Kertas Kerja Hari Kejohanan Olahraga 2008

10
Kejohanan Olahraga SKTR 2008 1.0 PENDAHULUAN Olahraga merupakan salah satu sukan yang popular di peringkat dunia serta telah diiktiraf sebagai Sukan Teras Prestasi Tinggi oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan. Ini bermakna olahraga dilihat sebagai salah satu sukan yang mampu menjulang nama Malaysia di peringkat sukan antarabangsa. Penganjuran “Hari Kejohanan Olahraga SKTR 2008” ini merupakan satu aktiviti tahunan sekolah yang akan dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah di bawah kendalian Unit Kokurikulum SKTR yang juga bermatlamatkan untuk memberi sedikit ruang kepada seluruh warga sekolah untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kokurikulum. Ianya juga merupakan salah satu kehendak di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri yang mewajibkan hari kejohanan olahraga dijadikan sebagai satu aktiviti rasmi tahunan di setiap sekolah rendah dan menengah. Ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berkebolehan di dalam kurikulum dan kokurikulum selain melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani dan rohani. Dengan perancangan yang lebih tersusun bermula dari tahun 2007 lagi, pihak MSS dan pentadbiran sekolah telah besetuju untuk menganjurkan kembali acara tahunan ini bertaraf kejohanan jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya di mana pihak MSS terpaksa menjalankan pertandingan secara mini . 2.0 RASIONAL 1

description

Kertas Kerja Hari Kejohanan Olahraga 2008

Transcript of Kertas Kerja Hari Kejohanan Olahraga 2008

Page 1: Kertas Kerja Hari Kejohanan Olahraga 2008

Kejohanan Olahraga SKTR 2008

1.0 PENDAHULUAN

Olahraga merupakan salah satu sukan yang popular di peringkat dunia serta telah diiktiraf

sebagai ‘Sukan Teras Prestasi Tinggi’ oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan. Ini

bermakna olahraga dilihat sebagai salah satu sukan yang mampu menjulang nama Malaysia di

peringkat sukan antarabangsa.

Penganjuran “Hari Kejohanan Olahraga SKTR 2008” ini merupakan satu aktiviti tahunan

sekolah yang akan dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah di bawah kendalian Unit Kokurikulum SKTR

yang juga bermatlamatkan untuk memberi sedikit ruang kepada seluruh warga sekolah untuk

melibatkan diri di dalam aktiviti kokurikulum.

Ianya juga merupakan salah satu kehendak di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia

sendiri yang mewajibkan hari kejohanan olahraga dijadikan sebagai satu aktiviti rasmi tahunan di

setiap sekolah rendah dan menengah. Ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berkebolehan di

dalam kurikulum dan kokurikulum selain melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani dan

rohani.

Dengan perancangan yang lebih tersusun bermula dari tahun 2007 lagi, pihak MSS dan

pentadbiran sekolah telah besetuju untuk menganjurkan kembali acara tahunan ini bertaraf

‘kejohanan’ jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya di mana pihak MSS terpaksa menjalankan

pertandingan secara ‘mini’.

1

Page 2: Kertas Kerja Hari Kejohanan Olahraga 2008

Kejohanan Olahraga SKTR 2008

2.0 RASIONAL

2.1 Sejak kebelakangan ini, berbagai masalah sosial telah timbul dan murid-murid sekolah

terutamanya murid sekolah rendah sentiasa menjadi sasaran atau terlibat dengan

gejala kurang sihat ini. Melalui aktiviti sukan dan olahraga, masa lapang murid sedikit

sebanyak dapat diisi dengan lebih bermanfaat. Dengan ini penglibatan mereka dengan

gejala atau penyakit sosial dapat dihalang atau ditangani sama ada secara langsung

ataupun tidak langsung

2.2 Melalui kejohanan olahraga juga, secara tidak langsung murid dapat melatih diri untuk

bekerjasama antara satu sama lain melalui semangat sepasukan serta semangat

kesukanan yang ada. Dengan cara ini, keharmonian dan perpaduan di kalangan murid

dapat dipupuk

2.3 Sebagai medan atau pentas bagi melahirkan bakat-bakat baru di dalam lapangan

olahraga untuk diketengahkan sebagai persediaan untuk membentuk sebuah

kontinjen olahraga sekolah yang mantap untuk bertanding di kejohanan-kejohanan

peringkat Pusat Kegiatan Guru (PKG), daerah mahupun negeri anjuran Majlis Sukan

Sekolah-sekolah Negeri Kedah

2

Page 3: Kertas Kerja Hari Kejohanan Olahraga 2008

Kejohanan Olahraga SKTR 2008

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melahirkan insan yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani, mental dan fizikal

serta kurikukulum dan kokurikulum

3.2 Melahirkan warga SKTR yang sihat serta cergas dan dapat menumpukan perhatian

sepenuhnya terhadap P&P di dalam bilik darjah

3.3 Mewujudkan persefahaman, semangat kerjasama berpasukan, disiplin dan toleransi

antara sesama warga sekolah

3.4 Melahirkan atlit olahraga di kalangan murid-murid SKTR yang mampu untuk bersaing

di peringkat yang lebih tinggi

3.5 Melahirkan atlit olahraga yang berkualiti dan berdaya saing di pelbagai peringkat

3.6 Mengangkat nama sekolah melalui sukan olahraga di peringkat PKG, daerah dan

negeri

3

Page 4: Kertas Kerja Hari Kejohanan Olahraga 2008

Kejohanan Olahraga SKTR 2008

4.0 CADANGAN PERTANDINGAN

Sebagaimana yang telah dipersetujui melalui Mesyuarat Pengelolaan Hari Mini

Olahraga Kali Pertama yang telah diadakan pada 8 Januari 2008, satu persetujuan telah

dicapai untuk memilih:

4.1 Tempat/Lokasi

Stadium Darul Aman, Alor Star

4.2 Tarikh dan Hari

Selasa, 5 Februari 2008

4.3 Tempoh

4.3.1 Sukantara – 2 hari

4.3.2 Separuh akhir acara balapan – 1 hari

4.3.3 Akhir acara padang – 1 hari

4.3.4 Akhir acara balapan – 1 hari (Hari Kejohanan Olahraga 2008)

5.0 PESERTA / KUMPULAN SASARAN

5.1 Murid-murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) – Acara sukaneka

5.2 Murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) – Acara-acara padang, balapan dan tarik tali

4

Page 5: Kertas Kerja Hari Kejohanan Olahraga 2008

Kejohanan Olahraga SKTR 2008

6.0 PERINCIAN PELAKSANAAN

6.1 Format

Dilaksanakan mengikut format yang digunapakai oleh KOAM dan MSSM di mana dua

kategori atau ‘kelas’ dipecahkan bagi acara-acara di peringkat sekolah rendah

6.1.1 Kelas 3: Murid Tahun 5 & 6 – 3L bagi kategori lelaki; 3P bagi kategori

perempuan

6.1.2 Kelas 4: Murid Tahun 4 – 4L bagi kategori lelaki; 4P bagi kategori perempuan

6.1.3 Sukaneka: Penyertaan bagi murid-murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) lelaki dan

perempuan

6.2 Acara

Berikut adalah cara-acara yang telah dicadangkan untuk dipertandingkan:

ACARA KELAS KATEGORI JENIS60 meter 4L Lelaki Individu60 meter 4P Perempuan Individu

100 meter 4L Lelaki Individu100 meter 4P Perempuan Individu

4 x 100 meter 4L Lelaki Pasukan4 x 100 meter 4P Perempuan PasukanLompat Jauh 4L Lelaki IndividuLompat Jauh 4P Perempuan Individu

Lompat Tinggi 4L Lelaki IndividuLompat Tinggi 4P Perempuan Individu

100 meter 3L Lelaki Individu100 meter 3P Perempuan Individu

80 meter Lari Berpagar 3L Lelaki Individu80 meter Lari Berpagar 3P Perempuan Individu

200 meter 3L Lelaki Individu200 meter 3P Perempuan Individu

4 x 100 meter 3L Lelaki Pasukan4 x 100 meter 3P Perempuan Pasukan4 x 200 meter 3L Lelaki Pasukan4 x 200 meter 3P Perempuan PasukanLompat Jauh 3L Lelaki IndividuLompat Jauh 3P Perempuan Individu

Lompat Tinggi 3L Lelaki IndividuLompat Tinggi 3P Perempuan IndividuLontar Peluru Terbuka Lelaki IndividuLontar Peluru Terbuka Perempuan Individu

Tarik Tali Terbuka Lelaki PasukanTarik Tali Terbuka Perempuan PasukanSukaneka Tahun 1, 2, 3 Lelaki PasukanSukaneka Tahun 1, 2, 3 Perempuan Pasukan

5

Page 6: Kertas Kerja Hari Kejohanan Olahraga 2008

Kejohanan Olahraga SKTR 2008

7.0 JAWATANKUASA

7.1 Jawatankuasa Induk

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

SETIAUSAHA

PENLONG SETIAUSAHA

BENDAHARI

AHLI JAWATANKUASA

:

:

:

:

:

:

Pn. Habibah Hj. Abdullah

Pn. Hjh. Puteh Hassan

En. Badrul Hisham Mohd. Ridhwan

En. Zainudin Zainol

Cik Norhashimah Saleh

Pn. Hjh. Khadijah Yang Razali

Pn. Wan Khairiyah Wan Akil

Pn. Hjh. Saadiah Mahamud

Pn. Norlida Ayob

Pn. Yusnita Abdul Rahman

Pn. Zaharah Abdullah

En. Helwi Shahril Ariffin

En. Taufet Rosdi Muhamad Yaakop

En. Hasim Saari

Pn. Nor Rahaidar Abdul Rahman

Pn. Siti Yusra Sulaiman

Pn. Normadiah Abdul Wahab

En. Mohd. Akhir Salleh

En. Mohd. Razman A. Razak

En. Mohd. Zabiddey Mohd. Zain

Pn. Mahani Majid

Pn. Khotijah Yasin

Pn. Nor Afza Abdullah

Pn. Azmaniza Ariffin

Pn. Hjh. Jariah Shaari

Pn. Roslina Md. Isa

Pn. Rozilawati Abdul Rahman

6

Page 7: Kertas Kerja Hari Kejohanan Olahraga 2008

Kejohanan Olahraga SKTR 2008

7.2 Jawatankuasa Kerja

URUSETIA KEJOHANAN /PANEL PEMILIHAN ATLIT OLAHRAGAEn. Badrul Hisham Mohd. Ridhwan (K)En. Zainudin ZainolCik Norhashimah Saleh

JEMPUTAN DAN SAMBUTANPn. Habibah Hj. Abdullah (K)Pn. Hjh. Khadijah Yang RazaliPn. Wan Khairiyah Wan AkilPn. Hjh. Puteh Hassan

HADIAH DAN CENDERAMATAPn. Rozilawati Abdul Rahman (K)Pn. Nur Wardati Mhd. YusoffPn. Zaharida ZahariPn. Zaini HalimPn. Normah BaharomPn. Normadiah Abdul Wahab

KESELAMATAN DAN DISPLINEn. Hasim Saari (K)En. Helwi Shahril AriffinPn. Anissuwal MustaffaAhli-ahli TKRS

SIARAYA DAN PUBLISITIEn. Mohd. Razman A. Razak (K)En. Ahmad Faiz Abdul HalimPn. Karen Kalai Selvi

BUKU PROGRAM, KAD JEMPUTAN DAN SIJILPn. Nor Afza Abdullah (K)Cik Norhashimah SalehPn. Mashitah Mohamed

PERBARISAN DAN MAJLIS PENUTUPEn. Mohd. Zabiddey Mohd. Zain (K)Pn. Sharmila BakarPn. Hasana DaliCik Nooraini Hassan

FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASIEn. Badrul Hisham Mohd. Ridhwan (K)En. Zainudin ZainolEn. Helwi Shahril Ariffin

KETUA GURU PENASIHAT RUMAH SUKAN / PENGELOLA PESERTAPn. Hjh. Saadiah MahamudPn. Norlida AyobPn. Yusnita Abdul RahmanPn. Zaharah Abdullah

TEKNIK, ALATAN DAN PERSIAPAN TEMPATEn. Mohd. Akhir Salleh (K)En. Taufet Rosdi Muhd. YaakopTn. Hj. Mohd. Nazim GhazaliPn. Siti Yusra SulaimanPn. Fatimah WahabPn. Hjh. Umi Kalsom Abdul HamidAhli-ahli Pengakap

JAMUAN VIP DAN PEGAWAIPn. Roslina Md. Isa (K)Pn. Fatimah AhmadPn. Hjh. Siti Eshah IbrahimPn. Zaiton MansorPn. Salbiah JaafarAhli-ahli Puteri Islam

SUKANEKAPn. Mahani Majid (K)Pn. Noriza HussainPn. Suriani MohamadPn. Nor Rahaidar Abdul RahmanPn. Khairon Mohd. Yusoff

PENGACARAAN MAJLISPn. Khotijah Yasin (K)Pn. Siti Rafida Darus

RAWATAN DAN KECEMASANPn. Hjh. Jariah Shaari (K)Pn. Hjh. Mardziyah Ab. HamidPn. Rotifah Omar

KEBERSIHANPn. Azmaniza Ariffin (K)Pn. Ho Yock KoonPn. Roziaini Mohd. RoziPn. Intan Safinar Ahmad

7

Page 8: Kertas Kerja Hari Kejohanan Olahraga 2008

Kejohanan Olahraga SKTR 2008

8.0 BAJET DAN PERBELANJAAN

BUTIRANJUMLAH

RM RM

1. HADIAH DAN CENDERAHATI1.1. Medal Pemenang Olahraga (192 unit x RM4)1.2. Piala dan Trofi (6 unit x RM30)1.3. Hadiah Sukaneka (60 set x RM3)1.4. Cenderahati VIP – Perasmian Penutup (1 unit x RM20)1.5. Cenderahati Pegawai (65 unit x RM14)

768180180

20910 2,058

2. JAMUAN2.1. Makanan dan minuman pegawai / guru

Minum petang - 56 x RM32.2. Makanan & minuman pembantu pegawai

Minum petang - 20 x RM22.3. Makanan dan minuman VIP (10 x RM5)2.4. Minuman sepanjang kejohanan / sukantara / acara akhir

(10 kotak air minuman x RM9)

168

4050

90 348

3. TEKNIK3.1. Air-horn (1 unit x RM45)3.2. Kain bendera (4 unit x RM8)3.3. Stop watch (8 unit x RM40)3.4. Starter3.5. Walkie-Talkie3.6. Alatulis3.7. Lain-lain

4532

32020

10050

100 667

4. BAYARAN SEWA STADIUM DARUL AMAN

5. PROGRAM5.1. Kain rentang kejohanan (Printing banner) (RM60 x 1 unit)5.2. Fotostat / Buku program5.3. Fotografi (cuci gambar kamera digital)5.4. Dokumentasi5.5. Sijil pemenang dan penyertaan

500

6050505020

500

230

6. SIARAYA

7. BAHAN-BAHAN SUKANEKA

8. PERBELANJAAN RUNCIT

9. SAGUHATI RUMAH SUKAN (RM50 x 4 rumah)

50

50

50

200

50

50

50

200

JUMLAH KESELURUHAN 4,153.00

9.0 PENUTUP

8

Page 9: Kertas Kerja Hari Kejohanan Olahraga 2008

Kejohanan Olahraga SKTR 2008

Dengan terlaksananya program sukan yang sebegini rupa, adalah diharapkan ia dapat

memberi manfaat dan pengalaman yang berguna selain mampu melahirkan murid-murid yang

cemerlang di dalam bidang akademik serta kokurikulum. Aktiviti ini juga diharapkan dapat

memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru-guru untuk turut serta mengambil

bahagian di dalam selok-belok pengurusan sukan di sekolah selain tugas utama profesion

keguruan – sebagai pendidik dan melaksanakan proses P&P di dalam bilik darjah.

● Disediakan oleh,

9

Page 10: Kertas Kerja Hari Kejohanan Olahraga 2008

Kejohanan Olahraga SKTR 2008

................................................................(BADRUL HISHAM BIN MOHD. RIDHWAN)SetiausahaMajlis Sukan SekolahMerangkapSetiausahaKejohanan Olahraga SKTR 2008Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah

● Disemak oleh,

...............................................(HAJAH PUTEH BINTI HASSAN)Penolong Kanan KokurikulumSekolah Kebangsaan Tunku Raudzah

● Disahkan oleh,

...................................................(HABIBAH BINTI HAJI ABDULLAH)Guru BesarSekolah Kebangsaan Tunku Raudzah

10