Kertas Kerja Gotong Royong PK

7
Kertas Kerja Gotong Royong Bersama Penduduk Kpg Pengkalan Kuap Kota Samarahan Ogos 2013 Anjuran: JKKK Kampung Pengkalan Kuap Dengan Kerjasama KRT Kampung Pengkalan Kuap JK Pengurusan Masjid Ranting Parti PBB Kpg Pengkalan Kuap 1.0 PENDAHULUAN

Transcript of Kertas Kerja Gotong Royong PK

Page 1: Kertas Kerja Gotong Royong PK

Kertas KerjaGotong Royong Bersama Penduduk

Kpg Pengkalan KuapKota Samarahan

Ogos 2013

Anjuran:

JKKK Kampung Pengkalan Kuap

Dengan Kerjasama

KRT Kampung Pengkalan KuapJK Pengurusan Masjid

Ranting Parti PBB Kpg Pengkalan Kuap

1.0 PENDAHULUAN

Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah Kampung.

Sehubungan dengan itu pihak JKKK Kampung telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong bersama pihak Penduduk Kampung bagi menceriakan lagi suasana kampong menjelang ! Shawal kelak..

Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada semua penduduk terutama genarasi muda tentang betapa pentingnya menjaga

Page 2: Kertas Kerja Gotong Royong PK

kebersihan dan keceriaan sesebuah Kampung. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan semua orang menerapkan nilai-nilai murni dalam diri masing masing serta mengeratkan silaturahim antara penduduk.

Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar kampong seperti kawasan perkuburan, bangunan masjid dan dewan serbaguna.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti Kampung yang bersih, indah,

selamat dan ceria.

2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.

2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara

penduduk, dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan

semua pihak dalam program yang diadakan dalam Kampung.

2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga kampung terhadap

kebersihan keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang

telah disediakan olih pihak Kerajaan.

2.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan

keberkesanan aktiviti.

3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : 04 Ogos 2013 (Ahad)

Tempat : Kawasan sekitar Kampung

Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari

Pakaian : Pakaian bebas

4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS

4.1 Pembersihan Longkang

Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan

aliran air yang melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu

sebagai satu usaha untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang

Page 3: Kertas Kerja Gotong Royong PK

dikhuatiri akan memberi kesan kepada penduduk khususnya yang berada

di sekitar kampung.

4.3 Tapak Perkuburan Orang –orang Islam

Bagi yang membersihkan di kawasan ini, mereka akan membersihkan

sampah/memotong rumput di sekitar kawasan tersebut

4.4 Mengecat dan Menceriakan Dewan Serbaguna

Bagi memberikan kesan keceriaan pada Dewan Serbaguna, di bahagian

dalam dan Luar kawasan Dewan

4.5 Masjid

Agihan tugas di sekitar masjid ini meliputi longkang, kawasan perhiasan

seperti pokok bunga dan bahagian dalaman masjid itu sendiri seperti

susunan sejadah dan telekung (sekiranya ada) serta kawasan di sekitar

tempat wuduk (lelaki dan perempuan).

5.0 JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN

MENGIKUT AGIHAN KAWASAN

BIL. KAWASANKETUA DAN KUMPULAN YANG

TERLIBAT

1.

Longkang

1.Di bahagian sekitar

kawasan kampong

mengikut Zone. Zone A, B ,

C

1. En. Borhan bin Hj Buang

2. Warga Kampung

2.

Membersih kawasan

Tanah

Perkuburan

1. En. Tumpil bin Pitan

2. Warga Kampung

Page 4: Kertas Kerja Gotong Royong PK

3.

Membersih /

mencantikan Dewan

Serba Guna

1. En. Murad bin Maduki

2. Wakil Pemuda PBB dan KRT

4.Membersih kawasan

Masjid dalaman dan luar

1. En. Kasmuri bin Hassan

2. Warga Kampung

7.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

8.00 pagi Ketibaan warga kampung

8.15 pagi Taklimat agihan tugas

8.30 pagi Gotong–royong bermula

11.00 pagi Ketibaan tetamu VIP

11.30 pagiJemputan tetamu VIP melawat kawasan

kampung

12.00 Tengahari REHAT

2.30 petang Gotong Royong dilanjutkan

4.30 petang REHAT

6.15 petang Warga berkumpul dikawasan Masjid

6.50 petang Berbuka puasa

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

a) Ketua Isi Rumah = 200 orang

__________

Jumlah = 200 orang

9.1 Makan dan minum untuk berbuka puasa

a) Makan = RM 10.00

Keseluruhan : 200 x RM10.00 = RM 2,000.00

Page 5: Kertas Kerja Gotong Royong PK

JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM2,000.00

9.2 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan

Bil Peralatan Harga Jumlah(RM)

1.Tin Cat (Batu perhiasan) 3 unit x RM50.00 150.00

3. Berus Cat 20 unit x RM5.00 100.00

4. Penggarit 10 unit x RM6.00 60.00

5. Plastik Beg Sampah 10 unit x RM2.00 20.00

6.Berus Sabut

10 unit x RM2.50 25.00

7. Sabun Pencuci 3 unit x RM10.00 30.00

8. Berus Longkang 5 unit x RM6.00 30.00

9. Pencedok longkang 5 unit x RM8.00 40.00

10 Runcit 0.00

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM 455.OO

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN

(Makanan + Peralatan) = RM 2,500.00

Page 6: Kertas Kerja Gotong Royong PK

JUMLAH KESELURUHAN = RM 3,000.00

10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI

Penasihat : Pegwai Daerah SamarahanPengerusi : Penghulu Hj Seli bin HasanPengerusi Bersama : En. Kasmuri bin HassanNaib Pengerusi : Hj Ramli bin Hj Matsam

Penyelaras : En. Bakar bin SuutBendahari : En. Murat bin MasdukiMakanan : En. Sabri bin Raee

Peralatan : En. Seruji bin Hj Seli

Disediakan oleh

…………………………..(KR BAKAR BIN SUUT)SetiausahaJKKK Kampung Pengkalan Kuap

Disemak oleh:

…………………………………(PENGH HJ SELI BIN HASSAN)Penghulu/PengerusiJKKK Kpg Pengkalan Kuap