Kertas Kerja Bulan Galakan Membaca

6
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU PUTRA 31400 IPOH Kertas Kerja Mengadakan Program Bulan Galakan Membaca tahun 2014 Pendahuluan : Kempen Membaca telah dilaksanakan secara rasminya pada tahun 1995 melalui sambutan Bulan Membaca Kebangsaan dengan slogan “Mari Membaca Bersama”. Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan dan ilmu telah dilaksanakan di seluruh Negara sepanjang bulan Ogos yang berlangsung sehingga ke tahun 2000. Program ini telah diubah kemudiannya pada bulan Julai dari tahun 2001 hingga 2005 bagi mengelakkan pertindihan dengan sambutan bulan kemerdekaan. Kempen membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya. Pelbagai institusi telah terlibat di dalam menjayakan program dan aktiviti berkaitan pembacaan dan galakan membaca. Oleh itu, SMK Bandar Baru Putra tidak terkecuali dalam menjayakan aktiviti tahunan ini. Sehubungan dengan itu pelbagai aktiviti telah dirancang untuk menjayakan Bulan Galakan Membaca 2014. Matlamat : Memupuk budaya membaca sepanjang hayat. Objektif : 1. Menarik penyertaan pelajar dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan minat membaca. 2. Memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat, mengamalkan membaca dari pelbagai sumber bahan bacaan dan menjadikan membaca sebagai budaya. 3. Memperluaskan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan membaca sebagai kunci ilmu pengetahuan yang tidak terbatas 4. Memupuk minat dan tabiat membaca sebagai gaya hidup masyarakat Malaysia pada masa kini dan akan datang.

description

zx

Transcript of Kertas Kerja Bulan Galakan Membaca

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU PUTRA

31400 IPOH

Kertas Kerja Mengadakan Program Bulan Galakan Membaca tahun 2014Pendahuluan :

Kempen Membaca telah dilaksanakan secara rasminya pada tahun 1995 melalui sambutan Bulan Membaca Kebangsaan dengan slogan Mari Membaca Bersama. Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan dan ilmu telah dilaksanakan di seluruh Negara sepanjang bulan Ogos yang berlangsung sehingga ke tahun 2000. Program ini telah diubah kemudiannya pada bulan Julai dari tahun 2001 hingga 2005 bagi mengelakkan pertindihan dengan sambutan bulan kemerdekaan. Kempen membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya.

Pelbagai institusi telah terlibat di dalam menjayakan program dan aktiviti berkaitan pembacaan dan galakan membaca. Oleh itu, SMK Bandar Baru Putra tidak terkecuali dalam menjayakan aktiviti tahunan ini. Sehubungan dengan itu pelbagai aktiviti telah dirancang untuk menjayakan Bulan Galakan Membaca 2014.

Matlamat :

Memupuk budaya membaca sepanjang hayat.

Objektif :

1. Menarik penyertaan pelajar dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan minat membaca.

2. Memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat, mengamalkan membaca dari pelbagai sumber bahan bacaan dan menjadikan membaca sebagai budaya.

3. Memperluaskan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan membaca sebagai kunci ilmu pengetahuan yang tidak terbatas

4. Memupuk minat dan tabiat membaca sebagai gaya hidup masyarakat Malaysia pada masa kini dan akan datang.

5. Menanam budaya membaca kearah melahirkan masyarakat berpengetahuan, pemikir dan kreatif.

Rasional :

Sesuatu bangsa itu berjaya kerana ketinggian ilmunya. Ilmu haruslah dicari, diterokai dan dipelajari untuk mencapai kemajuan yang diingini. Aktiviti membaca merupakan satu kaedah yang paling mudah sekali untuk memperolehi ilmu. Oleh itu budaya membaca ini haruslah dijadikan amalan dan diterapkan ke dalam jiwa pelajar-pelajar sekolah. Dalam konteks ini, sekolah merupakan institusi yang paling hampir untuk merealisasikan kempen membaca di kalangan pelajar-pelajar dan seterusnya menjadikan amalan membaca sebagai gaya hidup masyarakat pada masa kini dan akan datang.

Tarikh

:Sepanjang bulan Julai 2014Tempat :SMK Bandar Baru Putra

Kumpulan sasaran: Semua warga SMK Bandar Baru Putra, Ipoh.

Jawatankuasa Induk:Jawatankuasa Induk :Penasihat

:

Pengerusi

:

Naib Pengerusi I

: Naib Pengerusi II

: Penyelaras

:

AJK Strategi:

1. Mesyuarat Perancangan

2. Penyediaan Kertas Kerja

3. Pelaksanaan

4. Penilaian

Program yang dijalankan sepanjang bulan:

TarikhAktivitiPenyelaras

7 hb Julai (Isnin)Majlis Pelancaran Bulan Galakan Membaca bersempena Minggu Bahasa Inggeris

Persembahan pelajar

Sepanjang bulanReading Challenge Give Me 30!

Pagi Bersama Rakan Pembaca

Anugerah Peminjam Buku Terbanyak Bulan Mei Julai

Pengunjung Bertuah

Program Pengampunan PSS

Stamp n Win

Read n Do! Tang Lung

Puzzle

Jejak Herba

4 pic A word

Knowing is Growing!

Kaligrafi Cina- Tulisan Paling Kreatif

Cari Perkataan Tersembunyi

4hb Ogos (Isnin)Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah

Anggaran Perbelanjaan:

BilAktivitiKUANTITIHarga Hadiah (RM)SumberJumlah

1Reading Challenge

Give Me 30!203075PCG BI PCG PSS140

150

2Stamp n Win!510PCG BI50

3Read n Do Tang LungTempat pertama

Tempat kedua

Tempat ketiga

Saguhati1

1

1

79765PCG57

44 Pic A Word104PCG40

5Puzzle

Tempat pertama

Tempat kedua

Tempat ketiga

Saguhati1

1

1

79765PCG57

6Kaligrafi Cina Tulisan Paling Keratif

Tempat pertama

Tempat kedua

Tempat ketiga

Saguhati1

1

1

79765PCG57

7Cari Perkataan Tersembunyi104PCG40

8Jejak Herba104PCG40

9Anugerah Peminjam Buku Terbanyak Bulan Mei - Julai317PCG51

10Pengunjung Bertuah104Sumbangan40

JUMLAHPCG492

Sumbangan40

Panitia BI190

Penutup:

Penglibatan pelajar dalam program sepanjang bulan akan dijadikan sebagai indicator bagi menentukan keberkesanan program ini di samping memupuk penggunaan bahasa Melayu serta bahasa Inggeris dalam membantu peningkatan budaya membaca di kalangan pelajar SMK BBP.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

_________________________

_____________________________

Penyelaras

Penolong Kanan Pentadbiran

SMK Bandar Baru Putra

SMK Bandar Baru Putra

Disahkan oleh,

_________________________

Pengetua

SMK Bandar Baru Putra