kertas kerja hari koko.docx

download kertas kerja hari koko.docx

of 7

Transcript of kertas kerja hari koko.docx

1.0 PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid-murid yang kreatif dan kritis serta mempunyai kemahiran dalam bidang keusahawanan. Melalui program ini murid-murid yang berkebolehan dan ingin mencuba pengalaman baru dapat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Projek ini juga memberi pendedahan kepada murid berkaitan aspek kerjaya melalui beberapa agensi seperti agensi Bomba dan Polis. Pameran oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang disediakan juga bertujuan mendedahkan kepada murid berkaitan bahayanya najis dadah. Manakala pameran yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan bertujuan memberi maklumat berguna berkaitan kesihatan dan kebersihan diri. Hal ini sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek.

2.0 OBJEKTIFPelaksanaan Hari Kokurikulum ini diharapkan memberi peluang kepada guru-guru dan murid-murid untuk:

2.1 Mendapat pengetahuan dan pengalaman dalam bidang keusahawanan 2.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa, guru, murid dan staf sekolah. 2.3 Mendedahkan kepada murid bidang kerjaya di Malaysia 2.4 Mendedahkan kepada murid ilmu pengetahuan yang baharu berkaitan kesihatan 2.5 Mengumpul dana bagi melancarkan aktiviti sekolah

3.0 TARIKH CADANGAN 15 September 2015 (Selasa)

4.0 SASARAN Ibu bapa, guru-guru, murid-murid dan staf sekolah

5.0 JAWATANKUASA PENGELOLA Pengerusi : En. Khairuddin bin Abd. Manap Naib Pengerusi 1: Tn. Hj. Mohd Dzahar bin Ahmad Naib Pengerusi 2: Pn. Hamidah bt Abd. Wahid Naib Pengerusi 3: Pn. Nina Norlin bt Hamzah Setiausaha 1 : Pn. Suriati bt Omar Bendahari : Pn. Nor Fazilah bt Noor Din

Ahli Jawatankuasa :

Peralatan/Tempat :En Yusrizad Bin YasinEn Razali Bin Che Omar Jualan Kupon :Pn. Atiqah Binti SukiranPn Azimah Bt Abd Razak

Pameran : En Aswady Bin MohamedPn. Suriati Bt OmarPn. Nor Fazilah Bt Noor DinPn Yusyida Bt Yusof

Pertandingan:Pn. Dhiya Liyana BT YuszaideeCik Suhaida bt JusohPn Hamidah Bt Abd.Wahid

Kawalan Murid:Pn Davina Eizura Bt DahibanPn Noormiza Bt Che Din

Hadiah :Pn Nor Edawati Binti RamliPn Rohasidah Bt HashimPn Umi Nazira Bt Long

Kebersihan/Keceriaan:En Syahrizad B YazizPn. Nur Fatihah Bt Malik Redhuan KarnakaranPn Mazlina Bt Othman

6.0 PROGRAM 6.1 Pertandingan membuat sandwich terbuka 6.2 Pertandingan gerai paling cantik dan bersih 6.3 Pertandingan gerai paling untung 6.4 Ceramah Kerjaya 6.5 Pameran oleh agensi bomba, polis trafik, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kesihatan.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BILPERKARAKUANTITIRM

1.Makan pagi (tetamu)RM 20

2.Makan tengahari (tetamu)20 orang X RM 5.00RM 100

3.Hadiah pertandingan gerai2 hamperX RM 10RM 20

4.Hadiah pertandingan membuat sandwich5 hadiahX RM4RM 20

5.Kelengkapan pertandingan membuat sandwich Roti Sardin Timun Salad Tomato

2 paket

RM 2.40RM 3.90RM 1.00RM 1.00RM 2.00

JUMLAH

RM 170.30

8.0 PENUTUPProgram ini diharapkan memberi banyak manfaat kepada murid-murid dan guru-guru. Pendedahan pelbagai ilmu baharu mampu meningkatkan potensi muris pada tahap yang maksimum. Kepelbagai aktiviti sebegini wajar diperkenal agar murid bersifat lebih terbuka, di samping menambahkan ilmu serta pengalaman berguna.

Disediakan oleh,

..(PN. NOR FAZILAH NOOR DIN)Penyelaras Kelab dan PersatuanSekolah Rendah Islam III

Disemak oleh,

(PN. SURIATI BT OMAR)Setiausaha KokurikulumSekolah Rendah Islam III

Diluluskan oleh,

..(EN. KHAIRUDDIN BIN ABD MANAP)Guru BesarSekolah Rendah Islam III