Kertas Kerja Hari Kantin

7

Click here to load reader

description

Kertas Kerja Hari Kantin

Transcript of Kertas Kerja Hari Kantin

Page 1: Kertas Kerja Hari Kantin

KERTAS KERJA HARI USAHAWAN MUDA PROGRAM PASCA UPSR TAHUN 6 2013 SK PADANG LUMAT

TARIKH : 30 OKTOBER 2013HARI : RABUTEMPAT : DATARAN SKPL/ LALUAN MAKMAL KOMPUTER

1. PENGENALAN

Hari Usahawan Muda Program Pasca UPSR tahun 6 2013 SK Padang Lumat merupakan acara pasca UPSR sekolah yang diadakan buat julung kalinya. Hari Usahawan Muda Program Pasca UPSR ini merupakan salah satu aktiviti yang sihat bagi mendidik pelajar Tahun 6 selaras dengan Elemen Keusahawanan dalam Transformasi Pendidikan. Selain itu, Hari Usahawan Muda Program Pasca UPSR dapat membantu pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang pelajar, dalam melahirkan sebuah sekolah yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari Usahawan Muda Program Pasca UPSR ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua murid-murid yang telah tamat peperiksaan UPSR . Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Usahawan Muda Program Pasca UPSR ini adalah bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara warga SK Padang Lumat . Antara pengisian dalam Hari Usahawan Muda Program Pasca UPSR ini meliputi aspek keusahawanan, disiplin dan kemasyarakatan . Adalah menjadi harapan setiap warga SK Padang Lumat agar sambutan Hari Usahawan Muda Program Pasca UPSR kali ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.

2. RASIONAL

Hari Usahawan Muda Program Pasca UPSR adalah kesinambungan aktiviti kokurikulum secara terancang dan sistematik demi kecemerlangan pelapis generasi akan datang.

3. OBJEKTIF

1. Objektif utama diadakan Hari Usahawan Muda Program Pasca UPSR adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai kaedah perniagaan dan mengaplikasi pembelajaran yang telah dipelajari di dalam kelas. Melalui usaha ini pelajar dapat merancang bagaimana hendak menjalankan perniagaan dan membuat perkiraan untung rugi.

1

Page 2: Kertas Kerja Hari Kantin

2. Mengalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dan menjana nilai kepimpinan yang cemerlang di dalam diri pelajar sebagai insan kamil yang mampu menyumbangkan kepada rakan sebaya, keluarga, masyarakat, negara dan agama.

3. Membentuk sahsiah, bakat, minat, kemahiran dan disiplin pelajar dalam semua lapangan yang disertai.

4. Memupuk minat mendalam didalam bidang Keusahawan dan Kelab/Persatuan Akademik.

5. Melahirkan semangat kerjasama yang erat di antara pelajar , guru dan pihak luar demi memantapkan generasi yang akan datang.

4. ANJURANUnit Pengingkatan Prestasi UPSR

5. TEMA

Cadangan tema Hari Usahawan Muda Program Pasca UPSR ialah “SUMBANGAN ANDA KEBANGGAAN KAMI”

6. PERINCIAN PROGRAM6.1 Tarikh :30 OKTOBER (RABU)6.2 Tempat : Tapak Perhimpunan SK PADANG LUMAT/ LALUAN MAKMAL KOMPUTER6.3 Anggaran Bil Peserta : 330 orang (Berdasarkan bil. Murid )

7. PESERTA Semua PELAJAR SK PADANG LUMAT .

8. AHLI JAWATANKUASASila lihat LAMPIRAN 1

9. ANGGARAN PERBELANJAANSila lihat LAMPIRAN 2

10. TENTATIF PROGRAM Sila lihat LAMPIRAN 3

11. PENGISIAN PROGRAM11.1 Aktiviti untuk Murid

- Gerai Jualan

2

Page 3: Kertas Kerja Hari Kantin

12. PENUTUPDengan terlaksananya Hari Usahawan Muda Program Pasca UPSR tahun 6 2013 diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah dalam kalangan warga SK Padang Lumat di samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan mencapai objektif.

Disediakan oleh:

PN NOORMAWATI BINTI CHE AZMI

Bendahari

Unit Peningkatan Prestasi UPSR/ Program Pasca UPSR

SK Padang Lumat

Disemak oleh;

PN PARIDAH BT HANAPI

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

SK (PADANG LUMAT

3

Page 4: Kertas Kerja Hari Kantin

LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA INDUK

HARI Usahawan Muda Program Pasca UPSR tahun 6 2013

Penasihat : Encik MARZUKI BIN HANAPIAH (Guru Besar)

Pengerusi : Puan PARIDAH BT HANAPI (GPK Ko-Kurikulum)

Naib Pengerusi : i) PN NABILAH ABD HAMID (MEMANGKU GPK 1)

Penyelaras : PN HAFIZAH YAAKOB

Setiausaha : PN ZURAWATI AWANG

Bendahari : PN NOORMAWATI CHE AZMI

Urusetia : Semua Guru TAHUN 6

PN NABILAH ABD HAMID

PN SHOLEHAH OSMAN

PN ZUNAINAH ABDULLAH

PN FADZILAH OTHMAN

EN RUSLAN OTHMAN

EN MAHADZIR HANAFI

PN LATIFAH DAHARI

Pengerusi Jawatankuasa Kecil

Pengurus Gerai : Pn Noormawati Che Azmi

Tapak Gerai : Semua Guru TAHUN 6 dan pelajar tahun 6

Siaraya & Peralatan : En Ruslan Othman

Makan & Minum : Pn Zurawati Awang / Pn Latifah Dahari

Keselamatan/ Kecemasan : Pn Sholehah Osman

4

Page 5: Kertas Kerja Hari Kantin

Dokumentasi / Buku Program : Pn Zunainah Abdullah

LAMPIRAN 2ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH

1 Modal Unit Gerai Jualan

Ice blended( PN Zurawati)

Nasi Lemak ( Pn Noormawati)

Nugget (Pn Hafizah)

Buah-buahan( Ust Mahdzir)

Laksa( Ust Sholehah)

Mee( En Ruslan)

Rojak( Pn Zunainah)

Jagung ( Pn Latifah)

RM50 x 8 = RM 400.00

RM400.00

JUMLAH BESAR RM400.00

5

Page 6: Kertas Kerja Hari Kantin

LAMPIRAN 3

TENTATIF PROGRAM HARI USAHAWAN MUDA

PROGRAM PASCA UPSR TAHUN 6 2013

7.30 pagi Perhimpunan pelajar

8.30 pagi PERSIAPAN TEMPAT

9.30 pagi – 11.30 Jualan Gerai

12.00 tgh Pengemasan

1.00ptg Bersurai

6