KERTAS KERJA HARI ANUGERAH KUALITI.docx

6
KERTAS KERJA HARI ANUGERAH KUALITI KERTAS KERJA HARI ANUGERAH KUALITI 2010 & JAMUAN AKHIR TAHUN SK PUSAT BANDAR PUCHONG (2) _______________________________________________________ PENDAHULUAN Setiap tahun, Hari Anugerah Kualiti akan mengisi kalendar sekolah sebagai satu acara tahunan yang perlu dilaksanakan. Agenda ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat penting di mana ianya bertujuan menyemarakkan semangat dan menghargai jasa guru-guru. Komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada semua pihak bagi menjayakan aktiviti ini dan seterusnya membentuk satu budaya kerja berpasukan yang positif untuk mencapai kecemerlangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. RASIONAL Rasional di sebalik penganjuran hari anugerah kualiti ini ialah : 1. Menaikkan dan menyemarakkan semangat guru-guru. 2. Merapatkan hubungan siratulrahim antara guru-guru dengan pihak pentadbiran. MATLAMAT Matlamat Hari Anugerah Kualiti adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan seorang pendidik di atas tugas- tugas yang telah di amanahkan. Perjuangan guru-guru patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa, dan negara Malaysia. OBJEKTIF

description

hari kualiti

Transcript of KERTAS KERJA HARI ANUGERAH KUALITI.docx

Page 1: KERTAS KERJA HARI ANUGERAH KUALITI.docx

KERTAS KERJA HARI ANUGERAH KUALITI

KERTAS KERJA

HARI ANUGERAH KUALITI 2010 & JAMUAN AKHIR TAHUN

SK PUSAT BANDAR PUCHONG (2)

_______________________________________________________

PENDAHULUAN

Setiap tahun, Hari Anugerah Kualiti akan mengisi kalendar sekolah sebagai satu acara tahunan yang perlu

dilaksanakan. Agenda ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat penting di mana ianya bertujuan

menyemarakkan semangat dan menghargai jasa guru-guru.

Komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada semua pihak bagi menjayakan

aktiviti ini dan seterusnya membentuk satu budaya kerja berpasukan yang positif untuk mencapai kecemerlangan

dan kepuasan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

RASIONAL

Rasional di sebalik penganjuran hari anugerah kualiti ini ialah :

1. Menaikkan dan menyemarakkan semangat guru-guru.

2. Merapatkan hubungan siratulrahim antara guru-guru dengan pihak pentadbiran.

MATLAMAT

Matlamat Hari Anugerah Kualiti adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa

dan pengorbanan seorang pendidik di atas tugas-tugas yang telah di amanahkan. Perjuangan guru-guru patut

dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa, dan negara

Malaysia.

OBJEKTIF

Diharapkan Hari Anugerah Kualiti ini dapat :-

1. Memupuk semangat kekeluargaan antara guru –guru dengan kakitangan.

2. Menanamkan rasa cinta guru-guru terhadap sekolah.

3. Memupuk nilai menghargai jasa.

Page 2: KERTAS KERJA HARI ANUGERAH KUALITI.docx

KUMPULAN SASARAN

1.Guru-guru SK Pusat Bandar Puchong (2)

2. Kakitangan

3.AJK PIBG

4.Komuniti

Seramai 70 orang

CADANGAN AKTIVITI

1. Pernyampai anugerah hari kualiti

2. Persembahan

3. Cabutan bertuah

4. Jamuan makan

TARIKH CADANGAN AKTIVITI

Hari Anugerah Kualiti 2010

Tarikh : 20 November 2010

Masa : 2.00 ptg-4.30 ptg

Tempat :

TENTATIF PROGRAM

TARIKH: 20 November 2010

HARI: Sabtu

TEMPAT: Puri Pujangga, Bangi

Page 3: KERTAS KERJA HARI ANUGERAH KUALITI.docx

ATURCARA MAJLIS

HARI ANUGERAH KUALITI 2010

SK PUSAT BANDAR PUCHONG (2)

1.45 ptg : Kedatangan guru dan VIP

02.00 ptg : Guru mengambil tempat di dewan

02.05 ptg : Majlis bermula

: Bacaan doa

: Ucapan Pengerusi

: Ucapan Guru besar

02.45 ptg : Makan

03.30 ptg : Penyampaian anugerah hari kualiti

: Persembahan

: Cabutan bertuah

04.30 ptg : Majlis bersurai

SUMBER KEWANGAN

1. Tajaan SKPBP2

2. Kutipan dari semua kakitangan

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN 2010

Bil Perkara Kuantiti Harga

Jumlah

Harga

1 Makanan

Jurukamera

Hadiah cabutan bertuah

Lain-lain

70

1

10

-

40.00

300.00

40.00

200.00

2800.00

300.00

400.00

200.00

JUMLAH 3700.00

Page 4: KERTAS KERJA HARI ANUGERAH KUALITI.docx

Disediakan oleh, Disemak dan diluluskan oleh,

......................................................... ..........................................

( Pn Anita ) ( Pn. Hasnah Bt. Mutalib )

Setiausaha KKGK Guru Besar

SK Pusat Bandar Puchong (2) SK Pusat Bandar Puchong (2)

Disemak oleh,

.........................................................

( Pn Norzuraina Bte Mohd Nor)

Ketua KKGK

SK Pusat Bandar Puchong (2)

SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT BANDAR PUCHONG (2)

Page 5: KERTAS KERJA HARI ANUGERAH KUALITI.docx

JALAN PERSIARAN INDERA, PUSAT BANDAR PUCHONG ,

47160 PUCHONG, SELANGOR DARUL EHSAN.

KERTAS KERJA

HARI ANUGERAH KUALITI 2010

&

JAMUAN AKHIR TAHUN

SK PUSAT BANDAR PUCHONG (2)

Tarikh : 13 November 2010

Masa : 2.00 ptg-4.30 ptg

Tempat :