kertas kerja gotong

9
Kertas Kerja Gotong Royong Peringkat Sekolah 9 Mei 2015 Anjuran: SK SOK 96250 MATU, SARAWAK Dengan Kerjasama PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG) SK SOK MATU

Transcript of kertas kerja gotong

Page 1: kertas kerja gotong

Kertas KerjaGotong Royong

Peringkat Sekolah

9 Mei 2015

Anjuran:

SK SOK96250 MATU, SARAWAK

Dengan KerjasamaPERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG)

SK SOK MATU

Page 2: kertas kerja gotong

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pettandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong Perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah . Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Adalah menjadi harapan agar para murid, ibu bapa, guru serta warga SK SOK MATU akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

2.0 OBJEKTIF

2.1Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang

bersih, indah, selamat dan ceria.

2.2Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.

2.3Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid,

ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang

berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan

sekolah.

2.4Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap

kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang

telah disediakan.

2.5Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan

keberkesanan aktiviti.

Page 3: kertas kerja gotong

3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : 09 Mei 2015 (Sabtu)

Tempat : Kawasan sekitar SK SOK MATU

Masa : 08.00 pagi – 12.30 pagi

4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS

4.1 Pembinaan Tempat Pasu Bunga

Tugas pembinaan tempat pasu bunga dilakukan untuk menempatkan

pasu-pasu bunga yang disumbangkan oleh ibu bapa. Tempat pasu dibina

adalah di hadapan bangunan sekolah.

4.2 Menggantikan Tanah Dalam Pasu Bunga Dengan Tanah Baharu

Kandungan tanah dalam pasu bunga yang sedia ada perlu diganti

disebabkan tanah tersebut sudah terlalu lama dalam pasu bunga tersebut.

Tanah tersebut tidak sesuai lagi untuk ditempatkan dalam pasu bunga.

4.3 Mengecat Pasu Bunga Tayar

Pasu bunga tayar bermaksud pasu bunga yang dibuat daripada tayar

terbuang. Ia akan dicat dengan warna-warna yang terang untuk

menceriakan kawasan sekolah.

4.4 Kelas

Setiap kelas akan diagihkan mengikut guru-guru dan wakil dari ibu bapa

disamping akan dibantu oleh beberapa murid dari untuk membersih dan

menceriakan kelas.

4.5 Tandas

Dinding tandas akan dicat baru dengan warna-warna yang lebih terang

dan menceriakan . Pelbagai corak akan dilukis untuk mengubah

persekitaran tandas.

Page 4: kertas kerja gotong

5.0 JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN

MENGIKUT AGIHAN KAWASAN

BIL. KAWASAN KETUA

1.Pembinaan Tempat Pasu Bunga

2.Menggantikan Tanah Dalam Pasu Bunga

Dengan Tanah Baharu

3. Mengecat Pasu Bunga Tayar

5.Memindah pokok bunga ke dalam Pasu

Bunga Tayar

6 Kelas

7 Tandas

6.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

Page 5: kertas kerja gotong

08.00pagi Ketibaan Ibu bapa/Penjaga ke sekolah

08.30 pagi Taklimat agihan tugas

09.00 pagi Gotong–royong bermula

12.30 tgh

hariMakan tengah hari dan majlis bersurai

8.0 SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN

Sumbangan diperolehi daripada:

PIBG = RM

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

a) Murid = 16 orang

b) Ibu bapa = 30 orang

c) Guru dan AKS = 15 orang

__________

Jumlah = 61 orang

9.1 Makan dan minum untuk makan tengahari

Makan = Nasi Campur dan Air Sirap

Jumlah = RM

JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM

Page 6: kertas kerja gotong

9.2 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan

Bil Peralatan Harga Jumlah(RM)

1. Tanah 1 lori x RM70.00 70.00

2. Cat 5 unit x RM72

3. Berus cat 10 unit x RM2.50 30.00

4.

5.

6.

7,

8.

9Perbelanjaan luar jangka 100.00

JUMLAH

Page 7: kertas kerja gotong

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN

(Makanan + Peralatan)

RM + RM = RM

10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI

Penasihat : En. Yahya bin Wahap (Guru Besar)Pengerusi : En. Mazlan Bin Ahmad (YDP PIBG)Pengerusi Bersama : Pn Dayang Haryati Binti Abang IsmailNaib Pengerusi : Pn Hasiah Binti Udin (Naib YDP PIBG)

En. Mohamad Bin LiPuan Emelia Binti Bolhasan

Penyelaras : Cik Saadiah Binti SulaimanBendahari : Puan Zaiton Binti Arip

Makanan : Cik Noorvina Binti WahiSemua Staf perempuan

Peralatan : En. Mohamad Musa Bin MorshidiEn. Median Bin Kri

Disediakan oleh

………………………………(SAADIAH BINTI SULAIMAN)Penyelaras J/K 3K,SK SOK MATU

Disemak oleh

………………………………..………………..(DAYANG HARYATI BINTI ABANG ISMAIL)GPK HEM,SK SOK MATU

Page 8: kertas kerja gotong

Disahkan oleh,

………………………………..………………..(YAHYA BIN WAHAP)Guru BesarSK SOK MATU