Kertas Kerja Bowling 2014
-
Upload
muhd-fakaruddin -
Category
Documents
-
view
70 -
download
11
description
Transcript of Kertas Kerja Bowling 2014
KERTAS KERJA PENDIDIKAN LUAR BILIK DARJAH (PLBD)
PROGRAM TERAPI BOWLING
PADA
24 JUN 2014
ANJURAN:PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(MASALAH PEMBELAJARAN)SK WAN IBRAHIM, KUALA LIPIS
PENGENALAN
Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD ) merupakan satu program yang
memberi peluang kepada para pelajar khasnya pelajar - pelajar Kelas Pendidikan
Khas untuk menambah pengetahuan dan pengalaman mereka tentang kehidupan
dan persekitaran di sekeliling mereka. Melalui aktiviti ini ( permainan bowling ),
ianya sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik
bermain bowling yang betul. Memandangkan para pelajar ini sangat kurang
didedahkan kepada persekitaran luar, maka dengan adanya aktiviti Pendidikan Luar
Bilik Darjah ini dapat meningkatkan pengetahuan, keyakinan diri dan kemahiran
bergaul dengan masyarakat di sekeliling mereka.
RASIONAL
Permainan bowling merupakan satu permainan yang memerlukan kemahiran yang
tinggi untuk dipraktikkan. Memandangkan Terdapat pertandingan bagi acara bowling
di peringkat daerah dan negeri bagi kelas Pendidikan Khas, maka dengan adanya
aktiviti Pembelajaran Luar Bilik Darjah seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi
pengalaman serta meningkatkan kemahiran para pelajar tentang teknik bermain
bowling dengan betul. Ini secara tidak langsung memberi peluang untuk pelajar
berlatih secara intensif sebelum pertandingan bowling Pendidikan khas peringkat
daerah dijalankan.
OBJEKTIF
Melalui aktiviti Pendidikan Luar Bilik Darjah ini, diharap ianya dapat:
a) Melatih para pelajar supaya mampu berdikari dan menerokai keadaan
persekitaran mereka
b) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang teknik permainan
bowling yang sebenar
c) Menjalinkan silaturrahim di antara guru-guru dan para pelajar Pendidikan
Khas .
d) Mewujudkan suasana riang dan mesra di kalangan pelajar PK serta
guru-guru di samping membentuk kestabilan diri mereka.
TARIKH
24 JUN 2014
TEMPAT
Pusat Bowling Star Mall, Mentakab
SASARAN
Pelajar Pendidikan Khas - 27 orang
Guru Pendidikan Khas - 10 orang
Pembantu Pengurusan Murid - 3 orang
Jumlah - 40 orang
KOS
Butiran Anggaran Pembelanjaan
BIL. PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN( RM )
1 Pengangkutan Sebuah bas (RM 400) RM 400.00
2 Permainan bowling dan sewa kasut RM 15.00 X 27 orang
RM 405.00
3 DUIT MAKAN (SARAPAN DAN MAKAN T/HARI)
RM 20 X 27 orang
RM 594.00
Jumlah keseluruhan RM 1399.00
SUMBER KEWANGAN
Peruntukan PCG Pendidikan Khas -
Jumlah -
PELAKSANAAN PROGRAM
a) Kertas kerja
b) Mesyuarat
c) Agihan tugas
d) Pelaksanaan program
JADUAL AKTIVITI
HARI : SELASA
TARIKH : 24 Jun 2014
7.00 - 7.30 pagi : Berkumpul dan taklimat ringkas di Kelas Pend.Khas
7.30 - 7.45 pagi : Sarapan pagi
7.45 - 11.30 pagi : Bertolak ke Star Mall, Mentakab
11.30 - 12.00 tengah hari : Makan tengah hari
12.00 - 2.00 petang : Bermain bowling di tempat permainan bowling
Star Mall, Mentakab
2.00 - 3.00 petang : Terapi membeli belah diiringi penjaga
3.00 - 6.00 petang : Bertolak pulang ke SK Wan Ibrahim, Kuala Lipis
AHLI JAWATANKUASA UTAMA
PENASIHAT : EN. HASAMI BIN MOHAMAD
PENGERUSI : EN. MOHD BI BIN MOHD SAMSURI
NAIB PENGERUSI : EN. RAHIMI BIN BAHARUDDIN
SETIAUSAHA : EN MUHAMMAD FAKARUDDIN BIN AB HAMID
BENDAHARI : PN. NORHIDAYAH BINTI TOSERIN
AHLI JAWATANKUASA KECIL
TUGAS – TUGAS KHAS : CIK NURUL JANNAH BINTI MAZLAN
PN. FADILA BT MOHD NOR AZMI
PENGANGKUTAN : EN. AHMAD KAMAL BIN MOHAMAD
PN. NURUL HAFIZAH BT JAAFAR
KESELAMATAN : EN. AMIRUL HAFIZ BIN MOHD YUSOF
MAKANAN : PN. NORHAFIZA MOHD GHAZALI
PN. SAZUNA AYU BT MOHAMED SALLEH
PN. HILMA NAZURA BT MOHD SHAREP
DOKUMENTASI : PN. HAIRUL NAZIRAH BIT MUHAMMAD NAZRI
PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, Program Lawatan Luar ini sangat penting bagi
membolehkan pelajar-pelajar melihat dan mengalami sendiri sesuatu kemahiran dari
pengalaman yang sangat berharga ini. Selain daripada itu, ia juga akan mendidik
para pelajar untuk berdikari dan mengurus diri dan aktiviti ini juga secara tidak
langsung memberi terapi psikomotor dan lokomotor kepada mereka. Kami guru-
guru Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim amat mengharapkan agar
program ini dapat membantu meningkatkan keyakinan kendiri pelajar-pelajar ini
apabila berhadapan dengan masyarakat.
Disediakan oleh,
.......................................
( MUHAMMAD FAKARUDDIN BIN AB HAMID )
SEKOLAH KEBANGSAAN WAN IBRAHIM
27200 KUALA LIPIS,
PAHANG
Disahkan oleh,
.............................................
( HASAMI BIN MOHAMAD, PKC )
GURU BESAR CEMERLANG
SEKOLAH KEBANGSAAN WAN IBRAHIM
27200 KUALA LIPIS,
PAHANG