kertas kerja bola jaring NEW.docx

22
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT IPG KAMPUS DARULAMAN 1.0 Pengenalan Kertas kerja ini merupakan cadangan bagi aktiviti program yang bakal dilaksanakan yang melibatkan guru-guru pelatih, dan warga IPG Kampus Darulaman. Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara warga institut dan menyemarakkan lagi semangat kesukanan. Selain itu, aktiviti ini diharap dapat menyemaikan ciri-ciri sahsiah bersepadu, interaksi sosial yang positif dan juga dapat menonjolkan bakat yang terpendam dalam diri kita. Aktiviti ini juga digunakan sebagai landasan penting untuk membentuk semangat berpasukan di kalangan peserta-peserta. Dalam pada itu juga, semasa aktiviti ini dijalankan adalah diharapkan ia dapat menyerlahkan lagi sifat kepimpinan di kalangan peserta. Sifat yang baik ini sekiranya diasah boleh dijadikan contoh yang baik kepada generasi yang akan datang. Secara tidak langsung, ia juga akan dapat merangsang pembentukkan sahsiah yang baik di kalangan peserta. Selain itu juga, aktiviti ini juga dilihat sebagai jalan terbaik untuk berinteraksi di mana peserta dapat mengurangkan rasa tekanan dalam pembelajaran. Semoga cadangan aktiviti dalam kertas kerja ini memberi maklumat yang diperlukan untuk program ini.

Transcript of kertas kerja bola jaring NEW.docx

Page 1: kertas kerja bola jaring NEW.docx

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA JARING

PERINGKAT IPG KAMPUS DARULAMAN

1.0 Pengenalan

Kertas kerja ini merupakan cadangan bagi aktiviti program yang bakal dilaksanakan

yang melibatkan guru-guru pelatih, dan warga IPG Kampus Darulaman. Program ini

dijalankan adalah bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara warga institut dan

menyemarakkan lagi semangat kesukanan. Selain itu, aktiviti ini diharap dapat menyemaikan

ciri-ciri sahsiah bersepadu, interaksi sosial yang positif dan juga dapat menonjolkan bakat

yang terpendam dalam diri kita. Aktiviti ini juga digunakan sebagai landasan penting untuk

membentuk semangat berpasukan di kalangan peserta-peserta. Dalam pada itu juga,

semasa aktiviti ini dijalankan adalah diharapkan ia dapat menyerlahkan lagi sifat kepimpinan

di kalangan peserta. Sifat yang baik ini sekiranya diasah boleh dijadikan contoh yang baik

kepada generasi yang akan datang. Secara tidak langsung, ia juga akan dapat merangsang

pembentukkan sahsiah yang baik di kalangan peserta. Selain itu juga, aktiviti ini juga dilihat

sebagai jalan terbaik untuk berinteraksi di mana peserta dapat mengurangkan rasa tekanan

dalam pembelajaran. Semoga cadangan aktiviti dalam kertas kerja ini memberi maklumat

yang diperlukan untuk program ini.

Page 2: kertas kerja bola jaring NEW.docx

2.0 TUJUAN

Memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan lagi silaturahim di kalangan guru-guru

pelatih dan semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Selain itu juga,

aktiviti ini dapat mengaplikasikan kemahiran asas dalam kalangan pelajar. Di samping itu, ia

dapat melahirkan sifat kepimpinan dan merapatkan hubungan dalam kalangan pelajar.

3.0 MATLAMAT

Membolehkan pelajar-pelajar menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri

yang positif.

4.0 OBJEKTIF :

Melalui aktiviti ini, secara langsung dan tidak langsung dapat :

(a) melahirkan generasi pelajar yang mempunyai semangat kesukanan yang

kuat.

(b) mengeratkan hubungan dan silaturahim di antara warga IPG Kampus Darulaman.

(c) melahirkan guru yang mengamalkan nilai perpaduan, bekerjasama,

semangat bermasyarakat, setiakawan dan bertanggungjawab.

5.0 NAMA PERTANDINGAN

Karnival Sukan (Bola Jaring ) Institut Perguruan Kampus Darulaman.

6.0 TEMPAT PELAKSANAAN AKTIVITI

Tempat : Gelanggang Bola Jaring dan Bola Baling, IPG Kampus Darulaman

Page 3: kertas kerja bola jaring NEW.docx

7.0 TARIKH,HARI DAN MASA

Tarikh : 15 September 2012

Hari : Sabtu

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

8.0 KUMPULAN SASARAN

1.1 Semua warga Institut Perguruan Kampus Darulaman.

9.0CADANGAN MINI SUKAN

9.1Dijalankan selama 1hari untuk 1 jenis permainan dijalankan :

i. Gelanggang bola jaring

9.2Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Kubang Pasu ke Peringkat Negeri

10.0 SUMBER KEWANGAN

Anggaran Kewangan

Page 4: kertas kerja bola jaring NEW.docx

Perbelanjaan Anggaran Kasar (RM)

Hamper 100.00

Makanan dan minuman 30.00

Peti kecemasan 10.00

Perbelanjaan lain 30.00

Jumlah RM 170 .00

Kutipan sebanyak RM 10.00 bagi setiap pasukan yang menyertai pertandingan Bola

Jaring.

11.0 HADIAH

Pemenang bagi Pertandingan Bola Jaring dan Bola Baling akan mendapat Hamper dan

saguhati ( bagi tempat keempat ) .

KEPUTUSAN Nilai Hamper ( RM )

Johan 40

Naib Johan 30

Tempat Ketiga 20

Tempat Keempat 10

12.0 PELAKSANAAN

Page 5: kertas kerja bola jaring NEW.docx

12.1 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

Bilangan semua pemain untuk pertandingan bola jaring termasuk simpanan

ialah 10 orang.

Peraturan-peraturan semasa pertandingan bola jaring diberi kelonggaran untuk

murid peringkat prasekolah mengikut persetujuan dari semua pihak.

Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik

untuk Mini Sukan adalah muktamad.

12.2 BILANGAN PEGAWAI/PESERTA

Bilangan Pegawai dan Peserta bagi Pertandingan  Bola Jaring ialah seperti

berikut:-

I. Pengurus Pasukan           1 orang ( setiap pertandingan )

II. Jurulatih Pasukan            1 orang ( setiap pertandingan )

III. Peserta                             10 orang ( setiap pertandingan )

12.3 PENYERTAAN

Page 6: kertas kerja bola jaring NEW.docx

Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid perempuan Institut Perguruan

Kampus Darulaman. Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu 1

pasukan sahaja setiap pertandingan.

Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.

Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan

adalah tidak dibenarkan.

Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada

pengelola bersama-sama dengan salinan Surat Beranak tiga hari sebelum

pertandingan.

12.4 TEMPOH PERLAWANAN

Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut:

Bahagian pertama         7 minit

Rehat                               3 minit

Bahagian kedua              7 minit

12.5 SISTEM PERTANDINGAN

Liga Kumpulan

A . Pusingan Permulaan

Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah

dibahagikan kepada 4 kumpulan A,B,C dan D dan pertandingan dijalankan secara liga.

B. Pusingan Suku Akhir

Page 7: kertas kerja bola jaring NEW.docx

i. Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati

ii.Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan A. Pemenang sebagai

kumpulan X1 dan X2

ii. Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan B.

Pemenang  sebagai kumpulan Y1 dan Y2

C. Pusingan Separuh Akhir

i.          Pusingan separuh akhir secara kalah mati.

ii.        Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai Z1

iii.        Separuh akhir  kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2.

D. Pertandingan akhir

i. Menentukan Johan dan Naib Johan, Z1 lawan Z2.

ii.  Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah Y1 lawan X2.

13.0 MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN

13.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola jaring secara Liga adalah seperti

berikut :-

Menang       -         2 Mata

Seri             -         1 Mata

Kalah          -         0 Mata

13.2  Keputusan Seri

Page 8: kertas kerja bola jaring NEW.docx

Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan

ditentukan seperti berikut:

i.   Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan    mempunyai

jumlah mata yang sama di akhir perlawanan.

ii. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol yang terbanyak dikira pemenang

iii. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan

diisytiharkan sebagai pemenang.

13.3 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan

akhir :

Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa sepenuh

perlawanan.

Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (5) minit setiap bahagian akan

dimainkan.

Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh

pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.

Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa  rehat.

Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah

berikutnya.

Sekiranya berlaku seri di akhir masa  tambahan,permainan akan diteruskan

sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.

14.0       PERTUKARAN PEMAIN

Page 9: kertas kerja bola jaring NEW.docx

14.1     Penggantian dan Pertukaran posisi

Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan di ganti oleh

pemain yang lain.

Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak

tiga kali di setiap satu – satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan

dibenarkan untuk bermain semula tetapi pertukarannya telah diambil kira.

Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemian di gelanggang

bertukar posisi.

Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi

sama ada:

i.    Masa rehat

ii.    Apabila permainan di berhentikan untuk kecederaan atau sakit.

Walaubagaimanapun dalam kes pemain yang cedera atau sakit yang menyebabkan

permainan di berhentikan mestilah terlibat dalam penggantian dan atau pertukaran

posisi.

Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi 10 pemain  yang

telah di daftarkan

14.2       Kecederaan dan kesakitan

Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan

permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat. Seterusnya

penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya atau diganti

dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang terlibat. Hanya

dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke gelanggang semasa sesi

rawatan berlangsung.

Page 10: kertas kerja bola jaring NEW.docx

14.3       Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula

selepas waktu rehat separuh masa.

14.4     Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana

kecederaan atau kesakitan  dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas

waktu rehat separuh masa.

15.0       PAKAIAN

Setiap pasukan hendaklah memakai jersi atau bib seragam iaitu corak, bentuk

dan warna yang sama.

Setiap pasukan dikehendaki membawa satu set bib warna yang bernombor

atau huruf sebagai simpanan untuk mengelakkan jersi yang dipakai sama

dengan pasukan lain.

Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku

pendek.

Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan dan tidak

dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.

Page 11: kertas kerja bola jaring NEW.docx

16.0 GELANGGANG DAN PERALATAN

Gelanggang bola jaring merujuk kepada peraturan asas IFNA dan diubah suai

mengikut kesesuaian pelajar Institut Perguruan Kampus Darulaman.

1. Cadangan luas padang bola jaring ialah 21 m X 12 m ( panjang(p) X lebar(l) )

21m

7m 7m

bulatan tengah

7m

12m

280m

m

bulatan gol

i. Tiang gol terletak di tengah bulatan gol berukuran 1.5 m tinggi.

ii. Bulatan tiang gol mempunyai diameter 280 mm

iii. Panjang net jaring secara horizontal dari tiang gol berukuran 150 mm atau 6

inci p

iv. Tebal garisan gelanggang mempunyai 50 mm (2 inci) lebar

Page 12: kertas kerja bola jaring NEW.docx

2. Peralatan Bola Jaring

Jika permainan di jalankan di atas padang, dua biji bola perlu di sediakan oleh penganjur

mengikut spesifikasi berikut:

i. Permainan di jalankan di atas gelanggang padang:

Jenis bola jaring     : rubber

Ukuran bola             : saiz 4

ii. Permainan di jalankan di atas gelanggang bersimen

Jenis bola jaring     : synthetic leather

Ukuran bola             : saiz 4

Page 13: kertas kerja bola jaring NEW.docx

17.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : Adnan bin Isenin ( SK Parit Melana )

Naib Pengerusi : Irmadila binti Mat Ismail ( SK Durian Daun ( K )

Setiausaha : Julianty binti Idris ( SK Hutan Percha )

Naib Setiausaha : Noraini binti Zammeri ( SK Sri Laksamana )

Bendahari : Azila binti Ayob ( SK Dato’ Naning )

Naib Bendahari : Noraini binti Abu Bakar ( SK Pengkalan Balak)

Ahli Jawatankuasa :

i. Pendaftaran dan Borang

Nurhalawati Jannat binti Saad ( SK Tanjung Bidara )

Yaw Mei Ting ( SJK C Pay Chee )

ii. Persiapan Tempat / Padang

Rohaimizan bin Che Mat Hassan @ Hussain ( SK Rantau

Panjang ) Nurul Hayati binti Amat ( SK Telok

Berembang )

iii. Teknikal / Peralatan

Mohd Maizon bin Waham ( SK Alor Gajah 1 )

Madhumathi a/p Sankaran Nair ( SJK T Alor Gajah )

iv. Jamuan

Rosmala Melati binti Kamaruddin ( SK Pulau Sebang )

Hanisah binti Hamid ( SK Simpang Empat )

v. Hadiah dan Cenderahati

Hazlinda binti Abdul Rahman ( SK Gangsa )

Izazuzita binti Idrus ( SK Sungai Tuang )

vi. Buku Program / Jemputan

Noraini bin Zammeri ( SK Seri Laksamana )

Mok Suit Kit ( SJK C Machap Umboo )

vii. Juruacara

Mahani bin Ab Jalil ( SK Jeram )

Page 14: kertas kerja bola jaring NEW.docx

18.0 PENYERTAAN

1. Setiap kumpulan wajib untuk menyertai dan menghantar 1 pasukan untuk setiap

permainan yang dipertandingkan.

Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda

Program Sarjana Muda

Pensyarah terlibat untuk Bola Jaring

Pn Robiah bt Shuib

Pn Rodziah bt Ismail

Pn Choong Sook Khim

19.0 PERATURAN PERTANDINGAN

BOLA JARING (Perempuan Sahaja)

1. Sistem pertandingan yang digunakan adalah sistem “kalah-mati”.

2. Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAHMATI,jika keputusannya berakhir

dengan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut :-

a) Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan bertukar kawasan bermain

serta merta dan meneruskan permainan dengan masa tambahan selama lima

(5) minit tanpa rehat.

b) Undang-undang yang meliputi Hantaran Tengah dan Penggantian, sepertimana

terdapat dalam Buku Undang-Undang Permainan, akan dilaksanakan.

c) Setelah masa tambahan lima (5) minit pertama tamat, pasukan akan sekali lagi

bertukar kawasan bermain dan meneruskan permainan selama lima (5) minit

lagi tanpa rehat.

d) Jika kedudukan masih seri, setelah masa tambahan dua (2) minit kedua tamat,

maka permainan akan diteruskan sehingga gol selanjutnya dijaringkan.

Page 15: kertas kerja bola jaring NEW.docx

20.0 CADANGAN PERALATAN BAGI SATU GELANGGANG- PENGELOLAAN

Bangku - 2 buah (pengurus pasukan, jurulatih, pemain dan pemain simpanan)

Kerusi -6 buah (2 pengadil, 2 pencatat papan skor, 1 penjaga masa dan 1

pencatat skor)

Meja - 2 buah (1 pencatat skor dan 1 penjaga masa)

Payung - 2 buah (1 papan skor dan 1 di meja pencatat)

Borang pertandingan - borang skor, borang pertukaran dan borang keputusan

Jam randik - 2 buah

Papan skor - 1 unit

Bola pertandingan - 2 biji (dibawa oleh setiap pasukan bertanding)setiap pertandingan

21.0 LAMPIRAN

1. Jadual Perlawanan secara Liga Futsal dan Bola Jaring

2. Jadual Pungutan Mata Perlawanan Mengikut Kumpulan

3. Borang Penyertaan Pertandingan

4. Borang Senarai Nama Pasukan

LAMPIRAN 1

JADUAL PERLAWANAN SECARA LIGA

KUMPULAN A

Page 16: kertas kerja bola jaring NEW.docx

KUMPULAN 1

SUKU AKHIR

KUMPULAN 2

SEPARUH AKHIR

KUMPULAN 3

SUKU AKHIR

KUMPULAN 4 AKHIR

KUMPULAN 5

SUKU AKHIR

KUMPULAN 6

SEPARUH AKHIR

KUMPULAN 7

SUKU AKHIR

KUMPULAN 8

LAMPIRAN 2

JADUAL PUNGUTAN MATA PERLAWANAN MENGIKUT KUMPULAN

Page 17: kertas kerja bola jaring NEW.docx

NAMA PASUKAN

PASUKAN 1

PASUKAN 2

PASUKAN 3

PASUKAN 4

JUMLAH

PASUKAN 1

PASUKAN 2

PASUKAN 3

PASUKAN 4

JUMLAH

Disahkan oleh,

……………………………………………………

LAMPIRAN 3

Page 18: kertas kerja bola jaring NEW.docx

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN

NAMA PASUKAN : ……………………………………………………………………………

NAMA GURU : ………………………………………………………………..................

NAMA PEMBANTU : ……………………………………………………………………..........

WARNA BIP/JERSI : ………………………………………………………………………......

BIL NAMA PESERTA NO.Kad Pengenalan

POSISI

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………… ..............................

LAMPIRAN 4

Page 19: kertas kerja bola jaring NEW.docx

SENARAI NAMA PASUKAN

BIL NAMA SEKOLAH JURULATIH / PENGURUS PASUKAN

BORANG PENYERTAAN

Page 20: kertas kerja bola jaring NEW.docx

(BOLA JARING)

NAMA KUMPULAN :

PENGURUS PASUKAN :

KETUA PASUKAN :

SENARAI NAMA PEMAIN KUMPULAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

TANDATANGAN PENGURUS PASUKAN

_________________________________

( )

Page 21: kertas kerja bola jaring NEW.docx

***Yuran penyertaan sebanyak Rm10.00 bagi setiap kumpulan.Borang Penyertaan

boleh diserahkan kepada Uma Ramadas ( 0105633231 ) , Kanamah Muralee

( 0149007368 ) , Annie Shanthi Noris ( 0105632598 ) dan Manju Muruhan( 0105632599

)

Penutup

Semoga apa yang dirancangkan akan dapat direalisasikan dengan menepati

segala objektif yang digariskan. Diharapkan semua pihak dapat memberi

kerjasama bagi menjayakan Pertandingan Bola Jaring Peringkat IPG Kampus

Rajang.

Yang menjalankan tugas,

...................................................................

( Uma Ramadas )

Setiausaha,

Kelab Bola Jaring,

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,

06000 Jitra,Kedah.