Kertas Kerja Galeri Sejarah

13

Transcript of Kertas Kerja Galeri Sejarah

Page 1: Kertas Kerja Galeri Sejarah
Page 2: Kertas Kerja Galeri Sejarah

KERTAS KERJA PERUNTUKAN KEWANGAN GALERI SEJARAH

SJK(T) PASIR GUDANG

1. PENDAHULUAN Galeri Sejarah merupakan suatu tempat dimana murid-murid dapat Mata pelajaran sejarah telah diperakukan sebagai amat penting dalam memupuk semangat kewarganegaraan , melahirkan perasaan cinta kepada tanah air, memahami tamadun bangsa, mengukuhkan perasaan jati diri serta berupaya memainkan peranan merangka wawasan masa depan Negara. Galeri sejarah juga memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Kajian Tempatan dan Sivik kewarganegaraan.

2. MATLAMAT

Matlamat utama pembinaan galeri sejarah adalah untuk berfungsi sebagai sebuah sumber utama di sekolah dalam memupuk semangat cinta akan sekolah, masyarakat dan Negara. Selain itu ia juga dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Kajian tempatan.

Sejarah amat sinonim dengan pengajaran. Hal ini kerana sejarah merupakan himpunan kisah-kisah yang telah lalu. Jadi terdapat kepelbagaian peristiwa dan fenomena telah berlaku dan ini memungkinkan generasi baru untuk mengambil iktibar dan pengajaran. Walau bagaimanapun, sejarah itu sememangnya perlu dijadikan sumber kesedaran kepada masyarakat dalam memupuk semangat bagi memperbaiki segala kelemahan, menilai kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat tradisi, memulihkan semula kekuatan moral dan mental bagi kemajuan individu, masyarakat, dan negara.

Page 3: Kertas Kerja Galeri Sejarah

3. OBJEKTIF

Melahirkan warganegara yang mempunyai ciri-ciri jati diri yang kental, patriotik, cintakan Negara.

Membentuk warga yang menjunjung warisan budaya dan bangsa.

Mengamalkan adat dan tradisi turun temurun.

Memberi kesedaran kepada murid-murid melalui imbasan kembali sejarah.

Mengenali sejarah secara lebih mendalam.

Mewujudkan warga sekolah yang mahir tentang ilmu sejarah.

Melahirkan semangat cinta akan tanah air.

Melahirkan semangat patriotisme di kalangan murid dan guru.

Mengenang jasa dan budi tokoh-tokoh sejarah Malaysia.

4. RASIONAL

Di kebanyakan sekolah terdapat sudut atau ruang untuk setiap matapelajaran kecuali bagi matapelajaran kajian tempatan dan Sivik Kewargenegaraan. Secara rasional, setiap sekolah seharusnya menyediakan ruang khasnya untuk matapelajaran kajian tempatan. Ini adalah kerana murid dapat pendedahan yang lebih awal sebelum melangkah ke sekolah menengah dimana disitu mereka akan terdedah kepada matapelajaran Sejarah dan Geografi. Maka,sebagai titik permulaan di sekolah rendah mereka seharusnya terlebih dahulu mengenali serba sedikit tentang sejarah.

Memandangkan wujudnya keperluan dalam penggunaan galeri sejarah adalah wajar pembinaan galeri sejarah demi kebaikan semua murid dan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan sebagai pusat maklumat untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 4: Kertas Kerja Galeri Sejarah

5. JAWATANKUASA

Rujuk Lampiran A

6. KUMPULAN SASARAN

Semua murid dan murid SJK(T) Pasir Gudang

7. SUMBER KEWANGAN

Memohon bantuan kewangan daripada pihak Tuan.

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran B

9. PENUTUP

Dengan wujudnya galeri sejarah di sekolah maka objektif kami dalam membentuk warganegara yang bertanggungjawab dan bersemangat patriotik dapat dicapai. 10. PERTIMBANGAN Oleh hal yang demikian, jawatankuasa memohon daripada pihak pengurusan agar dapat meluluskan kertas kerja ini supaya semua aktiviti pembinaan dapat dilaksanakan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Dengan kelulusan ini, diharap semoga Galeri Sejarah ini akan menjadi salah satu daya tarikan di SJK (T) Pasir Gudang. Sekian, terima kasih.

Page 5: Kertas Kerja Galeri Sejarah

LAMPIRAN A

PENASIHATPN.A.S.PALANIAMMAH ( GURU BESAR )

PENGERUSIPN.K.RANI ( GPK 1 )

PENYELARAS PN.T.SANTHI

NAIB PENYELARAS PROGRAMCIK.P.KALAIVANI

SETIAUSAHAPN.MENAGA

BENDAHARICIK.R.VASANTHI

Page 6: Kertas Kerja Galeri Sejarah

LAMPIRAN B

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH1 Almari kaca 250 x 2 RM 5002 Partition ( Penyekat) RM 20004 Grill RM 10006 Barang perhiasan RM 10009. Rak pameran RM 50010 Meja panjang 150 x 2 RM 30010. Carpet/(linolium) RM 500

JUMLAH RM 5800

DISEDIAKAN OLEH DISAHKAN OLEH

..................................... .......................................

Page 7: Kertas Kerja Galeri Sejarah

LAMPIRAN C

CONTOH GAMBARAN GALERI

Page 8: Kertas Kerja Galeri Sejarah
Page 9: Kertas Kerja Galeri Sejarah
Page 10: Kertas Kerja Galeri Sejarah
Page 11: Kertas Kerja Galeri Sejarah