Kertas Kerja Bowling KVKK

7
Tajuk Program: Pertandingan Bowling 2014 Tarikh: 5 April 2014 (Sabtu) Tempat: Ampang Bowl Seremban Parade Anjuran:

description

Kertas Kerja

Transcript of Kertas Kerja Bowling KVKK

Page 1: Kertas Kerja Bowling KVKK

Tajuk Program:

Pertandingan Bowling 2014

Tarikh:

5 April 2014 (Sabtu)

Tempat:

Ampang Bowl

Seremban Parade

Anjuran:

Kelab Pensyarah KV Kuala Klawang

Page 2: Kertas Kerja Bowling KVKK

1.0       PENDAHULUAN

Pertandingan Bowling ini diadakan bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan ahli-ahli Kelab Pensyarah KV Kuala Klawang  di dalam acara sukan sebagai aktiviti mengeratkan sillatulrahim. Disamping itu, ia dapat mendorong ahli kelab mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian sambil beriadah. Melaluinya, diharapkan agar ahli kelab dapat mewujudkan budaya hidup berteraskan kesukanan bagi meningkatkan kecergasan diri yang proaktif dan terbilang.

2.0  OBJEKTIF

2.1       Memupuk semangat toleransi di antara ahli kelab disamping mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti berteraskan kesukanan.

2.2       Memberi peluang kepada ahli kelab untuk berani mencuba dan mencungkil bakat- bakat di dalam sukan ini  yang boleh diketengahkan jika terdapat kejohanan lain

yang dianjurkan

2.3      Meningkatkan kecergasan minda dengan seimbang dari aspek moral, spiritual, emosi jasmani dan mental.

2.4       Memberi peluang berinteraksi dan bersosial dalam  sesama ahli kelab.

3.0       BUTIRAN PERTANDINGAN

                Tarikh : 5 April 2014 (Sabtu)

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Ampang Bowl, Seremban Parade

4.0 SASARAN PENYERTAAN

Ahli Kelab Pensyarah KV Kuala Klawang serta ahli keluarga.

5.0       FORMAT & SYARAT PERTANDINGAN

Seperti dilampiran 1

Page 3: Kertas Kerja Bowling KVKK

6.0       TENTATIF PROGRAM

2.00 petang    : Ketibaan & pendaftaran para peserta

2.30 petang     : Pertandingan bermula

4.30 petang    : Pertandingan tamat

4.45 petang    : Penyampaian hadiah kepada pemenang

5.30 petang    : Bersurai

7.0       JAWATANKUASA PELAKSANA

Seperti dilampiran 2

8.0    BELANJAWAN

Seperti dilampiran 3

9.0  PENUTUP

Dengan terlaksananya Pertandingan Bowling ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan suasana muhibbah di kalangan ahli kelab, di samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan sekaligus dapat menjadi sebuah pasukan yang kuat dan bersatu padu

Disediakan oleh; Disokong oleh;

…………………………………..... …………………………………..…(NUR DINA BT. HJ MD YUSOF) (SHAIFUL IZHAM B. AHMAD)Setiausaha PengerusiKelab Pensyarah KV Kuala Klawang Kelab Pensyarah KV Kuala Klawang

Page 4: Kertas Kerja Bowling KVKK

LAMPIRAN 1

FORMAT & SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan dijalankan secara individu.

2. Pertandingan akan dijalankan sebanyak 3 GAME. Pemenang di tentukan melalui jumlah mata jatuhan pin yang diperolehi.

3. Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua ahli Kelab Pensyarah KV Kuala Klawang dan ahli keluarga yang ingin menyertai.

4. Pertandingan ini akan dibahagikan kepada EMPAT KATEGORI iaitu:

i. Perseorangan Lelaki ii. Perseorangan Wanita iii. Perseorangan Lelaki Veteran (40 tahun dan ke atas)

5. Bayaran yuran penyertaan adalah sebanyak RM 35.00/ seorang.

6. Berikut adalah hadiah yang diperuntukkan untuk setiap pemenang

i. Perseorangan Lelaki – Johan, Naib Johan, Ketigaii. Perseorangan Wanita - Johan, Naib Johan, Ketigaiii. Perseorangan Lelaki Veteran (40 tahun dan ke atas) – Johan, Naib Johan, Ketiga

6. Pemain-pemain adalah bertanggungjawab sepenuhnya supaya mematuhi segala syarat-syarat yang dikenakan kepada para peserta bagi melicinkan perjalanan pertandingan ini.

7. Jawatankuasa pengelola pertandingan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan atau kecederaan atau kerugian para peserta sepanjang pertandingan ini.

8. Sebarang keputusan adalah muktamad.

Page 5: Kertas Kerja Bowling KVKK

LAMPIRAN 2

JAWATANKUASA PELAKSANA PERTANDINGAN

PENAUNGEn. Abdul Rahim Bin Kassim

(Pengarah Kolej)

PENGERUSIEn. Saiful Izham B. Ahmad

NAIB PENGERUSI & PENYELARASEn. Nor Mohd Azrai B. Hashim

SETIAUSAHACik Nur Dina Bt. Hj Md Yusof

BENDAHARIPn. Norazimah Bt. Saharom

JAWATANKUASA URUSETIA/PENDAFTARANEn. Mohd Mahfuz B. Md Nasir

En. Faizal B. Ismail

JAWATANKUASA HADIAH & CENDERAHATIPn. Hanizah Bt. Hamdan

JAWATANKUASA STATISTIKEn. Lou Ching Kou

JAWATANKUASA PROMOSI & PUBLISITISemua J/K Kelab

Page 6: Kertas Kerja Bowling KVKK

LAMPIRAN 3

BELANJAWAN

a) Pendapatan           

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 Yuran Peserta 30 orang x RM 35.00 RM 1050.00

2Sumbangan Individu & Syarikat

RM 750

JUMLAH KESELURUHAN RM1800.00

b) Perbelanjaan:

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 Bayaran permainan 30 orang x RM7.00 x 3 games RM630.00

2. Stokin & Sewa Kasut 30 orang x RM 2.00 RM 60.00

3. Door Gift 30 orang x RM 3.00 RM 90.00

4. Banner 1 RM 75.00

3 Hadiah

a) TrofiJohan RM 40.00 x 3 kategoriN. Johan RM 35.00 x 3 kategoriKe-3 RM 30.00 x 3 kategori

RM 315.00

b) HamperJohan RM 40.00 x 3 kategoriN. Johan RM 35.00 x 3 kategoriKe-3 RM 30.00 x 3 kategori

RM 315.00

c) Hamper peserta(tidak termasuk pemenang)21 orang x RM15.00

RM 315.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1800.00