Kertas Kerja Hari Guru 21 Mei 2015

9
KERTAS CADANGAN SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA KINABATANGAN 2015 1. Latar Belakang Tarikh penerimaan cadangan-cadangan Laporan jawatankuasa Pelajaran ( Laporan Razak ) sebagai dasar pelajaran Negara oleh Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ( Legislatif Council Malaya ) pada 16 Mei 1956 telah diabadikan sebagai tarikh sambutan perayaan Hari Guru. Semenjak tahun 1972 perayaan Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun bagi mengiktiraf jasa dan kecemerlangan guru yang menjadi pemangkin kearah kehebatan negara . Di samping itu, kecekapan guru pula boleh membantu menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Tambahan pula, setiap modal insan boleh menghayati budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan. Ini bersesuaian dengan tema sambutan pada tahun ini “Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak “. 2. Objektif 1.Menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan guru dalam mendidik anak-anak ke arah menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, fizikal , rohani dan emosi. 2.Melahirkan kerjasama dan hubungan yang erat antara warga pendidik dan pelajar di sekolah ini kearah menjadikan institusi sekolah sebagai pusat kecemerlangan. 3.Memperhebatkan lagi usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup di masa 1

description

Contoh kertas kerja untuk hari guru 16 Mei 2015

Transcript of Kertas Kerja Hari Guru 21 Mei 2015

Page 1: Kertas Kerja Hari Guru 21 Mei 2015

KERTAS CADANGANSAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA KINABATANGAN2015

1. Latar Belakang

Tarikh penerimaan cadangan-cadangan Laporan jawatankuasa Pelajaran ( Laporan

Razak ) sebagai dasar pelajaran Negara oleh Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah

Melayu ( Legislatif Council Malaya ) pada 16 Mei 1956 telah diabadikan sebagai tarikh

sambutan perayaan Hari Guru. Semenjak tahun 1972 perayaan Hari Guru disambut pada

tarikh 16 Mei setiap tahun bagi mengiktiraf jasa dan kecemerlangan guru yang menjadi

pemangkin kearah kehebatan negara . Di samping itu, kecekapan guru pula boleh membantu

menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid seperti yang

dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Tambahan pula,

setiap modal insan boleh menghayati budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat bagi

mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan. Ini bersesuaian dengan tema

sambutan pada tahun ini “Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak “.

2. Objektif

1.Menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan guru dalam mendidik anak-anak ke

arah menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, fizikal , rohani dan emosi.

2.Melahirkan kerjasama dan hubungan yang erat antara warga pendidik dan pelajar di

sekolah ini kearah menjadikan institusi sekolah sebagai pusat kecemerlangan.

3.Memperhebatkan lagi usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan ke arah meningkatkan

kesejahteraan hidup di masa hadapan bukan sahaja dari segi kebendaan bahkan juga dari segi

moral dan keagamaan.

3. Tarikh Pelaksanaan

HARI : Khamis

TARIKH : 21 Mei 2015

MASA : 0650 pagi – 1210 tengah hari

4. Penglibatan

a) Semua guru dan kakitangan sekolah

b) Semua pelajar – ( Pra Sekolah hingga Tahun 6 )

1

Page 2: Kertas Kerja Hari Guru 21 Mei 2015

KERTAS CADANGANSAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA KINABATANGAN2015

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENASIHATLAHSAH BIN ALING

GURU BESAR SK KOTA KINABATANGAN

PENGERUSIABDUL SANIH BIN NASRI

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

TIMBALAN PENGERUSI 1NORIJAN BIN SAPARIPENOLONG KANAN 1

TIMBALAN PENGERUSI 2BASTARI BIN SUHAILI

PENOLONG KANAN HEM

TIMBALAN PENGERUSI 3SHERRY BINTI YUSOUP

PENYELIA PETANG

PENGARAHAZALEA CHULIN

TIMBALAN PENGARAHMUHD FAIRUZ

SETIAUSAHAWAN NOR SHAIRAH SHARUJI

BENDAHARIFATIMAH BINTI AMIR

2

Page 3: Kertas Kerja Hari Guru 21 Mei 2015

KERTAS CADANGANSAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA KINABATANGAN2015

JAWATANKUASA PELAKSANA

Jawatankuasa / Personalia Bidang Tugas

BACAAN PERUTUSANGuru BesarPenolong kanan 1

Membaca perutusan Menteri Pelajaran / Ikrar guru (GB)

Membaca perutusan ketua pengarah (PK 1)

DOAUstaz Zaky Ridhwan Bin Mohd.

Mengetuai bacaan doa

AJK PERALATAN (Logistik)Jeludin Ambasing (K)Mohd Hanif Bin RusliMohd Hafiz Bin HanifMohd Bin P.Ramlee

Menyediakan alatan yang diperlukan Memastikan alatan berfungsi sepanjang program Sediakan LCD dan Projektor Apa-apa yang diperlukan

AJK HIASAN DAN PENTAS

Penny Binti Makinsal (K)Nuraidah Binti NasriNoraziah Binti AhmadNurul Zahira Binti Mohd AfandiIsah Binti AlbaniLatifah Binti BandarRose Binti Ardi

Penyediaan tempat seperti yang diarahkan Mengendalikan perhimpunan dan atur cara

majlis Menyusun kerusi untuk para guru dan murid di

dewan(murid duduk bawah) Hias pentas

AJK PROTOKOL

Salnah Binti Salleh (K)Norminah Binti GangonAsiah Binti DaudNorbaizura Binti Abd Rahim

Ketibaan para guru dan murid / majlis berjalan seperti yang dirancangkan

Mengetuai bacaan ikrar ( Guru Besar )

BUKU PROGRAMJulailah JanisNooralidah Binti Sidek (K)Ros Merah Binti Che SohMinah Binti Wahab

Menyediakan dan mengedarkan brosur kepada guru dan staf pada hari tersebut

Masukkan salinan ikrar , lagu tema Hari Guru dan lagu Guru Malaysia dalam buku program.

PENGACARA MAJLIS

Durrah Hanaani Binti MD (K)Muhd Nasir

Menyediakan skrip pengacara Menjadi pengacara majlis

AJK HADIAH Penyediaan hadiah guru

3

Page 4: Kertas Kerja Hari Guru 21 Mei 2015

KERTAS CADANGANSAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA KINABATANGAN2015

Norafizan (K)Etie IwaneNoorfarhana Abd RahmanNor Fadilah Abd AzizJamatiah Binti Nasir

Menyampaikan hadiah kepada guru Mengira undian bagi guru yang dicalonkan bagi

setiap anugerah. (Anugerah Khas)

DOKUMENTASI & JURUGAMBAR

Abu Bakar Muhammad (K)Jeswi @ Abdullah Bin Buis

Dokumentasikan program

AJK BACKDROP POWERPOINT

Zaizul Kamal Bin Mat Saad (K)Siti Noratikah Binti Che Razali

Membuat persembahan Power Point (Selitkan video bagi semua lagu yang berkaitan & untuk bahagian anugerah khas, tinggalkan ruangan kosong untuk letak gambar guru)

Mengendalikan persembahan powerpoint semasa majlis dijalankan

AJK AKTIVITI / PERSEMBAHAN

Mohamad Hanafi Bin Salamon (K)Noraini Binti Deraman (Pra)Amirul Shazmi Mohd Basri (Tahap 2)

Menentukan persembahan yang akan dibuat oleh murid

Mebimbing dan melatih peserta persembahan

AJK DISIPLIN

Masran Hasim (K)Abby AswandyBalenty Anak AndingJalinah Binti Juhaini

Susun atur kedudukan pelajar di dewan Memastikan disiplin murid berada dalam

keadaan terkawal sepanjang majlis diadakan Semua guru terlibat juga.

AJK MAKANAN & JAMUAN

Noraisah Binti Jabil (K)Azmiah Abd AzidRawaida Binti Hamzah @ AhmadSarkiah Binti KamilSuriah Binti Kamil

Tempahan makanan dalam bentuk buffee Makanan bungkus untuk setiap murid (RMT)

AJK KEBERSIHAN

Semua guru terlibat

Memastikan tempat jamuan dan dewan dalam keadaan bersih semasa dan selepas majlis tersebut.

4

Page 5: Kertas Kerja Hari Guru 21 Mei 2015

KERTAS CADANGANSAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA KINABATANGAN2015

ATURCARA MAJLIS

0650 PAGI KETIBAAN GURU BESAR,PARA GURU DAN MURID

0700 PAGI ACARA SAMBUTAN HARI GURU DIMULAKAN

NYANYIAN LAGU NEGARAKU DOA UCAPAN KETUA PENGAWAS BACAAN PERUTUSAN MENTERI

PELAJARAN BACAAN PERUTUSAN KETUA

PENGARAH NYANYIAN LAGU TEMA NYANYIAN LAGU GURU MALAYSIA BACAAN IKRAR GURU PERSEMBAHAN MURID ( PRA )

1030 PAGI ACARA KEMUNCAK HARI GURU

PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS KATEGORI 1

PERSEMBAHAN MURID TAHAP 1 PERSEMBAHAN MURID TAHAP 2 (SAJAK) PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS

KATEGORI 2

12 TGH HARI PELAJAR BERSURAI

1210 TGH HARI JAMUAN GURU

7. Jadual Pelaksanaan

5

Page 6: Kertas Kerja Hari Guru 21 Mei 2015

KERTAS CADANGANSAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA KINABATANGAN2015

Tarikh Aktiviti Tindakan Catatan11.4.2015 Penyediaan Kertas Kerja Cadangan Pengarah 12 April 201523.4.2015 Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Setiausaha28.4.2015 Mesyuarat Ketua AJK Pertama Setiausaha

4.5.2012Latihan Persembahan Murid AJK PersembahanMesyuarat Ketua AJK Kedua Setiausaha

14.5.2012 Acara Kemucak Sambutan Pengerusi15.5.2012 Post mortem Setiausaha

8. Anggaran Kos

Bil. Perkara Unit Harga Seunit (RM) Harga (RM)1 Hadiah 10 4.50 45.002 Jamuan (Guru ) 52 11.00 572.003. Makanan murid 269 3.00 807.004. -

Jumlah 1424.00

9. Sumber Kewangan

1. Sumbangan dari guru dan staff (RM 12 seorang)

10. Penutup

Dengan ini, kita sama-sama berkesempatan menyambut hari Guru bagi tahun 2015 ini. Perjalanan masa yang pantas, seolah-olah menafikan bahawa kita telah menyambut hari penuh bermakna ini kepada para pendidik dan pelajar setahun yang lalu. Ucapan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua lapisan warga pendidik yang menjadi tonggak dan harapan bangsa serta negara dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan masyarakat. Jadikan tarikh ini sebagai hari yang bermakna dan detik penting menyemat iltizam baru serta kesungguhan untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita murni kita. Selamat Menyambut Hari Guru.

6

Page 7: Kertas Kerja Hari Guru 21 Mei 2015

KERTAS CADANGANSAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA KINABATANGAN2015

Disediakan oleh :

_________________

AZALEA CHULIN

Pengarah Hari Guru

SK Kota Kinabatangan

Disemak oleh :

________________

EN. ABDUL SANIH BIN NASRI

Penolong Kanan Kokurikulum

SK Kota Kinabatangan

Disahkan oleh :

_____________________

EN. LAHSAH BIN ALING

Guru Besar

SK Kota Kinabatangan

7