KERTAS KERJA CERIATHON 2011

9
KERTAS KERJA PROGRAM CERIATHON 2011 ANJURAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN WIRA JAYA, 31350 IPOH, PERAK. 1. Latar Belakang Program Ceriathon ini dirancang bagi memenuhi keperluan kewangan Persatuan Ibu bapa dan Guru dalam menjalankan pelbagai program pendidikan dan pembangunan prasarana di sekolah ini yang mana kewangan PIBG amat sedikit disebabkan jumlah murid yang tidak ramai. Tujuan murni ini diperkemaskan lagi dengan budaya ilmu dan pendidikan cemerlang yang menjadi tonggak dan aspirasi kejayaan murid- murid dalam peperiksaan UPSR sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Program ini bertujuan untuk mengumpul dana dengan cara membuat kutipan daripada orang perseorangan ataupun sektor swasta. Oleh itu , PIBG memilih Ceriathon kerana lebih releven dan tidak banyak mengganggu proses pembelajaran murid di mana komitmen individu terutama ibu bapa dan penjaga dalam membimbing murid melaksanakan program ini amat dialu-alukan. 2. Rasional Murid-murid SKWJ tinggal dalam satu persekitaran perumahan elit dan sebilangan besar ibu bapa penjaga mempunyai pendapatan tetap melebihi 2 ribu ringgit. Ada di antara mereka iaitu 70% kakitangan kerajaan dan 30 peratus bekerja sendiri. Oleh itu, program ini dijangka akan dibantu oleh ibubapa/penjaga dengan mempromosikan kad-kad kutipan kepada saudara-mara serta rakan-rakan sekerja yang 70% berpendapatan tetap dan pihak PIBG menjangkakan kad-kad 1

description

PROGRAM PIBG. SEMOGA DAPAT MEMBANTU.

Transcript of KERTAS KERJA CERIATHON 2011

Page 1: KERTAS KERJA CERIATHON 2011

KERTAS KERJAPROGRAM CERIATHON 2011

ANJURAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURUSEKOLAH KEBANGSAAN WIRA JAYA,

31350 IPOH, PERAK.

1. Latar Belakang

Program Ceriathon ini dirancang bagi memenuhi keperluan kewangan Persatuan Ibu bapa dan Guru dalam menjalankan pelbagai program pendidikan dan pembangunan prasarana di sekolah ini yang mana kewangan PIBG amat sedikit disebabkan jumlah murid yang tidak ramai. Tujuan murni ini diperkemaskan lagi dengan budaya ilmu dan pendidikan cemerlang yang menjadi tonggak dan aspirasi kejayaan murid-murid dalam peperiksaan UPSR sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Program ini bertujuan untuk mengumpul dana dengan cara membuat kutipan daripada orang perseorangan ataupun sektor swasta. Oleh itu , PIBG memilih Ceriathon kerana lebih releven dan tidak banyak mengganggu proses pembelajaran murid di mana komitmen individu terutama ibu bapa dan penjaga dalam membimbing murid melaksanakan program ini amat dialu-alukan.

2. Rasional

Murid-murid SKWJ tinggal dalam satu persekitaran perumahan elit dan sebilangan besar ibu bapa penjaga mempunyai pendapatan tetap melebihi 2 ribu ringgit. Ada di antara mereka iaitu 70% kakitangan kerajaan dan 30 peratus bekerja sendiri. Oleh itu, program ini dijangka akan dibantu oleh ibubapa/penjaga dengan mempromosikan kad-kad kutipan kepada saudara-mara serta rakan-rakan sekerja yang 70% berpendapatan tetap dan pihak PIBG menjangkakan kad-kad kutipan ini akan memenuhi sasaran kutipan yang telah ditetapkan.

3. Objektif.

3.1 Pihak sekolah berharap dana terkumpul akan dapat digunakan untuk pembangunan sekolah terutama keperluan prasarana dan pembelajaran murid.

3.2 Memberi peluang kepada murid untuk sama-sama menyumbang keperluan pendidikan bagi peningkatan pembelajaran mereka.

3.3 Menanam sikap bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan sesuatu program yang melibatkan kewangan dalam kalangan murid-murid.

1

Page 2: KERTAS KERJA CERIATHON 2011

3.4 Mendidik murid-murid berusaha dalam mencapai sesuatu matlamat bersama.

4. Matlamat

Program Ceriathon dicadangkan bertujuan untuk:

4.1 Menubuhkan dana membina prasarana untuk kegunaan kecemerlangan pendidikan bagi mempelbagaikan program pendidikan kepada anak-anak murid sekolah ini.

4.2 Menambah jumlah bahan bantu mengajar dan kertas pendua serta alat-alatan kokurikulum bagi kegunaan murid-murid sekolah ini.

4.3 Meningkatkan keceriaan kawasan sekolah yang agak baru dan luas agar kawasan sekolah ceria, menarik dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

5. Tujuan kutipan

Bagi membiayai program-program kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan keceriaan sekolah.

6. Tarikh Program

6.1 Tarikh pelaksanaan aktiviti Ceriathon diputuskan pada 29 Oktober 2011 (Sabtu) sempena cuti hari Sabtu bertempat di SKWJ.

6.2 Tarikh pelancaran dan edaran kad kepada murid-murid sekolah serta guru-guru ditetapkan pada 25 Julai 2011 (Isnin).

6.3 Tempoh kutipan Derma Kad Ceriathon bermula 25 Julai 2011 (Isnin) hingga 25 Oktober 2011 (Selasa).

6.4 Tarikh kutipan wang terkumpul daripada murid bermula pada 25 Julai 2011 (Isnin) hingga 25 Oktober 2011 (Selasa).

6.5 Jangkamasa tempoh pelaksanaan program ini 90 hari.

7. Masa Program

Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.

2

Page 3: KERTAS KERJA CERIATHON 2011

8. Tempat program.

Dataran Terbuka Sekolah Kebangsaan Wira Jaya. Peserta Ceriathon adalah terdiri daripada murid-murid sekolah, warga sekolah dan ibu bapa serta penjaga bersedia di dataran terbuka untuk mendengar taklimat aktiviti-aktiviti Ceriathon.

9. Perasmian

PIBG bercadang menjemput Dato Bandar Ipoh sebagai tetamu kehormat untuk merasmikan program ceriaton ini dan seterusnya menyampaikan hadiah dalam Majlis Perasmian Penutupan.

10. Penyampaian hadiah.

Hadiah-hadiah akan disampaikan oleh beberapa individu. Antaranya:

10.1 Perasmi - Dato’ Bandar Ipoh10.2 Pengerusi PIBG - En. Hassan Bin Hj. Barsonit10.3 Guru Besar SKWJ - Pn. Hjh. Paridah bt. Abdul Karim,PPT

11. Kategori hadiah Individu.

Hadiah disampaikan kepada individu seperti berikut :

11.1 Kategori Murid – Kutipan terbanyak individu (Hamper)

TAHUN LELAKI PEREMPUAN JUMLAHSATU 1 1 2DUA 1 1 2TIGA 1 1 2

EMPAT 1 1 2LIMA 1 1 2ENAM 1 1 2

JUMLAH 6 6 12

11.2 Kategori Guru Dan PIBG

11.2.1 Kutipan guru dan kakitangan terbanyak. - 5 Hamper11.2.2 Kutipan AJK PIBG terbanyak - 5 Hamper

Jika terdapat jumlah kutipan yang sama banyak penerima hamper dipilih melalui undian.

3

Page 4: KERTAS KERJA CERIATHON 2011

12. Aturcara Perasmian Penutup

7.00 pagi : Pendaftaran peserta Ceriathon 20118.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku

Nyanyian Lagu Negeri PerakUcapan Perasmian Penutupan oleh Dato’ BandarUcapan Pengerusi PIBG

8.30 pagi : Aktiviti Ceriathon10.00 pagi : Rehat dan Kudapan10.30 pagi : Penyampaian Hadiah11.00 tengah hari : Bersurai.

13. Sasaran Kutipan

13.1 PIBG mensasarkan kutipan sebanyak RM15000.00 (Lima Belas Ribu Ringgit Malaysia sahaja).

13.2 Berdasarkan catatan berikut :

13.2.1 Murid 220 orang X RM30.00 (Minimum) seorang = RM 6600.00

13.2.2 Guru Dan Kakitangan 31 Orang X RM50.00 (Minimum) = RM 1550.00

13.2.3 AJK PIBG 15 orang X 50.00 ( Minimum) = RM 750.00

13.2.4 Derma Ikhlas Individu dan Syarikat (Anggaran) = RM 5500.00

13.2.5 Dana daripada sekolah-sekolah Perak (25 Sek. X RM30.00) = RM 750.00

JUMLAH = RM15150.00

14. Tempoh Kutipan

14.1 Tempoh kutipan bermula dari hari edaran kad pada 25 Julai 2011 (Isnin) hingga 25 Oktober 2011 (Selasa).

15. Cara Kutipan

15.1 Setiap murid dibekalkan dengan satu kad Ceriathon. 15.2 Ibu bapa/Penjaga mewakili anak membuat kutipan Ceriathon.15.3 Ahli PIBG juga dibekalkan dengan 1 kad kutipan Ceriathon.

4

Page 5: KERTAS KERJA CERIATHON 2011

15.4 Kad dan wang kutipan diserahkan kepada Bendahari PIBG melalui sekolah (jawatankuasa Pelaksana)

16. Jawatankuasa Ceriathon 2011

Penaung : PPD Daerah Kinta Utara

Penasihat : Puan Hajah Paridah bt. Abdul Karim,PPT (Guru Besar SKWJ)

Pengerusi : Encik Shahri bin Sujak (Naib YDP PIBG SKWJ)

Timbalan Pengerusi : Encik Hassan bin Hj. Barsonit (YDP PIBG SKWJ)

Naib IPengerusi II

: Puan Hajah Norizan bt. Madzlan: Tuan Haji Kamarulzaman bin Harun

Penyelaras : Puan Hajah Aminah binti Sakio

Setiausaha : Puan Noor Suriana binti Sakrani

Bendahari : Puan Hajah Seri Hani binti Said

AJK : Encik Faisal bin Adnan: Encik Hasri bin Yong

: Encik Mohd. Shahir bin Mohd. Yaziz

: Cik Faridah binti Mat Noor

: Puan Norliza Aryani binti Alang Ahmad

: Puan Syarifah Syakirah binti Syed Adam

: Puan Mahani binti Ab. Wahab

: Puan Rosilahanum binti Mohd. Rajuddin

: Puan Hajah Ainul Hasmah binti Ngah Razali

: Encik Zamri bin Mohamad

: Encik Kamaruzzaman bin Hassan

: Puan Aminahkadariah binti Abdul Latif

: Encik Mohd. Rizal bin Abdul Raman

17. Cadangan Aktiviti Hari Ceriathon

5

Page 6: KERTAS KERJA CERIATHON 2011

17.1 Menanam pokok17.2 Pemeriksaan kesihatan17.3 Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang17.4 Membuat Mural

18. Cadangan Hadiah Galakan Ceriaton

18.1 RM60.00 hingga RM99.00 - Sehelai baju T 18.2 RM100 hingga RM199.00 - 1 Hamper18.3 RM200.00 hingga RM299 - Sehelai baju T dan Hamper 18.4 RM300.00 hingga RM399.00 - Sehelai baju T dan Hamper18.5 RM400.00 hingga RM599.00 - 1 Jam Tangan.18.6 RM600 ke atas - Basikal

19. Hadiah Khas (Kelas ).

20.1 - Kutipan Kelas Terbanyak Tahap1 = 1 hamper 20.2 - Kutipan Kelas Terbanyak Tahap 2 = 1 hamper

Disediakan oleh,

(NOOR SURIANA BINTI SAKRANI)Setiausaha PIBGSK. Wira Jaya,31350 Ipoh, Perak

Disahkan oleh,

(HASSAN BIN HAJI BARSONIT)Yang Dipertua PIBGSK. Wira Jaya,31350 Ipoh, Perak

6