Kertas Kerja Ekonomi Malaysia

21
FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN EKONOMI MALAYSIA (EEEX 3023) NAMA PENSYARAH: ENCIK ABDUL RAZAK Tajuk Yang Dikaji : Peranan Perusahaan Awam dalam Mencapai Dasar Ekonomi Baru(DEB) Nama Ahli kumpulan: TOH KIT SIANG A113001 HO SHU PENG A113127

Transcript of Kertas Kerja Ekonomi Malaysia

Page 1: Kertas Kerja Ekonomi Malaysia

FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN

EKONOMI MALAYSIA

(EEEX 3023)

NAMA PENSYARAH:

ENCIK ABDUL RAZAK

Tajuk Yang Dikaji :

Peranan Perusahaan Awam dalam Mencapai Dasar Ekonomi Baru(DEB)

Nama Ahli kumpulan:

TOH KIT SIANG A113001HO SHU PENG A113127WONG PEI WUEN A111775CHYE XIAO MEI A111751

Page 2: Kertas Kerja Ekonomi Malaysia

DEFINISI PERUSAHAAN AWAM

Hanson (1965) mendefinisikan perusahaan awam (PA) sebagai sebuah organisasi yang

beroperasi berasaskan kepada prinsip komersil dan dikuasai secara menyeluruh atau

sebahagiannya oleh kerajaan. Manakala menurut Abdullah Sanusi (1980:136), perusahaan awam

di Malaysia ditakrifkan sebagai badan kerajaan yang terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi dan

perniagaan termasuk syarikat yang memegang amanah untuk Bumiputera.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (1974:2) menggunakan istilah perusahaan awam

merujuk kepada perusahaan yang kerajaan mempunyai kepentingan majoriti dari segi pemilikan

dan pengurusan.

Mesyuarat pegawai-pegawai kanan dari negara sedang membangun yang dianjurkan oleh

Urusetia Komanwel di London 1979, mendefinisikan perusahaan awam sebagai,

“Any commercial, financing, industrial, agricultural or promotional under-taking – owned by a

public authority either wholly or through majority share-holding – which is engaged in a

production and sales of goods and services and whose affairs are capable of being recorded in

balance sheets and profit-loss accounts. Such undertaking may have diverse legal and corporate

forms such as departmental undertakings, public corporations statutory agencies established by

acts of parliament or joint stock companies registered under the company law.”

Dapat dirumuskan bahawa perusahaan awam merupakan suatu badan yang dimiliki dan

dikawal oleh kerajaan sama ada sebahagian ataupun sepenuhnya, mempunyai bidang aktiviti

yang pelbagai seperti perindustrian, pertanian, perdagangan dan perniagaan serta mengeluar dan

menjual barangan atau perkhidmatan. Perjalanan badan ini adalah sebahagian atau sepenuhnya

dibiayai dengan hasil daripada aktiviti atau operasi badan tersendiri. Ia mempunyai bentuk

organisasi yang pelbagai seperti perbadanan awam, jabatan dan syarikat.

Page 3: Kertas Kerja Ekonomi Malaysia

DASAR EKONOMI BARU

DEB ialah rangka rancangan jangka panjang pertama (RRJP1)yang pernah dilaksanakan dalam

ekonomi Malaysia(1971-1990). Pada asasnya, matlamat DEB seperti yang termaktub dalam

Rancangan Malaysia kedua RMK) dan Rancangan-rancangan Lima Tahun seterusnya,

mempunyai dua objektif utama:

i. Mengurang dan seterunya membasmi kemiskinan dengan menambakan

pendapatan dan membanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat

malaysia tanpa mengira kaum.

ii. Mempercepatkan penyusunan semuala masyarakat bagi memperbaiki keadaan

ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurang serta menghapuskan

pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi masing-masing. (RMK, 1971,1)

Strategi serampang dua mata di atas pula diprlukan untuk suatu matlamat terakhir yang lebih

penting iaitu perpaduan nasional.

Page 4: Kertas Kerja Ekonomi Malaysia

OBJEKTIF 1

Pembasmian Kemiskinan

Pembangunan yang telah dicapai semenjak kemerdekaan sehinggalah tercetusnya tragedi "Mei

13", bukan sahaja tidak berjaya mengatasi masalah kemiskinan malah ianya pernah dikatakan

telah memburukkan lagi masalah. Pembangunan ekonomi yang pesat dlaam jangkamasa tersebut

tidak dapat dinikmati bersama oleh sebahagian besar penduduk negara. Kadar kemiskinan adalah

tinggi sementara agihan pendapatan adalah semakin tidak setara. Di samping itu terdapat

beberapa ciri kemiskinan tersebut yang boleh mengancam kestabilan politik dan ekonomi negara

seperti yang dimanifestasikan oleh tragedi "Mei 13" dahulu. Diantara ciri-ciri tersebut

termasuklah:

Kadar dan bilangan isirumah miskin yang terlalu tinggi di kalangan kaum Bumiputera

berbanding dengan kaum bukan Bumiputera.

Sebahagian besar daripada golongan miskin tersebut adalah terlibat di dalam sektor

pertanian.

Golongan miskin ini juga merupakan sumebr utama kuasa politik kerajaan.

OBJEKTIF 2

Penyusunan Semula Masyarakat

Objektif penyusunan semula masyarakt dalam perspektif yang lebih luas meliputi:

Pengurangan ketidakseimbangan pendapatan dikalangan kumpulan-kumpulan etnik

utama dan antara kawasan bandar dan luar bandar,

Penyusunan semula corak gunatenaga di semua peingkat dan kategori supaya

Page 5: Kertas Kerja Ekonomi Malaysia

mencerminkan corak penduduk yang berbilang kaum.

Penyusunan semula corak pemilikan dan pengusahaan dalam sektor syarikat supaya

"menjelang tahun 1990 kaum Bumiputera dan syarikat-syarikat kepentingan Bumiputera

akan memiliki 30% daripada stok-stok modal dalam syarikat-syarikat berhad dan

perbadanan –perbadanan awam;

PERANAN PENGUSAHAAN AWAM DALAM MENCAPAI DASAR EKONOMI BARU

(DEB)

Pertambahan pesat dalam jumlah perusahaan awam semenjak perlaksanaan DEB,

memperlihatkan penglibatan aktif kerajaan dalam ekonomi. Perusahaan awam telah melibatkan

diri dalam berbagai aktiviti yang seperti berikut:

Perusahaan awam yang terlibat dalam bidang pertanian dan pembangunan wilayah seperti

Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Pemulihan dan

Penyatuan Tanah Negara (FELCRA), RISDA KEJORA, Lembaga Kemajuan Terengganu

Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

Perusahaan awam yang terlibat dalam perindustrian dan perniagaan seperti PERNAS dan

MARA.

Perusahaan awam yang terlibat dalam kewangan seperti Bank Pertanian, Bank Simpanan

Nasional, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan

Bank Bumiputra.

Perusahaan awam yang menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti Tenaga Nasional

Berhad (TNB), Keretapi Tanah Melayu (KTM), Lembaga Letrik Sarawak, dan Lembaga

Pelabuhan Kelang.

Perusahaan awam yang terlibat dalam pembangunan usahawan seperti MARA.

Perusahaan awam yang terlibat dalam penyelidikan seperti Lembaga Penyelidikan Getah,

Kemajuan Getah Malaysia, MARDI dan SIRIM.

Perusahaan awam yang terlibat dalam pelesenan seperti Lembaga Pelesenan

Pengangkutan Jalan, Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit

(PORLA).

Perusahaan awam yang bertujuan memajukan berbagai bidang ekonomi negeri-negeri di

Malaysia,seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri.

Page 6: Kertas Kerja Ekonomi Malaysia

Perusahaan yang terlibat dalam pembangunan pelancongan dan kraftangan seperti

Lembaga Penggalakkan Pelancongan, Perbadanan Kemajuan Kraftangan.

PENCAPAIAN PERUSAHAAN AWAM DALAM MATLAMAT DASAR EKONOMI

BARU

Antara tahun 1986 hingga 1990, didapati peruntukan kerajaan persekutuan dan

perbadanan awam bukan kewangan (PABK) bagi program DEB adalah bernilai RM69,000,000.

Daripada jumlah tersebut 75.3 peratus adalah untuk tujuan pembasmian kemiskinan dan lebihnya

diperuntukan untuk menyusun semula masyarakat.

(a) Pelaburan

Perusahaan awam di Malaysia ditubuhkan untuk memainkan peranan penting dari segi

penyusunan semula masyarakat. Ia mempunyai dua tanggungjawab utama iaitu mengagihkan

semula pemilikan harta dan meningkatkan bilangan pengusaha Bumiputera. Pada tahun 1971

Bumiputera perseorangan dan agensi amanah hanya memiliki 4.3 peratus daripada jumlah modal

saham. Nilai ini jauh lebih rendah berbanding dengan 34.0 peratus bagi rakyat Malaysia lain dan

61.7 peratus bagi pemastautin asing.

Kaum Bumiputera majoriti berpendapatan rendah dan secara langsung kecenderungan

menabung mereka juga rendah berbanding dengan kaum lain. Sekiranya keadaan tersebut

diteruskan tanpa campurtangan kerajaan maka terlalu sukar bagi matlamat penyusunan semula

dapat dicapai dalam jangka masa yang ditetapkan. Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan

perusahaan awam.

Terdapat beberapa strategi untuk memindahkan hak milik dari kerajaan kepada orang

perseorangan. Kerajaan telah menetapkan supaya lebihan dari syarikat kerajaan dapat digunakan

untuk menggalakkan Bumiputera memiliki modal dalam sektor korporat. Didapati bahawa

saham syarikat yang memiliki oleh syarikat kerajaan dicatatkan sebagai saham yang dimiliki

oleh agensi amanah Bumiputera.

Page 7: Kertas Kerja Ekonomi Malaysia

Beberapa agensi amanah telah ditubuhkan dan dipertanggungjawabkan untuk memegang

amanah untuk kaum Bumiputera iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS), Majlis Amanah Rakyat

(MARA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri (PKEN). Agensi amanah tersebut diharapkan akan

memiliki 25 peratus daripada bahagian Bumiputera sebanyak 30 peratus manakala 5 peratus

yang lebih adalah terdiri daripada Bumiputera perseorangan sama ada dalam bentuk saham

syarikat persendirian ataupun melalui saham dalam institusi kewangan dan unit amanah seperti

Skim Amanah Saham Nasional (ASN). Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah satu-satunya

agensi penting yang ditubuhkan dan bertanggungjawab dalam memilih dan mengendalikan

portfolio saham di syarikat berhad di Malaysia yang dipegang sebagai amanah untuk Bumiputera

dan kemudiannya dijual kepada kaum Bumiputera perseorangan.

PNB melalui anak syarikatnya Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah diberi

tanggungjawab menilai, memilih dan membeli saham yang mempunyai potensi keuntungan yang

baik. ASNB telah memegang saham tersebut secara amanah dan kemudiannya dipindahkan

kepada Bumiputera. Sumbangan skim Amanah Saham Nasional sangat bermakna kerana

bersama-sama dengan syarikat Bumiputera swasta, ia telah berjaya meningkatkan hakmilik

Bumiputera perseorangan pada kadar 32.5 peratus dan 22.0 peratus bagi agensi amanah dalam

jangka masa Rancangan Malaysia Keempat. Perusahaan awam telah berjaya untuk meningkatkan

kepentingan Bumiputera dalam hakmilik modal saham.

Perusahaan awam juga berperanan penting menambahkan bilangan Bumiputera yang

terlibat dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Contohnya, MARA telah berjaya

membangunkan usahawan Bumiputera melalui progrom latihan, pemberian kredit, penyediaan

ruangniaga, dan khidmat nasihat. MARA telah mendirikan projek perniagaan yang kemudiannya

dijual kepada Bumiputera.

Didapati bahawa modal saham Bumiputera telah bertambah dari RM279.6juta dalam

tahun 1971 ke RM19,057.6juta dalam tahun 1988. Majoriti dari peningkatan Bumiputera adalah

disebabkan oleh penglibatan agensi amanah Bumiputera. Agensi ini telah mencatatkan kadar

pertumbuhan modal saham yang paling tinggi iaitu 39 peratus setiap tahun dan ia merupakan dua

kali ganda dari kadar pertumbuhan untuk negara secara keseluruhan.

Page 8: Kertas Kerja Ekonomi Malaysia

Semenjak penubuhannya, PNB tidak sahaja membeli saham di pasaran terbuka tetapi

juga saham yang memiliki oleh perusahaan awam. Melalui masa, PNB telah mendapatkan saham

dari syarikat kerajaan yang menguntungkan. Syarikat yang dipilih untuk dipindahkan kepada

PNB perlu memenuhi kriteria seperti syarikat yang telah membuat keuntungan terkumpul, kadar

pulangan dalaman yang tidak kurang dari purata untuk industri, kedudukan kewangan yang

memuaskan dan aset sokongan setiap unit pada paras diatas nilai par.

Permodalan Nasional Berhad (PNB), melalui anak syarikatnya Amanah Saham Nasional

Berhad (ASNB) telah melancarkan Amanah Saham Nasional (ASN) dalam tahun 1981. ASNB

telah ditubuhkan dengan tujuan untuk memasarkan trust units kepada pelabur Bumiputera. Pada

tahun 1985 lebih kurang 32 peratus daripada jumlah penduduk Bumiputera yang layak melabur

iaitu umur 18 tahun ke atas telah melabur dengan ASN.

Daripada jadual 1 didapati bahawa agensi amanah telah memainkan peranan yang sangat

penting dalam usaha mencapai matlamat DEB. Jadual menunjukkan bahawa Bumiputera

perseorangan masih belum berkeupayaan dan mampu lagi untuk melakukan pelaburan seperti

yang diharapkan. Bermakna, tanpa agensi amanah yang ditubuhkan oleh kerajaan maka adalah

sukar untuk kepentingan kaum Bumiputera dapat meningkat.

Jadual 1

Kerakyatan Ta

hun

1971 1980 1985 1983

RAKYAT MALAYSIA

Jumlah Bumiputera 4.3 12.5 19.1 19.4

Perseorangan dan Agensi Amanah

- Bumiputera Perseorangan 2.6 5.8 11.7 13.0

- Agensi Amanah Bumiputera 1.7 7.4 6.4 …

Penduduk kaum Lain 34.0 44.0 54.9 56.0

RAKYAT ASING 61.78 42.9 26.0 24.6

Sumber: Ozay Mehmet (1996)

Page 9: Kertas Kerja Ekonomi Malaysia

Dalam tahun 1981, PKEN dalam memainkan peranannya sebagai pemegang amanah

untuk kaum Bumiputera telah melabur sebanyak RM564juta dalam 321 syarikat. Daripada

jumlah syarikat tersebut, sebanyak 5 buah syarikat telah dipindahkan kepada kaum Bumiputera

melalui Skim Amanah Saham Nasional dan sebanyak 12 buah telah dipindah secara langsung

kepada pengusaha Bumiputera.

Sehingga tahun 1988, Kementerian Perusahaan Awam melalui program pelaburannya

telah membuat pelaburan dalam lebih kurang 480 buah syarikat yang terlibat dalam berbagai

aktiviti termasuk pembuatan, perkhidmatan dan pertanian. Pelaburan tersebut melibatkan

pemegangan ekuiti melebihi RM1.7billion (pada nilai par).

(b) Penyertaan Perusahaan Awam Dalam Bidang Perniagaan

Salah satu daripada matlamat utama DEB adalah sekurang-kurangnya 30 peratus dari

jumlah aktiviti perdagangan dan perniagaan dimiliki serta diusahakan oleh kaum Bumiputera.

Tiga program utama telah dijalankan oleh kerajaan melalui perusahaan awam. Program

pertama, dengan mengambil bahagian dalam beberapa perniagaan dan perusahaan telah

membolehkan satu kumpulan pengurusan Melayu muncul dan menyediakan tapak penyertaan

yang lebih luas untuk kaum Bumiputera dalam perniagaan dan perdagangan.

Program kedua oleh kerajaan ialah menyediakan kemudahan seperti pinjaman dan tempat

perniagaan untuk usahawan Bumiputera. Diantara perusahaan atau agensi awam yang terlibat

ialah seperti UDA, MARA, dan Perbadanan Jaminan Kredit, Bank Bumiputera, Bank

Pembangunan, MIDF dan PKEN. Dalam Rancangan Malaysia Kedua, sejumlah RM669juta

pinjaman oleh MARA, RM70juta oleh MIDF, dan RM15juta oleh UDA, RM294juta oleh Bank

Bumiputera dan RM127juta oleh Perbadanan Jaminan Kredit telah diberi kepada pengusaha

Bumiputera dalam Rancangan Melaya Kedua.

Program ketiga ialah menyediakan latihan dalam bidang perniagaan kepada kaum

Bumiputera untuk memebolehkan mereka mendapat pekerjaan dalam bidang perniagaan dan

perusahaan untuk tujuan bantuan kredit. Latihan dan bantuan teknikal daripada segi khidmat

nasihat dan perundingan bagi kegiatan perniagaan telah disediakan oleh MARA, MIDF, Pusat

Page 10: Kertas Kerja Ekonomi Malaysia

Daya Pengeluaran Negara, ITM, Lembaga Kemajuan Perusahaan dan Penyelidikan Perusahaan

Malaysia (SIRIM), Bank Pembangunan dan PERNAS Edar Sdn.Berhad.

(c) Pembangunan Pertanian

Dalam keluaran pertanian, banyak agensi perusahaan awam telah ditubuhkan khas untuk

membangunkan sektor pertanian. Diantara agensi tersebut adalah FAMA, FELDA, FELCRA dan

juga PKEN. Kementerian Perusahaan Awam (KPA) telah membangun sejumlah 242,015 hektar

dengan aktiviti utama seperti meningkatkan pertanian tanaman kontan dan akuakultur.

Perusahaan awam telah dapat menyumbang ke arah mencapai DEB daripada segi

pembasmian kemiskinan dan juga memberi latihan serta kemahiran dalam bidang pengurusan

ladang secara komersil dengan penglibatan dalam sektor pertanian. Aktiviti perladangan telah

dapat memberi peluang pekerjaan kepada 33,000 orang. Disamping memberi pekerjaan, rakyat

juga berpeluang mendapat hak milik tanah atau secara pegangan saham.

Aktiviti perladangan dilaksanakan melalui dua cara iaitu secara komersil dan secara

penyertaan rakyat. Pendekatan secara komersil adalah lebih menitik beratkan kepada pulangan

penglibatan agensi melalui sama ada pemilikan ladang atau pelaburan di dalam syarikat

perladangan. Kaedah penyertaan rakyat dalam ladang-ladang adalah bertujuan bukan sahaja

memiliki tanah tetapi juga menjadi petani moden.

Page 11: Kertas Kerja Ekonomi Malaysia

KEMENTERIAN PENYELARAS PERBADANAN AWAM

Kementerian Penyelarasan Perbadanan Awam telah ditubuhkan pada tahun 1974 dengan

tujuan,

I. Menyelaras dan mengawas dasar, rancangan dan projek-projek yang dikelolakan oleh

perbadanan awam supaya mencapai matlamat DEB.

II. Menyediakan garis-garis panduan tertentu kepada semua perbadanan awam.

III. Menilai aktiviti dari segi pelaksanaan DEB.

IV. Mengenal pasti dan memperbaiki masalah yang mereka hadapi dan masalah perhubungan

antara perbadanan.

V. Menjayakan kerjasama antara semua perbadanan dan antara perbadanan dengan pejabat

kerajaan.

VI. Mewujudkan keadaan yang sesuai bagi perkembangan aktiviti perusahaan awam.

Oleh sebab penubuhan perusahaan awam bukan semata-mata bermotifkan keuntungan

tetapi juga bermotifkan sosial, maka kejayaan perusahaan awam tidak boleh diukur dari segi

pencapaian keuntungannya sebaliknya sejauhmana ia telah memenuhi tujuan-tujuan yang telah

ditetapkan oleh kerajaan. Contohnya Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditubuhkan untuk tujuan

sosial dengan membekalkan tenaga elektrik kepada pengguna Malaysia. Apabila badan ini telah

mencapai tujuannya, maka ia merupakan sebuah badan yang cekap dan berkesan dari segi kos

yang optimum dan pencapaian tujuan sosial.

Page 12: Kertas Kerja Ekonomi Malaysia

PROGRAM PEMBANGUNAN SEKTOR AWAM

Program pembangunan perusahaan sektor awam dalam Rancangan Malaysia Ketiga

merupakan satu alat penting bagi kerajaan melaksanakan segala kewajipan Dasar Ekonomi Baru

(DEB). Program tersebut dirangka untuk membolehkan kerajaan melaksanakan projek-projek

baru dan menyatukan usaha-usaha yang telah dimulakan di bawah Rancangan Malaysia Kedua

untu memperbanyakkan peluang pekerjaan dan menambahkan daya pengeluaran serta

meningkatkan pendapatan golongan miskin, mempercepatkan lagi usaha menyusun semula

masyarakat dan mendorong pembangunan yang pesat di kawasan yang mundur. Program-

program ini akan meluaskan lagi asas produktif dan infrastruktur ekonomi di samping

menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam seluruh ekonomi terutamanya sektor pembuatan.

Jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan sektor awam Rancangan Malaysia Ketiga

ialah sebanyak RM18.6 ribu juta, berbanding dengan RM9.8 ribu juta bagi Rancangan Malaysia

Kedua. Sebanyak RM2.2 ribu juta ialah perbelanjaan untuk pertahanan dan keselamatan dalam

negeri, sementara peruntukan bagi pembangunan sosioekonomi ialah sebanyak RM16.4 ribu

juta. Pembiayaan program perbelanjaan yang besar di bawah Rancangan Malaysia Ketiga

memerlukan dasar-dasar fiskal dan kewangan terus dilaksanakan dengan berhati-hati dan

bijaksana supaya kestabilan kewangan negara terjamin.

Page 13: Kertas Kerja Ekonomi Malaysia

MALAYSIA: PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN AWAM MENGIKUT NEGERI PADA TAHUN 1976-1980

Nilai matlamat(RM juta)

Peratusan (%)

Peruntukan(RM juta)

Negeri yang berpendapatan rendah

Kedah PerlisKelantanTerengganuMelaka

1,037.6164.7

1,251.7889.3494.1

6.31.07.65.43.0

854.1156.5

1,018.8911.2327.7

Negeri yang berpendapatan tinggi

Pulau PinangPerakSelangorWilayah Persekutuan Kuala LumpurPahangNegeri SembilanJohorSabahSarawak

1,021.12,058.7

2,173.9

1,482.2839.9

1,943.41,383.41,729.3

6.212.5

13.21

9.05.111.88.410.5

894.31,791.91,413.1

1,490.02,054.1616.6

1,831.71,452.31,657.0

Jumlah 16,469.3 100 16,469.3Untuk berbagai-bagai negeri 2,058.6

Jumlah besar 18,554.9*Matlamat optima bagi Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak dapat diasingkan kerana KDNK yang menentukan matlamat optima adalah berdasarkan negeri tersebut pada keseluruhannya.

*Projek-projek untuk berbagai-bagai negeri adalah projek yang tidak dikhaskan bagi negeri

Page 14: Kertas Kerja Ekonomi Malaysia

tertentu dan meliputi alat-alat pertahanan dan keselamatan dalam negeri.

Jadual di atas menunjukkan matlamat optimum dan peruntukan bagi negeri-negeri di

Malaysia yang telah dijalankan di bawah Racangan Malaysia Ketiga. Matlamat optimum ini

merupakan satu garis panduan kasar dalam memperuntukkan perbelanjaan di antara negeri-

negeri dalam usaha untuk mengurangkan secara progresif jurang pembezaan per kapita di negara

ini. Peruntukan bagi negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka adalah

kurang daripada perbelanjaan optimum yang diperlukan. Perhatian dan keutamaan akan

diberikan kepada usaha dalam menyediakan projek-projek yang berkesan untuk mengurangkan

kemiskinan dan keperluan untuk menambahkan lagi keupayaan negara supaya projek tersebut

dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Peruntukan yang besar bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutaun dan Pahang

diperlukan dalam melaksanakan projek yang memnpunyai kepentingan jangka panjang bagi

menambahkan keupayaan pengeluaran seluruh ekonomi seperti pembaikan rangkaian utama

lebuhraya negara, pelabuhan dan perkhidmatan telekom negara.

Walau bagaimanapun, keutamaan harus ditumpukan terhadap projek yang dapat member

kesan segera untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum,

terutamanya bagi negeri yang berpendapatan rendah seperti keperluan untuk memajukan

pertanian pekebun kecil, memperbaiki infrastruktur, memperluaskan kemudahan pemasaran,

kredit dan usaha memproses keluaran pertanian serta meninggikan lagi mutu dan meluaskan

penyampaian perkhidmatan social.

Page 15: Kertas Kerja Ekonomi Malaysia

MASALAH PERUSAHAAN AWAM

Salah satu masalah besar yang dihadapi oleh perusahaan awam di Malaysia ialah

pertindihan fungsi antara pelbagai agensi. Sejak perlaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB),

banyak perusahaan awam telah ditubuhkan. Peningkatan pesat dalam jumlah perusahaan awam

telah membawa kepada masalah pertindihan fingsi. Masalah pertindihan fungsi ini menyukarkan

koordinasi disamping mewujudkan persaingan untuk memperolehi sumber yang terhad. Selain

itu, perusahaan awam juga menghadapi masalah kelambatan dalam perlaksanaan projek, bekalan

bahan mentah yang tidak mencukupi, masalah kewangan dan ketidakpuasan di kalangan

kakitangan.

Di samping itu, terdapat juga perusahaan awam yang tidak berupaya untuk mencapai

matlamat yang telah ditetapkan. Masalah tersebut sering berlaku kepada perusahaan awam yang

baru ditubuhkan. Matlamat yang ditetapkan terutamanya bagi perusahaan awam yang masih

muda kadangkala terlalu tinggi tanpa mengambil kira keupayaan perlaksanaan. Objektif yang

terlalu tinggi menyukarkan perlaksanaan projek.

KESIMPULAN

Peranan perusahaan awam adalah sangat penting dalam menyelesaikan Masalah sosial

dan ekonomi yang berlaku seperti kemiskinan ,pengangguran dan lain-lain.

Selain itu dengan bantuan Perusahaan awam kedua-dua matlamat dalam DEB iaitu

membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dapat dicapai dengan cekap dan

berkesan.