Kertas Kerja Forum Kafe Cinta

8
PPBM 2111/09 KERTAS KERJA FORUM: “Kafe Cinta” ANJURAN : PERSATUAN BELIA ISLAM MALAYSIA (PEMBINA)

description

z

Transcript of Kertas Kerja Forum Kafe Cinta

Page 1: Kertas Kerja Forum Kafe Cinta

PPBM 2111/09

KERTAS KERJA

FORUM:“Kafe Cinta” 

  ANJURAN :

PERSATUAN BELIA ISLAM MALAYSIA (PEMBINA)

Page 2: Kertas Kerja Forum Kafe Cinta

1. MUKADDIMAH

Firman Allah S.W.T dalam Surah Az-Zariyat, ayat 49 yang

bermaksud:

“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya

kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan

Kami)”

Ayat tersebut menggambarkan kekuasaan Allah S.W.T dalam

mencipta makhlukNya berpasang-pasangan antara lelaki dan

perempuan. Kehendak naluri manusia untuk mempunyai

pasangan masing-masing adalah fitrah semula jadi atau

sunnatullah yang mempunyai hikmah tersendiri. Islam telah

menggariskan peraturan-peraturan dan batas-batas tertentu

bagi memastikan kehendak manusia disalurkan dengan betul

dalam membina rumahtangga yang berlandaskan syariat.

Malangnya jiwa manusia yang cenderung menurut hawa nafsu

mengambil sikap sambil lewa akan hal ini. Sikap meremehkan

hukum-hukum syariat dalam aspek pergaulan antara lelaki dan

perempuan ini telah menyumbang kepada pelbagai bentuk

maksiat yang berlaku di muka bumi ini amnya, Malaysia

khususnya. Antaranya pergaulan bebas, seks luar nikah,

pembuangan bayi, sumbang mahram, jenayah rogol dan

macam-macam lagi. Apa yang menyedihkan, golongan utama

yang terlibat dalam masalah sosial ini adalah orang Islam,

khususnya kelompok belia dan remaja.

Sehubungan itu, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu forum yang

bertajuk “Kafe Cinta” bagi menerangkan kepada remaja di luar

sana akan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan

yang tidak diikat dengan sebarang ikatan yang sah. Forum ini

Page 3: Kertas Kerja Forum Kafe Cinta

cuba mengetengahkan contoh-contoh yang praktikal daripada

kehidupan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dalam aspek

pergaulan serta hubungan antara lelaki dan perempuan.

2. OBJEKTIF

2.1 Menerangkan akan batas-batas pergaulan antara lelaki

dan perempuan yang bukan mahram.

2.2 Memberi kesedaran tentang bahaya pergaulan bebas

dan kesan negatifnya terhadap jatidiri belia.

2.3 Mengetengahkan contoh-contoh yang praktikal

daripada kehidupan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

dalam aspek pergaulan serta hubungan lelaki dan

perempuan.

2.4 Menyarankan mahasiswa untuk mencari jalan

penyelesaian yang halal dalam hubungan percintaan 

3. PERINCIAN PROGRAM

3.1 Sasaran:

Golongan belia (18-25 tahun), khususnya para pelajar IPT.

3.2 Sasaran peserta:

300 orang peserta:

3.3 Lokasi:

      

3.4 Tarikh:

13 Feb 2011, Ahad.

Page 4: Kertas Kerja Forum Kafe Cinta

3.5 Masa:

      9.30 pagi – 12.00 t/hari. 

3.6 Tema:

      “Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung”

4. TENTATIF

9.30 pagi  : Pendaftaran peserta

10.05 pagi  : Bacaan doa

10.10 pagi  : Perasmian, ucapan alu-aluan & muqaddimah

10.20 pagi  : Pembentangan Gejala zina di Malaysia

oleh Pegawai Bahagian Dakwah JAKIM

11.00 pagi : Forum “Kafe Cinta”

1.00 petang : Jamuan ringan, bersurai

5. AHLI PANEL CADANGAN

5.1 USTAZ SARIP BIN ADUL (Pensyarah, Universiti

Malaysia Sabah)

5.2 PUAN FATIMAH SYARHA (Penulis)

5.3 PN RASYIDAH BINTI ARSHAD (bekas pelajar UIAM)

5.4 NORZAFRY BIN NORHALIM (Presiden PEMBINA)

5.5 UST ANNUAR BIN SOLEH (Ketua Unit Keluarga Muslim

ISMA)

5.6 UST MUHAMMAD FAUZI BIN ASMUNI (Naib Presiden

2 ISMA)

5.7 USTAZAH KAUTHAR BINTI JAMALUDDIN (pelajar

sarjana UKM, aktivis ISMA DHL)

5.8 DR NORSYARIFAH BINTI HASHIM (Naib Pengerusi

PEMBINA Melaka)

Page 5: Kertas Kerja Forum Kafe Cinta

5.9 MOHD NOR BIN SAZELIM (Naib YDP ISMA DHL)

5.10 USTAZ MOHD AZRIN BIN SAMSUDDIN (Eksekutif

Aman Palestin)

6. JAWATANKUASA PENGANJUR PROGRAM

1. PENASIHAT: (Ketua Cawangan)

2. PENGARAH:

3. TIMBALAN PENGARAH:

4. SETIAUSAHA:

5. BENDAHARI:

6. AJK PERHUBUNGAN & PENDAFTARAN:

7. AJK LOGISTIK & PERALATAN:

8. AJK PROMOSI IPT:

i. (Senarai IPT dalam cawangan)

ii.

9. AJK MEDIA & PENERBITAN:

10. AJK CENDERAHATI :

11. AJK MAKANAN :

Page 6: Kertas Kerja Forum Kafe Cinta

7. BELANJAWAN

No

.

PERKARA RM

1. PENDAPATAN

a. Yuran penyertaan (200 org x RM10) 2000

JUMLAH 2000

2. PERBELANJAAN

a. Panel

- RM500

b. Makanan

- 200 unit x RM3.50

c. Sewa dewan

d. Penerbitan

- Flyers (400 unit x RM0.50)

- Banner (seunit x RM50.00)

e. Cenderahati

- 4 unit x RM20.00

f. Kontingensi

500

700

200

200

50

80

200

JUMLAH 1930

Page 7: Kertas Kerja Forum Kafe Cinta

8. PENUTUP

Penerapan maklumat atau nilai-nilai murni yang diperolehi

dapat menjauhkan individu dengan perkara-perkara maksiat. 

Sehubungan itu, melalui forum ini, diharapkan dapat memberi

kesedaran kepada golongan muda-mudi agar sentiasa

berwaspada dalam pergaulan serta hubungan antara lelaki

dan perempuan. Masalah sosial orang Islam terutamanya

golongan muda-mudi tidak akan senyap atau berakhir

sekiranya kita berdiam diri. Atas dasar itulah, pihak kami

terpanggil untuk mengadakan forum seperti ini sebagai salah

satu platform untuk memberi kesedaran kepada golongan

muda-mudi.