Kertas Kerja Buletin Sekolah
description
Transcript of Kertas Kerja Buletin Sekolah
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN,
06000 JITRA, KEDAH.
___________________________________________________________________
KERTAS CADANGAN
BULETIN SK DARULAMAN HEIGHTS
ANJURAN:
GURU-GURU PELATIH
IPG KAMPUS DARULAMAN
1.0 PENGENALAN
Sepanjang tahun, pelbagai program telah dirancangkan oleh pihak sekolah.
Program ini melibatkan aktiviti akademik, kokurikulum serta pengurusan
murid. Bagi memastikan program yang dilangsungkan ini dapat diabadikan,
pelbagai kaedah dokumentasi boleh dilaksanakan. Salah satu cara untuk
mendokumentasikan aktiviti ini adalah dalam bentuk buletin. Penyediaan
buletin dilihat sebagai satu wadah yang mampu menyampaikan info sama
ada kepada guru, murid, waris malah pelawat yang datang ke SK Darulaman
Heights ini. Jesteru, guru pelatih di SK Darulaman Heights mengambil inisiatif
bagi menerbitkan Buletin Sekolah. Projek ini dijalankan bersama dengan
pihak pentadbiran, guru serta murid.
2.0 RASIONAL
Memastikan setiap program yang dianjurkan sepanjang bulan tersebut dapat
dilaporkan dengan ringkas, padat dan jelas buat rujukan di masa akan
datang.
3.0 MATLAMAT
Matlamat projek ini adalah untuk memberi info-info berguna kepada pembaca
khususnya warga SK Darulaman Heights berkenaan aktiviti yang dijalankan
serta fakta-fakta menarik berkenaan akademik, bukan akademik dan isu
semasa.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Mendokumentasikan aktiviti sekolah yang dijalankan.
4.2 Mendedahkan fakta sains dan matematik menerusi info yang
dimuatkan.
4.3 Menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid SKDH.
4.4 Membolehkan waris murid mengikuti perkembangan aktiviti yang
dijalankan di SKDH.
5.0 TARIKH
30 Jun – 25 Julai 2013 (1 Bulan)
6.0 AHLI JAWATANKUASA
Rujuk Lampiran 1
7.0 PERANCANGAN AKTIVITI
Rujuk Lampiran 2
8.0 PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran 3
9.0 PENUTUP
Segala perhatian dan jasa baik pihak tuan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Darulaman Heights dalam memberi kelulusan terhadap usul dan peruntukan
yang dipohon, amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
……………………………………………….
(CIK FADILAH BINTI MOHD PUAD )
Setiausaha,
Projek Buletin Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights.
LAMPIRAN 1
JAWATANKUASA INDUK
PROJEK BULETIN SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN DARULAMAN HEIGHTS
PENAUNG : EN. ZULKEFLEE BIN ALWI
PENASIHAT : EN. JAMALUDIN BIN HASSAN
PN. FATIMAH BT. MOHD DAUD
ENCIK CHIAH SUPHON A/L NAY SWAT
PENYELARAS : EN. MOHD ASYRAF BIN HJ. ABDULLAH
NAIB PENYELARAS : EN. ARIFFUDDIN BIN SAAD
SETIAUSAHA : CIK FADILAH BINTI MOHD PUAD
NAIB SETIAUSAHA : EN. PREM SUKCHAREAN A/L KIM CHEE
: CIK AYU IZZATI BT. ISMAIL SHAH
BENDAHARI : NUR IDAYU BINTI MOHD NOOR
NAIB BENDAHARI : CIK NURULJANNAH BINTI MOHD MAZUKI
AHLI JAWATANKUASA
JK BAHASA : EN. ROMLI BIN MD ZADIN
JK MAKLUMAT : PN. BALKHIS BT. BAHADUN
PN. ASMIDA BT. AHMAD
JAWATANKUASA KERJA
PROJEK BULETIN SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN DARULAMAN HEIGHTS
KETUA EDITOR : EN. MOHD ASYRAF BIN HAJI ABDULLAH
GRAFIK & DTP : EN. ARIFFUDDIN BAIN SAAD
PENGARANG : CIK FADILAH BINTI MOHD PUAD
EN. PREM SUKCHAREAN A/L KIM CHEE
CIK AYU IZZATI BT. ISMAIL SHAH
NUR IDAYU BINTI MOHD NOOR
CIK NURULJANNAH BINTI MOHD MAZUKI
LAMPIRAN 2PERANCANGAN AKTIVITI
BULETIN SEKOLAHSEKOLAH KEBANGSAAN DARULAMAN HEIGHTS
TARIKH: 7 JULAI 2013 – 25 JULAI 2013
MINGGU/
TARIKHAKTIVITI CATATAN
MINGGU 1
30.7.2013 -
4.7.2013
Perancangan
MINGGU 2
7.7. 2013 –
11.7.2013
Menulis laporan aktiviti Pemilihan gambar aktiviti Mencari info, fakta menarik untuk
dimasukkan Merekabentuk ‘layout’ buletin
MINGGU 3
14.7.2013 –
18.7.2013
Menyemak tatabahasa laporan Memasukkan laporan, dalam ‘desktop
publishing’ (DTP) Mencetak draf buletin Proof-read Mengedit draf buletin
MINGGU 4
21.7.2013 –
25.7.2013
Cetakan Edaran
LAMPIRAN 3PERBELANJAAN
No Perkara Harga Seunit
(RM)
Kuantiti Jumlah (RM)
1. Kertas A3 - 60 helai
2 Cetakan berwarna (A3) RM2.50 2 unit RM5.00
JUMLAH KESELURUHAN
BAHAGIAN PENGESAHAN
BAHAGIAN A: MENTOR
Data dan maklumat yang diberikan adalah betul.
Butiran kewangan yang diberikan adalah betul
Telah disemak dengan teliti
ULASAN(Jika ada)
……………………………………………………………………………………………….....
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
……………………… ………………………….
(Tarikh) (Tandatangan & Cop)
BAHAGIAN B: GURU BESAR
ULASAN:
……………………………………………………………………………………………….....
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
DILULUSKAN/ TIDAK DILULUSKAN
……………………… ………………………….
(Tarikh) (Tandatangan & Cop)