KERTAS KERJA .doc

6
KESELAMATAN MURID SEBELUM DAN SELEPAS SESI PERSEKOLAHAN PENGENALAN Keselamatan adalah satu keadaan yang selamat, sejahtera, aman dan terlindung daripada sebarang masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang boleh melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini berlaku. Keselamatan di sekolah lebih kepada pencegahan berlakunya sebarang kes kecederaan dan kemalangan di semua tempat dalam lingkungan kawasan sekolah seperti di stor sukan, kantin, dewan, bilik komputer, bilik darjah, asrama, bilik mandi, tandas, padang dan dapur. Bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini terjadi maka langkah-langkah pencegahan perlu dirancang, disusun dan dilaksanakan dengan terperinci demi kebaikan bersama semua warga sekolah. Oleh itu, satu proses prosedur keselamatan mengenai tatacara penggunaan sesuatu empat perlu disebarkan dan disampaikan dalam bentuk risalah atau poster. Tatacara ini termasuklah dari segi penggunaan secara am, tatacara penggunaan murid dan tatacara penggunaan guru. Dengan adanya prosedur ini, pihak pentadbiran dan semua warga sekolah akan mempunyai komitmen dalam memberi kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif bagi membantu perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Transcript of KERTAS KERJA .doc

Page 1: KERTAS KERJA .doc

KESELAMATAN MURID SEBELUM DAN SELEPAS SESI PERSEKOLAHAN

PENGENALAN

Keselamatan adalah satu keadaan yang selamat, sejahtera, aman dan terlindung daripada

sebarang masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran

dan perkara-perkara lain yang boleh melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini

berlaku. Keselamatan di sekolah lebih kepada pencegahan berlakunya sebarang kes

kecederaan dan kemalangan di semua tempat dalam lingkungan kawasan sekolah seperti di

stor sukan, kantin, dewan, bilik komputer, bilik darjah, asrama, bilik mandi, tandas, padang

dan dapur.

 

Bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini terjadi maka langkah-langkah

pencegahan perlu dirancang, disusun dan dilaksanakan dengan terperinci demi kebaikan

bersama semua warga sekolah. Oleh itu, satu proses prosedur keselamatan mengenai tatacara

penggunaan sesuatu empat perlu disebarkan dan disampaikan dalam bentuk risalah atau

poster. Tatacara ini termasuklah dari segi penggunaan secara am, tatacara penggunaan murid

dan tatacara penggunaan guru. Dengan adanya prosedur ini, pihak pentadbiran dan semua

warga sekolah akan mempunyai komitmen dalam memberi kesedaran terhadap aspek

keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif bagi membantu perkembangan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Bijak Sifir Matematik Tahun 1, 2 dan 3 merupakan salah satu cara untuk mempertingkatkan

minat murid dalam penghafalan sifir 1 hingga 9. Bijak sifir yang dijalankan ini membolehkan

murid-murid memperoleh keputusan dalam matematik dengan lebih memberangsangkan lagi.

Bijak sifir yang dijalankan ini dapat memberi faedah kepada murid-murid semasa menjawab

soalan darab dan bahagi dalam subjek matematik. Program bijak sifir ini perlulah

dilaksanakan secara berterusan untuk membolehkan murid menguasai fakta asas matematik

dengan lebih kukuh sebelum mereka berada di Tahun 4, 5 dan 6.

 

MATLAMAT

Matlamat aktiviti ini adalah untuk meransang minat murid dalam menghafal sifir dan

seterusnya dapat membantu dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam ujian matematik.

Page 2: KERTAS KERJA .doc

 

OBJEKTIF/ RASIONAL

Antara rasional aktiviti ini dijalankan ialah :

 

1. Meransang minat pelajar dalam penghafalan sifir.

2. Mempertingkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Matematik.

3. Memperkukuhkan fakta asas darab dan bahagi murid.

4. Mempersiapkan pelajar untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada masa akan datang.

KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar Tahun 1, 2, dan 3.

 

TEMPOH MASA

Setiap hari Isnin hingga Jumaat. Bermula pada pukul 12.00 tengah hari dan berakhir pada

pukul 12:50 tengah hari. Program Bijak Sifir ini akan bermula pada bulan Januari dan

berakhir pada November iaitu sebelum Cuti Akhir Tahun 2014.

PENGOPERASIAN

A.   Pelajar

1. Para pelajar akan dikumpulkan di tapak perhimpunan pada setiap hari isnin hingga

jumaat pada pukul 12 tengah hari hingga 12:50 tengah hari.

2. Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu bijak sifir dijalankan.

3. Pelajar patut datang awal ke sekolah di antara pukul 12 tengah hari hingga 12:30

untuk menyertai program bijak sifir.

4. Pelajar harus menggunakan kad bijak sifir yang telah dibeli oleh mereka.

5. Pelajar akan diuji sifir secara hafalan dengan meminta guru matematik

menandatangani Kad sifir, kemudian, pelajar diuji sekali lagi sifir dengan bertanyakan

sifir secara rawak.

B.Tempat

Page 3: KERTAS KERJA .doc

Program Bijak Sifir akan dijalankan di tapak perhimpunan setiap hari.

C. Guru

Semua guru Matematik Tahun 1, 2 dan 3 terlibat dalam bijak sifir ini. Berikut adalah senarai

nama guru yang ditugaskan untuk membimbing pelajar menghafal sifir.

Guru Hari

Pn. Jennie Lementan Isnin

Cik Nur fahani Selasa

Cik Hazima Rabu

Pn. Lee Siew Eng Khamis

Pn. Qistina Jumaat

 

Guru yang membimbing pelajar untuk penghafalan sifir adalah terdiri daripada guru

matematik dan termasuk juga guru pemulihan. Guru ini ditugaskan untuk membimbing

pelajar kerana guru tersebut lebih kenal dan arif dengan subjek matematik. Jikalau guru

matematik tidak dapat menghadirikan diri pada hari tersebut, guru yang bertugas harian yang

lain akan mengambil alih tugas guru matematik supaya penghafalan sifir dapat dilaksanakan

seperti biasa. Cara ini diharapkan dapat membantu pelajar yang masih lemah atau tidak

pandai dalam sifir.

 

D. Kehadiran / ketidakhadiran pelajar

1. Pelajar-pelajar diwajibkan hadir untuk program bijak sifir ini .

E. Pemantauan

 

Pemantauan akan dibuat oleh Guru Besar, Penolong Kanan Kurikulum, Penyelia Petang dan

Ketua Panitia mata pelajaran. Pemantauan akan dibuat dalam 2 kaedah.

1.      Pihak yang disebut di atas akan memantau di tapak perhimpunan semasa program

dijalankan .

Page 4: KERTAS KERJA .doc

2.       Menyemak kad bijak sifir murid.

PENILAIAN

 

A.   Guru

Program ini akan dijadikan sebagai penilaian prestasi guru dalam borang penilaian prestasi

tahunan. Penilaian akan dibuat berdasarkan :-

1.       Kehadiran

 

B.   Pelajar.

Setiap pelajar akan dinilai menerusi kad bijak sifir yang telah dibeli oleh mereka. Pelajar

yang telah berjaya menghafal sifir akan ditandatangani oleh guru dan pelajar akan disoal sifir

secara rawak. Selain itu, ibu bapa juga perlu menguji sifir anak mereka semasa di rumah dan

menandatangani kad bijak sifir anak mereka. Ruang sifir 2 hingga 9 yang telah

ditandatangani oleh guru dan ibu bapa dianggap sebagai pelajar tersebut telah pandai dalam

sifir dan pelajar tersebut layak menerima hadiah semasa perhimpunan pada hari isnin. Hadiah

sebanyak 30 akan disediakan kepada pelajar yang paling awal habis menghafal sifir 2 hingga

9. Hadiah diberikan sebagai rangsangan kepada murid untuk bersemangat dalam hafal sifir.

C.   Impak/Hasil

Berasaskan kepada prestasi pelajar dalam pelajaran.

PENUTUP

Segala aktiviti yang dirancang atau yang telah dilaksanakan adalah semata-mata untuk

meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran para pelajar. Aktiviti ini bukan

sahaja untuk pelajar menghadapi dalam ujian penggal 1 dan penggal 2, malahan amat penting

bagi pelajar dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang akan datang. Diharapkan program

bijak sifir ini dapat membantu meningkatkan lagi minat murid dalam mata pelajaran

matematik dan mempunyai keyakinan semasa menjawab soalan dalam ujian yang dijalankan.

 

Sekian, terima kasih

 

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ‘

Page 5: KERTAS KERJA .doc

 

Saya yang menurut perintah,

Disediakan oleh :                                                       

( PN. LEE SIEW ENG )                ( PN. JENNIE LEMENTAN )

Guru Mata pelajaran Matematik               Guru Mata pelajaran Matematik         

SK Lutong SK Lutong

 Disemak oleh :

(EN. GEORGE LANGAT NGAU )

Ketua Panitia Matematik

SK Lutong

Salinan Kepada; 

I. Fail Kurikulum Sekolah

II. Fail Panitia

Disahkan oleh :

(EN. SAUFIE B. HJ. SA’AIT)

Guru Besar

SK Lutong