Kertas Kerja Hari Unit 2015

8
SK LA SALLE 2 BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR KERTAS KERJA HARI PASUKAN BERUNIFORM TAHUN 2015 TEMPAT: SK.LA SALLE 2 BRICKFIELDS,KL HARI/TARIKH: SABTU 31 OKTOBER 2015.

description

ok

Transcript of Kertas Kerja Hari Unit 2015

Page 1: Kertas Kerja Hari Unit 2015

SK LA SALLE 2 BRICKFIELDS,KUALA LUMPUR

KERTAS KERJAHARI PASUKAN BERUNIFORM

TAHUN 2015

TEMPAT:SK.LA SALLE 2 BRICKFIELDS,KL

HARI/TARIKH:SABTU

31 OKTOBER 2015.

ANJURANUNIT KOKURIKULUM

& PASUKAN PENGAKAP SEKOLAH

Page 2: Kertas Kerja Hari Unit 2015

1.0 PENGENALAN

Hari pasukan beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik

darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala

sosial. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan

suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat

keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.

Pada tahun ini, Pengakap SKLSB2 dengan kerjasama unit kokurikulum sekali

lagi diberi mandat untuk mengelolakan hari pasukan beruniform yang melibatkan

murid tahun 3 hingga tahun6 yang terlibat dalam akiviti kokurikulum di sekolah..

Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai

objektifnya. Adalah sangat diharapkan agar program ini akan dapat memberikan

peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka disamping

menimba pengalaman, serta dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama murid

dan juga guru-guru.

2.0 NAMA PROGRAM

Hari Pasukan Beruniform Sk.La Salle 2 Brickfields,Kuala Lumpur.

3.0 MATLAMAT

Antara matlamat program ini ialah seperti berikut:

i. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama rakan dan guru.

ii. Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari disekolah bersama-sama rakan.

iii. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.

iv. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktivti yang berfaedah.

v. Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.

Page 3: Kertas Kerja Hari Unit 2015

vi. Menanam sifat ingin berdikari dalam kahidupan seharian dan berfikiran matang.

4.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:

i. Meluahkan rasa syukur dengan alam kurniaan yang Maha Esa.

ii. mempelajari ilmu pengakap seperti pertolongan cemas dan ikatan.

iii. Mendirikan khemah dan membina gajet.

iv. Berdikari melalui kerja individu dan berkumpulan.

v. Menyatakan rasa seronok dengan aktiviti yang dijalankan.

5.0 JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI En.Sarjit Singh A/L Sarban Singh

(Guru Besar)

NAIB PENGERUSI Pn.Hjh Suzana Bt Ramli

En.Johari Bin Siman

SETIAUSAHA En.Muhammad Shahrim Bin Husin

PENYELARAS KOKURIKULUMEn.Muhammad Shahrim Bin Husin

PENYELARAS UNIT BERUNIFORMPn. Naziah Bt Hashim

6.0 AHLI JAWATANKUASA

AKTIVITI 1. Pn.Naziah Bt Hashim2. Cik Nur Adni Bt Ezani3. Cik Nur Akmal Bt Mohmad Aziz

PERALATAN 1. En. Md Nor Rahim Bin Salimin2. En.Mohd Shahir Bin Mustafa

Page 4: Kertas Kerja Hari Unit 2015

KESELAMATAN 1. En. Mohd Adnan Bin Mohd Zain2. Pasukan pengakap

MAKANAN DAN MINUMAN 1. Pn.Zuraini Rahayu Bt Yusof2. Pn.Wan Nor kamariah Bt W. Hussein3. Pn.Nurul Shuhada

DOKUMENTASI 1. En.Muhammad Shahrim Bin Husin

IBADAH 1. En. Md Nor Rahim Bin Salimin

PENDAFTARAN1. Cik Rahimatul nadia Bt Mohd Sabri2. Pn.Haizum Bt Hasan

PENGERUSI MAJLIS1. Cik Siti Rohah Bt Md Radzi

HADIAH & CENDERAMATA1. Pn.Naziah Bt Hashim

7.0 SASARAN PENYERTAAN

Program ini adalah mensasarkan kepada ahli unit beruniform Pengakap, tahun 4,5

dan 6 seramai 22 peserta dengan pembahagian kepada 4 kumpulan.

8.0 ANGGARAN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Perbelanjaan

1 Penerimaan

- Peruntukan Kokurikulum RM 400

2 Saguhati Penceramah RM 200

Page 5: Kertas Kerja Hari Unit 2015

/Jurulatih

3 Hamper/Hadiah RM 200

.

9.0 Tentatif Program

Tarikh : 31 OKTOBER 2015

Hari : Sabtu

MASA PERKARA TINDAKAN

7.30 pg - 8.00 pg Pendaftaran peserta program

-Dewan terbuka

Ajk Pendaftaran

8.00 pg – 8.30 pg Taklimat penyelaras program.

- Pembahagian kumpulan kecil

Penyelaras / Ajk Aktiviti

8.30 pg – 10.30 pg Slot 1

- Kawad kaki

- Mendirikan khemah

Ajk Aktiviti

Jurulatih/Penceramah

10.30 pg – 10.45 pg Minum pagi/kudapan Ajk Makanan

10.45 pg – 11.45 pg Slot 2

- Pertolongan cemas

Jurulatih/penceramah

Ajk Aktiviti

11.45 pg – 12.45 pg Slot 3

- Pertandingan memasak

Ajk Aktiviti

Ajk Peralatan

12.45 pg – 1.30 ptg Majlis penutup

- Penyampaian hadiah

Pengacara majlis

Ajk Hadiah

1.30 ptg Bersurai Ajk Keselamatan

Page 6: Kertas Kerja Hari Unit 2015

10.0 PENUTUP

Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal

melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri

dan sifat ingin berdikari. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan

berusaha untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan

para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun

untuk mereka.

Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan

tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan berakhirnya program

ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui

akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya

merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.

DISEDIAKAN OLEH; ................................................

MUHAMMAD SHAHRIM BIN HUSIN,

Setiausaha,

Kokurikulum SKLSB 2.

DISAHKAN OLEH; ……………………………………..