Kertas Kerja Futsal Siap

10
1. Pengenalan “Fiesta Futsal 1 Malaysia 2009” diadakan adalah bertujuan untuk memenuhi kalendar aktiviti peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang. Pertandingan ini diadakan setiap tahun bagi merealisasikan impian kerajaan dalam menjayakan program 1 Malaysia. Keadaan ini juga adalah bertujuan memupuk semangat perpaduan serta kesefahaman di antara kaum di IPGM Kampus Pulau Pinang. Perlaksanaan program ini juga dapat memberikan pengalaman kepada penganjur iaitu pelajar-pelajar institut ini dalam merancang dan menganjurkan program-program sukan. Terdapat juga acara-acara sampingan yang dipertandingkan bagi memeriahkan lagi program ini. Gerko Bolasepak IPGM Kampus Pulau Pinang akan bertindak sebagai penganjur bersama program ini dengan kerjasama Unit GERKO. Mesyuarat AJK pertandingan telah mencadangkan untuk mengadakan pertandingan ini pada 30 dan 31 Oktober 2009 (Jumaat- Sabtu). 2. Objektif Menjadikan aktiviti permainan bolasepak sebagai pertandingan tahunan peringkat dalaman Merealisasikan impian kerajaan dalam memupuk perpaduan. Melatih pelajar-pelajar merancang dan melaksanakan program- program pertandingan sukan. Memupuk semangat kerjasama dikalangan pelajar-pelajar, pensyarah-pensyarah dan kakitangan IPGMPP Mengenalpasti bakat-bakat baru dalam permainan bolasepak

description

Kertas Kerja Futsal

Transcript of Kertas Kerja Futsal Siap

Page 1: Kertas Kerja Futsal Siap

1. Pengenalan

“Fiesta Futsal 1 Malaysia 2009” diadakan adalah bertujuan untuk memenuhi kalendar aktiviti

peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang. Pertandingan ini

diadakan setiap tahun bagi merealisasikan impian kerajaan dalam menjayakan program 1

Malaysia. Keadaan ini juga adalah bertujuan memupuk semangat perpaduan serta

kesefahaman di antara kaum di IPGM Kampus Pulau Pinang.

Perlaksanaan program ini juga dapat memberikan pengalaman kepada penganjur iaitu

pelajar-pelajar institut ini dalam merancang dan menganjurkan program-program sukan.

Terdapat juga acara-acara sampingan yang dipertandingkan bagi memeriahkan lagi program

ini.

Gerko Bolasepak IPGM Kampus Pulau Pinang akan bertindak sebagai penganjur bersama

program ini dengan kerjasama Unit GERKO. Mesyuarat AJK pertandingan telah

mencadangkan untuk mengadakan pertandingan ini pada 30 dan 31 Oktober 2009 (Jumaat-

Sabtu).

2. Objektif

Menjadikan aktiviti permainan bolasepak sebagai pertandingan tahunan peringkat

dalaman

Merealisasikan impian kerajaan dalam memupuk perpaduan.

Melatih pelajar-pelajar merancang dan melaksanakan program-program

pertandingan sukan.

Memupuk semangat kerjasama dikalangan pelajar-pelajar, pensyarah-pensyarah

dan kakitangan IPGMPP

Mengenalpasti bakat-bakat baru dalam permainan bolasepak

Page 2: Kertas Kerja Futsal Siap

3. Skop Pertandingan Futsal

3.1 Sistem dan format pertandingan Futsal

Pertandingan dijalankan dalam format permainan ”futsal padang”

Pertandingan akan dijalankan dalam sistem permainan liga berkumpulan dan peringkat

kalah-mati (Separuh Liga)

5 pemain utama dan 3 pemain simpanan untuk satu pasukan bertanding

3.2 Penyertaan Pasukan

Setiap pasukan dikehendaki mendaftarkan seramai 8 orang pemain untuk satu pasukan

(5 pemain utama dan 3 pemain simpanan)

Setiap pasukan mesti mempunyai ahli terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 kaum.

Hanya warga IPGMPP sahaja yang layak menyertai pertandingan ini (pelajar, pensyarah

dan kakitangan). Bukan warga IPGMPP tidak dibenarkan sama sekali untuk turut serta

dalam pertandingan ini.

Terbuka kepada semua pelajar-pelajar dan kakitangan IPGMPP. Keutamaan akan

diberikan kepada pelajar-pelajar. Kakitangan dan pensyarah-pensyarah yang hendak

menyertai pertandingan ini perlu memasukkan sekuarang-kurangnya 2 orang pelajar

dalam pasukan mereka.

3.3 Peraturan Pengadilan

Pertandingan akan diadili oleh pengadil yang dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan

dan peraturan permainan adalah tertakluk kepada persetujuan jawatankuasa itu sendiri.

Pengadilan dan peraturan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pasukan yang

bertanding.

Taklimat permainan dan pertandingan akan diberikan sehari sebelum pertandingan

berlangsung iaitu semasa undian pasukan bertanding dibuat.

Setiap keputusan adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Induk

3.4 Yuran Penyertaan

RM 20.00 untuk setiap pasukan yang menyertai pertandingan.

Page 3: Kertas Kerja Futsal Siap

4. Ahli Jawatankuasa “Fiesta Futsal 1 Malaysia 2009”

Penaung : En. Rijeng Jahet (Pengarah)

Penasihat : En. Kamarul Izham b. Azizi (Timbalan Pengarah)

: En. Sobri b. Saad (Pensyarah)

: En. Adnan Wahab (Pensyarah)

Pengerusi : Abdul Wafi bin Amin Nordin (Ketua Pasukan Bolasepak)

Setiausaha : Muhammad Khairul Amiruddin Bin Agus Salim

Bendahari : Muhammad Syafiq Bin Mohd Sabri

AJK : 1. Faiz Syahmi b. Sidek (Pelajar SNPM)

2. Abdussalam Mohamad Rosli (Pelajar MTED)

3. Nor Fazilah bt. Ibrahim (Pelajar TESL)

4. Ummu Saadah bt. Zainuddin (Pelajar TESL)

5. Mohd Solihin Sulaiman (Pelajar TESL)

6. Norman Mansor (Pelajar MTED)

7. Kamarul Zaman b. Abdul Aziz (Pelajar MTED)

8. Ku Mazhad bin Ku Yahya (Pelajar TESL)

Jawatankuasa

Kecil : Promosi dan pendaftaran  ; Khairul Azlan Bin Inshah

; Mohd Daim Bin Shamsuddin

: Pertandingan dan teknikal ; Afifudin Bin Alias

; Moh Fazril Bin Hussain

; Luqman Hakim Bin Yaacob

; Venu A/L Mokhana Sundram

: Hadiah dan jamuan ; Mohamad Adam Adjmal Bin Fadzil

; Mohamad Azlan Bin Mohd Taher

; Muhammad Azran Safwan Bin Alias

: Keselamatan ; Mohd Ridzal Bin Saari

; Mohd Muhamad Hafiz Bin Zainun

: Peralatan ; Aizuddin Bin Abdul Razak

; Mohd Firdaus Bin Abdul Rashid

; Ahmad Hafidzi Bin Mohd Dzafri

Page 4: Kertas Kerja Futsal Siap

5. Keperluan dan Kos

Bil. Keperluan Kos Jumlah

Kos (RM)

Tindakan

1 Padang - - Kelulusan

Pengarah

2 Alatan Padang

Tiang Gol (4)

Jaring Gol (4)

Bola Futsal (4)

Meja (8)

Kerusi (20)

Papan Markah

Papan Kenyataan

Lain-lain

- - Bahagian stor

IPGMPP

3 Alat Siar Raya - - Bilik Mikro

4 Makanan dan minuman 35 x RM 10.00

(urusetia)

Minuman perserta

bertanding

Air Mineral

350.00

50.00

15.00

Sumbangan

IPGMPP

Bahagian stor

5 Hadiah Pingat Johan

(8 keping)

x RM 5.00

Pingat N. Johan

(8 keping)

x RM 5.00

Pingat Ketiga

(8 keping)

X RM 5.0

Hamper Johan

Hamper N. Johan

Hamper Ketiga

Hamper

penyertaan (22)

RM 20 x 22

40.00

40.00

40.00

50.00

35

.00

25.00

Sumbangan

IPGMPP dan

yuran

penyertaan

Page 5: Kertas Kerja Futsal Siap

Hadiah sampingan

Cenderamata

440.00

400.00

50.00

6 Keperluan Lain T-Shirt Urusetia

35 x RM 10.00

Banner

Lain-lain

350.00

160.00

50.00

JUMLAH RM2095.00

Jumlah anggaran perbelanjaan adalah sebanyak : RM 2095.00

Anggaran yuran pendaftaran penyertaan yang

bakal diterima adalah sebanyak : RM 440.00

Jumlah yang perlu di taja adalah sebanyak : RM 1,655.00

Untuk menampung baki kos pertandingan, Unit Ko-kurikulum akan memohon kepada

pihak pentadbiran dan pengurusan IPGMPP adalah sebanyak RM 1655.00

Page 6: Kertas Kerja Futsal Siap

6. Jadual Pertandingan *

6.1 Futsal

Masa

Hari

7.30 pg – 11.00 pg T.HARI 2.30 ptg – 4.00 ptg 4.00 ptg – 6.00 ptg

Jumaat

(30/10/2009)

- - Perasmian Pertandingan

peringkat

kumpulan

Sabtu

(31/10/2009)

Pertandingan

peringkat

kumpulan

Pertandingan

peringkat kalah

mati

Penyampaian

hadiah

* Jadual pertandingan adalah tertakluk kepada faktor masa dan cuaca

Peringkat Kumpulan

Kumpulan A

Pasukan 1A

Pasukan 2A

Pasukan 3A

Pasukan 4A

Pasukan 5A

Kumpulan B

Pasukan 1B

Pasukan 2B

Pasukan 3B

Pasukan 4B

Pasukan 5B

Peringkat Kalah Mati

1. Juara Kumpulan A lwn. Naib Juara Kumpulan B

2. Juara Kumpulan B lwn. Naib Juara Kumpulan A

3. Perlawanan tempat ketiga

4. Perlawanan Akhir

Page 7: Kertas Kerja Futsal Siap

7. Penutup

Pertandingan futsal yang akan diadakan pada kali ini diharap dapat memberikan manfaat kepada

semua yang terlibat dalam penganjuran dan memberikan impak yang baik kepada pembangunan

permainan bolasepak untuk persediaan kejohanan antara IPG pada tahun-tahun akan datang.

Usaha-usaha dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program ini

diaharap dapat menjadikan program ini antara program terbaik yang pernah dianjurkan oleh

institut. Jawatankuasa pertandingan ini akan menjalankan tugas dan tanggungjawab sebaik

mungkin bagi melancarkan program ini. Kami juga berharap supaya program ini dapat diteruskan

pada masa-masa akan datang. Akhir kata semoga pertandingan ini mendapat restu dari Allah

S.W.T dan program ini dipelihara olehNya dari awal hingga ke akhir perjalanan program ini.

Disokong:

-------------------------------

(Ustaz Adnan b. Wahab)

Penasihat

Pertandingan Fiesta Futsal 1 Malaysia 2009

Disahkan:

--------------------------------

(En. Sharif Mohd B. Rahmat Ali)

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus P.Pinang

Diluluskan:

Page 8: Kertas Kerja Futsal Siap

--------------------------------

(Tn. Rijeng Jahet)

Pengarah

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus P.Pinang