Kertas Kerja Hari Guru 2014

14
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TAWAR 09700 KARANGAN, KEDAH DARUL AMAN. KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2014 TEMA GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI 18 MEI 2014 (AHAD)

description

ok

Transcript of Kertas Kerja Hari Guru 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TAWAR09700 KARANGAN, KEDAH DARUL AMAN.

KERTAS KERJASAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAHTAHUN 2014

TEMA

GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI18 MEI 2014(AHAD)

PENDAHULUAN Setiap tahun, Hari Guru akan mengisi kalendar sekolah sebagai satu acara tahunan yang perlu dilaksanakan. Agenda ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat penting dan ianya bertujuan menyemarakkan semangat guru dan bagi murid-murid ia lebih kepada menghargai jasa dan pengorbanan guru yang telah berpenat lelah mendidik mereka.

Komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada semua pihak bagi menjayakan segala aktiviti yang dirancang dan seterusnya membentuk satu budaya kerja berpasukan yang positif demi mencapai kecemerlangan dan kepuasan dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan.

RASIONALRasional di sebalik penganjuran Hari Guru ini ialah:1. Menaikkan dan menyemarakkan semangat guru-guru.2. Merapatkan hubungan silaturrahim antara guru-guru, murid-murid serta kakitangan sokongan di sekolah.3. Memupuk semangat kerjasama serta mewujudkan suasana sekolah yang ceria dan harmoni melalui interaksi dan komunikasi di antara warga sekolah dan masyarakat setempat.

MATLAMATMatlamat Hari Guru adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan seorang pendidik atas tugas-tugas yang telah diamanahkan. Perjuangan guru-guru patut dihargai atas usaha mereka dalam membina potensi anak bangsa pada masa hadapan. Diharapkan acara seperti ini dapat:1. Memupuk semangat kekeluargaan antara guru-guru dengan staf sokongan dan murid.2. Menanamkan rasa cinta guru-guru terhadap sekolah tempat mereka bekerja.3. Menilai jasa dan pengorbanan guru kepada murid-murid.

OBJEKTIF

1. Meraikan guru-guru sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun.2. Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang mencurahkan bakti mendidik murid-murid.3. Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid.

PROGRAM SARANA

1. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru dan komuniti setempat.2. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.3. Membina hubungan yang baik antara warga sekolah dan ibu bapa.4. Mengukuhkan kerjasama antara warga sekolah dan PIBG.

KUMPULAN SASARAN1. Semua guru SK Ulu Tawar2. Kakitangan3. Murid-murid

CADANGAN AKTIVITIAcara dewan - Nyanyian Lagu Guru Malaysia - Bacaan Ikrar Hari Guru ( En Sreenivasarao A/L Supramaniam ) - Ucapan Ketua Murid sempena Hari Guru - Perutusan khas Hari Guru Menteri Pendidikan Malaysia (Penolong Kanan Pentadbiran) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) - Penyampaian Anugerah Khas Hari Guru - Penyampaian hadiah daripada murid/ Persembahan murid Acara Padang Sukaneka Bola Baling dan Bola Tampar

TARIKH AKTIVITITarikh : 18 Mei 2014 (Ahad)Masa : 7.45 pagi 10.45 pagiTempat : Dewan Terbuka dan padang SKUT

TENTATIF PROGRAM7.45 pagi : Perhimpunan : Ucapan Pengerusi Majlis ( En Mohd Faizal bin Abd Rani) : Nyanyian Lagu Negaraku,Negeri Kedah dan Lagu Sekolah : Bacaan doa ( Ustaz Zulhazmi bin Kamarudin) Ucapan Wakil Murid : Ucapan Guru Besar ( En Mohd Yusoff bin Ishak) : Pembacaan Perutusan Hari Guru Menteri Pendidikan Malaysia ( Guru Besar) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (GPK Pentadbiran) : Ikrar guru : Nyanyian guru Guru Malaysia Lagu Tema Hari Guru Lagu Biarku Menjadi Lilin Sesi pertukaran hadiah guru Sesi fotografi untuk semua guru dan staf sokongan : Perhimpunan Bersurai 9.30 pagi : persembahan murid 3 Arif 10.45 pagi : Rehat 11.15 pagi : Kelas seperti biasa

ANGGARAN PERBELANJAANJamuan ( 40 orang x RM 7.00) - RM280.00Hadiah Permainan -RM150.00Lain-lain -RM 50.00Jumlah RM 480.00

JAWATANKUASA SAMBUTAN HARI GURUSK ULU TAWAR 2014

TARIKH : 18. MEI .2014HARI : AHAD

PENASIHAT : EN MOHD YUSOFF B. ISHAK ( GURU BESAR)PENGERUSI 1 : PN NORSITA BT BASRAH( GPK KOKURIKULUM)PENGERUSI 2 : EN . ISZAIEZHAM BIN ISMAIL (GPK PENTADBIRAN)SETIAUSAHA : PN MERLINA BT MOHAMED DAUDBENDAHARI : PN SHOPIAH BT OTHMAN

PENGERUSI MAJLIS : PN SITI ZARAH BT MOHAMAD SAYUTI EN MOHD FAIZAL B ABDUL RANI

BACAAN DOA : EN ZULHAZMI B KAMARUDDIN

PERSIAPAN TEMPAT : EN MUHAMAD SOFIAN B JUNID EN MOHD AFFENDI B ABD JAMIL EN ABU KHASIM B MD ZIN EN MOHD RAZIF BIN SALIMAN

PERSIAPAN PENTAS : EN HAYARI OSMAN B YUSOF PN FAZLINA BINTI YUSOF PN SYAZANA BINTI MANSOR PN YUSLINA BINTI YUSOB SIARAYA : EN AZAINIZAN BIN AZIZ EN SHAMSYUL B HALIT DOKUMENTASI : PN MERLINA BT MOHAMED DAUD EN SUHAIMI B YUSUFJEMPUTAN PIBG : EN MOHD SYAH MOHD RAFI BIN RAMLI

JURUFOTO : EN SUHAIMI B YUSUF JAMUAN : PN HORIAH BT YAHYA PN SAERAH BT ISMAIL EN RAZMI B ABD GHANI PN SALBIAH BINTI ALIAS

HADIAH : PN NORDISHAH BINTI ABU BAKAR PN FAZLINA BINTI YUSOF PN YUSLINA BINTI YUSOB

KAWALAN MURID : EN SREENIVASARAO A/L SUPRAMANIAM EN ZULHAZMI B KAMARUDIN EN MUHAMAD SOFIAN B JUNID PERMAINAN : EN MOHD QUSYAIRI B SAMSUDIN PN UMI KALSOM BINTI MOHD YATIM EN MOHD FAIZAL BIN ABD RANI

PERSEMBAHAN : EN SHAMSYUL B HALIT EN OTHMAN BIN WAHAB EN WAN MOHD AMINUDDIN BIN WAN ALI

BROSUR : EN MOHD RIZAL BIN ABD HAMID

KEBERSIHAN : SEMUA WARGA SKUT

Disediakan oleh, Disemak oleh,-------------------------- ----------------------------(PN MERLINA BT MOHAMED DAUD) (PN NORSITA BT BASRAH)Setiausaha Sambutan Hari Guru, GPK Kokurikulum,SK Ulu Tawar SK Ulu Tawar

Disahkan oleh,-----------------------------------(EN MOHD YUSOFF BIN ISHAK)Guru Besar ,SK Ulu Tawar

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kamiGuru-guru Negara MalaysiaDengan ini berikrarMendukung terus cita-cita kamiTerhadap tugas kamiDan menyatakan keyakinan kamiPada cita cita murni pekerjaan kamiKami akan berbaktiKepada masyarakatDan negara kami

Kami sentiasa menjunjungPerlembagaan NegaraKami mengamalkanPrinsip-prinsip Rukun NegaraPada setiap masa

LAGU HARI GURU

Kami guru MalaysiaBerikrar dan berjanjiMendidik dan memimpinPutra putri Negara kita

Pada Seri PadukaKami tumpahkan setiaRukun Negara kitaPanduan hidup kami semua

Di bidang pembangunanKami tetap bersamaMembantu membinaNegara yang tercinta

Amanah yang diberiKami tak persiakanApa yang kami janjiTunai tetap kami tunaikan

Biar Ku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilinMemberikan cahayaTerangi sekeliling dengan diri terbakarTak siapa yang sedarDisaat kegelapan rela aku berkorbanDemi satu harapan

Biar masa berlariDan kau terus mendakiAku tenang disini dengan sabar menantiTanpa dendam dan benciAndainya kau terjatuh terluka dan tersungkurKurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanyaApakah nanti balasannyaSetiap pengorbanan setiap pemberianDemi satu ikatan

Keikhlasan dihatiWalaupun sering kau raguiPada suatu masa dan suatu ketikaAkan ketara jua

Biarku menjadi lilinMemberikan cahayaSaat kau kesepian saat kau kegelapanKurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbaktiDengan cara sendiri