 2014 – 9 Oktober 2014 di Kampung Sawah Chuah, Port Dickson. Program
tersebut merupakan suatu aktiviti khidmat masyarakat yang wajib semua guru
pelatih libatkan diri dan mencungkilkan pengalaman. Program ini diadakan untuk
memberi peluang kepada guru pelatih untuk memupuk sifat tolong-menolong,
prihatin dan peka terhadap orang- orang yang memerlukan bantuan dalam
masyarakat. Sifat seperti kepimpinan, keyakinan diri, keberanian, toleransi,
ketahanan fizikal, mental dan rohani akan tersemat dalam diri guru pelatih.
2.0 Matlamat
Matlamat program rekreasi adalah untuk membina dan mengekalkan keadaan
mental, fizikal, emasi dan social yang sihat serta melahirkan guru pelatih yang
berpengetahuan luas, berdisiplin dan berkualiti. Program ini diharap dapat
membantu guru pelatih memperolehi pengalaman dan demi memanfaatkan segala
ilmu yang diperoleh apabila menjadi guru yang berupaya serta dapat melatih murid-
murid di sekolah menjalankan aktiviti secara selamat dengan latihan yang berkualiti.
3.0 Objektif
Pada akhir program ini, para guru pelatih dapat:
3.1 Membentuk sikap bertanggungjawab, berkepimpinan dan berdisplin.
3.2 Meningkatkan keyakinan diri dan sifat berani dalam setiap situasi.
3.3 Mengaplikasikan segala kemahiran dan pengetahuan yang terdapat dalam
komponen-komponen khidmat masyarakat
4.0 TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN:
Masa : 7 Oktober 2014 – 9 Oktober 2014
Tempat : Kampung Sawah Chuah, Port Dickson
5.0 PENYERTAAN/SASARAN
Kumpulan yang disasarkan adalah guru pelatih PISMP Sem 4 Ambilan Jan 2014
(Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Prasekolah, TESL(SK), TESL(SJKT) ) yang beramai 9
4 orang (Lampiran A). Manakala pensyarah yang terlibat adalah 5 orang.
6.0 Refleksi Kendiri
7.0 Penutup / Harapan
Program BIG yang dijalankan ini adalah untuk tujuan memberi pengalaman yang
baru kepada para guru pelatih. Semoga guru pelatih dapat mengaplikasikan segala
ilmu yang dipelajari dalam kehidupan pada masa akan datang. Kerjasama daripada
pihak Tuan amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.
LAMPIRAN
Gambar-Gambar Sepanjang Program
Foto 1: Menjalankan Kerja Pembersihan di Balai Raya
Foto 2 : Gotong-royong sekitar kawasan kampung
Foto 4 : Persembahan Kelas semasa Malam Kebudayaan
Foto 3 : Malam Kebudayaan
Foto 5 : Menikmati Makanan di Rumah Keluarga Angkat
Foto 6 : Penyerahan Cenderamata kepada Keluarga Angkat